Tuesday, March 29, 2011

Kangen sama kamu!

Rindu kat blog ai nii.....;-)
Lama tak bersiaran di atas talian ni.
Minggu yang SANGAT mabeles buziiiieeeessssttttttt!!!

Smalam baru lepas pra-audit 5S oleh MPC.
Macam biasa, keje2 last minit yang memberansangkan.
Tp sempat lagi layan main bowling malam sebelum tu. 

Ok la, saje nk amik mood nk update blog, kena warm-up dulu.
hehehe, nanti sampai ke sudah warm-up nye. :p


Btw, puan adda, ai dh follow you.hehe

 bila pro cuba untuk tidak mempamerkan skill sebenarnya.
aku kan low-profile. ekekekeke

sume orang salah faham ngan status budak-cute-yang-montel ini.
di katakan anak aku.
aisehhhh, jadi aku terpaksa olok-olok mengaku sekejap.
tp ade jugak sampai ke abis game tetap ingatkan budak ni anak aku. hahahaha


Ok la, esok aku kena jadi cikgu.
Cikgu besar garang ni, sape x dengar cakap kena 'piat'.

Salam...................

Thursday, March 24, 2011

Kalau dah JODOH ;-)

Yeay!!!!
Akhirnya JODOH kami dipertemukan jua.
Almost 2 weeks time menunggu ketibaan mu, dan kini kau di depan mata menuggu untuk di NGAP. ekekeke
Dah macam serial killer lak. :p
Aku dah lama tgok-teringin nak makan mende alah ni. Bila BW je mesti akan TER-terjah citer pasal mende alah cute ni. Bikin hati ini gundah gulana, tido malam tak lena, asyik teringat2 dan termimpi2 kan mu.
Dah la kat Terengganu ni payah nak jumpe mende cute-miut macam tu.
Korang yang ade kat KL mesti selalu dapat makan kan.
NAK DUK KL!!!!!!!!

Dan aku tahu mende alah ni mmg mahal, sampaikan ade aku baca seketui cenonet tu harga dia RM5. Kalau yang ade anak 8 orang, bankrapsi la macam ni.
Dah rasa seketui mesti nk rasa lagi kan, tp kalau nak makan sampai kenyang, jawabnya sebulan x yah soping la. *bagi orang yang tak kaya macam aku ni la*
Yang memang menjadi makanan ruji mereka tu aku x amik kira, dh memang duit mereka bersepah merata2. Masuk toilet pun "alamak, terlap tangan dengan note RM1000 la"
Begitulah bila orang kaya berkata2, sampaikan tisu tandas ngan duit pun boleh tertukar. :p

Kembali kita kepada kisah orang yang tak berapa kaya ni.
Akhirnya aku menempah secara atas talian. Aku beli ni takde la mahal sangat, tak sampai RM2 pun seketul.

Smalam, bila GDEX call nk antar barang, super eksaited, tak sabar nk tgok kecomelan mende alah tu.


Presenting to all of you.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mende alah tu ada dalam kotak ni. 

Resit penghantaran/ penerimaan mende alah tu.

Packaging mende alah tu sangat KUKUH. Syabas kepada penjual mende alah tu. Memastikan barang tiba dengan selamat dan sempurna.
Strategi memikat hati pelanggan.

Mende alah tu dibungkus lagi dengan plastik yang-ada-biji-angin-bila-picit-bunyi-PAP. Mesti nak picit lagi lepas tu. ekekeke
Ade yang dah boleh agak pun. 
*yang boleh agak tu mesti mende alah ni dh jadi sebahagian makanan ruji korang. Kaya wooo*

Haaaa...makin jelas dan nyata mende alah tu mempamerkan susuk tubuhnya.

Cute label.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaaaa!!!!!!!!
Mr/Mrs/Mdm/Ms Macaron in the house!!!!!!!!!!!
Comel tak kawan-kawan????

Sebelum selamat NGAP, gambar kenangan harus la di rakam.

Hehehe.....cute giler mende alah ni (bukan nama sebenar)

Ada 5 kaler dan 3 flavour sumenya. Chocolata Ganache, Peanut dan Dulce de Leche.

