Friday, January 21, 2011

meh baca citer vertigo versi ZZZzzzzz.....


Beria-ia aku ulit Aliya malam ni, dengan harapan yang sangat tinggi iaitu
BOLEH UPDATE CITER vertigo DENGAN TENANG.

Setelah selamat mengulit, tgok jam dah kul 12 tgah malam.
Patut la aku rasa MENGANTUK jeeee.....

Hmmm......
Boleh tak aku TUNDA lagi???

Pelissssss..........

Tengs!!

Nanait!

Moral :
Sabar itukan iman.....;-)
tak mo marah2 ye... tak mo! tak mo! :p



Salam....

Tuesday, January 18, 2011

VERTIGO

VERTIGO??
Apakah?!!
Kek kah? Kereta kah?
Perisa minuman kah? Perfume kah?
Jenama shampoo kah?
Nama anak lelaki aku kah?

Kah! Kah! Kah! Kah! 

Yang duk tergaru2 tu konfem bukan medic background.
Mungkin major korang adalah fashion, x pun engineering, x pun teater,
atau mungkin cikgu bahasa, boleh jadi culinary art
atau mungkin juga programmer!

Kalau korang dh google, kira ngelat! Medic celup namanya.

Yang mana masih setia nak tau apakah VERTIGO, sila skroll ke bawah sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
ngeh ngeh ngeh.
Memang korang setia!
Chekitdaut!

Wikipedia said:
" is a type of dizziness, where there is a feeling of motion when one is stationary.The symptoms are due to a dysfunction of the vestibular system in the inner ear.It is often associated with nausea and vomiting as well as difficulties standing or walking."


Faham?!!
Takkan nak suh aku alih bahasa kot. 
Kang tak pasal2 jadi lirik lagu "Tolong Lupakan Aku".
Ade komposer TERbaca blog aku, berkenan nk kompos melodi lak, nak buat lagu,
Lepas tu suh "Ana" yang nyanyi, katanya "Anta" x leh nyanyi, x sesuweiii, lepas tu lagu tu popular, tercalon dalam AJL26,
terus dapat jd JUARA.
KONTROVERSI la pulak....
Kan dah mendajalkan diri sendiri namanya.
STOP!

Berangan tak sudah2.

Since dh faham ape maksud VERTIGO itu, ape yang korang perlu buat ialah, tunggu next update dari aku ape kaitannya VERTIGO tu dengan aku. :p

Kejam kah?

Tak lah, sabar itu kan iman. ;-)

Salam......

Wednesday, January 12, 2011

sad-ness ~ sorrow ~ depressed


titles tell everything!

:((

Monday, January 10, 2011

Dia romantik ape ;-)



Meh baca sampai muntah okay! :p

Smalam aku tgah get ready nak tgok AJL.
Pastu dpt call dari en asben, routine call, tp smalam cam lebih xcited nk tgok tv.
En asben beria nk sembang ngan aku. 
Tp aku?
Nak sembang sket2 je, x beria sangat. :p

Jahat giler. Langsung x rasa bersalah.
Bukan salah aku, tp salahkan AJL. 

So, kami borak kejap je.
Aku pun layan la AJL sampai nak terkeluar butir mata ni tahan mengantuk, sbb nak tunggu result-yang-tak-best-itu.
.
.
.
.
Tepat 0000 hours, 10 Jan 2011, alarm phone aku bunyi!
"Ya Allah, alarm amende lak niii, bising la..."
Sambil2 tangan duk selongkar seluruh pelusuk henbeg mencari henpon.
Time nak ni la yang payah sangat jumpe!
Aku dh membara gak la time tu, takut Aliya terbangun-dari-mimpi-indah.
Volume henpon tu dah la kuat giler.
Sambil2 tu duk teka alarm mende la ni. Haisshh!!!
X kan alarm renew lesen kete kul 12 tgah malam kot.
.
.
.
YES! Jumpe jugak akhirnya.

Tgok2! Melted terus......
Senyum sampai ke telinga okay! 
Aku tak jadi marah. :p

Sooooooooo SWET!!!
En asben buatkan reminder ngan simple note yang owh! sungguh puitis.

