Sunday, October 31, 2010

Aliya


Meh update pasal aliya.

2 minggu lepas Aliya dah masuk 4 bulan.Aliya dh boleh mengesot sket2, pusing2 setempat dah boleh sangat2. Klu katil queen size tu mmg port aliya sorang je, abis sume kawasan di jajahnye. Aku tinggal dia seminit je nk g dapur, tgok2 dah ade tepi tilam. Haisshhh......

Aliya dh pandai capai barang. Skang ni nak mandikan aliya mmg sangat mencabar. Aku mandi kan aliya dalam sinki. X cuba lagi nak mandikan dia dalam besin, sbb takut dia kencing dalam air. Hehehe

Klu aku nak mandikan dia, aku akan makesure sekeliling sinki tu xde ape2 yang dia boleh capai. Klu x, botol sunlight tu la akan jadi mangsa pertamanya.

Aliya akan tenung dulu sesuatu mende tu sebelum dia akan berusaha untuk capai barang tu. Selalunya dia berminat ngan barang2 yang berwarna gelap dan sangat striking. Black, dark brown, dark blue and etc. Bila dia dah berjaya (berjaya sentuh pun aku kategorikan sebagai berjaya capai) amik barang tu, aktiviti seterusnya ialah berusaha untuk memasukkan kedalam mulutnya. Haiyyya.... potensi nk jadi collector sangat la cerah.

Pattern tido aliya setakat ni masih x consistent. Sejak aku masuk keje sebulan lepas, aku xleh nk kenal pasti pattern tido aliya. Tambah pulak en suami on off. Bila en suami xde, aku banyak habiskan masa kat umah parents. So, aku rasa mungkin perubahan tempat tido yang menyebabkan pattern tido aliya berbeza2. Dalam sebulan, 2 minggu kat umah kami, 2 minggu kat umah parents. Kadang2 klu weekend aku keje lagi la, banyak mende berubah, so banyak yang Aliya kena adapt. Sian si kecil itu.

Wutever it is, mummy suka jeee..... ;-) nak aliya membesar dengan sempurna. Mummy’ll try the bestest.

Billion thanks to aliya for being always beside mummy whenever mummy needs u! Muahhh!!!!

Moral : jangan update blog time anak tgah tido, kang ade je yang gatal tangan bangunkan aliya nanti. Sbb rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Salam........

Thursday, October 21, 2010

kansel tp x kansel 100%


harap title x buat korang pening cam ape yang aku sedang alami skang ni. hehehe...

aku ade citer yang aku kena attend course this week kan? kan? kan?
oleh kerana ade sedikit masalah teknikal, kejadian yang bakal berlaku itu di batalkan.
masalah itu dikesan berlaku pagi tadi. lebeh kurang 9.30 pagi, selesai dari sesi tazkirah pagi khamis.
perkara itu menyumbang kepada kegumbiraan hati ini kerana tidak perlu risaukan pasal Aliya.
Walaupun aku mmg konfem angkut aliya sekali pegi kursus ni. Tp klu kansel aku x kisah pun. hehehe
So, aku bercadang untuk proceed dengan rancangan2 yang telah aku rancang pada hujung minggu ni.

TETAPI..................................................................................

14 minit sebelum waktu kerja hari khamis berakhir, PA (Pembantu Am) masuk ke bilik aku dan mnyerahkan sekeping kertas bersaiz A4. Tetiba jantung aku bagaikan direntap seolah2 sudah mengetahui kandungan helaian itu.

YEEEEZZZZZAAAAAAAAAAA..........

seperti yang telah aku jangka. tepat! jitu!padu!

"kehadiran adalah diwajibkan".

kansel, tp x kansel 100%. esok kena dtg ofis!!!!!!!!!!!!!!!!

moral: sabar itu separuh dari iman. :-)

Salam.....

Wednesday, October 20, 2010

Taman Permint Permata, Kuala Berang

Hehehe... itu lah sebahagian daripada alamat kediaman baru kami.

Alhamdulillah, kami dah selamat menduduki rumah baru kami pada 02.09.10, sekaligus ngan majlis doa selamat. Kebetulan masa tu masih dalam bulan puasa, so, majlis doa slamat tu buat skali ngan berbuka puasa dan solat hajat. Malam tu, kami terus bermalam di situ.

Perasaan?
Rasa syukur yang tak terhingga kerana Dia telah mempermudahkan segala urusan kami. Segala macam dugaan dan pengalaman adalah sebahagian daripada ujian-Nya.
Aku selesa dengan apa yang en suami usahakan selama ni. Hehehe....

Jom, layan pic semasa dan selepas.
Banyak pic yang kami amik, tp x kan nk upload sume kot. :p

p/s : korang, klu datang ganu, meh la singgah umah eh. Yang dh ade ganu tu, jom la dtg berjalan2. aku baru terima tetamu pertama baru ni, puan As dan suaminya.
*time buat open house tu umum sangat nk di anggap tetamu pertama :-)*

Semasa dalam pembinaan. Time ni dah hampir 70%.

