Tuesday, August 31, 2010

Gigih....alhamdulillah....

x tahu nk tulis tajuk ape....ekeke, bole la tajuk tu pun...
dun jugde a book by its cover...kaitan? nvm.

syukur alhamdulillah....finally, kediaman baru kami telah siap (final stage - pasang meter elektrik, since tnb dah pasang smalam, so kira siap la... walaupun dalam umah tu, ya ampun.... bibik!!!!). :p

kiranya almost 1 year la amik masa nk siapkan umah tu. eh, jap! 1 year apenya, lebih setahun daa... jun 2009 - ogos 2010.
owh! sungguh panjang cerita nak siapkan umah tu. macam2 masalah, problem, pe'el, ragam, halangan, constraints... hmm...perlu ke translation tu?? layannn...
dah la asben aku jarang2 ade, aku lak keje ofis hour, nak site visit slalu pun kang nanti ade orang cakap "ingat ofis ni ofis bapak ko ke suka ati kuar masuk?!!"... aku malas la nak layan mulut2 busuk ni, kang jadi tajuk utama muka depan s/kabor. ;p
so, selalu aku pegi lawat tapak lepas ofis hour, time tu lak tukang pun dah xde, nk komplen itu ini kena tepon, bila cakp dalam tepon, nk terang konfem tukang tu x faham, aku suh buat lain, esok pegi tgok, dah jadi mende lain, terpaksa 'musnahkan' balik dan bina smula, x ke tu buang masa, tenaga dan wang ringgit? klu nk jumpe diaorang pun hari sabtu, kdang2 ade, kdang xde, "gi round batu buruk" kata mereka. hmmm...

bila diingat balik kejadian2 sepanjang nak siapkan umah tu, rasa cam x siap2 je umah ni, tp syukur, orang sabar x akan rugi. :-). walaupun seperti perjanjian palsu, jangka siap disember '09. tp....:p
aku x nafi, kami mmg sedikit sebanyak menyumbang kepada kejadian itu, mmg ade banyak perubahan dan penambahan oleh kami, dan ade yang beberapa kali ubah dan bina mende yang sama, sbb itu masa jadi agak melebar. :-)
"orang kata, alang2 dah buat, biar la puas hati." jasa en asben aku kenang sampai bila2. *bodek la tuh!* LOL

rumah kami x besar cam istana, x gah cam KLCC *klcc gah ke? :p*, tp alhamdulillah, ckup untuk kami bertiga. *stakat ni masih ber3 la ekekeke, galop :p*.
xde mende yang betul2 sempurna, klu ikutkan hati macam2 aku nak, tp klu ikutkan hati jugak, en asben la yang merana, ngeh ngeh ngeh.

kami x sabar nak berpindah, barang2 sume dah angkut, cuma tuan rumah je belum mendiami lagi kat sana. sebelum nk pindah, kena buat doa slamat sket, mintak rumah tu selamat untuk didiami *ayat skema x menahan*. so, abah aku jemput 5,6 orang untuk buat solat hajat + doa selamat kat umah tu hari khamis ni. en asben men'darat'kan dirinya pada esok hari, so sempat la kami nk prepare umah yang tunggang langgang tu sebelum majlis khamis ni.
aku dah capek dalam 2 minggu ni settlekan hal rumah tu. skang giliran en asben lak. fair and square!

sebelum aku menamatkan coretan malam ini, di kesempatan ini aku menjemput kalian2, bagi pihak en asben dan anak aku, ke rumah kami di Lot 10334, Taman Permint Permata, Kuala Berang pada hari raya ke-3 sempena majlis akikah anak perempuan kami, Nabiha Aliya binti Shahrul Azlan, majlis kesyukuran rumah baru kami *housewarming :-)*, majlis cukur jambul Aliya tp kansel sbb aliya x de rambut, kang ade tergunting kulit kepala lak *nak cakap jugak tuuu LOL*, majlis kesyukuran aku dah konfem dalam jawatan pada mac 2010 :p. uishhh!!! ni memang kes jimat cermat nii..... satu majlis macam2 agenda. 1 malaysia!! ekekeke

Jemput la ye.... segan nk invite kat fb, ahahahaha....*pigi dahhh*
eeehhh betulll, lagipun en asben dah jemput. so aku rasa cam menyemak je banyak2 post mende sama. xpe la eh. :)

moral : lu pikir la sendiriii....:p

salam..