Today is our 4th COUPLE anniversary! 
Ngeeee....

SUMPAH! Aku x ingat okay!

"Patut la beria nak sembang ngan aku tadi. Tetiba menyesal...:-("
Sudah la Sha!

Moral :
Sape kata pompuan tak pernah lupa tarikh2 yang KONON nya penting tuueeee.....
Aku ngah angkat tangan ni. :p

Salam.....

Juara kah dia? :p

pic : rentakartis.com


Saje je, xde ape2 pun.
Sbb blog ai cam membisu je lately.
Ade cerita, tp masih duk q dalam draft.
Tgok la, klu ade masa aku publish k, klu rasa2 mcam x basi lagi la. :p

Btw, AJL smalam aku dapat ticket 1st class.
Betul2 depan TV.
Mood nak tgok biasa2 sahaja, the best part ialah masa 3 pengacara tu duk sembang.
Notti!

Juara?
Ok la kot.
Tokmi Aliya kata "biar la dia menang pun, family dia orang susah, adik beradik ramai".
Gulp!! :-0
Boleh macam tu?

Moral : Tido lambat, haruslah bangun nya lambat, juga harus ZZzzzzz di meja kerja!

Salam....

Friday, January 07, 2011

bintat sana, calar sini...shiannn dia..


Nampak x red spot kat dahi Aliya?
and garisan merah yang x berapa lurus kat sebelah hidung bawah mata aliya?

Red spot tu ada 3 semuanya di kawasan muka dan kepala.
tambah lagi 2 kat 2-2 belah lengan.
Dalam pic ni x nampak sangat benjol.
Actually bukan benjol, tp macam benjol. hehehe
Tahu kenapa???
Sbb kena gigit nyamuk.
Pic ni hari ke-2 selepas kena gigit.

Kulit Aliya sangat sensitif, macam DADDY dia.
Xleh cubit, gigit, pegang kuat2 mahupun LEMPANG, :p
sbb SERTA-MERTA akan jadi merah2.

Kalau kena gigit serangga, contoh terdekat ialah nyamuk.

Kronologinya ialah :
Mula2 dia merah2 malu dulu, xmo show-off lagi.
X lama lepas tu dia akan jadi bulat besar dan merah.
Kemudian membesar dan seperti benjol.
Kalau orang tgok mesti cakap terhantuk kat mana2.
NO! Kena gigit nyamuk sahaja!
Lepas tu bila bengkak dh surut sket, bulat tadi dh berkurang, tp dia akan jadi bintat lak.
Lama2 mengecil dan mengecil.
And ade yang kadang2 tinggal kesan cam lebam.
Agak mengambil masa nk hilang.

Calar tu kenapa lak??
Smalam lepas balik keje, aku kemas umah jap, aku biarkan Aliya main ngan adik aku jap.
Agak lama jugak la aku duk mengemas2, lepas tu dia dh rengek2 macam x selesa, itu tandanya mengantuk.
Since dh nk dekat maghrib, aku mandikan dia dulu.
Lepas mandi selalunya Aliya mesti nak tido, so aku ulit dia jap, then masuk buai tanpa bg susu pun, sbb nampak dh mengantuk sangat.
Bila masuk je buai, dia nangis, aku tepuk2 dulu, tp x jalan, dh merangkak bagai dh dalam buai tu.
Tiba2 Aliya meraung kuat giler, terkejut aku.
Terus aku angkat dia, tgok2 bawah mata dh berdarah.
Haiyyaaa....
Aku baru je potong kuku dia, cepat sungguh panjang.
Sebab suka poo-poo la nih. *orang lama2 yang kata :p*

Aku bersihkan luka tu, sapu ubat sket bagi susu terus tido.
Fuuuhhhh......
.
.
.
.
.
Rehattttttttttttttttttttttttttt........
p/s: solat maghrib belum tuuueee? :p


Moral :
Selagi anak x settle, tolong jangan settlekan mende lain dulu. ;-)

Salam.............

Wednesday, January 05, 2011

isteri NOR shahrul?


Hehehe...
aku memang la isteri kepada en shahrul.
Tp bukan isteri NOR SHAHRUL IDHAN TALAHA.

