Saturday, December 24, 2011

Holiday - Melaka Bandaraya Bersejarah

Asal laki pegi keje je, mesti ade aje idea aku nk berjalan bila dia off 2 minggu nanti. Mulanya dh terpk masa duk kuantan masa dia off trip lepas tu, tp klu di ajukan niat murni aku tu, nampak sangat mcm melampau kan, x pasal2 aku di tuduh "manusia tamak haloba selalu rugi, bagai anjing dan bayang2 nya". Maka, simpan niat tu, nanti asben dh selamat sampai kat tengah laut, emel nk ajak berjalan lah yang dia akan terima dulu, awal2 dh tulis dalam draft, asben pegi keje je, terus aku send. Keji sangat ke? X lah. ;-)

Taktik ni mmg berkesan la utk laki bini hak selalu kena tinggal dan meninggalkan macam kami ni. Boleh la apply nanti ye. Ngeh3

Maka kejadian berlaku lah semalam, 22/12/2011. Aku dah lama apply cuti, 2 hari je pun aku apply, tp sbb di tambah dengan weekend plus raya krismas, maka cuti aku jd 5 hari. Oh! Seronok, sape nk kasi cuti free lama mcm tu? Hak cuti bersalin tu x yah menyampuk yeee.. Ekekeke

Aku gerak dr Terengganu agak lewat jugak la, banyak mende nk kena attend dan di uruskan. Smlam pun aku buat satu keputusan yg drastik, bincang x sampai 2 hari, terus setuju, klu dh konfem nanti, aku story2 lah kat sini ye. InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan.

Lebih kurang dlm pukul 12++ jugak la kot kami gerak ke Melaka. Xyah la tanya aku ikut mana, sbb aku x tahu, dan malas nk amik tahu. Bab2 peta dunia aku mmg failed, sori lah ye kawan2. Hak aku tahu, aku sampai Melaka lebih kurang pukul 6++ kot. Bantuan gps sangat la excellent, klu tak konfem kami tak sampai seawal tu.

Kami check in kat Ayer Keroh Country Resort. Tempat penginapan yang di kira last choice jugak lak, sbb sejak 8/12 asben duk call hotel, mostly dh fully booked. Kebetulan mmg ade beberapa je lagi bilik kosong dekat AKCR tu.

AND aku tak expect pun resort ni SANGAT-sangat-SANGAT tidak memenuhi kehendak pelanggan seperti aku. Out of 10, i give you 0.5. Oh very bad! And not recommended.
Sebaik sahaja check in, mmg mulut aku x benti mengomen itu ini, bukan lah kata berlagak ke ape, tp aku sangat particular bab2 tempat tido ni. Asben aku cam diam je, mandi dan solat. Penat gak beleber sorang2 ni, bila xde org sokong, maka aku pun ikut sama mandi dan solat. Lepas tu sambung beleber lagi, asben duk ngadap main ipad je, diam sorang2.

Eh2, mcm terpanjang lak pulak entry ni, nanti lah eh aku sambung lagi. Tungguu... ;-)




Gambar selingan si pemandu dengan gps tanpa stand.








Semek yang menceriakan suasana perjalanan kami. Macam2 lah ragamnye skrang.



Salam




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Kota Laksamana 1/1,Melaka,Malaysia

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday




Lama tak ber'cam-whoring' macam ni. Kebosanan melanda inilah kekdahnya. Layannnnn....



Salam....

Thanks for dropping in! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kuala Berang,Malaysia

Monday, December 12, 2011

Cuti-cuti di Pahang Darul Makmur

Percutian kami di negeri Pahang rentetan dari kisah "unplanned vacation + unexpected incident". Tragis sungguh, namun kami anggap itu sebagai ujian dari Dia. ;-)

Esok harinya, aku ngan Aliya mmg stay kat bilik je, main lompat2 atas katil, tp tolong jangan bayang sbb buruk ngat bila ibu mengandung ni pe-el mcm tu. Aliya mmg suka klu tengok perangai org dewasa yang pelik2 mcm mommy dia. Hahahaha, gelak x hengat dunia la semek tu, lepas tuh aku kena ulang2 lompat setempat 88 kali, 8-8 lagi. Oh! Menyesal di situ.