cannot sleep


hmm....aku try tutup mata sejak dari kul 10++ tadi, tp x leh lelap gak. renung aliya x berkelip2 pun still x leh nak tidooo.... end up aku kat depan laptop ni. googling for recipe, menu hari raya. hahahaha. buat ke idak itu citer sbalik tabir, yang penting niat. ekekekeke
masak pakai niat aje jadi eh?? :p

2 hari lepas aku dah salin satu resepi kueh, ala2 cam kueh ketayap, tp yang ni inti sambal ikan, x pun inti kentang +daging. aku panggil kueh gulung, sbb kueh tu bergulung ekpun. klu ketayap inti dia nyor aka kelapa. ketayap pun aku suka. kueh gulung ni, arwah my mum selalu buat. aku sukaaa...... klu yang garing lagi besssssss, makan masa suam2 gitu, owh! kecur liur kuu...

tp nyaa, sampai ke saat ni aku x cuba2 lagi resepi kueh gulung tu. ye la, masa bila la aku nk bergulung2, duk bergulung ngan aliya jeeeee....haishh...
xpe, simpan je dulu resepi tu, kot2 bulan depan bole try, time aliya duk ngan tokmi dia la..hehehe

banyak giler resepi, siap ngan gambar, sume maveles, tp klu aku buat sebijik ikut resepi tu, belum tentu nampak sebijik cam dalam gambar tu. aku penah gak salin resepi dalam tenet ni, tp time masak aku x ikut sangat pun, hehehe... kadang2 bahan2 dia tu cam 'uish! mana aku nak cari niii?'...haaa kan dah menyusahkan aku, dah la aku kena masak, nk kena cari bahan2 yang pelik2 lagi.... senang2, ganti je ngan bahan2 yang aku kira bersesuaian... as long as sedapppppppppp!!! *sila puji diri sendiri*.

eeehhhh....nak masak ape niiii???
pk esok je la.... kang ade yang x bangun sahur lak nanti.... :-)


moral : amalkan diet yang seimbang, baru lah x letih di siang hari dalam bulan pose nii.... :P

Salam.....

Wednesday, August 25, 2010

buahatipengarangjantungmummy&daddy:-)



Biodata :-

Name : Nabiha Aliya binti Shahrul Azlan
DOB : 13 Jun 2010, 1.20 pm
POB : Pusat Perubatan Intan, Trg.
Mother's name : Sha cute..ngeh ngeh ngeh
Father's name : read above ;-)
Fav. food : breast milk
Fav. color : colourful
Hobby : 'menyanyi', meminum, menido, me'poo-poo'.
Ambition : secret! :p
Idol : mummy and daddy laa...

Sesi suai kenal bersama readers mummy's blog. Mummy will update my story later2. So, keep in touch! :-)

moral : dont talk to stranger!

Salam....

Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan

Hehehe....

Aku terlewat ke? dah 1/2 bulan pose, baru nk wish. ekekeke
Nak buat macamana, dah baru skang aku sempat nk wish. ok la tu kan, better than nothing.
so, selamat menyambut bulan Ramadhan kalian sume. semoga Ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan izin-Nya. perbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni.

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Macam tahun lepas, aku balik keje je, konfem masak. last year, fav food yang aku suka masak Siakap 3 rasa, tp aku rasa macam2 rasa je...ngee... sebagai bukti sila lihat di sini.
tp tahun ni, aku x boleh nk bergerak sangat. Ini disebabkan oleh si kecik itu.
Kecik ati Aliya klu dia baca ni.(bila besar nanti la...)
Bukan aku salahkan kewujudan aliya sbb aku x leh masak, malah aku cukup berterima kasih kat aliya. disebabkan dia aku leh menikmati cuti 3 bulan aku ni dengan sepenuhnya. aku x yah buat keje sangat, sbb orang dalam umah ni memahami, klu aku dh start buat keje, klu aliya nangis, konfem aku kena benti buat keje tu, secara x langsung kerja tu akan jadi terbengkalai, tokmi nak tolong habiskan keje aku pun, tokmi ade keje lain gak nk buat, so keputusannya (LOL), aku di suruh bersenang lenang sahaja. Oleh kerana masa free aku berbakul2, xkan nk habiskan macam tu je, so secara x rasmi, profesion aku ialah pemegang setia TV remote control. bes giler job ni. start kul 2 sampai la waktu berbuka. Jadual job aku, layan citer kul 2 -Alisa, kul 3- striving for a sun, kul 4-yusuff, kul 4.30- Ular emas (tgok x full sbb benti solat asar), kul 5.30 - masam manis ramadhan, kul 6 - sirah nabi (tp time ni aku mandikan aliya. jahat giler. xde la, dh memang time dia mandi, kang lewat2 nanti sejuk lak mekcek tu. :-p), kul 6.30 - Epilog syurga cinta. waaahhh......giler hantu tv. sume tv3 kan? tp yang aku listkan tu baru isnin sampai khamis je tuh, siang nye program, x masuk malam lagi. klu aku citer program jumaat - ahad lak, konfem korang ingat aku ni duk bela badan jeee kejenya. (bela badan apenya, aku pose okay!)

