Wednesday, December 30, 2009

.......

sori sbb lama x update blog, quite bz ngan keje ofis dan yang sewaktu dengan nya.
Banyak mende yang aku nk citer ngan korang.
I'll update later.

Catch you later! ;-)

Hati Berbunga Ros ;-)

Hati aku berbunga Ros. Saje pilih bunga ros, sbb wangi. Banyak lagi bunga yang wangi, tp Rose most familiar. hehe

Alkisahnya....
Aku tgah iron baju pagi tadi. *sila jangan tiru aksi orang malas ini*. Sambil dengar Fitri, Abby ngan Zura kat TV3, sementara en hubby tengah duk kemaskini fail2 dia, ade la tu mende dia nk buat.
Ayat zura kat tv, "Tinggal sehari je lagi untuk melangkah ke tahun 2010, so buku baru dan azam baru. Tp mungkin jugak di akhir waktu ni masih ade yang merealisasikan azam tahun 2009".

Lepas dengar Zura cakp macam tu, aku pun terus tanya en hubby yang kelihatan agak bz itu.
"Abang, azam abang tahun ni tercapai tak?"

Tanpa suara, dia toleh kat aku yang tengah duk pegang seterika panas tu, dia HANYA angguk sambil senyum.
Ya Allah! aku rasa itulah senyuman paling ikhlas aku penah tgok. Meremang jap bulu roma aku. *senyuman yang sangat ikhlas berbanding ikhlas2 yang sebelum ni. btw, ikhlas itu sangat subjektif..ehehehe*

Aku tanya lagi, "azam ape?".
En Hubby x jawab tp cuma pandang aku dan senyum lagi. Dan aku pun x perlukan jawapan untuk soalan ke-2 tu sbb respon yang aku dapat tu ibarat segala jawapan yang aku nak.
Dia sambung buat keje dia dan aku sambung balik proses menghilangkan kedutan di baju aku tu. Sepanjang proses itu berlaku, aku senyum jee.....
Sehingga aku terdetik "laki aku ni 'comel' sungguh, sweetttttt......".
Siapa lagi nk puji suami sendiri klu bukan puan isterinya iaitu aku. heeee.....

Ehehe..pelik ke? remeh eh? Tak la, bagi aku, very the very precious moment. Unxpected respond from him. Klu korang kat tempat aku, sure korang faham. ;-)

Moral : Try la tanya soklan macam aku tanya tu...ekekekeke

Kisah berakhir. ;-)

Wednesday, December 16, 2009

on diet



Hehe....ibu-ibu mengundang macam aku leh diet ke?
Boleh wut, misi sendiri suh aku diet, dalam erti kata simplify your meal. Kena makan nasi sekurang2nya 5 pot sehari. Hahahahahaha.....mau x gedempol aku akhirnya nanti.

Hari tu masa check-up, HB aku rendah, below 10, compared to prevsly result, 15. sangat turun kan. Aku dah makan banyak okay. Ubat2 sume aku dh telan, b complex la, vitamin la, folic asid la, iron la, besi la, simen la, sume aku makan,sebakul ubat aku kena makan, dah la aku ni ANTI ubat. Mula2 dulu masa nak telan kena tutup hidung gak, skang ni macam dh sangat immune, telan tanpa air pun xpe *berlagak tak ingat*. Paling bes sbb leh minum ngan jus, klu ngan air masak, sure sampai malam la aku x leh nk telan. ekekeke


Pasal HB aku tu, sebakul jugak la aku kena dengar misi@nurse tu bagi 'ceramah' free. Tegar sungguh bila dia cakp aku tak makan. Mr. Suami sila jawab, itu tidak benar kan kan kan?
Klu x cane la berat aku sentiasa bertambah setiap kali aku timbang. Aku buat pengakuan ikhlas kat sini okay. Sepanjang hidup aku, dan sepanjang aku belum pernah mengalami hilang ingatan ni, berat aku x pernah cecah angka 50kg. Siyes!!! Itu la berat aku sekarang. Tp tolong jangan bayang bentuk fizikal aku okay!

