Saturday, January 30, 2010

Unplanned xtvt

Jumaat, 29 Jan 2010.

Kami mmg x plan ape2 pun this week. Cadangnya nk rehat kat umah je. Tp disebabkan ade 'hal' yang mmg sangat memerlukan kehadiran kami ke Taman Sri Putra, so berlaku la penghijrahan pada hari tu.

'Hal' yang aku maksudkan diatas ialah :
~ alkisahnya en hubby telah membuat satu keputusan yang sangat drastik yang menyebabkan dia seperti jatuh ditimpa tangga. Abaikan klu peribahasa tu x sesuai.
Cani, adik ipar aku baru balik dari Azerbaijan. Orang poket tebal mesti la ade list panjang beli itu ini. Nak dijadikan cerita en hubby turut teruja bila adik dia pakai hphone baru iaitu 'beri hitam'.
So, dia decide on the dot, nak jugak pakai hphone tu. So, si adik pun usha la satu lagi beri hitam dari kedai kawan dia. Dapat la en hubby merasa beri hitam yang sangat sedap itu.
Tp x sampai 24 jam, macam2 pesen, macam2 kisah, macam2 masalah... ala..mende baru, mmg la x biasa lagi, tp en hubby tidak puas hati. Dipendekkan cerita, serta merta dia x nak phone tu. Tepuk dahi aku!!
Hahahahaha....
Gedebak gedebuk, x boleh tukar, bole trade in, x bole trade in, itu ini....macam2 hal...
Last2 bila kami macam dh redha, tetiba ade good news. Tokei tu dah setuju nak replace ngan hphone lain. Yang paling bes, hphone idaman en hubby, ala2 beri hitam jugak la, tp brand Nokia.

Disebabkan itulah kami berhijrah ke Taman Sri Putra hari tu, nak amik hphone baru en hubby. Dia nampak sungguh tidak sabar ekpun.

Moral : sila fikir masak2 tp jangan tunggu sampai hangit.;-)


Back to our topic.

Kami gerak selepas en hubby balik dr solat jumaat. OTW ke sana, aku suggest kat mr suami nk singgah klinik gynae. Terfikir jugak nk cont check-up kat private, tp sampai skang asyik tangguh je. Tp klinik gomen tetap kena pegi jugak. Fair and square. Tp tgok la cane nanti. hahahaha

Sampai umah MIL, en hubby senyum puas, dpt main ngan fav toy. Nyampah! Tersengih2...
Tp kami x lepak lama kat situ, sbb nk kejar turn kat klinik. Actually, sebelum pegi umah MIL, kami singgah dulu klinik, tp sebb ramai sangat senarai menunggu, kami blah dulu..

Lepas maghrib kami terus gerak ke klinik. Turn kami masih belum terlepas. Sibaik doktor malam tu ade 2 orang, so kami x tunggu lama.
Aku masuk jumpe doktor. Aku bgtahu itu ini. Dan doktor buat checkup kat aku. Almost the same ngan ape yang aku buat kat klinik gomen, bezanya fasiliti agak canggih. ekekeke
Dan yang paling menarik ialah, part body weight.
Siyes aku x faham. Mesin timbang tu x betul atau aku yang terlampau. Doktor siyes tercengang tgok berat aku. hahahaha
Berat itu adalah berat jika aku mengandung 9 bulan, tp aku baru 5 bulan ++.....hahahahahahaha
lu pikir la sendiri! :-)
Tp doktor x marah, doktor x cakp pun pasal minum air gula, x cakap pun pasal injection.
Hehehe... i loikeeee!!! Sayang doktor.

And the most fav part is, scanning.
Aku cam sangat teruja bila doktor tunjuk ini kepala...ini kaki...
Dan yang paling jelas aku nampak ialah denyutan jantung dia. Ya Allah! Sungguh indah!
~ i feel like crying okay, but happily~ ;-)

And the pic as below.