Asben mana? Of course la pegi antar si hitam tu masuk ward. Asben kata x lama, dalam sejam je, lepas brekfes terus gerak pegi kedai cermin kete. Sampai sana, asben call bgtahu maybe dlm 2 jam baru siap. Pasrah!
Lompat2 lagi lah aku sampai pengsan.

Bila dh siap pasang cermin, asben balik bgtahu kete x leh jalan2 lagi, tokei kedai pesan jangan bg kena hujan. Cuaca hari tu mcm x menunjukkan nk hujan pun, tp nk play safe, better park je kete kat parkir hotel. Nak naik teksi mcm x bes lak, mengenangkan si kecik ni, kang ade yang duk atas riba driver teksi, x ke haru nanti. Niat nk ke gambang waterpark hari tu terkubur sahaja. Maka alternatif yang ada adalah "sila hadap mall kat depan hotel sahaja", ape lagi klu bukan east cost mall. Aku rasa jokey kereta dpn mall tu dh cam muka kami 3 beranak ni. Time kuar je mesti bawak balik eskrim BR. Nasib lah....

Membawa la ke malam kami duk ulang alik masuk mall tu, aliya sampai tertido dlm ECM for almost 1 1/2 hours, nampak sgt mmg kami dh x tahu nk buat ape lg kat dlm tu. Makanya, asben melanggar pantang tokei kedai tu, belah malam kami redah jua jalan bertar menaiki si hitam pusing2 mencari makan dan mencari2 apa yg ingin di cari. Ekekeke
DAN ade juga incindent berlaku pada malam tu, hahahaha...
Tp biar la menjadi rahsia rumah tangga kami sahaja. Maluuuuuuuu...... Kuang3.

Eh, rasa mcm malas dah nak taip ni, esok nk kena gi kursus lak. So, hadap la gambar2 yang di muatnaik secara pukal ni ye. Pic kat BGRC je yg banyak pun. Ehehehe





Aksi aliya di lobby hotel. Abang2 hak jaga pintu gelak semek ni duduk mencangkung mcm tu sbb daddy Aliya amik gambar mencangkung ekpun, tu yg semek tu ikut sama duduk mcm tu.




Gambar kenangan ketika berlaku 'perkembangan' yang pesat.
Next!!!





Watak utama di BGRC.




Mereka sungguh rapat. Aku jeles!




Pesanan penaja : "Jangan pakai tube nk mandi kat sini, tak senonoh! tapi kalau kanak-kanak takpe nak pakai pun. Sekian."




Aku anggap korang faham ape yang aku cuba nak sampaikan dari gambar di atas. Akhirnya Piranha biru itu di masukkan ke zoo kemaman kerana meludah merata2. Kesiannn.....




Pic atas: pose terbaik dari aliya bersama duyung berjanggut. Ekekeke
Pic kiri: aliya menguap tanpa rasa bersalah langsung.
Pic kanan: "sibaik ade aliya, boleh aku merasa main slide di usia muda begini" kata aliya's. ;-)




Aku jeles lagi!




Yeay! She managed to reach her dad! Good job Aliya!




Amboiii!!! Kemain lagi babai2 kat kamera-woman ni.




"we love you mommy!" ;-)




Wajah penutup di hari kejadian. Tahu pun sejuk!





Harus la ade bukti kami dh sampai sana, kaaaannn!!!

Salam.......


Thanks for dropping in! ;-)



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:The Zenith Hotel, ECM, Bukit Gambang Resort City

Sunday, December 11, 2011

Kursus forever





Aku dalam perjalanan ke Melaka, menghadiri kursus selama 2 hari, 3 hari termasuk hari lah (travelling day). Meninggalkan buah hati pengarang jantung aku sekali lagi, si semek sepet itu.






Dari saat bertolak kul 11 pagi tadi aku dh berkira2 saat nk pulang. Sampai pun belum dh pk nak balik. Ekekeke

Masalah ibu berkerjaya kekdahnya. Kalau aku bujang, nak suh aku ke Jepun, London(hak bes aje) aku sanggup. Hantar la aku 8 bulan pun, xpe. Aku tak kisah. Tapi bila dah ade anak ni, aku agak berkira2 sedikit (eh ke banyak). Kecik lagi ekpun, ni nk bertambah lagi sorang umat Nabi SAW, lagi la berat hati aku nk berkursus lepas2 ni.