Masa aku duk snap2 ni, tangan asben duk zas-zas nak amik satu.
TAK BOLEH!!

Makan hendaklah dengan berhemah ye. Sila gigit pelan2 dan kunyah 800 kali baru telan.

Yang ni perisa Chocolate. Yummmmmeeehhh!!!!!
Aku tak tahu cane nk describe kesedapannya, korang kena cuba sendiri.
Memang SEDAP!!!!

Yang ni pun SEDAPPPPPPPPP. Tapi ade 2 keping je perisa ni. Aku satu, asben satu.

So, malam tadi kami dh habiskan 4 keping.
*Banyak nye asben makan. Aku yang KUPIT aka KEDEKUT*
So, berbaki 21 biji + 2 keping yang cikmin bagi FOC. ;-)

Kedekut ke aku? Hahahahaha...
Bukan senang nk dapat kat sini, sebb tu aku jadi sekejam itu.
Lepas ni seketul tu nk belah 2, share ngan asben, tp filling dia tu konfem melekat kat salah satu shell je kan, haa yang tu aku punya. ekekekekeke

Aku beli Macaron ni kat sini.
Memang MABELES!!! *double thumbs-up!*


Rasa2 kalau dah abis nanti, macam nak order lagi la. :p

Salam............

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

'new born' gift

Sebelum ni, kat entry ni aku ade bgtahu, kami didatangi oleh an unexpected guest on dat day.
Actually, dah lama diaorang nk datang tgok Aliya, since aku dalam pantang lagi, tp jodoh tu xde lagi, sehingga la sabtu lepas, tup-tup dh ade depan umah.
hehehe, 8 langkah sebelum nk sampai tu, haruslah mereka membuat surprised call dulu.

Sibaik la kami masak ketupat sotong on dat day, kalau tak konfem aku jamu korang ngan biskut tawar je, itupun kalau masih ada la.ngeh3.
AMARAN KERAS untuk korang2 jugak, kalau nk mai umah aku sila isi borang inform awal2, at least seminggu sebelum, senang aku nk arrange schedule aku, kang clash, konon nk buat surprise la kan, tetiba aku xde kat umah, x ke haru. kan kan kan?
*bunyi cam adun k.berang je bz nye ekekekeke*

Aku ni jenis gabra sket kalau orang datang umah tiba2 dan tak tahu nk jamu ape kat diaorang.
Tambah2 bila dalam peti ais memang 'fill in all the BLANKS' ekeke.
Kosong! Takde mende.

Kalau stok jajan tu leh tahan la.
Takkan nk hidang TWISTIES kottttttttt??? :p

Eeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhh!!!! Sila rujuk kembali kepada tajuk entri dengan kandungan entri yang tak berapa nk berkenaan sangat ni.
Laju je menaip, tu yang melalut tak hengat. :p

Baiklah.
Mereka yang datang visit Aliya membawa sedikit buah tangan. Dah lama beli katanya, masa umur Aliya sebulan kot. Skarang baru dapat bagi kat Aliya.
Kalau dah rezeki Aliya, mmg x kemana.
Gift tu sesuai la ngan umur Aliya, sbb Aliya dh boleh makan solid kan.
Aliya dapat set pinggan mangkuk NORITAKE Tolly Joy.
Aku dh cek, BPA-Free. Kat kotak tu pun memang dh tulis BPA-Free.
Selamat. ;-)

Mereka pun baru dpat baby gak, baru nak masuk 3 bulan klu tak silap. Sangat comel.
Asben dh snap pic mereka, tp di delete nye pulak, katanya x jadi, haisshh.
Tp kami x prepare hadiah pun untuk si comel itu, jadi asben bagi hadiah dalam sampul-duit-raya.
Nanti boleh lah Umairah pilih sendiri nk hadiah ape ye. ekekeke

Jom kita terjah apa Aliya buat dengan hadiah yang dia dapat tu. ;-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yeay!!! Aliya dapat menan masak2. Nak buat ketupat sotong la lepas ni. Daddy nak? ;-)