Actually, lepas doc print, aku ngan en hubby cam x berapa clear ngan pic tu. Tp, ape2 aku tahu si kecil itu ada dalam gambar di atas. we'll keep it as his/her 1st pic. :-)

Tp yang x bes dengar ialah, presentasi atau kedudukan bayi aku. Doc bgtahu breech aka songsang. Aku cuak tau! Tp doktor awal2 bgtahu, masih awal, baby masih duk main2, pusing2 dalam tu. Fuh! Lega... ;-)

Skang aku dah rasa gerakan dia kat dalam. Kadang2 tu sangat sakit. Aku x tahu samada itu tendangan atau tumbukan. Tp siyes sakit. So, untuk keadilan, lepas tu sure aku tumbuk perut encik suami. Konon2, aku cerita pe yang aku rasa kat en hubby, tp beserta dengan gaya dan aksi. Jahat! ahahahaha..... Baru la adil, kan?


Sekian dulu cerita untuk weekend ini. Gambar terbaru aku adalah seperti di atas. Aku masih seperti dulu, kan? Masih slim, klu gemuk pun, sket je....

*sy suka puji diri sendiri*...so, tiru macam saya! :-)

Ok la, kita jumpa lagi di lain siaran.

Salam....

Thursday, January 28, 2010

Tuluuuunnnnn...!!!



Well, actually post kali ni dipost selepas 15min perang mulut ngan en hubby. Aku telah dipaksa dengan 'kejam' sekali agar mengupdate blog aku malam ni jugak. FYI, jam kat laptop ni lagi 8 min nk pukul 11, time ibu2 mengundang macam aku utk tido, tp dia paksa akuuuuuuuu......
"en hubby sedang baca ape yang aku tulis"... Biar dia!

Alkisahnya, kami ade photoshoot last weekend. Itupun sbb aku yang nk sangat dia shoot, konon lama x amik pic. Dan en hubby sudah terpikat ngan 'kecanggihan' photoshop cs3 yang dia baru install ni, so dia beria2 edit pic2 aku. walaupun xde la wow! sangat... hehehehehe....
Tp aku salute la beginner macam dia leh crop gmbar se'detail' itu. He learnt by himself okay!
Aku pun x terrer guna s/ware tu. Picasa boleh la kot. kahkahkah...

2 keping berjaya di upload. line x okay laa... Tp sibaik la berjaya jugak upload, klu x sure esok aku akan kena paksa lagi update blog dan upload pic yang dia dah edit tu. *en hubby
senyum..kehkehkeh* ~ x rasa bersalah langsung!



Harap2 korang perasan la ape yang dia ubah ngan pic ni. Kecik hati mr suami ku ini nanti. heeee... Jangan salah faham ngan perubahan fizikal ku yang agak 'menebal' di bahagian tengah.
Itu adalah effect dari tiupan angin petang tu. ;-)

Time ni aku duk tengok orang drift kete. Kat sebelah kiri aku lak aka jalan besar ade anak2 yang x sayang nyawa masing2, wheelie manjang, yang aku heran, member dia yang bonceng kat belakang rileeeekk je, cool giler, seolah2 cam "lagi la...lagi laa...."..ish ish... aku nengok pun seriau..



Time ni aku nk kembali ke pangkal jalan dah, x nampak ke mendung je tu? "mr suami senyum lagi"..hehehe....
Eh! cam sama je pose aku ngan pic sebelum ni... hahaha..abaikan!

X tahu dah nk tulis ape. Cukup la setakat ni perkongsian ceritera untuk kali ni. Harap2 aku x akan kering idea nk update blog lagi lepas ni. Klu ikut banyak mende nk citer, tp "mim alif lam alif sin". Heee.....

Jom tido kalian! Salam...

Wednesday, January 20, 2010

Good News ;-)

Alhamdulillah.... ;-)
Just to share with all of u.

2 hari lepas, 18 Jan 2010, aku ade 'date' ngan klinik ibu dan anak utk checkup. And as usual, aku sangat neves. But since encik hubby ade bersama, i feel much better.
Kul 8 lebih aku dah sampai sana, dan bilangan wanita2 'perut besar' dah memenuhi ruang2 yang ada. Dan itu menandakan aku akan bertapa agak lama disitu pada hari itu.