Ade orang google 'isteri nor shahrul idhan talaha', mungkin lepas mesia menang lawan indon baru ni kot.
mr google turut menyenaraikan link blog aku ni.
so, tukang meng'google' itu pun menerjah ke blog aku.
ngeh ngeh ngeh...

Maaf, nama yang anda taip tiada dalam blog ini. :p

Tu je nak bgtahu..... :p

Salam....

Tahun Baru Citer Lama 2

Sequel from prev episode. Layann...

Korang nak tahu ape yang terjadi semasa aku duk KHUSYUK dengar taklimat??
Lagi cerita dengan membaca entri ini sepenuhnya... *Macam pernah baca je tagline ni kan????* :p
.
.
.
.

Bilik aku kat tingkat 8. Tempat taklimat kat tingkat 1.
Taklimat aku start kul 10 pagi, dan ikutkan jadual, dalam kul 1 tamat lah riwayat taklimat tersebut.
Sebelum aku turun ke tingkat 1, aku dh tidokan aliya dulu, nak tido kan aliya ni bukan senang, kena ade skill baek punya. Kalau x, sampai ke malam la korang dengar dia meraung. :p

Taklimat baru start 45 min, asben dh call bgtahu Aliya mengamuk. Aku leh dengar dengan JELAS dan NYATA suara itu dalam tepon. Haiyyyaaa...!!

Asben dukung Aliya sambil bukakan pintu untuk aku, aku belum langkah masuk lagi dalam bilik tu, Aliya dah senyum tgok aku. Hilang sudah tangisan tadi.
Ini macam manyak susah maaa.....
Aku main2 jap ngan dia, lepas tu ulit lagi sampai la dia tertido.
Fuh!! Letih.

Aku turun balik. Mesti sume orang ingat aku ni *erak batu kot yang lama sangat keluar tadi. Ekekeke....
Hampir sejam lepas tu, asben msg aku.
"Aliya nangis lagi. Kuat ni...."
Berlari lagi aku ke tingkat 8. 
Eeeh, naik lif laaa... :p

Macam biasa, bila nampak je muka aku terus diam, senyum2 mata sepet. 
Eeeee...... nak je aku gigit budak tu.
Agaknya dia tgok xde orang kot sekeliling dia, sbb sokmo ngan maksu, tokmi,cik ya.
Tp kali ni, ngan daddy je, tu yang rasa sunyi kot.

Lepas aku turun balik, rupa2nya dah nak tamat. Hahaha....
Nasib la. Sibaik la taklimat tu lebih kepada 'BERCERITA' tentang sistem baru yang diaorang akan up x lama lagi. Since manual dah ade, so no worries. :p

Lepas dah tamat, aku cepat2 blah, sampaikan  x sempat lunch ngan yang lain2. Sorry dear, maybe next time.
Naik atas, cepat2 packing barang, ingin checkout dengan segera.
Kang terlebih waktu x pasal2 kena charge, x kose mak nak bayar lebih2. 

Dah settle sume! Masa untuk pulang. Aliya the most happiest sbb leh tgok dunia luar. Melompat2 dia nak turun masa aku dukung dia.
Manyak cantek! Kalau x pandai jalan sila jangan nak mengada2.
Mummy garang okay! ;-)

Dalam perjalanan pulang tu, sambil2 intai kiri kanan cari kedai makan.
TETIBA asben berkata2....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"jom pi kuantan!"
Waaahhhhh....... tetiba perut jadi kenyang dan seraya menjerit "JOM! JOM! JOM!"
Bab jalan2 laju aje kannnn???

Hmmmm...... bole pulak tetiba dia terpk IDEA YANG BEST GILERRRR itu. :p
ai loikeee....;-)

Kami sampai dalam kul 9.15 malam, sibaik bilik yang kami booking tu masih ade, sbb masa call petang tu dia cakap nak reserve sampai kul 9 malam je.

Kami stay kat Grand Continental.
Malam tu hanya kuar makan sahaja, sbb sangat tidak larat. Aliya lak tido je memanjang, all the way from Kuala Terengganu sampai la ke hotel.
Balik makan terus Zzzzz........
Jumpe adiputra! ngeeee.....