Aku sedar, aku memang makan banyak, tp x ikut diet yang betul. Misi tu cakap aku kena makan at least 5 pot nasi, 3 ekor ikan saiz ala2 10cm *:-)*, semangkuk sayur, buah oren dalam sehari. Macam sikit je kan? hahaha...
Tp xde la compulsory kena makan sampai 5 pot nasi, leh replace ngan mende lain, tp itu la ukuran kuantiti makanan yang perlu utk ibu2 mengundang, cukup dengan zat yang diperlukan.
Aku lak, campur makan jajan lagi, eskrim lagi, mcD la, kfc la....khasiat? heeee.... sian lak orang kat dalam tu. kan kan kan?

Yang paling aku seram, misi tu cakp, next check-up klu HB masih rendah, kena refer doktor, and most prob kena inject. OMG!!!
Ni bukan sebarang inject okay. Btw, aku pun sebenarnya baru tahu gak kesannya, sangat serammm!!!....
Klu kena inject, kena tanggung sakit dia bukan 3,4 hari... tp 5,6 tahun yeee.... :((

Klu ikut kan, next checkup aku lagi sebulan, tp sbb HB aku rendah, misi paksa aku dtg lagi after 2 weeks. So, sbb itu la aku sangat bertungkus lumus untuk meningkatkan kadar HB aku. Makan seperti yang di saran. Baru2 ni, aku beli kerang sekilo, aku rebus la....dengan harapan aku dapat habiskan. Hahahahaha....Kadang2 teknik salah mengundang padah.
Muntah darah aku nak habiskan sume mende alah tu...hahahaha. Itu akal pendek namanya....! :-D

Yang pasti, aku x biarkan perut aku kosong, sbb nanti orang kat dalam lapar. Even, misi saran sebelum tido kena minum susu dan itu yang aku buat. Telan aje la...yang penting susu coklat. ekekeke
Aku harap, HB aku naik balik..... siyes aku berdebar!!

So, nanti aku akan kongsikan result utk next checkup. Hopefully sume okay! :-)

Ops! btw, aku baru dapat tahu darah aku jenis O+. hehehehe

Salam...........

Thursday, December 10, 2009

~sekitar harijadi mio beloved husband~

1st of all, selamat hari ulang tahun yang ke dot dot dot kepada suami ku. *umur? kenapa saya perlu berahsia?*ekekeke, cuba teka promo ape.

7hb disember yang lepas, aku decide nak banje family aku dinner. On the spot plan, sbb rancang nye nk candle lite dinner ngan husband aku je on his best-day. But the more the merrier, kan kan?

Aku booking my fav restaurant, Penyu. Actly, aku ade meeting kat MBKT petang tu, cadang2nya malas nk balik umah dah, tp rasa x selesa, nak kena mandi dulu. Dah la meeting abis agak lewat, hampir kul 6 aku sampai umah. Mandi + solat, aku bersiap2, tp husband aku plan maghrib kat umah je. So, kami gerak after maghrib. Booking kul 8, aku call adik aku, diaorang ckp diaorng ade sana. Actually, mereka2 tu dh kuar awal lagi, abah aku cuti aritu, aku buat surprise call, bgtahu x yah balik umah awal, stay sampai kul 8, tunggu kami ber2 kat restoran Penyu.
And the most xcited insan adalah my sis, Nadia, dia je yang belum jejak kat Penyu. And dis is one of the reason kenapa aku celebrate bufday hubby beberapa hari awal. Sementara dia ade, bleh ajak dia skali, sbb lusa dia nk follow adik aku, teacher syahida balik mersing, cuti skolah pun kena keje, jaga exam spm.

Ini adalah antara menu2 fav aku walaupun on his bufday. ekeke... Apesal la pic ni jadi merah semacam kan. Agaknya lampu dalam kedai ni kot. Sila salahkan lampu itu.

Insan yang paling muda, paling kecik dan paling ringan, 19 kg. hahaha.... Tp makan banyak, siap tambah lagi tuuuee....
She adore the way im wearing selendang. Dont u? ekekekeke

3 sahabat baik. Kadang2 aku selalu pasang telinga dengar time diaorg borak. Syahida mmg suka mereka2 citer hantu, kadang2 dia akan cerita mende yang sama, tp jalan cerita yang berbeza, nampak sangat kelentong kan? Dan 2 orang manusia itu akan mendengar dengan terpegun. Bukan sebb citer bes, tp sbb penggunaan frosa2 kata yang berbunyi agak baku, nama pun cikgu.