Sambil2 tunggu turn aku, ade sekumpulan wanita berbaju putih a.k.a nurse sampai. Amboi, ramai jugak nurse peknen, kata aku di dalam hati. Dan dalam geng2 baju putih tu, retina aku terfokus kat sumone tu, sbb dia pakai baju kurung. Ye, itu kawan aku, Dr. Wahida. Setahu aku dia belum kawen, tp apa dia buat kat sini. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran aku ni. *ekekeke*....

Rupanya2 dia ade talk pasal penjagaan gigi bayi, sbb dia doktor gigi. heee....
So, dengan penuh keterpaksaan yang juga memaksa direlakan.... aku mendengar ceramahnya pagi itu. Aku x dengar sangat pun, sbb suka pandang muka dia, comei!
Tp ade gak ilmu aku dapat dr talk dia tu.
-kenapa gigi depan budak2 kecik je selalu rosak sedang kan yang lain ok
-kenapa doktor x saran cabut gigi susu masa peringkat kanak2
-kenapa minum susu saje pun gigi baby boleh rosak
dan macam2 lagiii... nak tahu jawapannya sila PM aku okay! hahaha....kedekut!!

Lepas sesi talk tu, sesi checkup gigi ibu2 lak. hee....i loikeeee..... ;-)

Kitaorang sempat sembang jap sebelum dia balik klinik. Dan aku dapat tahu she's getting married this coming feb. Tahniah!! ;-)

Back to our topic.

Turn aku dipanggil utk checkup. Mula2 amik BP and alhamdulillah okay but agak rendah compared to previously result. Lepas tu timbang berat. Part ni agak berpeluh ketiak sket. Sbb ketakutan jika mesin timbang tu tetiba bersuara "sila naik sorang-sorang, jangan naik ramai-ramai!".. sindir aku la tuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!
menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
Tp dis time, alhamdulillah....nurse senyum je, tanda kenaikan agak tidak mendabik dada...kahkahkah.... biasa-biasa sahaja. Walaupun aku rasa agak pelik, aku dh kurang makan malam skang, klu makan pun aku amik buah atau snack. Tp berat aku still bertambah di luar jangkaan aku, cuma okay kot pada nurse tu sbb gap sebulan. hehehehe....
*tolong jangan memandai-mandai assume berat aku okay!* korang salah!!

Lepas tu buat urine test. and the most critical part pada aku is masa nak check HB. Aku agak geli ngan jarum yang macam stapler tu. Lepas kena inject sure aku rasa cam geli2 kat jari aku tu. Amik masa jugak la nak neutral kan balik. Hahahaha, macam2 pesen aku ni.
Dan alhamdulillah..... HB aku naik dengan result yang sangat cantik. :-)
Credit to Puan Normalayati sbb suggest aku amik Obimin instead of makan ubat2 yang nurse bagi berbakul2 tu. Dengan izin tuhan, usaha itu berjaya. ;-)

And the last part is sesi 'sembang2' ngan nurse. Check perut, kira tinggi rahim dan bagi nasihat berguna.
Aku alergik sebenarnya orang pegang2 perut aku ni, konfem perut aku mengeras jeeee.... geliiii okay! Kali ni nurse guna alat nk dengar bunyi jantung baby. Ala2 cam scanner tu, kena guna gel, tp xde screen cuma cam walkie talkie tu. Bila nurse detect bunyi heart beat tu, dia bgtahu aku, dan aku dengar dengan jelas, tp aku cam pelik asal laju smacam, nurse cakap, its normal.
Alhamdulillah....:-)

Lepas tu, nurse tambah lagi ubat baru bagi kat aku sbb bila dia tanya aku ubat ade lagi tak, aku bgtahu tinggal sket je lagi. Sebenarnya maksud aku tinggal sket je lagi nk penuh kan almari baju aku tu, tp aku x sampai hati nk halang niat murni nurse tu nk 'menderma' kat aku, so dengan 'ikhlas' aku terima. :-D

En hubby dah lama tunggu kat luar, sian dia. Dah la urgent nk jumpe sumone. Sian dia. Demi aku tunggu sampai esok pun xpe. *itu ayat dia okay!*

Aku 'check in' ofis selepas tu. Keje sedang tersenyum menanti kepulangan aku. Tak sampai hati aku nk hampakannya... so, bergelumanglah aku dengan timbunan2 keje yang sengaja menyepah2 kan meja aku tu. Bila la nak start kemas ni. Disorganized!!