Esok pagi, lepas bekfes kat hotel, kami terus checkout. 
Dalam kul 11++ am kami dah kuar.
Menuju je East Cost Mall.
Mall paling glamer kot skang ni kat Kuantan. 
Shian mega mall, sunyi sahaja. Abaikan!

Meh layan piccas je la yeee.....



Mana larat nak dukung budak kecik yang berat 8kg++ ni. Beras umah aku pun 5kg je, tu pun pikul 2 bulan sekali je, eh ke 3 bulan skali. :p
So, daddy dia sangat berbesar hati nak galas carrier tu, gendong aliya pusing2 dalm mall tu.
Aku?
Of course la tukang amik gambar. ;-)



Eeeehhhh!!! Aku lak yang kena dukung budak kecik yang berat ni pulak.
Budak ni, asal ngantuk je mesti nak aku.
Penat tau! 
Xpe2, kasi mummy chance posing2 dulu. :p




Aku terpaksa kejutkan dia, sbb dh sangat tidak larat nk dukung dia.
Dukung Aliya time tido sangat BERAT berbanding dukung masa dia bangun.
Tp, kadang2, kalau dia dah jaga, haru jugak dukung Aliya time tu, asyik lompat2 je. Asal nampak mende dia berkenan, aku pun dia tolak sbb nk capai mende tu.
Haip! mummy SANGAT garang okay!


Jom2, Daddy ajak carikan stroller Aliya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Taraaa!!!!!
Aliya posing dalam stroller barunya. Pinkish!
Tp untuk 5 min je kotttttttttttttttttttttt.
Aliya mmg x suka duk diam, baring x buat ape2. DISLIKE!!
Kalau aku la, ade orang offer nak tolak aku dalam stroller, SUMPAH aku x tolak!
;-p
Dah macam2 aku bagi dia main supaya dia duk lama sket dalam stroller tu.
Ade la dalam 2 min je kot dia layan mainan tu, lepas tu abis sume dia campak, 
NAK TURUN!!!!!!!!!

petua: orang kata, kalau nak suh anak suka duk dalam stroller, kena ajar masa dia umur 2-3 bulan, biar dia terbiasa ngan keadaan tu.

Aliya 3 bulan dah boleh meniarap. Kalau letak bawah je, konfem meniarap!
So, xde harapan lahhhhh!!

Tapi kami beli jugak walaupun terpaksa dukung dia sampai nak patah tulang lengan aku ni. :p



Daddy dalam fitting room. Kami?
Kat luar fitting room la. Cam-whoring! 



"Ok x sha?"
;-)


Sila bayar sebelum keluar ye.

Eh..pic aku beli belah xde eh?? :((

Lepas dah shopping, kami benti makan dalam mall je, malas nak cari kedai kat luar.
Kang hujan susah lak nk benti mana2.
Play safe, makan dalam tu je.


Haaa.... at the end of the day.
Aliya mana?
Cari sendiri! ;-)


Jangan lupa bayar parking sebelum kuar.
Tu pun nk cakap ke?
Suka hati la, inikan blog aku. :p



Dalam kul 2 lebih kami dah gerak kuar. Nak balik dah.
Kalau boleh nak sampai sebelum malam.
Musim hujan ni agak berbahaya memandu di dalam gelap, tmbah2 jalan yang x berapa cantik.
Sana sini lubang.



On the way balik, masa tu dah sampai marang.
Benti solat jap, mandi kan aliya sekali. Dah comot semek tu.
Lepas tu asben ajak minum2 dulu. Ngantuk lah tu.

Kami benti kat kedai LEMPENG.
Asben cakap kedai ni yang spesel nya adalah LEMPENG.
Tp aku order sotong sumbat ngan sotong goreng tepung. Heee...
Ingat nak try gak lempeng dia, tp lepas dh makan 2 menu tu rasanya kenyang lak,
so x baik tamak2. Len kali singgah lagi.

Kami sampai rumah dalam kul 6 petang.
Yeay!!!!

Moral : 
Sebenarnya, duk umah lagi bes. 
*memang la sbb dh dapt sume yang ko nak kan???*


Salam.....