Taken by him. Sila jangan spot on my pimples. Wondering, knape tumbuh bagai cendawan selepas banjir ni? shuh! shuh! sila main jauh2.

Taken by abah. Aku bertukar........GEMUK!!!!

Veteran couple. Soooooooooooooooooo sweeeeeettt...!!!!

Sian abang xleh masuk skali. Cane aku leh x terpk nk mintak waiter amik kan pic kitaorang. ish ish... Yang penting, meja itu bersepah dikerjakan oleh kami. Cuma tinggal salted egg crab yang seperti tidak berjamah, sila tapau! Sebb sume sudah kenyang.

Lepas sesi makan2, kami berpecah belah mengikut hala tuju driver masing2. ekeke.. Aku snap pic ni saje2. tp rasa cam nice giler. heeee....

Husband aku cadang nk singgah al-ikhsan. Saje2 je kot. So aku malas turun, bila dh kenyang, perut cam....wowowowowo, sila jangan bayang! So aku decide stay je kat dalam kete. Sbb aku rasa husband aku masuk kejap je pun. Aku tunggu2, x jugak kuar2, selalunya klu dia x beli mende2 5 min dh kuar, tp klu lebih dari 15 min, ini menandakan dia sedang berada dalam fitting room.

Jangkaan aku tepat. He's holding a plastic bag, bermakna he bought sumthing. 2 helai t-shirt nike, kaler fav aku. Cun! :-) But not mine.
Lepas tu kitaorang blah balik umah, sbb aku dah sangat kenyang + mengantuk!!!



8hb Disember.
Aku keje macam biasa hari ni. Agak bz, tp masih sempat siapkan bufday card utk si dia tersayang. Surprise!!
Kami x sembang dan x plan ape2 pun pasal bufday dia esok. Tp yang pasti mmg aku cuti esok. Dia amik aku balik keje macam biasa, hari ni tetiba aku rasa cam letih je. Siyes x larat. Sampai umah terus baring. Sian dia, agaknya dia ingat aku lupa bufday dia. Padahal baru smalam family dinner celebrate bufday dia. Dia pun diam, x banyak ckp, mungkin x nak ganggu aku kot.

Malamnya dia ajak aku makan ikan bakar. Tp ya Allah, aku cam x leh nk bangun, kepala denyut2. Nk demam pun ada, x kan baru alahan kot. Ish, xmo la, mintak jauh. Dia cakp dia lapar. Aku suh dia tapau je. Sian dia.....

Dan aku x sedar bila aku tertido. Tetiba aku dengar bunyi kuat giler, annoying! Rupanya alarm bufday dia. Lorrr...dah kul 12 tgah malam rupanya. Kami ber2 tertido kat depan tv terpasang dan laptop masih on. Sedih aku tgok dia, tertido masa lapar. Aku kejut dia, wish bufday. Mamai2 dia time tu, tp sweet sbb dia senyum, walaupun mata buka sket je. Sempat ckp 'thanks'. Aku kejut jugak suh bangun. Sbb aku nk bg surprise kad kat dia. Sori sayang sbb kacau! hehehe

Ini lah hadiah dan bufday kad yang aku bg kat suami tercinta. Walaupun hadiah tu dah x surprise since kami pegi beli sama2, tp kata2 dalam kad tu, walaupun simple, aku betul2 maksud kannya. U know wut i mean my dear. :-)

Lepas tu kami sambung tido balik sampai subuh.

Seawal jam 6 pagi, muka suci giler. ekekekeke

Auuuwww.... seksi bila si dia berkain pelikat. Lepas solat okay!

Kat bawah adalah antara testing pic by using his new 'baby'. :-)


Percubaan yang memberangsangkan. :-)

Pic ni masa kat corcorde. Membelai2 cinta baru. Aku? isk isk isk....