Ok la, kali ni x de pic nk dikongsikan. Sesi photoshoot tergendala seketika. Next time okay.

So, sehingga ketemuan lagi.

Salam..... ;-)

Sunday, January 10, 2010

Live everyday to the fullest!!

Sangat malas nak packing barang walaupun dah packing sebenarnya. Nak je aku campak2 je barang2 dalam beg tu, kunun2 protes malas nak pegiiiiiiiiiiiiii............
Puas aku duk pujuk hati aku walaupun aku mmg tetap akan pegi.
owh! aku pegi melaka esok. attending *oring course, bengkel i guess. what ever!

Hish! bosan tul aku ngan skali ni. Selalu macam tu, asal kursus je, asal meeting je mesti nk tempat jauh2. Dah la sehari jetu.
Bila attend meeting@course dia mesti ntah ape2. Tension betul aku.
Ah! aku tak kira samada korang yang sedang baca ni pro-skali atau mmg seangkatan ngan skali skalipun *biar ayat aku macam keling pun*, ade aku peduli?!

Stop! Niat nak sakitkan hati orang malaikat masih belum tulis, tp bila dh sakitkan hati orang konfem malaikat jot down. Tp lagi bagus kalau ade niat baik nak perbetulkan keadaan, nak mintak maaf, malaikat terus tulis, tu baru niat, belum buat lagi. Allah Maha Mengasihani. :-)

So, aku mintak maaf klu korang (pro-skali dan seangkatan) terasa ngan ape yang aku tulis.
Hakikatnya aku mmg berniat nk luahkan ape yang aku rasa, tp niat nak cari masalah ngan korang sket pun x terlintas dalam kotak minda aku ni.

Actually, masih banyak keje pending aku kat ofis. Sibaik hari ni aku dapat settle satu keje yang agak kritikal, specially borang EC yang kali ke-88 aku ubah tu telah diterima dengan puas hati tanpa ingin membuat sebarang perubahan lagi. oh! akhirnya.
Alhamdulillah..........

Kalau boleh aku nak settle kan masalah epbt(e-Pihak Berkuasa Tempatan) yang tergendala tu sebelum masuk bulan 2 ni. Oh, sempat ke aku?

ops! tulisan aku terganggu jap.
FAIZAL TAHIR nyanyi pakai tongkat? Ke aku salah tgok???
Hmm....no komen!
Kalau la dia yang berjaya menang 35k malam ni.........;-)

back to our topic.

Bila keje bertimbun2 ni, aku rasa 8 jam kat ofis siyes x cukup. Tgah2 syiok duk godek oracle 6i, tepon bilik bunyi....."sha ini la.." sha itu la..."
owh! kalau la............hehehehehe *sila jangan sambung ayat itu.
Nama pun keje, tp bila keje settle, siyes sangat berbaloi! *aku senyum puas*

Btw, hari ni adalah hari ulangtahun ****** aku ngan en hubby.
Biasa la pompuan, tarikh2 penting adalah sangat penting. ngeee....
Agak panjang lebar surprise emel untuk en hubby yang aku tulis tgahmalam td.
Dan seawal pagi, sebelum ayam berkokok *ekekeke* en hubby call dr lautan luas itu menyatakan isi hatinya. *owh! tetiba jiwang di pagi yang gelap*. :-p

Betul kata mrs S, lelaki mudah lupa.ekekeke *rekaan semata2*.
Ala, aku x amik port pun dia tak ingat, sbb aku tahu mmg dia x ingat pun.
Tp yang pasti cara dia appreciate pe yang aku buat, terharu beb!
Kali terakhir ptg td, dh masuk 88 kali dia duk wish anniversary ****** kat aku. Sampaikan aku lak naik malu....ecececes...