Tuesday, January 04, 2011

Tahun Baru Citer Lama

1st entry 2011, tp citer tahun lepas. ekekeke....
Hati ni kepingin SANGAT2 nak update, tp apakan daya, diri ini hanya mampu merancang. :-)

Ala, xde la lama pun, baru beberapa hari yang lepas. Meh sini, hadap dekat sket, baca sampai abis. I paksa okay! :p


Kisah perjalanan kami sekeluarga kecil ke Kelantan tempoh TAHUN. :p

Aku gerak lebey kurang dalam kul 1.30. Hujan mengiringi perjalanan kami haritu. Sbb tu aku nak gerak awal, keselamatan di utamakan. Nak elak dari mengharungi liku2 yang gelap gelita, ditambah pula pengetahuan yang kurang meluas en asben tentang Bandaraya Islam itu.

Fakta tentang kesibukan jalanraya di Kelantan adalah sahih dan benar. Kami dah hampir sampai ke tempat sebenar yang ingin dituju, tp sbb stuck dalam ribuan kete2 yang telah menghasilkan 4 lane walhalnya lane sebenar adalah 2 sahaja, apakah????

Jadi kami sempat bergambar kenangan dalam kesibukan itu.


Aliya sentiasa xcited dimana sahaja. *walaupun sebenarnya baru lepas WWF ngan mummy nye sbb Aliya dah bosan duk dalam kete, tak keluar2*

Kami 'terperangkap' disitu for almost 40mins kot. 
Sila bayangkan! Sekarang!


Dan akhirnya kami di sini jua setelah hampir 4 jam di atas jalan. Aliya gumbira sebaik sahaja aku 'menghumbankan' dirinya di atas katil bersaiz raja itu.


Kemudahan yang disediakan sama sahaja seperti di hotel2 lain. Ke ade hotel yang xde bilik mandi? :p
owh ya! kalian mesti tertanya2 kan, di manakah itu?
Aku stay kat Hotel Grandriver View. Mmg betul2 sebelah sungai. Siap ade orang main jetski lagi.
Tok sero sejuk ko demo2 tu? :p *practice make perfect*

Satu je aku x berkenan ngan hotel ni, SEJUKKKKKKKKKKKKKKKKKKK KETOR!!
Aku siap off ekon, tp sejuk sampai ke tulang. Sampaikan cadar pun macam baru kuar peti ais. GGgggrrrrr.....


Aliya maintain kewllll, walaupun sejuk ade aku kesah. :p


Mood saya TERBAEK time ni. Kegelisahan dalam kete selama hampir 4 jam tu berbaloi selepas 'dihidang' dengan katil besar yang terkemas rapi, tempat untuk landing terbaik dari ladang. Bab nak kejar budak ni dari terjun secara sukarela dari katil tu yang buat lemah lutut ni. Letihhhhhh!!!! 


Lepas dah berehat2 guling2 dalam bilik, perut-suh-pi-kedai-beli-makan. Lapar sudaaa....
Kami x tahu nak makan katne.
Aku x kisah klu yang segera-segera sahaja, tp asben seboleh2nya its a NO-NO-NO.
Kebetulan dia teringat kedai yang dia pernah makan kat kelantan ni. 
Mula2 dia tak ingat nama kedai tu, lepas tu dia cakp dia ade amik pic tisu kedai tu guna henpon dia. Kat atas tisu tu ade tulis nama kedai tu.
Sibaik la en asben x delete lagi pic tu.

Dah tahu nama kedai x tahu pulak jalan nk kesana. 
En asben mmg failed jalan kat Kelantan. *macam la aku terrer :p*
Sibaik la ade mr GARMIN cap ayam aku ni.
Walaupun mr garmin bg arah jauh sket, akhirnya kami sampai jua ke sana.