Pagi tu, lepas sarap, kami gerak ke KT. Ade hal yang ingin di uruskan. Lepas dh settle hal tu baru kami decide ape agenda seterusnya. Tp sbb kami x rancang ape2, so sume on the spot. Aku nk belikan kek dia x nak. So kami ke taman shah bandar. Outdoor photography session. ekekeke

Kami masih baru dengan dSLR. So nk setting agak terkial2. ekekeke.... Klu stakat nk guna auto baik guna compact camera je. Ini lah sbb utama dSLR, amik gambar cun manually. Sangat gigih baca manual dia, walaupun manual cam xleh pakai, tetap kena rujuk pakar. Tp sape nk ajar kami? So, sila belajar sendiri okay.

Amatur berpura2 pro. heehehehe...jangan mareee...

Masih mensetting agar dpt produce pic yang cun2.

Antara the best shot from him. :-)




Model segera. Sbb nk amik pic landscape macam x menarik. Ramai giler si polan dan sipolan sedang dating. Kan diaorang perasan ktorang tgah snap pic mereka2.

Percubaan yang agak OKAY dari aku. ekekekeke



Ni tempat ke-2 untuk sesi fotografi hari ni. Kat masjid terapung. Sila salahkan husband aku. Aku dah suh letak tikar dalam boot kete, but he refused, see? Kan dah kena duk atas kertas. Kertas pun kertas laaa.....

Berehat sebentar bersama ibu-ibu ribena.


Jangan lupa touch-up selalu2 agar muka x nampak berminyak. ekekeke

Sibaik ade bantuan IXUS ketika diperlukan. Hehehehe

Tripod membantu sesi penggambaran berjalan lancar.

Ni idea sape eh? aku atau dia? Kami!

Kami seronok. Kami hepi. Kami bahagia. Kami best! :-D

Hahahaha.....hanya aku, abang dan Dia sahaja yang tahu kejadian yang berlaku menyebabkan reaksi muka aku menahan ketawa agar tidak berdekah-dekah.

Bufday 'boy' sibuk amik gambar, so assistant tolong abiskan kek.

Marble cheese for him and black forest for me.

Petang tu, balik umah inlaw aku jap. Singgah jumpe ibunda sbb esok husband aku akan pulang ke lautan. ekekeke.... Tu salah sekor kucing belaan adik ipar aku. Aku lupa dh nama ape, yang aku tahu sekor baru lahir, Junior, masih dalam jagaan Nurul sbb sangat kecil. Kat sebelah tu cage yg lagi besar dan tinggi, ade 2 tingkat kat dalam, tp aku lupa nk snap.

Sempat posing ketika ibunda sedang solat asar. ekekekeke

Tetiba dia nk kuar la pulak, aku cukup alergik kena tinggal sorang2 kat umah tu, i mean tanpa dia. Sob sob sob.

"Abang cepat balik tau!!!"


Dan tiba lah masanya dia kembali bekerja setelah 2 minggu berpoya2 di daratan. Waktu ni kul 5.15 pagi. Selalu nya lepas subuh baru aku hantar dia, tp kali ni kena check in airport awal, so dia kena gerak awal dr sini.


Dan aku adalah peneman setia dia. Dia tido aku tido, dia bangun aku pun bangun la. Motif? Abaikan. Lepas aku hantar dia, aku balik umah siap2 untuk pegi keje.
Aku kembali single untuk 2 minggu. ekekekeke

Aku suka quote ni "Allah tidak akan menduga seseorang itu di luar kemampuannya".
So, jika kita rasa susah sket, jangan cepat melatah, kita sedang di uji oleh-Nya, dan pasti ada jalan keluar dari masalah itu selagi kita usaha dan tawakal. ;-)

Salam.......

~on leave~

Salah satu cara nk release stress ialah mencutikan diri sendiri. Away from bunch of works. No more ofis surrounding on holiday trip, so kita enjoy!!!

