Friday, April 29, 2011

New Garage

Bulan lepas, asben buat penambahbaikan utk garaj rumah kami. External garage. Bajet nk letak 8 bijik kete ar nih. Verangannnnnn...

Pemilihan tukang adalah hasil daripada perbincangan kami dan di sokong oleh faktor kos serta kepakaran.
Tukang atau nama sebenar 'Pok Mat' telah berpengalaman dalam pembinaan rumah sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun banyak jugak lak cons yang kami dengar berbanding pros pasal pok mat ni, tp kami tak berlandaskan kata-2 orang ni utk menilai tukang-buat-rumah. So, kami ke tapak di mana pok mat sedang gigih menyiapkan sebuah rumah banglo di pinggir kota cyber ini bersama konco-konconya. Anak dia yang umur 6 tahun pun ade skali. Pendedahan awal kepada anaknya yang mungkin bakal seorang arkitek kelak.

Melihat kepada komitmen pok mat pada rumah yang sedang dibangunkan itu, kami memberi option kepada pok mat samada nk terima atau tidak tawaran kami, sbb kami takmo la garaj kami ni terbengkalai lama, dan takmo jugak pok mat kena marah kalau umah tu lambat siap sbb duk buat garaj kami ni.
Maka berbincang la kami dan akhirnya sepakat membawa berkat untuk bagi projek ni kepada pok mat dengan syarat tempoh projek adalah tidak melebihi 4 minggu dengan kos yang tersebut. Macam baca akad nikah la pulak. :p

Maka berlaku  la kejadian seperti di bawah.



Masa ni, asben aku tak de kat darat, so aku diberi kuasa memantau kerja2 pok mat. Ade yang tak puas hati, KOMPLEN TERUS!!!

Sebenarnya payah kalau Pengurus Projek takde kat darat. Bila dia takde je, mesti ade je yang tak kena, tiang senget la, beam tinggi rendah la, macam 2 hal. Aku ni kalau sangat KEJAM,

"Pok mat, you are fired!!!!"

Itu KALAU laaa..... aku ni mulut je lebih juih cakap, tapi tak berani pun nk marah.

Masa ni cuaca tak menentu. Ade skali tu, hujan lebat sampai 4 hari tak benti. Maka tergendala la sekejap. Ye la, xkan nk suh datang jugak kan, pada-pada la sha oi!

Tukang bina sampai jadi garaj adalah Pok Mat. Lepas tu kerja-kerja memasang tiles dan mengecat di serahkan kepada 'Bruslee Sdn Bhd' aka kawan asben aku, tetapi di sub-con kan pulak kepada geng-geng bas sekolahnya. 

 Smalam hari terakhir diaorang siapkan sume kerja. Aku balik umah dalam kul 6 petang, diaorang masih duk ada, gigih bersihkan sume sampaikan  beranda umah kami pun diaorang bersihkan. Kerja2 tambahan nk amik hati tuan rumah dengan harapan :-
"kalau ade sedara mara nk suh pasang tiles bgtahu la eh, nanti kitaorang tolong bersihkan skali beranda umah diaorang lak".
Ape2 je la labu.

So, hari ni garaj itu telah dirasmikan oleh abah aku ngan abang ipar aku. 
.
.
.
.




pssst: partner bruslee duk  promote asben aku buat lanskap lak tu. Gaya asben aku citer macam dia hampir terjebak je ke dalam kancah tersebut. 
Pokok bunga nan sepohon itupun aku tak terjaga.

caught in action ;-)


Aliya kalau dah TERtengok iklan/ citer/ lagu kegemaran dia kat tv, mmg x pandang kiri kanan dah. Orang buat ape pun dah tak kisah.
Selagi tak habis sume faveret dia kat TV tu, memang terpacak la kat situ.
Kalau iklan yang ade lagu ke, azan ke mesti dia ikut sama, siap tepuk2, joget2 lagi.
Ish! Aliya ni, time azan duk diam la.


 Aku memang suka usik Aliya. Time ni memang dia x heran la nk buat ape pun. Tapi jangan bila time dia duk genyeh2 mata, menguap 800 kali, haaa...tu memang cari nahas. Opera cina naik pentas la jawab nye.

Iklan tak abis agi la ni. Ramalan cuaca TV3 pun boleh jadi feveret dia gak. Kalau tengah nenen sanggup stop semata2 nk tgok cuaca esok ok ke tak. 