Finishing bahagian luar. Pic 8 tu bahagian depan umah. Pic 7 bahagian tepi rumah. Hehe, orang slalu konfius, ingatkan pic 7 tu bahgian depan, bila datang dekat baru tahu..'ooo..yang ni depan'. sbb pagar xde lagi ekpun. :p

Family area. Kat sini la kami menonton, tempat aliya main2, meniarap guling2. :p

My feveret place. Sangat suka masak skang!!! walaupunn........ :p

Foyer + ruang makan + ruang tamu utama.


Kawan2 yang sudi berjalan2 ke rumah kami, jom la,kehadiran kalian sangat la di alu2kan. Nanti aku masak okay! *hahahaha perasan pandai masak*
Ala, klu x sempat pun, kedai bersepah kat sini. :p

Moral : selalu semak buku resepi klu x pandai masak okay!

Salam.....


mummy hearts Aliya

Selalu rindu kat Aliya. Duk main ngan Aliya pun rindu Aliya. Klu x duk ngan Aliya lagi la rinduuuuu....

Baru2 ni, kawan aku ade datang umah. Puan Hasmaliza dan en suaminya. Kelas belajar guna SLR yang x dirancang di adakan kat umah aku, lokasi family area, masa lebih kurang lepas isyak kot. sebb kitaorang baru lepas dinner. *sedap x sha masak as?*ekekeke. Shuuuuhhhh!!!! :p

Very interesting subject, 'How to use DSLR' regardless the brand. sbb brand cikgu lagi mahal, anak murid mampu guna cap ayam je. asal kan gambar cantekk!
Sebelum x reti sangat guna Manual, kalu gambar menjadi pun time guna manual adalah kebetulan sahaja. most of the time guna mode auto. hehehehe *baik guna compact camera jeeee* :p

Since aku dah boleh declare as intermediate level user *syok sendiri*, aku suka je snap2 gambar. Bila x jadi, roba dulu image tu, ubah shutter speed, try lagi sampai la gambar jadi cun abis. *pada pandangan mata aku la*
cikgu bgtahu, seboleh2nya avoid ejas2 ISO. if keadaan MEMAKSA baru la kasi chance kat ISO.
Maaf la kalian andai kalian agak kurang faham dengan penggunaan term yang agak teknikal ini.
*kata intermediate, speaking pun kena la ala2 standard gitu... walaupun.......* :p

jom layan pic yang aku snap.


Tetamu pertama di kediaman baru kami. Thanks for coming. Aliya sangat hepi ngan Cik As ngan uncle miza.


Time Aliya tido pun mummy nak snap. :p

Aksi Aliya merajuk. ekekeke

Aliya smiles. She likes smiling :-)

Playing time! Pantang nampak ape2, mesti nak capai dan nak masuk mulut. haisshhh!!!

Bila budak kecik ini tido. Zzzzzzzzzz

Aliya's feeding herself :-)

Muah! Cayang Aliya.


Moral : selalu la amik gambar dan bergambar, senang nak review balik kisah dulu2. :P

Salam....

Kembali berbunga riang

Yeay!!! Next week kansel bengkel. Bukan bengkel tu dikanselkan, tp aku yang men’kansel’kannya. Hahaha... Keperluan untuk hadir tidak tinggi, so its optional. N i chose not to go.;-)

Berkat sabar membuahkan hasil.

Aliya! Mummy x tinggal Aliya dis week. Mummy bawak Aliya pegi kursus sama2 weekend ni. Mummy angkut skali tokmi ngan tok abah. Mereka akan babysit Aliya sepanjang kursus nanti. J

Dan the notty part is, macam tahu2 je aku sengaja kansel kursus next week. Masuk ofis smalam, terus dapat surat dari SUK suh attend kursus lain lak. Hahahaha.... dalam nak marah2 pun lawak lak memikirkannya. Mmg saje x nak aku duk diam kat ofis ni.

Macam-macam..............

Sunday, October 17, 2010

STRESS!!!!!!

Hari ni masuk ofis dengan hati yang berbunga2. Rasa sangat bersemangat nak bekerja. Ntah kenapa.heehhe... aku tahu kenapa, tp x leh publish kat sini, kan menyinggung hati dan perasaan mereka2 itu.

Tp.... semangat nan berkobar2 itu lama2 semakin nk padam... di pagi hari aku dah dengar cite x bes. Masalah itu, masalah ini. Adusss...... biasa la, kerja....lumrah la kan. Nak yang senang2 aje baik duk umah, tukar pampers Aliya setiap 2 jam walaupun dia x poo-poo, senang je pun kan, buat banyak kali pun x pe. J

Tp berita yang paling aku sedih ialah, aku kena tinggal kan Aliya untuk beberapa hari. Kena attend kursus. Time weekend lak tu. Dalam banyak2 hari, time weekend jugak yang dipilih. Kesian Aliya, tambah2 dia masih BF. Malam2 cane la eh. Aliya lak jenis bangun malam sampai la ke pagi. Hmm.... Aku tahu ade insan kat luar yang faham naluri keibuan seperti yang aku lalui skang walaupun kalian belum punya anak, even yang belum kawen pun. Kadang2 bila fikir, priority aku adalah anak, kerja no 2. Tp nk buat cane kan, aku bukannye bos, kuli je pun. Kata SYMP. Wut ever...