Aku ngan husband meredah hujan khamis 3hb disember yang lepas. Lepas keje kitaorang terus gerak, since khamis ofis hour sampai kul 3.30 je. Hujan xde la lebat sangat time gerak tu, renyai2 je. We were informed dat jalan jerangau jabor xleh lalu sbb jalan tutup, so kami decided nk lalu jalan pantai, ikut dungun, tp bila sampai junction Bukit Besi, kami x nampak pun sign yang menyatakan jalan ditutup, dan kami nampak je kereta kuar masuk melalui simpang tu. Mula2 kami mmg berkira2 la samada nk proceed jalan ni atau lalu jalan pantai. Hubby decide nk try and error, klu xleh lalu, karang kitaorg patah balik la...hahaha, dah la time tu cam gelap je walaupun baru kul 4 lebih. Tp klu selamat lalu jalan ni, we'll catch KL earlier, sbb klu ikut dungun mmg perjalanan mengambil masa yang panjang. but for safety reason kami x nak meraba tgah2 malam gelap, bahaya! Aku benci gelap!!

Sepanjang perjalanan kami, sangat la adventure, struktur jalan ya ampun! sila bayangkan sendiri. Time hujan macam ni, dan mendung je, lubang sana sini, sampaikan ade ketika tu husband aku dah xleh nk elak. time hujan tanah lembut, yang lalu lak lori2 800000 tan, mana la x mendap ke bawah, so terbentuk la seni2 di jalanan, corak2 menarik yang berbahaya. *teori yang aku pernah dengar*. Sila jangan betulkan walau salah sekalipun, abaikan sahaja!

Jam dah kul 6 lebih, asar lum lagi ni, perut pun dah bunyi2 ni. Klu la singgah solat kat masjid durian mas tadi, sure kami xyah pk lagi mana nk cari surau/masjid. Kul 6 dah macam kul 8, hujan lebat sangat. Dalam hati risau gak, dah la belum solat, cuaca lak seolah2 sedang ingatkan kami tentang kelalaian kami. Aku suh husband masuk kuantan dulu, cari tempat nk solat, ingat nk cari petrol station je, tp xde jumpe lak. Sampai masjid dalam 6.45 lebey kurang, sibaik sempat asar walaupun dh semput2. Aku cadang lepas solat maghrib baru gerak, so lepas jamak kami sambung gerak. Perut lapa dari petang td, benti jap isi perut, nk cari kedai yang betul2 leh park depan kedai terus, sbb hujan sangat2 la lebat. Nk kuar kete pun macam berkira2, sbb takut basah, kalau basah, nanti dalam ekon sangat sejuuuukkkkkkkkkkkk!!!!!!!! Nak peluk husband xleh, tgah drive, kang ade yang makan stereng lak. ekekeke

Lepas makan kami gerak ke KL, time tu dalam kul 8 lebih kot, sebb abis citer Nur Kasih kami blah. Aku dah pesan awal2, "abang bawak kete molek eh...". Husband aku senyum je. Dah paham sangat ngan pesanan tu, sbb x lama lepas tu aku akan ZZZZzzzz.......
Hahahaha.... Aku ni cuak mmg cuak, tp klu bab tido dalam kete xde sape leh halang. Sibaik si suami memahami, x pernah say NO! Sesetengah hamba Allah tu dia cukup marah klu co-pilot dia tido, konon nanti klu co-pilot tido, driver pun x lama ngantuk gak. Kan bahaya tu!

Aku sedar time tu dh sampai tol gombak. Laaa....giler bes tido, cam xde gangguan langsung. Masa tu dah kul 10.30 kot. Kami terus ke hotel, husband aku pun cam x larat je, simpati lak, nyesal tido tadi. *sesal dahulu pendapatan*. ekekeke...
Malam ni kami tido grand seasons. Sampai bilik, buat ape2 yang patut dan terus Zzzz.......

Esok pagi, lepas subuh kami x cadang nk sambung tido, walaupun duk dalam selimut tebal, econ yg nyaman, kami tidak tergoda. Agenda kami masih banyak untuk di laksanakan.