Time ni tak ingat lak aku dia tgok citer ape. Takkan ramalan cuaca kot, siap genggam tangan lagi tuh. Macam geram benor. Mungkin tgok konsert AF kot. Geram dengar diaorang nyanyi tak bes. Mungkin tgah verangan, kalau lah Aliya yang masuk, konfem jadi faveret acik Ogy. :p


Apa2 la Aliya sayang..... 



psssst :bahagianya kalau Aliya jadi Qariah. ;-)

Thursday, April 28, 2011

Astro oh astro..

Pagi sabtu lepas, kami bertiga ke pasar, mencari lauk mentah untuk memasak lauk makan tgahari. Kami singgah pasar basah dulu, beli ikan, daging, ayam dan sayuran. Selesai membeli kat pasar basah, aku ajak asben jalan2 kat pasar jual kueh mueh.
Dari jauh kami dah nampak kelibat makhlukS (plural) yang pakai baju  kaler oren sambil duk edar2 kertas. Bila dh nak sampai kat port diaorang, aku buat2 tak pandang. Tp diaorang kesah ke aku pandang ke tak? Janji tangan ngan mulut diaorang tetap bekerja.
“kak, umah ade astro?” sambil hulur pamphlet kat aku. Aku senyum je, x amik pun. Terus jalan, x pandang blakang dah. Asben kat blakang aku lagi.
“bang, astro bang” asben aku amik pamphlet tu lepas tu jalan ke arah aku.
Sambil jalan, sambil baca pamphlet tu. Lepas tu tetiba dia stop. Aku kat depan dah masa tu. Ralit pulak dia membacanya.
Situasi itu diperhatikan oleh pekerja2 astro, dan sorang dari diaorang datang amik kesempatan. Mungkin dia ingat asben aku berminat la tu kot, siap dah benti jap sbb nk baca pamphlet tu.
“Bang, ade astro? tukar byond ar”
“byond ni mende gane, cer citer, ce citer”
“bla…bla..bla…bla...bla....bla….. cane bang?”
Asben aku pandang aku. Aku jebik je. Bab2 membazir ni aku x berkenan mana, ye la, bukan selalu duk umah pun. Klu asben xde, lagi la. 2 minggu tv tak bukak. Membazir bukan???
“xpe la, gini bang, klu setuju kang boleh tepon saya” sambil bagi kad nama dia kat asben aku.
Lepas tu kami jalan terus. Pamphlet tadi aku buat kipas aliya, pagi2 pun semek tu dah berpeluh abis satu badan.

Sampai umah, aku duk siang ikan, basuh ayam, sayur sume. Asben aku datang.
“sha nk x klu abang amik astro byond pvr ni?”
“membazir laaaa”
“sha kan suka tgok konsert malam ahad tu, klu x dan tgok, boleh record. Citer CSI sha tu, mana sha tgok skang, x sempat kan?” 
Pandai pulak jek2 aku. Ade la ni nk demand ape2 nanti. :p
Orang dh nk bagi, terima je la. Prinsip aku, rezeki jangan di tolak, gaduh jangan di cari. :p
Maka, terhasil la perbualan AKU dengan pekerja astro yang bg kad nama tadi tu. Eh, kenapa aku lak yang call?
Sbb, aku jadi super eksaited lepas asben meneruskan lagi ayat2 dia kat atas tu, cuma xleh nk publish kat sini, bimbang menimbulkan riak dan korang akan di serang penyakit yang diberi nama muntah-hijau. (ayat kau pun dh macam riak okay!)

Pekerja astro tadi bersetuju nk datang pasang hari selasa, iaitu2 hari lepas.
Maka, kejadian berlaku la semalam.
Setibanya pekerja astro sampai dirumah kami, dan berbincang dengan asben itu dan ini,
Tiba2, asben dtg kat aku dengan muka sayu….
“sha, problem ar, klu nk pasang kena tebuk siling kapur ni, sbb PVR guna 2 kable.”
Haissshhh…. Masalah menjelma pulak.
Bincang gedebuk gedebak. Pekerja Astro menawarkan pakej lain yang tidak perlu penebukan di mana2, cuma memerlukan LAN kabel untuk sambungan internet. Bayaran pertama RM1200. 6 bulan pertama free, dan bayaran 200 untuk 6 bulan seterusnya dan seterusnya begitu la.
Asben aku mmg terjebak terus. Tu baru citer sket.
Tp aku. NO-NO-NO. Kena pk gak cara nk settle kan masalah ni.
Dan akhirnya, diaorang jumpe gak solusinya. Tanpa perlu tebuk mana2 dinding atau siling. Fuhh!! Selamat umah kami! ;-)