Kang ade je hak pencen minggu depan. Ekekeke ;-p


"Ya Allah, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, jauhi aku dr segala prasangkz yang bukan2. Semoga Kau sentiasa mempermudahkan segala urusan ku, suami ku dan anakku. Amin..."


Salam.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Lorong Naib Mohamad,Tangkak,Malaysia

Friday, December 09, 2011

Happy Birthday to you!

Masa ni mungkin asben ku sedang melayan mimpi indah di kamar beradunya di tengah2 lautan tu. Ikutkan hati nak aje aku dail ke kamar beradunya, tp kesian pulak memikirkan dia nak kena bangun awal esok demi sesuap nasi utk kami sekeluarga. Maka, aku tangguhkan sahaja niat ku itu sehingga subuh esok. Boleh?

Time tengah malam ni mulalah nk merapu meraban. Meraban? Apakah?

Harini, 9 Disember 2011, bersamaan 13 Muharram 1433H adalah hari ulangtahun kelahiran suami ku yang TERCINTA. Yang ke berapa? Apa ada pada usia? Ia hanya sekadar angka, maka x yah la revealed kat sini. Amboi, kemain kau syahada, berahsia bagai la pulakk.

Maka entry ini adalah ditujukan khas buat mu yang tersayang, namun utk sumber bacaan waktu lapang jelitawan2 sekalian juga. ;-)






"Selamat hari ulang tahun sayang" ;-)

"My dear hubby, no matter what a gift i'll give to you later, it can never-never-never match up to what Allah has given me, which is you into my life. Thank u for being with me in times of happiness, in times of trouble, u are just being there with me always. I can never put it in words what you mean to me. I love you Honey!"


No plastic bag on Friday, maka sila muntah di sinki masing2 yeeee.... ;-)

Korang jangan lupa ye, ini kan blog aku.


Salam...



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 06, 2011

Today is the day!












I'm going back home today! Can't wait to see and 'gomol' (read hugs and kisses) my both kesayanganS, the comot and my greatest man in my heart! ;-)



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kuantan,Malaysia

Monday, December 05, 2011

Airmata rindu :-(

Semalam bertolak ke tempat kursus. Asben dan aliya antar aku kat perkarangan ofis. Masa tu dh sayu, sbelum ni aku pergi kursus terus tunggu kat ofis je, since asben ade kat umah, aku mintak dia yang antar aku ke ofis.

Menyesal pun ade, sbb feeling tu lain macam sket, nk salam peluk cium ngan anak pun mcm x sanggup. BENCI rasa macam tu ok.

Aku ngan geng ofis selamat sampai kat tempat kursus dalam kul 1 lebih kurang. Uruskan semua daftar masuk dan dengar sedikit taklimat kursus. Program petang tu tamat jam 3.30 petang, sesi seterusnya jam 8 malam lak.
Maka aku ngan roommate berpeleseran dalam bilik sahaja menonton racangan ntah ape2.
Kami banyak sembang dari menonton, tp bila dh xde topik nk sembang, maka kami diam, orang2 tua kata "malaikat lalu".

Aku keluar bilik, bawak tepon sekali. Sebelum tu duk bersms ngan asben je kat dalam bilik. Rasa macam nk dengar sore anak, maka aku keluar mencari privacy. Berat hati sebenarnya nk tepon, tp rindu mengatasi segalanya. Lain macam sungguh dugaan berkursus kali ni.

Lepas satu minit berbual di talian dengan asben, dengar Aliya rengek2 nk pegang tepon asben, aku cakap "hello" je, terus la semek tu bercerita dengan bahasa yang dia mudah fahami, tak benti2, sama la ngan air mata aku ni yang x benti2 mengalir. Ooohh..sayuuuuuu weeeiihh!!

Asben amik tepon, dia cakap dan tanya itu ini, tp aku diam x bersuara.
Asben dah paham benar situasi tu, maka dia terus bagi kat Aliya suh say goodbye kat aku.
"bai" pelan je sore aliya, dan aku tahu mesti time tu tangan dia pun duk lambai2 jugak konon aku nampak dia goodbye kat aku.
Makin laaaaaaa aku meraung2 tp mode mute kat situ. Demi utk tidak menampakkan kebengkakkan pada mata ni, terus aku tekan butang merah kat tepon aku, kesat laju2 mata ni.