Daddy ni, udah2 la amik pic Aliya. Nak masak ni. Flash tu mengganggu la, kang terbakar dapur Aliya ni. Dah2, pegi main jauh2, nanti dh masak Aliya panggil la Daddy makan, x yah la tunggu kat sini. :p

Eeee.....!!!! *sambil gigit sudu sampai patah* Geram sungguh la Daddy ni. Kang Aliya kata jangan main kat sini, Aliya nk masak la. Mummy ni pun, orang nk masak tak senang, ajak minum pulak.
Tak jadi masak la macam ni. 
Daddy, jom KFC nak? ;-)



Tak sabar pulak nk tunggu budak kecik ni leh cakap.
Rasa nk gigit je mulut kecik tu. hehehe
Kalau time nk tido, mesti mulut dia pot-pet-pot-pet duk bebel sorang2. ekekeke
Tp aku suka je dengar.


"Rasa nk selalu ade ngan dia."

Alhamdulillah..........


Rezeki Aliya tetap ada walaupun bukan tempat pertama.
Yeay!!

Aliya dapat hadiah SAGUHATI  untuk MY SLEEPING ANGEL CONTEST. Sila klik untuk tgok pemenang2 yang lain.

Aliya dapat STICKER DINDING. Muchas grazias. 

Kepada pemenang hadiah utama, TAHNIAH, you deserved it. ;-)
Dan juga pemenang2 yang lain.
Akak Hidayati, big thanks sbb sudi pilih Aliya.
Muah!!!



Pssst:
Macaroon is on the way. Yummmeeehhh!!! :p

chef at home



Tp ni bukan tv program, AFC channel tu ye.
Bukan Micheal Smith dan bukan juga Anna Olson. :p
Tp chef yang di gelar oleh aku sendiri, mmg xde sijil halal sah yang layak menggelarkan dia chef, tp aku sesuka-suki je bg gelaran chef tu kat dia, dan juga sbb
dia asben aku. lalalalalala ;-p




Petang jumaat baru ni, kami menikmati cicipan kami kat pantai kolam, kg mengabang telipot.
RECOMMENDED place untuk minum petang sambil bersantai2 sukaria, hepi2.
Tetiba buat iklan kat sini.
Meh nk promote.
Sesape dtang Ganu, tetiba mengidam nak makan sotong tepung, aku SANGAT-SANGAT mencadangkan agar korang makan kat Mengabang Telipot instead of Seberang Takir (kat airport tuh).
Kedai dia biasa je, kedai kayu, tp sotong dia MABELES!!! Full marks!
Kalau tak tahu, bagi signal kiri, stop jap, tahan motor lalu, pastu tanya
"tumpang tanya, kedai mat nong  kat mana?"
ekekeke, aku tak pasti nama dia ape sebenarnya, i guess Mohd Noor, tp asben aku sebut 'Mat Nong'.
Pure sungguh keTerengganUan beliau. :p


Senang je trade mark kedai ni.
SOKMO full. Bersedia la berdiri jap sebelum korang leh tempat duduk.
DAN kalau nk makan kena BEREBUT.
Baru la thrillllllllllllll...... hehehehe
Ok, dah abis iklan. Sekian.

Return HOME, sbb chef sedang menunggu. ekeke
Jumaat baru ni, lepas makan sotong tepung kami singgah umah mertua (one of the routine bila weken menjengah).
Ibu mertua ku masak Ketupat Sotong. Korang pernah makan?
atau pernah tengok?
Bab makan, of kos la pernah kan, sume tak terkecuali. ngeh3
Memang yummmmeeehhh!!!
Tp takleh makan banyak, umah mertua kena sopan. :p


Disebabkan itu, aku bergedik santai nak makan lagi. Mengidam.
En asben di rayu dan di goda oleh si isteri untuk masakkan ketupat sotong.
aSben yang kalah dek pujuk rayu dan godaan si isteri, bersetuju untuk masak.
Hoooyyyeeeeaaahhhhh!!!!!!!


Jom jengah chef kat dapur. Meh2 dekat sket.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.