Sefahaman aku la, Byond ni produk latest astro,lastest tak latest pun bulan 6 tahun lepas lagi so lepas ni mana2 rumah yg nak apply astro dia akan bg  produk terbaru ni. 
Lepas tu kalau nk add-on samada byond HD atau PVR atau both kena tambah la ongkos nya.
Byond HD - tambah lagi rm20/monthly.
Byond PVR (personal video recoder) - yuran pertama rm300 + rm10/monthly.
kalau amik 2-2, korang takkan x reti kira sendiri kot. ;-)


Byond HD ni dia akan bg free 9 channel kot klu x silap. PVR ni free 4 channel, rasanya la. Aku pun tak cek lagi channel ape. 


Aku tak amik pun yang HD tu, rasa cam membazir sangat. Tp kalau yang memang kejenya mengadap TV 24/7, aku sarankan amik la, sbb korang akan terasa macam korang duk skali dalam TV tu. Siyes gambar cantik GILERRRRRRRRRRRR, sangat real!!!
Tp bukan semua channel. Tu yang rugi tu. Pastu make sure, TV korang mmg support HD la, kalau pakai TV zaman jepun, jangan lak korang gi saman astro. :p



Smalam aku try record citer ni, ekekeke. Aku memang suka tgok keletah Kimora ni and her both princess, Aoki n Ming Lee. 
Nak record citer yang minggu depan punya pun bolehhhhh.....
Aku try test smalam, cuma belum try tengok je lagi.
Tak tahu la jadi ke tak, aku biarkan decoder dalam mode standby je.

Ni manual dia yang aku tak sempat lagi khatam. Main belasah je smalam. Ala, tekan2 je, selagi tak terbako, kira betulla la tu ape kita buat. ekekeke
Dalam mangkuk tu, jeruk mangga yang tok asben aku buatkan untuk cucu kesayangan dia tapi aku yang tolong habiskan sorang2. :p

Kalau tukar ke astro byond memang dia bg remote ni. Comel kan kaler putih. Bakal jadi mainan Aliya seterusnya. :p






pssssttt:
Lepas ni boleh la record Junior Masterchef 2. Bila lah tu..ekekeke

Berakhir sudah....


Sesi berkabung sudah tamat, kemangkatan ibunda Sultan Terengganu. Maka tamat lah sudah arahan pemakaian tudung kaler putih semasa hari bekerja di sektor kerajaan negeri terengganu. Sepatutnya esok baru genap 40 hari. Tapi kat ganu, jumaat kan cuti. So, hari ini di kira sebagai penamat.

mr. google's picture

Masa mula2 keluar arahan kena pakai tudung putih ni, aku xde la rushing pegi serbu  kedai beli tudung putih satu almari, aku buat derk je dulu, sbb aku memang ade tudung putih pun., pakai je mana yang ade. Takde la banyak, tp xkan nk pakai tudung yang sama hari2 kan. Lagipun tudung putih ni sensitif sket, mudah ngat kotor, awning kat 2-2 belah pipi ni mesti bertukar kaler lain klu hari2 pakai.  Tak disebabkan blusher, mesti sbb bedak. Unless pakai bedak Aliya comor kat muka, konfem x tukar kaler. Hari2 pun boleh pakai.

2 hari lepas arahan tu kuar, aku pegi kedai cari tudung putih. Terkejut aku bila tokey kedai tu cakap
"dah habis stok, satu terengganu dah xde, skang ni tgah tunggu order daripada KL"
Biar betik korunk! Memang pekerja gomen terengganu sangat patuh pada arahan. Salute!

So, aku ulang basuh tudung aku yang 2 helai tu, tp ade gak aku bantai pakai tudung kaler krim, kalau tak masuk meeting, xde sesi jumpe ngan bos2 atasan, aku buat derk je. So far, misi aku berjaya je. hehehe
Lepas 5-6 hari baru aku pegi cari balik. Cukup la amik 3 helai je, untuk ganti hari2 cukupkan 5 hari bekerja. Weekend basuh, minggu depan pakai yg sama lagi. Takkan nk angkut 40 helai kotttt.

