Sunday, April 25, 2010

weken for us

hi uols..
aku kembali lagi, walaupun sebenarnya not in the mood of blogging. mood rajin yang berbaki ni pun sbb kes kena 'paksa' oleh en asben. beria sungguh suh aku update blog, in return for helping me resizing and editing pictures. bak kata scorpion, what u give u get back.
so, aku akur dengan title of the song.

btw, while typing dis post, im listening to Yang Terindah song, Adamaya OST. tetiba pikiran melayang teringat kat Adam. whoops! telinga i kena *igit... hahaha *18sx*
jeles tanda nye sayang...ekekeke *tetibeeeerrr*
sekadar selingan okay.

actually, kami ~ asben and i x plan pun nk kuar kemana pun weken lepas. aku lebih suka duk umah, leh baring2 dengan nyaman. Day by day aku rasa macam dah x larat. Baru 8 bulan, lagi sebulan nk due. haissshhh!!! lama lagi tu... pk2 rasa macam nk off awal sebulan jeee....ngeee...

asyik melalut jee...back to the topic.
aku saje mandi awal pagi tu, bersiap cantek2. cantek?!! ekekeke....
asben nengok je, pelik semacam dia tgok aku bersiap, sbb dia cuma ajak sarap kat kedai roti canai peberet aku kat ajil tu je, tp kemain aku touch-up. hahahaha..
aku tunggu gak, kot2 ade soklan2 e.g : 1.comei2 ni nk g mana? 2.bukan ke nk makan kat ajil tu je? 3.tak siap2 lagi ke?... contoh2 soklan spot.
tp sangkaan ku meleset. hanya pandangan kehairanan yang membisu sahaja, membiarkan dirinya dalam teka-teki. ekekekeke....

time aku dah siap tu, "Jom, nasi kerabu kg kolam". ngeeee.....
Asben aku senyum melerettttttttttttttt......hajat dia nk pegi jalan2 teracapai juaa...
Kesian sungguh. dari smalam asyik terperap kat umah.
Aku suh dia kuar g jalan2 sendiri, jumpe kawan ke, xmo lak, nak jugak aku temankan. ish ish ish... bila nk berdikari ni?? :-D

Kami sarap kat kedai nasi kerabu paling glamer kat kg kolam.
lokasi lebih spesifik: sebelah wisma darul iman.
aku je suka makan nasi kerabu, asben makan nasi berlauk.
roti canai ajil reserve untuk next sarap, hehehe.....

Dah abis makan, kami diskusi untuk next plan. kami sepakat nk g tgok anak cikgu amirol. sebelum tu singgah kedai beli hadiah untuk Amir Danial. eeeee....sume comei, sume nak amikk...tp x bole laaa......nanti sume duit abissss....

Masa sampai tu, misi(nurse) tgah chek-up ibu Amir Danial. Sian Danial, jaundice. kena bawak pegi klinik. for those yang berdarah O+, possibility anak nk kena jaundice sangat tinggi, macam aku. hmm......

tp sebelum Danial berangkat ke klinik nk jumpe doktor, asben sempat snap pic aku ngan si kecil itu. Gambarajah seperti di bawah.


Amir Danial dah ade gigi 2 batang kat bawah. baru je 4 hari, dah ade gigi. orang2 lama cakap, budak tu bawak tuah @ budak tu mmg bertuah. orang lama mmg suka bercakap. :-)
Masa kuar tu, berat Danial 3.6kg. tp bila tgok xde la besar sangat. abah Danial ckp, "doktor tu silap kira kot"... ekekekeke.....
xpe la, asalkan Danial sehat,kan?
Ibu Danial siap bekalkan buku Detik Kelahiran kat aku. Suh aku baca. promote kaw2 punya. katanya sangat membantu emosi aku di saat menunggu waktu kelahiran.
Nanti aku baca. :-)

Berangkat pulang ke Q-Ber town selepas melawat ibu mertua di Taman Sri Putra. Persinggahan yang sangat sekejap, sbb asben ade agenda. Jeng jeng jeng.....ngeeee...

Sampai je umah, bukak pintu bilik, tetiba aku sayu.
Sbb tgok katil yang terbiar, xde sape yang nk baring2 atas dia. x baik membazir, kan?
en asben lebih suka layan fb. so kami biarkan diri kami dengan dunia kami seketika.

Lepas asar, asben ajak kuar bersantai. Malasnye laaaa.....
Tp apakan daya, kesan dari pemanasan global menyebabkan aku x betah berada lama di dalam rumah. Setuju dengan cadangan asben dan keluar x tahu kemana. pusing2 dalam 'bandar satelit' itu and finally decided to stop at taman rekreasi.