Kami turun sarap kat hotel, aku makan macaroni ngan mushroom+ cheese sauce dan beberapa menu lain. Tp aku teruja ngan mushroom cheese sauce tu. Beeessssstttt...... Aku makan lagi. ekekeke.... Sambil makan aku tepon kakak aku. Dia keje kat HUKM, betul2 depan hotel aku, hotel aku? hahaha....abaikan!
Cross je jalan pahang, disitu lah ia. Aku tahu time dia keje, tp aku juga tahu dia tgah free2 layan facebook skang ni. ekekeke...
Aku x cadang pun nk buat dental checkup, dia yang suggest, hmmm....okay wut, persediaan utk ibu2 mengundang2 seperti aku. So aku setuju, yang penting aku leh freeee...
Lepas sarap aku naik bersiap2 utk check out, dan kami gerak ke ofis kakak aku keje. I dun have to wait sangat lama as i xpect it to be, selalu kan gomen klu tak tunggu berjam2 mmg sah tu bukan gomen,hahaha*keling* eh separuh gomen kot, hmm ntah! Sampai je, kakak aku dah daftar siap2 utk aku, tunggu 5 minit dah masuk bilik rawatan. Mentang2 kakak aku keje situ, ngan husband aku skali dia angkut masuk sana. Sbb tu husband aku sempat snap pic aku ni.


Aku paling suka cuci gigi. Tp kalau dh selalu sangat x elok, 'plak' x sempat nk mendiami dah kena bersih. Siann...hehehe....
Lepas dah settle, aku buat2 tanya bil, ekekeke...sbb aku tahu kena bayar, paling2 kurang 5,6 puluh, tp kakak aku cakp NO NEED! Samada dia yang bayarkan atau dia guna GL dia, tp adik beradik leh ke guna GL? Anggap je bole....:-)

Lepas tu kami gerak utk meneruskan agenda kami yang seterusnya. Kami ke plaza lowyat. Mula2 ingat nk naik train je, sbb takut jammed, tp tgok jalan cam ok, sbb hari keje kan, so kami redah je. Sampai lowyat dalam tgahari jugak, sbb lepak kat kakak aku agak lama plus rawatan gigi aku took about 2 hours. Kami lapar, so cari foodcourt utk memakan laaa... Senario yang aku tgok kat sini ialah, almost kedai kat situ di konker oleh encik2 bangla + indon. Mana melayu? Kenapa lah dibiarkan tempat sendiri di kuasai oleh orang luar..... 1 Malaysia!!! yeah!!!


Kedai ke-3 yang kami tuju, and dis kedai offered us the lowest price among others. Sangat jauh ngan bajet dan xpectation aku. Tanya itu ini, tambah itu ini, buk bak buk bak, masih tidak melebihi bajet aku, dalam kepala *owh! ade can aku nak soping*. Husband bukan main suka sbb pilihan hadiah harijadi tahun ni menepati citarasa kami berdua. ekekekeke... Sharing is loving!
Hadiah paling mahal aku pernah beli untuk dia yang tersayang. Tp advance RG masih belum mampu. Maybe kena tong-tong. hahahaha...

Owh, aku lupa nk citer satu insiden yang agak menggerunkan aku. Kitaorng sampai tu terus cari ATM machine, nk draw cash. Masa ktorang menuju ke ATM tu, aku dh nampak 2 orang mamat ni dari ATM machine tu, i mean diaorang baru blah dari situ, so kitaorang dari arah yang bertentangan nk ke sana. Masa selisih ngan kitaorng mamat tu cam pandang weird je, asal? tudung aku senget ke? Aku buat derk. Kitaorg que, ade la beberapa orang kat depan kami, dan aku sangat ingat belakang aku time tu mamat cina. Tp yang menjadi sangat hairan bila nk sampai turn aku, tetiba aku pandang belakang, bukan mamat cina lagi, tp mamat yang pandang weird kat aku tadi tu. Kawan dia tunggu x jauh dari situ. Aku dh rasa semacam. Dan yang sangat takut ialah, bila dia berdiri sangat hampir ngan kami, selalunya bila sampai turn kita nk draw, orang belakang akan berdiri jauh sket, tp mamat ni saiko giler. Aku nk marah pun ade. Sibaik husband aku kat sebelah ni perasan, terus dia duk belakang aku. Lepas aku draw, husband aku ckp dia pun nk draw jugak, so aku stay sebelah. Korang tahu x?!! Dia siap jenguk lagi time husband aku keyin pin number. Aku bengang giler, aku pandang dia, aku jeling tajam, x tahu mana datang aura tu, terus aku rapat ngan husband aku dengan harapan dia x leh intai dah. Lepas draw, kami gerak dari situ, dan yang sangat hairan, tetiba mamat td pun turut blah. Aik!! dia draw x duit??? Pelik kan kan?
Risau giler aku, takut diaorg follow ktorg, since kami lapar, husband ajak makan dulu. Lepas tu aku dh x nampak mamat 2 tadi.