Sepanjang +-30 hari aku tgok staf kat sini bertudung putih, suci murni jeee sume. Tambah2 kalau duk berkumpul ramai2, macam nk nasyid lak. Tak kurang jugak yang tambah2 manik berlian bagai kat tudung tu, tak de pulak aku dengar arahan tu cakap kena pakai tudung putih plain, so boleh la kot bermanik2 sekalian. 



psssst : Tak sabar rasanya nk melaram pakai tudung kaler2 minggu depan. :p

Wednesday, April 27, 2011

My princess development milestone – 8 months to 10 months


Lama kan tak update pasal princess ai tu. Last skali masa kat entry ni.
Untuk kesenangan Aliya review bila dia dh pandai main tenet nanti.
Jangan bukak beautifulnara yeee, nanti mommy babap! ;-)

Aliya’s milestone. Chekidaut!

8 bulan
-         - Aliya dah boleh duduk sendiri. ;-)

-         - Berat 8.5 kg.
-         - Sangat aktif – training panjat sofa. Keluar dari walker sendiri tanpa bantuan sesiapa. Maka walker dah masuk muzium. Tp kadang2 perlu gak bantuan walker, sbb aku x larat nk main kejar2 hari2.
-         - Demam masa nk masuk 9 bulan. Risau gak, sbb time tu lepas balik dari Singapore. Hampir 2 minggu demam. Tp tetap aktif seperti biasa. Mak heran nyah!

9 bulan
-         - Aliya dh pandai wave good-bye. Seronok!! Pantang aku sebut ‘babai’ je, terus tangan dia laju je ayun.
Hehe..laju je ayun, mata tgok tv ;-)
-         - Dah expert meniti kat tepi2 sofa, meja kopi, tepi katil, tolak walker ke depan belakang. Tp bila ajar tatih, mesti xmo, terus duduk. Eee… malas betul!
-         - Pandai sebut ‘mi’ which is referring to her mommy. ;-). Kalau dia majuk kena marah, mesti dia sebut ‘mi..mi…’ lepas tu datang kat aku. So, betulla dia panggil aku kan. ;-)
-         - Sebut 'bak' atau 'bik' kalau nk nenen. Kalau aku baringkan dia sebelah aku, sepantasnya dia mengadap aku, sambil buat2 muka sedih, then sebut ‘bak..bak..’ kadang2 ‘bik..bik…’, tangan duk raba2 buka baju aku. Haaa..pandai la yeee…
-         - Aku dh bg makan nasi bulat-bulat. Tak blend, tp kena letak kuah banyak2 ar. Feveret kuah ialah kuah sayur masak lemak. Kadang2 aku bagi je kuah singgang, tp tahan la bau hanyir sket. Ekekeke
-         - Paling suka dengar lagu Satu Malaysia. Siap joget2 lagi tau. Eee….jangan amal selalu ye, mommy nk Aliya pandai mengaji dulu.
-         - Sofa umah tokmi dah jadi milik Aliya. Dengan 2 langkah dia dah sampai atas. Lepas tu depa 2-2 tangan letak atas arm-holder, dah macam big boss! :p
-         - Asyik nk berkepit ngan aku. Part ni aku paling lemah. Sampaikan aku nk gosok gigi, cuci muka pun kena dukung dia. Xmo-xmo-xmo macam tu. (baca ikut gaya Zizan selalu buat tu ye)
-         - Berat 9.0 kg. naik la 500 gram. Ok la daripada xde kan. ;-)


10 bulan.

-         - Aliya baru masuk 10 bulan setengah.
-         - Pagi tadi timbang berat aliya dah 10kg. Alhamdulillah… patut la aku rasa macam bawak beg beras klu dukung dia. Ekekeke
-         - Aksi terbaru pandai tepuk tangan. Masa 9 bulan dh pandai tepuk, tp tepuk dada, x pun genggam tangan, pastu laga2 kan tangan dia. Tiap kali aku nyanyi lagu “tepuk amai-amai” mesti dia buat aksi tu. Skang ni, klu nyanyi lagu ape2 pun, mesti tepuk jugak. Bukan main seronok klu dengar lagu. Kadang2 ikut sama nyanyi, tp versi syiok sendiri.
-         - Sampai skang xmo pegang botol sendiri, nak mommy jugak yang pegang sampai tertido.
-         - Kalau pegi shopping barang, TERserempak ngan mainan yang gerak2 tu, ala yang kena masuk syiling 50sen pastu kuar lagu,haaa…. mesti bg reaksi suh benti letak dia dalam tu. Tapiiiiiiiii…awas! Kalau dh letak tanggung la sendiri kesan dia. Cair ‘ear shit’ kalau dengar dia melalak.
-         - Kalau pegi makan kat kedai, tahan muka ar sket. Lambat je suap dia mesti aku kena marah. Siyes bekeng si Aliya ni. Jerit2 kalau makanan lambat masuk mulut dia. Malu mommy tau, sshhhh!!! pelan sket sore tuh!
-         - Pandai ekpres muka klu merajuk, buat2 merajuk yang sebenarnya. Aku cakap “ape ni!!”, terus tarik muka merajuk sambil pandang aku, konon2 tunggu signal dari aku nk pujuk dia. Bila aku senyum je, konfem dia buat muka senyum kambing tu. Eeee…..geget kang!
 Bila aku sound "ape ni!!!! eee....!!"
Dia akan tarik muka semewet tu...