Asben selalu bawak 'cinta' hatinya ke mana jua dan terjadi la sesi photo-shoot yang tidak dirancang petang itu. Nikmatilah keindahan objek-objek seakan bola ragbi bersaiz infiniti dibawah ini.


aku dan makanan ibarat ................... korang sambung la kalau berani!!!

Hahaha....aku sendiri pun tergelak sorang2 tgok pic2 ni. Tp xpe la, mungkin cantek agaknya di mata asben aku. Ngeee......
Chubby itu mutu-gaya-keunggulan. wakakakakaka

taman rekreasi ni cantik, kemas dan bersih sbb dijaga dengan baik. ditambah pulak objek baju jalur2 dalam taman tu, tp kenapa ia nampak makin CROWDED???. hahahahaha


Model of the day + photographer of the evening shoot.
Terer jugak aku gomol cinta hatinya. skali snap je tuu....*perasan kah aku?*
ala...ok la tu, bukan pro punnn....ngeee

Sekian dulu coretan ini hari.
Kita sambung lagi lain hari.

p/s: asben, thanks for making my day so wonderful.

Salam....

Saturday, April 17, 2010

Selamat... ;-)

Alhamdulillah....

Smalam, 16 April 2010, alhamdulillah, kenduri doa selamat organized by me + en suami + keluarga plus bantuan sanak saudara berjalan dengan baik. Siap turun hujan rahmat lagi... :-)

Acara bermula selepas solat jumaat, abah aku ade jemput imam masjid sultan mahmud, patut la aku x pernah tgok wajah itu. siap gossip ngan umi "pssst, umi, sape yang pakai serban tu?" sempatttttttt....hahaha

Dan siyes aku x expect kehadiran tetamu sejumlah itu dalam rumah yang sempit itu. Dalam hati, "mesra alam betul hj ahmad kali ni, ramai lak orang yang dia jemput".....
aku ingat kan x de la ramai sangat abah aku jemput, kenduri kecil kecilan je pun. tp syukur alhamdulillah, lagi ramai yang datang, lagi banyak tangan yang tolong tadah doa. amin..... :-)

Parents in law aku sampai agak lewat. Namun suasana majlis doa selamat masih terasa. Syukur ramai yang datang.
Btw, kawan2 yang terlast minit jemput tu, harap maaf. Sangat tidak disengajakan.
Kalian x dapat datang pun, aku x kecik hati sbb aku faham, sbb aku yang lewat jemput.

Parents in law x stay lama. Esok my FIL berangkat ke Mekah, mengerjakan ibadat umrah. Moga selamat pergi dan pulang. Amin...

Sebelum diaorang berangkat pulang, mereka sempat ajak kami melihat "tapak projek".
Asalnya aku malas nk join, sbb aku sangat tidak larat. Tp dah ibu mertua beria nk aku ikut, dengan ikhlas aku turut sama.
Hampir sejam kat sana, kesian aku tgok diri aku, penat weii... sibaik la ade gak tempat nk melabuhkan punggung ni...heeee....

Balik dari tapak projek, aku dan en suami singgah umah abah. Aktiviti berkemas.

Fuuuhhhh!!! Lap peluh.

Penat, tp alhamdulillah semuanya selamat......:-)


p/s : lately aku cam penat sangat. Kdang nk jalan pun rasa x larat. Bila dah boleh duduk rasa macam x mo bangun dah, klu boleh baring lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Harini check-up, alhamdulillah.... xde masalah. Ajaibnya, berat aku hilang 3kg. Doktor siap, aikkk???!!!
Hahahahahaha....
xpe, kita jangan salah kan sape2, tp mungkin itu salah mesin timbang. sbb aku percaya, berat aku x kan turun sebanyak itu, sbb ia mustahilllllllll....ekekekeekeke
Kita tunggu sahaja kuputusan 2 minggu akan datang.

Salam.................

Tuesday, April 13, 2010

blur-less.. ngeeee ;-)

today much better compared to prev day.

i followed my routine schedule.

1. woke up after 6. mandi + solat + iron baju.

2. bukak tv, sambil2 layan MHI. this morning, kisah pasal 'SUAMI TERLAMPAU'.
Macam2 citer la skang, nak akhir zaman. Fikir sejenak, sudah cukup kah amalan anda?

Time layan MHI tu, ade satu quote yang aku rasa cam terpesona.
"Lihat lah kebaikan dalam keburukan setiap pasangan anda, kerana itulah yang akan menjanjikan kebahagian yang berkekalan".