sepanjang 14 hari pose ni, aku rasa aku boleh bilang ngan jari, klu x silap aku la, dalam 2 hari je aku leh berbuka pose ngan proper. time berbuka je konfem aliya terjaga. selalunya klu lepas mandi mesti aliya akan tido, tp make sure dia sudah burrp aka kenyang, klu x kejap2 dia bangun, semetar2 dia bangun. tp kali ni, kenyang ke, x kenyang ke, time nk berbuka je si kecik ni mesti terjaga. dan aku sebagai mummy yang tabah, walaupun gastrik aku dah mencapai tahap 18, aku tetap tabah dan sabar daaaaaannnnnn laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....huwwaaaaa.......

time nk solat lak, kami ade shift, aku solat, tokmi akan tgokkan aliya. lepas tu tok abah masuk shift, bg tok mi solat lak, lepas tok mi dah solat, tok abah g terawih, tok mi lak temankan aliya, lepas tu mak su jadi pembantu tok mi tolong bunyikan mainan klu aliya nangis, lepas tu bila tok abah balik terawih, tok abah jaga aliya dan tok mi masuk dapur utk supper di temani oleh mummy aliya.
eh jap, dah tu bila masa nye shift aku jaga aliya????
hmmm.....jadual ni patut dikekalkan atau di ubah suai eh???

korang ni.....jangan ingat aku ni mummy yang x bertanggungjawab okay. aku bertarung nyawa, 25 jam nak keluarkan si kecik tu. haisshh.....seperti tidak mahu diingat kembali, tp apakan daya, aku x mampu lupakannya....noktah.

seboleh2nya...aku x nak miss walau sesaat pun nk tgok dia membesar.
(x tido la aku klu mcam ni..:-p)...
paling suka renung aliya time dia tido, itulah wajah paling ikhlas. (tang nganga yang x menahan, sebijik daddy dia. LOL)

eeeehhh...cam dah lari tajuk le pulakkk...
ok la, akhir ayat, SALAM RAMADHAN kepada semua.

moral : time mengarang sila fokus, klu x konfem melalut!

Salam......

Monday, August 23, 2010

i've made up my mind

and its final!

hahaha...tetiba jeee....ni kes makan nasi goreng banyak ngat sahur tadi ekpun. eeehhh...aku mmg kena makan banyak, minum air banyak,Nabiha Aliya asyik menyusu jeee..kering aku klu x makan, nak tunggu sampai kul 5 pun aku cam dah gastrik tahap 8. serius tuuu!!
off topic!

well, pasal post Kisah Benar (bersiri) tu, aku dah decide samada nk publish atau save as a draft atau delete terus.
i did ask my asben pasal ni. hahaha...macam isu besar la pulak. as for me, besar la kot, sbb aku rasa cam x bes je nk publish post tu. aku rasa cam ia melibatkan perasaan orang lain, x baik lak mengguris hati orang. Perasan!! (padahal xde sape pun baca..wakakakaka)

aku tanya asben, nk publish ke x yah. well, asben aku mmg dia x kan jawab pendek2 nye.
dia kata "sha dah ade jawapan utk soklan tu. sebelum ni, klu nk publish new post, penah ke rasa macam ni? penah ke tanya abang perlu publish ke x? so, there must be a, two, three or some reasons. klu dh rasa takut kecikkan hati sape2, then it is one of the reasons. nk play safe, better x yah publish."
agak berjela x? ;-).. siap bagi keputusan utk aku lak tuh.

hmm....x adil klu aku mintak pendapat sorang je kan. tp, sbb dia adalah my VIP, ape dia kata ade betul nye jugak, for the sake of his wife. ;-)
sbagai isteri yang taat, mendengar kata dan mengikut perintah, aku ikut saranan yang disarankan itu. ngeh ngeh ngeh.....

korang sume jangan marah tau (korang jawab:xde maknanya nk marah). :p

kepada As, sha dah janji nk citer kan. sori tau!! as siap col lagi right after sha selamat delivered ari tu. ingatan anda amat la di hargai. muah! muah! muah!

ok la, setakat ini dahulu pemberitahuan berkenaan kisah Kisah Benar (bersiri) yang x jadi bersiri tu. Kisah Benar siri 2 dan seterusnya terpaksa di hentikan berikutan masalah2 yang x dapat di elakkan. Harap maklum.

moral: sila pk banyak2 jika nk buat sesuatu yang berkaitan dengan orang awam unless sila buat blog ini private! ngeee

Salam...