Daddy Aliya kata, maksud tangan macam tu "I LOVE YOU".
I LOVE YOU too!! ;-)





Kanak2 yang menceriakan aku setiap masa dengan macam2 keletahnya.



Oh! Rindu itu seksa.



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 02, 2011

Unplanned vacation + unexpected incident




Jalan2 cuti hujung minggu kali ini tidak dirancang. Aku yang memegang prinsip 'rezeki jangan di tolak' mmg konfem la x tolak, bergolek2 depan mata di kala aku mmg tension dengan tugas tak berapa hakiki kat pejabat tu. Maka cadangan oleh pihak en laki nak 'mengukur jalan' di negeri jiran serta merta mendapat persetujuan aku.
Tepat jam 3.39 petang, aku dh clock-out, lewat 9 minit. Lewat tuuuu... Kui3.

Perjalanan kami bermula sebaik sahaja aku menutup pintu kereta. Poyo!

Al-maklumlah ye sekalian pembaca, bila musim hujan ni, permukaan bumi x berapa nk rata, jalan tar pun tar-ak (read tidak) bagus, sangat berseni 'lukisannya', ade lubang yang bentuk bulat, ade yang bentuk bujur sireh, ade yang bentuk hati, oktagon, heksagon, sume ade lah senang citer. Maka, perjalanan agak kurang lancar kerana terpaksa mengelak lukisan2 tersebut.



Namun, nasib x selalunya baik, hidup ibarat roda, x selalu berada di atas. Gituueewww....
Tengah aku duk ralit melayan twitter di seat belakang, sambil kaki dah cramp sbb hampir satu jam meriba aliya yang berat nanang sedang lena, tetiba "kebabooomm!!!!!!". OVER!

X ingat dh bunyi cane, tp siyes aku terkejut. Aliya sah2 x terkejut selagi tak simbah air ke muka. Asben perlahankan kete ke tepi kiri jalan. Cermin depan retak seribu. Serpihan kaca jatuh berderai atas dashboard. Aku terlebih panik seketika.

Well, asben paling cool dalam dunia adalah asben aku la. Dia capai tepon call kawan dia, agent insurans.
Gedebak gedebuk bincang, rupanya tahun ni asben x amik insurans cermin utk si hitam, tahun lepas ade amik, tahun ni x amik pulak nk di jadikan ceritanya. Kesian si hitam di anak tiri kan. Nasib lah kau hitam.

Perjalanan tetap diteruskan, tp tekanan pada pedal minyak dikurangkan sedikit agar kelajuan seiring dengan kelajuan heart-beat aku ni, risauuuuuuu aku tengok cermin tu. Nak2 klu mengekor lori, haishhhh.....

Sampai lah jua kami ke negeri pahang darul makmur, menyegerakan urusan daftar masuk bilik kerana ingin bergegas menunaikan solat fardu asar yang hampir luput waktunya.




Kali ni tajaan tempat penginapan oleh penaja adalah The Zenith Hotel. Xyah amik gambar lah ye, entry ni dh tunjuk dulu.

Kemudian menenangkan diri barang seketika sambil menonton cerita TentangDhia yang menjadi kegilaan aku tika ini. Berjurai2 air mata ni keluar bila tgok nasib si azmi lakonan ako mustafa yang kena aniaya tp tetap redha ngan nasib diri, oh sungguh tabah, tp asben aku kat sebelah buat derk je time aku lap hingus akibat menangis over giler. Sibaik aku x kena lempang jee sebb emo x pasal2. Ekekeke

Sambil2 tu, asben duk menelefon kawannya di kuantan utk tanya stock cermin si hitam. Bernasib baik kerana ade, dan pagi esok check in 'ward' la si hitam ni. Aku ngan Aliya bertapa di bilik lah kesudahannya esok pagi. Oh! Vacation ku.


UjianNya x pernah henti, kadangkala pahit dan tak kurang juga manisnya.;-)

Selamat berhujung minggu rakan2 jelitaku sekalian!



Thanks for dropping in! ;-)



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Dato Lim Hoe Lek,Kuantan,Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...