Oh! jefridin mengganggu emosi aku seketika. Silent mode!
Hahahaha...jahat giler!

Ok la, better aku stop, sbb jap lagi konfem en hubby col, maybe nk wish kat aku kali yang ke 89 lak. Sebelum post aku tulis ni tergendala baik aku submit dulu. Mencari masa yang sesuai dan idea yang bes untuk dikongsi bersama memerlukan ruang dan penghadaman yang selesa. *abaikan ayat cakar ayam aku ni* Cakar Ayam? Failed!!!
Sehingga ketemuan lagi dengan kisah2 benar dan seram yang sangat sweet gituee...hahahaha...
Ape2 la labu wei!!

yang penting...... Im truly hepi with my life! yeayyy!!!!

Salam..... mimpi indah ya kalian! ;-)


Monday, January 04, 2010

make ur day more interesting

hari sebagai SYMP kadang2 rasa macam nak bagi notis benti 1 jam. Bole?
Since last week lagi, aku rasa macam aku adalah seorang penjawat awam yang sangat dedikasi, komited, cemerlang, gemilang, terbilang....terlebey2 sudaaa.... ;-)

En hubby lak xde di depan mata,kena balik ke pangkuan lautan awal kali ni, so xde halangan aku kena balik lambat. eh, mcam keling ayat aku. Abaikan!

So far, aku sampai umah lepas keje selalu dalam 6.30 lebih, asar pun dan sipi2 je lagi. Bila pk2, berkat ke keje aku buat sehinggakan aku lalai ngan tuntutan yang lebih utama. Klu stakat pk, tp xde action, bagai melipat baju terbalik, tp tetap bole pakai.*p/s :en karam singh, peribahasa ini hakcipta terpelihara :p*.

Sangat banyak keje dan aku x tahu mana nk di dahulukan. Keje semasa, keje pending, keje akan datang.uish! dah tahu tu...heee...
Selalu orang ckp, penjawat awam klu bgtahu banyak keje, "tipu sume tu! Sembang ar...".
Dan aku setuju tanpa membantah sekeras2nya. Tp aku siyes kali ni, sangat bzS, so sedikit sebanyak tp x berapa keras, aku membantah kenyataan tu. Lepas dah settle keje aku ni, aku kembali menyokong mereka2 itu, okay? heeee....

Hari ni aku berjaya edit satu report, tambah sql query, edit layout and compile successfully. Pada aku Oracle adalah satu mende baru yang aku kena jelajah lebih jauh, walaupun aku dah lama dengar nama en Oracle ni, tp x teringin nk dekat. So, bila situasi berkehendak aku lebih mengenali en Oracle bin 10G ni, dengan rela dan tabahnya aku berusaha memahami isi hatinya. Mula la mencari, membelek dan akhirnya melembang segala nota2 yang pernah aku dpt time training aritu. 3 days training not enuf. Im novice, so at least 3 months shud be ok. ;-). Tp sape nk tanggung ongkosnya? heeee......

Kepuasan tu terasa bila dah sukses *IT people noe better* walaupun terpaksa mengadap pc sampai naik juling mencari error REP-0619. And i learn fr mistakes.
im not into programming so much, but i try to dive with it. if u get into serious programming, u'll enjoy it as a hobby very much. Im trying to encourage myself. ;-)

Aku agak tidak sabar nak masuk ofis esok, siapkan keje yang berbaki berbakul2 itu. Next week off to Malacca. Tak nak pegi bole tak?? ops! SYMP. :p

Ok la, enjoy the pics. Pic last week, lepak umah my sis kat sentul utk beberapa jam sebelum fly ke Terengganu. I adore dis cutest miutest budak kecik, Wina. I miss her. mwah!



she stares when i stare

comot!

eee.... kak yong busyuk!!

try to show off her hidden dimple ekekeke

protes! mau susu lagi!!

she loves cartoon

her big eyes

kak yong majuk sbb cik ngah nak balik dah.Hahaha... xnak tgok kamera tuuee..