Siyes aku takut! Walaupun aku penah duk KL, tp sbb dh lama sangat balik bertapa kat kg tercinta, aku dah x biasa ngan keadaan tu, tambah2 tengok dalam tv, paper, hari2 ade kes2 bunuh, ragut, aku rasa ngeriiii.... Jiwa aku x sesuai ngan tempat2 macam tu kot, aku kan orang kampung, ekekeke....tp skali sekala g soping KL, terus hilang rasa ngeri tu. hahahahahaha...


Lepas tu kami gerak pulang, check in kat concorde KL. Sangat banyak pokok xmas kat dalam, sibaik dalam lif xde. ekekeke... Masuk bilik, katil menjadi tumpuan, menegangkan urat2 yang tersimpul sehingga Zzzzzzz.....


Pandangan atas dari tingkat 19. Hard rock, tempat penghuni KL lepak pada malam minggu. Dis is the 2nd time being here, dan perasaan aku sama, seboleh2 nya aku x nak turun bila malam, sbb aku takut tgok macam2 jenis manusia kat bawah tu. Mat2 saleh mabuk adalah sangat normal. Si tua ngan gadis jelita berskirt paras 'anu' bukan perkara luar biasa. Selalu tgok dalam tv je kan, bila jadi depan mata sendiri, inilah realiti.

Lepas solat kami kuar, habiskan masa kat bilik je itu namanya membuang masa, bukan selalu leh dtg KL. So make it fully utilize. Kami gerak ke bandar baru sentul, umah kakak aku. I miss my nieces. Syafi ngan Wina! Look at them, syafi makin gedik, dah pandai x nak ikat rambut skang, konon macam budak2, mmg budak pun, baru nk masuk 4 tahun, wina lak makin comel, ibu dia ckp wina sangat manja! Macam cik ngah! hehehe... Anak ke-2 mmg macam tu kan, abah aku sendiri cakp! So, i guess it make sense. ;-)


The day after, aku sorang2 kat bilik, husband kena g kursus kat Kuala Kubu Baru, kena main api aka jadi bomba jap arini. Sibaik aku bawak laptop, so xde la kebosanan sangat. Big apple yang berbaki smalam pun masih elok, ingat nk order makan via room service je, tp nengok ke menu2 dia cam xde selera aku, sibaik sarap td aku makan agak banyak. Aku selalu makan banyak kan skang. No wonder berat aku naik. Pesanan doktor: sila naikkan berat anda sebanyak 500gram setiap 2 minggu. Tp aku dah naikkan 2 kali ganda. hahahahaha

Time2 bosan macam ni, sume mende pun jadi. Kat umah xde makna nye aku nk masak air panas buatkan teh, unless buat susu pagi2. Sbb itu adalah arahan doktor, klu x, xde nye aku saje2 gatal nk minum susu. Adakah doktor yang bersalah?

Hari ke-2 selepas check-out. Sempat amik gambar kat patung salji tiruan ni. Aku segan sebenarnya, tp inilah perbuatan husband aku, suka paksa aku!!! tp aku suka je bergambar sebenarnya. ekekekeke

Lagi gambar bersama ibu salji dan anaknya. Actually ade wedding ceremony pagi tu, cina kawen, diaorang baru je blah ngan kete berhias. Brabus beb, sewa kot. hahahahaha


Lepas check-out kami gerak pulang ke Terengganu. Tp sebb kami suka jalan2 lagi, kami exit kuantan, singgah east cost mall jap. ekekeke...

Sampai umah dalam kul 5 lebih. Tp x balik terus, singgah umah abah dulu, memberi2 buah tangan, bercerita ceritut, sambil minum petang. Maghrib baru kami balik.

Holiday aku setakat ini dulu, sbb esok life aku kat ofis bersambung kembali. Tp aku seronok! Sangat seronok!
Moral : sila mencutikan diri anda untuk rasa seronok!!! :-D

Salam...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...