Haaa... ini la restoran tu. NEW HORIZON.
Tu lapik gelas sebenarnya, tisu dia Aliya dah ronyok2, so x cantik nk snap. ngeh ngeh ngeh
Kedai dia yang aku tahu, kena lalu Wakaf Che Yeh. Betul2 kat trafik light.
Hahahaha, ntah ape2 direction, macam la ade satu je trafik light kat sana. 
Ok la, cari sendiri! :p


Hiasan dalaman restoran tu pun menarik. Bersesuaian lah dengan kami yang suka bergambar ini. 

p/s: kebetulan malam tu, ade majlis pertukaran guru ke ape ntah, ade ucapan bagai, so kami yang juga 'penghuni' restoran pada malam tu dh jadi macam part of them, sbb TERPAKSA dengar sama ucapan yang berjela2 tu. Aku tgok yang lain macam dah... "BILA NAK BACA DOA MAKAN NI???"


Anak dara aku yang GUMBIRA sbb leh duduk dalam baby-chair tu walaupun xleh duduk lagi sebenarnya. Kejap je pun, sian Aliya, mana boleh lama2 ye, nanti sakit pinggang.
Tp mummy suka Aliya senyum2 sepet2 macam tu. ;-)


1st dishes yang sampai atas meja kami. MY MOST FAVORITE - Butter Prawn.
A+++ untuk udang menteganya. Sangat mabeles!!!!
Sama ngan Restoran Penyu nye masakan. Aku suka makan kat situ. Agaknya restoran Penyu dah tutup sbb tukang masak dia dah pindah keje kat sini kot. *gaji lagi mahal ;-)*


Haaaa... tu dia! Pelahap!
Kami order Tomyam Seafood, deep fried siakap with manggo, Butter Prawn, Kerabu mangga dan Kailan ikan masin.
Hanya kami berdua sahaja makan. Aliya? Tolong tgok je, sambil2 nganga sama time aku angkat sudu nak suap ke mulut aku, dia ingat aku nk suap kat dia la tu.
Mana boleh! nanti mummy x cukup! :p

Memang betullah orang cakap makanan kat Kelantan ni sangat MURAH.
Lepas dh kenyang, burrp! *ops ;-)*. Kami nak minta diri lah.
Hehehe, bayar la dulu.
Korang boleh agak x berapa juta? :p
Xpe2, ilek2, meh aku kasi tahu.
RM 65.00 Sahaja.
Murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kannn???

Eh, ke korang rasa mahal?
Sbb selalunya aku amik menu tu kat Penyu, harga leh cecah RM80++. 
So, lagi murah kat sini la kan? 
Dah la SEDAP GILERRRRRRRRRRR. 
SANGAT SEDAP OKAY!!
Kalau pegi Kelantan, x tahu mana nk makan butter prawn, sila la ke New Horizon ye.
Hahaha, padahal aku yang jakun, sume org dh sampai sana dulu lagi dari aku.
Tak kira, nak suggest jugak. ;-)


Aliya walaupun x jamah satu pun menu2 kat atas tu, tp dia lah orang yang paling hepi sekali macam dia lah yang habiskan sume lauk2 kat atas tu. :p
Eee...geget kang!


Korang jangan TERPEGUN ye tgok Aliya main walker dalam bilik hotel.
Aku ingat nak angkut sekali ngan buai elektrik dia tuh, tp nampak macam nk PINDAH rumah je, so aku batalkan niat yang ntah ape2 tu.
Aku bukannya ape, risaukan Aliya time aku bertaklimat je nanti.
Daddy dia lak yang haru-kebiruan nanti.
Aliya meraung bukannya slow2, silap2 leh roboh hotel tu. :p



Sume aksi dia aku nak snap. Hehe, suka tgok gelagat dia. Time ni dh kul 11 kot. Tp cergas bukan main, kalau letak atas katil mmg x terkejar la aku. Dah la tengah kenyang. Nampak bantal dh macam2 kaler walaupun warna sebenar adalah putih sahaja. 
Aliya ni, bila la nak tidoooooooooo....


Lepas dh main2, baringkan Aliya sebelah aku yang dh mamai2 ni, bagi  'favorite drink' aliya, x lama lepas tu pejam terus. :p


eh eh Daddy ni, Aliya mandi pun nak amik gambar jugak ke?


Moral : Seronokkkk-beronok-ronok sbb leh 'BERTAKLIMAT' bersama keluarga tercinta.;-)

psst: citer bersambung lagi yee....masih lagi mode tahun lepas jugak. ekekeke..tunggguuu

Salam...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...