Thursday, August 19, 2010

Luahan Hati

bole takkkkkkkkk? dah siap2 taip, panjang giler mengarang sampai sakit kepala otak ni, sampai nk patah jari2 ku yang runcing ni....
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku MALAS nak publishhhhhhhhhhhh....
bole ke guna word 'malas', sbb bukan susah pun, klik kat publish je kannnnn????

hmm....aku ade masalah lain niii....
apekahhh????
tgok la kawan2 yee...aku nk pk dulu, samada aku nk continue citer Kisah Benar aku tu atau x.
Mouse ni gatal2 je nk klik DELETE. cane niiii???


Salam.....

Tuesday, August 03, 2010

Kisah Benar

hai uolsss....*if ade la reader yang membaca blog i niee* ngeee...

vocab paling sesuai is "lama gilerrr" aku x update blog kannnnn......
well, harap uols faham la, i ni bukan culas nk update blog, tp kekangan masa, situasi, emosi, dan dll yang menyebabkan blog ini agak terabai 'sekejap'.

now, im back. harap kalian tidak jemu utk hadap blog aku yang macm chipsmore ni. klu rasa x nak baca then fine, sbb aku x paksa, in fact ini sekadar cerita benar yang direka semata2.

ala korang...baca laa...pleaseee......:p

klu x mengarut mengabang mmg x sah.

actually, dis time aku nk bercerita kisah benar yang aku alami pada tarikh 12 jun dan 13 jun 2010. masih teringat2 peristiwa itu sehingga kini dan x mudah utk dilupakan. sumpah!
ni bukan kisah benar dalam slot tv3 yang benar nye cam tipu gilerr..
cite aku ni mmg konfem benar, klu tipu pun sket2 je, rempah2 ratus kena lebih sket, baru kari rasa kaw. kan kan kan? :-p

cane nk start ni, ayooo....mati idea la plak. LOL

cani....
seperti yang aku inform dalam post aku terdahulu, my EDD sepatutnya pada 8 jun 2010. but till 10 jun aku masih belum deliver. baby masih seronok berenang2 di dalam walaupun space makin sempit. cuti en asben sebanyak 6 minggu tu dh x berapa nk berbaki lagi.
so, satu meeting tergempar di adakan.
tarikh: 10 jun 2010
masa : 8.50 pm (selepas isyak)
attendee : aku dan en asben jee...
venue: depan tv (mute). :p

agenda : bincang tarikh bila nk deliver.
waahhh.....sesuka hati pilih tarikh nk beranak bila. cam bes giler kaaaannn....
kepada yang baru peknen 3 bulan jangan tiru 'aksi' ini okey.
aku dah overdue, so doktor bg pilihan kat aku samada nk tunggu lagi seminggu atau pilih tarikh bila nk deliver.
tunggang tungging terbalik kami berdua pk pasal ni.
asben kata : klu nk deliver esok kena induce kan? klu nk tunggu seminggu lagi x yah induce ke?
~~induce : deliver secara paksa
aku kata : ye la, kena induce, tp klu tunggu seminggu lagi, tp x beranak jugak, kena induce gak nanti.
asben kata : dah tu, baik beranak esok je.
hahahaha....suka suki dia jeeee...mentang2 la dia tolong tgok je, aku yang tolong beranak ni kena pk molek tau!
sebelum tu aku dah tanya banyak pendapat orang2 yang berpengalaman. mostly cakp "induce ni sakit sket ar dari beranak biasa. sket jeee"
testimonial itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku.
dah hampir tengah malam, meeting x tunda2 lagi. en asben aka tuan pengerusi dh menguap 800 kali, sepertinya meminta keputusan time tu gak.
akhirnya kami konfem, pilih tarikh 12 jun 2010 utk serah diri kat klinik. ikut la doktor ngan misi-misi sekalian nk buat ape kat aku nanti. aku redha....
*time ni redha laaa....* :p

cerita bersambung...bila? tungguuu..... ;-)

Salam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...