Minggu depan, lagi sekali nk kena tinggalkan Aliya. Pun sama! Time weekend. Haishhh....

Alamak, rasa nak nangis. L

Stress!

Sangat stress!

Tarik nafas dalam2. Istighfar banyak2. InsyaAllah....semoga dipermudahkan urusan.

Moral : Klu kita rasa kita ade masalah sangat besar, sebenarnya kat luar tu berlambak2 orang lain yang ade masalah, diaorang nyer lagi la besar gedabak. So.. *+ve thinking*

Al kisah....


Where to start?... RUMAH.

Ok, rumah! Dulu duk umah sewa, aik! Umah la pulak, jimat huruf, wutever.

Sambung balik, dulu duk umah sewa (macam ulang balik jeee...:p), aku x takut pun duk sorang2 time en suami pergi membanting tulang mencari rezeki. Even masa peknen pun aku duk sorang2, kaitan please... *sila kait sendiri*

Umah sewa dulu dekat ngan umah parent aku, dekat ngan umah2 lain, nama pun kawasan perumahan, memang la dekat2 ngan umah. So, klu ade ape2, x yah nk jerit kuat2, buat suara ala2 kucing manja pun orang sebelah dah sound “tolong diam sket boleh x?”

Tp skang, aku dah x duk situ. Rumah baru kami agak berjauhan dengan umah parent aku dan umah2 yang macam perumahan tu. Jauh sket je pun. Tp aku tak peknen pun aku takut duk sorang2, kaitan? Buat2 la faham ye.

Oleh di sebabkan ketakutan aku tu, menyebabkan aku terpaksa menyusahkan orang lain. Orang yang dimaksudkan itu adalah parent aku dan yang sealiran dengannya. Mereka terpaksa disusahkan semasa ketiadaan suami di sisi. Selama 2 minggu mereka terpaksa berulang alik dari kediaman mereka ke kediaman aku sehingga la 2 minggu yang memenatkan itu berakhir ekoran dari kepulangan en suami dari membanting tulang dan mencari rezeki itu.

Aku seorang yang sangat sensitif dengan keadaan yang berlaku ini. Sampai bila agaknya perkara ini akan berlarutan? Mungkin kah sebulan? 2 bulan? 3 tahun? 4 dekad? :p

Aku dan suami ada memikirkan jalan penyelesaiannya. Antaranya adalah, mencari seorang pembantu rumah. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan penyelesaian itu sampai skang x settle2. Yang paling ketara adalah faktor “mana nak cari orang yang boleh dipercayai?”. Aku naik seram setiap kali baca kisah2 dalam surat khabar pasal pembantu rumah ni. Tambah2 warga asing. Nak cari warga tak asing mmg payah, orang melayu kata kerja itu x standard. Hmmm..... duk saje2 kat umah baru la high class. *thinking*

So, jalan penyelesaian tersebut terpaksa KIV. Jadi, amalan biasa diteruskan seperti biasa. Petang karang balik umah parent aku, dan sejurus selepas solat isyak kami akan bergerak menuju ke kediaman aku.

Sekian.

*update blog selepas selesai karang surat rasmi kepada pejabat perbendaharaan negeri.

Moral : cintailah bahasa baku.

Salam....

1st time.

Sepanjang aku keje kat sini, harini 1st time aku dengar statement “ dia takut nak jumpe sha”.

Hehehe.....ade jugak orang takut nk jumpe aku rupenya. Untuk lebih jelas, teruskan membaca.

Situasi sebentar tadi :-

Tok! Tok! Tok!

Dia : Bagi salam.

Saya (ops! Saya gituuuee...) : jawab salam. Masuk ar...

Dia duduk.

Saya benti pandang monitor, pandang muka Dia la pulak, kang sombong pulak kata Dia nanti. :p

Dia : Sha, td Fahrid Ahmad (bukan nama sebenar) terpaksa balik, emergency. *sambil menceritakan hal sebenar* Fahrid Ahmad pesan dekat Arun Aziz (nama glamer) suh bgtahu sha, tp Arun Aziz takut nk jumpe sha, sbb tu dia suh saya dtg bgtahu sha.

Saya : *sambil senyum* laaa....takut bakpe... *sambil gelak, dalam hati la*

Dia : Arun Aziz x berani katanya. Pastu, cane nk buat pasal tu sha? (kisah yang Dia ceritakan sebentar tadi).

Saya : xpe, nanti sha settle. *dalam hati aku, aik! Masa bila la aku jd orang HR ni?*

Dia : terima kasih sha.

Saya : sama2.

Dia tutup pintu, aku terus update blog! Done.

Ok, sambung kerja! Sebentar lagi mengadap yang dipertua. Haisshh...!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...