 Buat2 sedih.... 


 Tarik perhatian aku. Mata nk tertutup, tp tetap pandang aku. dengan harapan...
"Bila mommy nk senyum nih"


 Makin aku jeling, makin menjadi2 semek ni. Air mata xde setitis pun...
Dah la main produk-kecantikan aku.
Tp sebb kesian, kasi chance la.


Bila aku senyum je...


 Terus cover senyum balik. Memang ar semek ni!


Tgok ar, tadi nk nangis, pastu boleh pulak senyum2 kambing.

Td pejam sbb nk nangis, ni pejam sbb galok!

Aliya ngade!

Ini je yang terlintas kat kepala minda ni. Hehehe….

Ape yang aku perasan pasal Aliya ni, perut aliya ade sistem penghadaman yang TERBAIK. Ekekeke
Dalam sehari 4-5 kali poo-poo adalah normal. Aku risau gak, cacing ke ape, tp doctor kata xde ape2 masalah. Sbb tu, klu Aliya lambat uk-uk dalam sehari tu, aku dah sangat RISAU. Ye la, sembelit satu hal, takut x poo-poo langsung, sbb dh terbiasa 4-5 kali sehari.

Apa2 pun, mommy doakan Aliya membesar dengan sempurna. Jadi anak solehah yeee….


 Apa jua mainan dia adalah barang perhiasan. Tp kalau bg ubat gigi, ubat rashes, berus gigi, deodorant dan macam2 lagi yang x sepatutnya, memang happy giler!
Tak faham aku!
(abaikan padangan belakang yeee)


 Haaa....ni pun mainan dia. Baru beli tu ye, jangan ketuk2, kang pecah toner tu, tak cantik mommy nanti. :p

 
 Gigit sampai terkoyak plastik kotak tu. haisshh!!!




 Yeay!!! Mommy nk g beli duyan jap agi! :p


 Heheh, deodarant daddy yang Aliya selalu bawak tido. ;-)


 Muah!!!!!

Mommy sayang Aliya dan munna (nama bear tu, asben bg nama) ekekeke









Pssst: lately, Aliya kerap sungguh hisap ibu jari kaki dia tu..haishhh!!!

Musang pun kami makan

Kami makan musang??
Ekekeke.... 
Aku rasa ramai dah boleh agak entry aku kali ni bila baca title tu. ;-)
Korang memang terer!

Alkisahnya, asben mengidam nk makan durian. Tp satu je yang asben aku sensitip bab durian ni, dia
TIDAK-AKAN-SEKALI2-BAWAK-DURIAN-DALAM-BOOT-KERETANYA.
Itulah pantang larangnya.
Korang tahu la kan kalau raja buah ni 'kentut', mmg harum semerbak la!

Kami pusing2 pasar kedai payang mencari durian yang tidak akan meninggalkan kesan buruk kepada kereta asben ku. Durian yang telah dikopek keluarkan isinya, dan dijual di dalam bekas kedap udara.
Banyak gak diaorang jual yang macam tu, al-maklumlah rege durian skrang melambung tinggi, permintaan pulak tinggi, makin meninggi diri la diaorang up kan harga.
Satu bekas tu RM5.
Aku cadang nk suh asben aku beli sebiji je, pastu lepak ar mana2, makan terus, x yah bawak balik umah.
Tp memandangkan waktu dah tgah malam, kami pasrah.
Asben beli 2 bekas je, katanya nk rasa, sbb teringin nk makan.
Di bungkusnya bekas tu kemas2, masuk pulak dalam bekas tertutup lain. Betapa nk elakknya daripada kereta berbau.
Tapi ayat dia
"xpe, dalam bekas gini, kurang bau, klu beli durian sebijik tu memang konfem ar bau"

Separuh perjalanan kami, hidung aku dah terhidu bau yang menusuk kalbu. 
Aku jeling asben sebelah, ekekeke
Dia hanya mampu tersenyum. :p
PASRAH.