Make your day and enjoy it!

Salam..............


Friday, January 01, 2010

sesi 'temuramah' di klinik ibu dan anak



Hi my dear readers... *if ada la..heee....*
since masa ada masa terluang ni, leh la aku update blog. Siyesly aku sangat bz ngan keje ofis lately, tambah2 di hujung tahun. smalam pun aku celebrate new year ngan en hubby kat ofis, kurang 5 min kul 12 tgah malam baru ktorang blah, itu pun sebb rasa dh seriau smacam..hehe.... thanks to u dear, anda peneman setia saya. Sampaikan tertido atas kerusi..:-).. tp lupa nk snap gambar. hehehe

well, back to our 'title'.
I called it temuramah sbb boleh kata aku kena berulang selang sehari ke klinik. Gamaknya nurse tu suka benor nengok muka aku. Alkisahnya, sebelum tiba next check-up aku tu, aku mmg struggle nk naikkan HB aku. Dalam erti kata lain, aku makan apa jua yang boleh tambah darah, campur sekali ngan yang boleh tambah lemak.heee....
Pertambahan mendadak itu menyebabkan nurse pun 2 kali suh aku timbang. hahahaha.....cannot believe in 2 weeks berat aku boleh naik sebanyak itu. Angka itu biarlah di rahsiakan untuk tidak mengaibkan pihak yang berkenaan iaitu AKU.

Pada aku, biasa je. Xde la berat giler, bukan nya aku bertukar jadi incredible hulk pun, kurang sket je dari mak badak. heee... aku siap tanya soklan bodo "nurse, dah tu nurse nak suh saya naik banyak mana?". Nurse amik buku checkup aku tu, tunjuk page blakang kat aku, siap sound lagi "awak x baca ke? 500gm je sebulan." hahahahaahaha.... mmg terkena batang hidung aku, tp siyes x logik. setuju x? *aku selalu lapar okay!*

Lepas tu aku diberitahu disebabkan kesan kenaikan keterlaluan tu, aku kena minum AIR GULA. Repeat, AIR GULA, bukan gula-gula okay. OMG. Sangat teruja untuk pengsan time tu jugak. Nurse suh dtg lagi esok untuk sesi minum beramai2. Mula2 aku cam refuse nak cite kat en hubby, sbb aku rasa cam nak ngelat je. Pandai la aku klentong dia nanti. Tp naluri keibuan aku...ececes... sian insan kat dalam pewut aku ni. Masa bgtahu hubby aku, aku ngengade malas pegi, suka tau buat dia risau. Time cani la nk ngengade lelebih. heee.... Hjh Laili siap col, advise aku suh pegi jugak, ni sume keje en hubby. suka ngadu!

Esok lagi sekali aku menjadi tetamu yang diundang petugas2 berbaju putih itu. Cam biasa tunggu giliran. Aku ingatkan terus leh minum air gula, skali nurse bagitahu kena amik darah dulu. Oh! aku terus pengsan.
Lolok je..ekekeke
Im not ready okay. Tulunnn........
Make it short, time aku kena cucuk amik darah. Sangat seram okay wpun aku sangat pandai buat2 x sabar nk kena cucuk. Kali pertama cubaan di lengan kanan aku x berjaya. Jarum dah masukkk!!! Tp x kena urat darah. aaarggghhh!!!!!!!!!
"Okay, kita amik lengan kiri la.."....aaaa???? semudah itu??
Percubaan kali kedua di lengan kiri aku mengalami nasib yang samaaaa!!!!
Nurse jahat!!!!!!!! Sakitt tauuu!!
"Eh, bakpe la susah sangat ni, urat awak halus sangat"...
So what? Nak amik kat lengan kaki lak ke? sibaik la kaki xde lengan,kan kan kan?
"Sy refer ke doktor la....sian ke awak"...OMGoodness! Knape x kesian esok jeeeee.....