Fikir2kan lah. Pesanan untuk diri sendiri. ;-)

3. Hari ni aku singgah kedai beli nasi dagang. Refuse to buy some 'tart telur' sbb yang smalam x abis, what a waste. Actually, tekak aku ni dah x tahu lagi menu ape yang mampu meningkatkan tahap selera aku ni (cam keling). Tp sebb memikirkan si-kecil ini, aku mesti kuatkan semangat untuk MAKAN. hahahahaaammmppeehh...
Time bila la aku ni x de selera makan. En suami sila jangan bersuara okay! Blog ini tidak mengamalkan prinsip demokrasi. Kebebasan bersuara adalah milik empunya blog sahaja. Gila Kuasa!

4. Sampai ofis almost 8. Terpaksa park bawah pokok, no choices. Padan muka. Rush for thumb print, klu x sure MERAH la attendance aku hari ni. Dah 2 bulan berturut nama aku naik sebb lewat dtg ofis more than 3 times/month. Tp aku rasa cam dah berdedikasi, sbb selalu balik lambat. Win-win la kan? ngeee...

5. Masuk bilik, on PC. Dah x macam smalam lagi. Disuntik vaksin R-Complex aka Rajin-Sungguh. Maaf, tiada dijual di farmasi berdekatan kerana ia adalah ubat terkawal. Sila dapat pandangan doktor.
Aku dah melalut, mungkin sbb ter-over dose.

6. Buka report builder, sql navigator. Bersemangat sungguh nak buat keje!

7. eh... mr suami call la...Ngeee..... Berehat sebentar. Sambung bersemangat sungguh itu selepas ini.*peaceee*


Moral : Buat pe yang kita suka buat. Janji x kacau orang dan orang pun x meluat ngan kita.
Klu kita meluat ngan orang tu maknanya dia buat pe yang dia x suka buat. ekekekekeke
Renung2 kan lah....

Salam......

Monday, April 12, 2010

Blurr....

Hari ini hari blurr...

1. aku bangun sangat awal, *bagi aku awal la* sbb jadual bangun aku selalunya after 6. tapi hari ni, kul 4 dh jaga, tp tido balik, kul 5 lebih jaga lagi, tido balik, tp si kecil cam suh aku terus bangun je, kang asyik repeat chorus takut terlajak terus. kul 5.30 aku bangun, minum air masak sebanyak mungkin, cuaca skang menyebabkan rembesan peluh membasahi baju 'kelawar' aka kaftan aku. selimut pun sekadar perhiasan di atas katil agar tidak nampak terlalu kosong @ dull. *wpun selimut corak petak2 tu xde la menarik sangat pun*.
Yang pasti, klu aku x selimut, sure aku akan mengalami satu penyakit yang turut di alami oleh kaum perempuan seangkatan aku *preggy woman*, iaitu KEKEJANGAN atau legs cramps during pregnancy. ABSOLUTELY horrible. I had it so bad starting from 5th month of pregnancy until now.
Ok, back to our topic.

2. Abis sebotol mineral water aku telan. Pegi bilik air, bla..bla..bla... *malas nk mandi lagi*..ngeee... macam awal la plak klu aku terus mandi. takut karang berpeluh balik. *acceptable reason* :-)

3. Subuh pun belum masuk. Tp aku dah siap pakai telekung. Duduk atas sejadah jap, merenung diri sendiri.*tetiba sayuuuu...*
Azan berkumandang. hehehe... x sempat nk menyayukan hati lama sket. ekekeke
Lepas solat + belek Al-quran 2-3 helai + doa untuk aku, suami, keluarga, si kecil ini.
banyak mende dah buat, tp masih lagi awal, hampir kul 6.30. Selalunya time ni aku baru pas mandi. hehehe

4. bukak tv. tiada cerita menarik, MHI pun start kul 6.30. Mandi je la.

5. Make-up *comor2 mana2 yang patut*..ekeke... + iron baju + panas enjin.

6. Gerak gi ofis + singgah kedai beli kueh. tart telur, so yummy. Hari2 mesti beli. *if ade la*.

7. sampai ofis + park kete + termenung. Awal lagi ekpun. Cam pelik je aku sampai awal, selalu parking dh penuh time aku sampai, tp hari ni aku siap leh buat pilihan terbaik lagi tuuu... ngeee...

8. thumb print + masuk bilik + on pc + termenung. aiyoooo!!!

9. en suami call + sembang3 + mengadu itu ini + rinduuu... heeee.

10. Termenung lagi...... + bukak blog + typing until now.

Apa yang terjadi kepada aku seterusnya?

Klu aku rajin aku update okay! ;-)

Salam.....

Monday, April 05, 2010

its a long story....

but i can make it short, the shortest!

Lama nye aku x update blog. kan kan kan?

Sekian.

but not too short rite? nvm...

Salam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...