Sampai je umah, kami rakus mengerjakan 2 bekas durian tadi. Dalam satu bekas tu, adala dalam 5-6 ulas.
Ok la kot klu setakat nk merasa.
TAPI sungguh tak puas.

Makanya, esok hari misi mencari durian lagi.
Di tempat dan waktu yang sama. Tgah malam jugak.
Kali ni asben kata
"langgar pantang ar sekali, alang2 dah bau smalam"
ngeh ngeh ngeh. 
Takpe ke langgar pantang ni bang! ;-)

Kami beli 2 biji. Jenis PAMANIS. RM15/kg.
2 biji tu dalam 2kg++ = RM40.00
Giler mahal kan???
Seingat aku dulu,masa musim durian, kat kg aku ni, selonggok tu baru RM10.
Dunia..dunia....

Kul 11.30 malam kami habiskan 2 biji durian tu. Isi dia mmg tidak menghampakan. SANGAT LAZAT!
Kesan nya sangat mengkhayalkan. :p

Esok harinya, aku saje test asben aku. 
"Kalau lah boleh makan musang king"
respon asben "Jom malam ni!"
Yeay!!
Hahahaha...

Bertempat di lokasi yang sama lagi, Pasar Kedai Payang. Jam menunjukkan pukul 10.30 by the time sampai kat sana.
Mulanya kami tak nampak pun durian jenis Musang King ni. Yang bertanda kebanyakkannya Pamanis, Kancing Baju, D24 dan lain-lain.
So, asben beli je Pamanis. Kali ni 3 biji lak. ekekeke
RM65.
Lepas tu, aku jalan2 lagi kat depan.
Saje ringan mulut nk tanya "Musang king ade?"
"Depan tu ade jual musang king"
Laju je aku jalan sambil dukung Aliya.
YES!!
Terus lambai2 kat asben suh datang kat aku.
Masa tu ade 2 biji je yang tinggal. Aku tgok buah dia macam dh lama. Orang kata nk kenal buah tu baru ke tak, tgok tangkainya. 
Tapi asben insist nk try. Bila tanya rege dia,
RM25/kg.
Terlompat mak kat situ!
Mak aih!!!
Asben nk jugak amik sebijik, timbang je dah 2kg = RM50.
Mengucap panjang aku kat situ. Dunia...dunia....
Asben on je, dan nasib baik la penjual durian tu baik hati. Dia kata
"saya belah dulu ar durian ni, tgok isi dia,durian mahal, kang balik karang isi x molek, sian lok"
Bila dia belah je, nampak je isi sket, aku terus angguk tanda setuju, tetiba aku terlebih xcited.
Kalau korang tgok pun korang nak jugak! 

Sampai umah dah pukul 12.00 tgah malam.
Walaupun mata ni dh separuh tertutup, tp nk jugak makan musang malam tu.
Lagipun, durian dh kena bukak, kang tunggu esok rosak lak.
Plus, takut kang ade lak yang bangun tgah malam buat2 mengigau.
Esok bangun tgok tinggal kulit je.
Memang ade yang meraung ar. :p


Cakap banyak tak guna, meh layan gambar.

Hasil tangkapan malam ketiga bersendawakan bau durian. :p
Dalam plastik biru durian Pamanis. Dalam plastik pink (tp bukan tali putih ye :p), durian Musang King.
Altogether RM115 untuk 4 biji durian.
Juling!

Musang King in the house!!

Gojes bukan???

Close up lagi. ;-). eh eh eh, lap air liur tuuu!!
Keji kah aku? ekekeke

Yang ni Pamanis. Tak leh nk continue abiskan malam tu. Lembik dah makan Musang sebijik. :p

Musang King. Berbaloi la harga RM50 pun. Ulas dia memang banyak. Tu pun asben dh buang biji dalam tong sampah. Isi dia memang tebal sbb biji dia kecik. Memang puas hati.
Double thumbs-up!!

Oh! Musang King.
Tetiba mengidam lagi. ;-)

Moral :
Makan durian tengah malam mmg azab la, bukak ekon pun tak rasa apa. Siap on kipas lagi.
Panas! panas! panas!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...