Aku masuk bilik doktor utk percubaan yang ke-3. Dalam hati aku, tolong la...aku dah sengsara ni. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii......!!!!!!! Tolong pk sendiri. Aku rasa nk lempang objek kat depan aku time tu. Dengan rasa x bersalah langsung, dia bgtahu nk amik belah kiri lak. Sbb dia kata belah kanan dah lebam. Mmg la lebam, dh 2 kali cucuk!!
Kali ni mintak2 la berjaya, klu x sure aku sound, "doktor, meh saya cucuk sendiri la! " :-D
Dan alhamdulillah........setelah 4 kali aku di 'tikam' bertubi2. heee.....

Lepas tu aku terus minum air gula. Perasaan?? Try minum sendiri, korang tahu la 'kenikmatan dan kelazatan' perisa asli tu. Mai secawan! :-D

Lepas minum, i tot dah abis, nurse ckp "tunggu 2 jam eh, lepas tu amik darah sekali lagi".
Siyes kali ni aku pengsan. Tetiba gelap seketika. Oh apakah!!
Bangun sha! Bangun sha! Men'kejut'kan diri sendiri. ekekeke

2 jam selepas kejadian.
Nama aku dipanggil untuk sesi tikaman yang ke-5. Kali ni nurse tadi dh surrender awal2. Fuh lega kejap. Dia panggilkan sister untuk tikam aku. Dalam hati "sister mungkin terrer sket, so slamat.." :-)
Sister ckp kat nurse "sy nak jarum hijau". Padahal nurse dah siapkan jarum, tp aku lupa kaler ape, dan aku x tahu pun ape motif sister nk pakai jarum tu. Dia ckp, senang sket. Oh, aku tmbah lega.
"Ok, saya amik darah sket ye..." pendekatan yang baik kepada patient yang baik.ekekeke
Aaaarrgghhh!!!!!....
Pe kes yang sakit tersangat niii???? Nurse tadi cucuk aku 2 kali pun xde la se'kejam' ini rasanya.
Lepas sister kuar, nurse tanya aku "mesti sakit kan, sbb dia guna jarum hijau, jarum tu besar sket, mmg mudah nk amik darah tp mmg sakit ar..."
Penerangan tu sangat jelas! Menciiiiii!!!!

Selesai sudah sesi aku pagi tu, tp yang pasti dalam buku rekod merah tu telah tercatat yang aku akan datang lagi lusa, 2 hari selepas lusa dan 2 hari lagi selepas lusa.
Haishh!!!
Cuma nak amik BP aku, kot2 ade darah tinggi. Amboi!! Nauzubillah...

So, sepanjang tarikh yang ditetapkan tu, aku pegi cek BP aku, so far aku berada di zon selamat. Dan 28hb Dis, aku kena jumpe doktor. But since aku ade urgent commitment, very personal matters yang perlu diselesaikan segera, so aku klentong kat doktor aku ade meeting kat KL time tu. So, dia suh aku dtg on 29th. Fly ke KL dan pulang kembali ke terengganu hanya dalam masa x sampai 24 jam. Alhamdulillah, settle. Yang penting en hubby satisfied. ;-)

So, 29th Dec aku gi jumpe doktor. Tanya itu ini, bla bla bla....
Dia bgtahu result gula dalam darah tu masih pending, so please come again on 18th Jan.
So, next app masih jauh di hadapan. Rileks jap rasa.
Tp, pesanan terakhir x tahan tu "makesure awak dtg next time, berat maintain mcam skarang. kurang kan makan malam".
owh, pesanan berbau sindiran. ekekekekeke
Saya kunci pesanan itu! ;-)

Hmm....agaknya macm ni la time mak2 kita ngandungkan kita dulu. Tp bila aku ckp macam tu, mesti ade respon "dulu lain la.....bukan macam kita skrang ni..."..
Hmmm.......apakah kelainan itu??? ;-)

Salam.......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...