 Sebelum masuk dapur, meh gi pasar dulu mencari bahan.
Aliya baru bangun tido, lepas mandi nk tido lagi tuh, tp aku cakap "tak boleh, kena pegi pasar dulu". :p


Cuba menahan rasa mengantuk segigih yang mungkin sbb takut kena babab ngan mummy nanti. 
ekekeke


Haaaa.....ni hasil calling2 dengan ibu mertua. Mintak 'secret recipe' ngan ibu mertua. ekekeke
Ce teka, ce teka, tulisan sape tuuu?
Tulisan ai cantek ok!

  
 Bahan utama, kalau takde sotong nama dia takkan jadi ketupat sotong. 
Mungkin boleh jadi ketupat-bukan-sotong. lol


Beras pulut juga bahan utama. Kalau guna beras biasa, baik masak nasi dan buat sotong masak merah, lagi besssssssssssssssssss. 


 Penambah perisa, penyedap rasa.
Eeeeehhhhh....korang jangan masukkan lidi tu sekali ye, kang tercekik anak tekak. 
Nanti mak yang di persalahkan. 


Berkarisma sungguh cara memasukkan beras pulut ke dalam badan sotong. 
Bab puji memuji serah kat tukang makan ye. Di ulangi, tukang makan. ;-)
Eh, guna sudu Aliya ke buat cedok beras?

Haaa....ni lah kegunaan lidi tu tadi. Gigih asben aku pegi cari daun pokok nyor, percayalah, aku tak tipu ok. Aku dh suh dia belikan lidi yang orang buat satay tu, tp dia insist jugak nk cari lidi daun nyor. 
Bagussssssssssss tak????
*mode puji laki sendiri : ON*


Asalnya asben aku xmo masukkan kepala sotong tu, tp sbb x mo membazir, dia masukkan sekali.
Katanya "daripada kepala sotong tu duk 'diam' je lama2 dalam peti ais tu, baik masak terus".
Amboi, perli ai tak hengat yeeee.
*mode puji asben : OFF* -emo :p


Dapur sebelah aku masak bubur untuk Aliya. Penuh ngan carrot, ekekeke. Sawi xde, lupa nk beli. Letak daging sket, potong kecik2. 
Pandai la asben ngelat, masak yang susah2 macam ni, serah kat aku, masak yang senang2 macam ketupat sotong tu, sume dia nk buat. 
Tak aci.
Nak masak ketupat sotong yang senang tuuuuuuuuuuuuu!!! *GEDIK*


Taraaaaaa!!!!
Ketupat sotong tersedia untuk di ratah2.
Lucky guests on the day, kawan asben datang umah, betul2 on the dot ketupat sotong ni masak.
Datang melawat baby aliya yang dah masuk 9 bulan tu. ekekeke
Ade lagi hadiah untuk newborn. Thanks korang ye!


Sila cedok ke mangkuk sendiri dan suap sendiri.
Mabeles!!!! 
Sejibik macam ibu mertua ku masak.
Mana tumpah kuah ketupat sotong kalau tak ke mangkuk aku nasi. ;-)




Sebab sedap, asben pun dengan 'rendah hati' nak agih2kan ke umah mertua nya.
Komen parents aku "sedap ngat, boleh bagi resepi ni".
Dengan 'rendah diri' jugak, asben aku senyum je.
:p






Moral :
"two heads are better than one" ;-)


Salam..............

Monday, March 21, 2011

She has been shorlisted


Teruja GILER lepas tgok pic Aliya berjaya masuk ke senarai pendek antara 15 contestant yang lain.
Mak nye over eksaited.


Sudah2, jangan hOVER sangat, bukan menang lagi pun.
Baru masuk suku akhir.
Dah masuk suku akhir pun super excited. Hehehehe

Keputusan sebenar akan diwar2kan pada esok hari, pukul 10 pagi.
Kalau ade rezeki Aliya, Alhamdulillah, kalau takde pun Alhamdulillah, masuk suku akhir ni pun dh kira berjaya. Bertuah la kan, terpilih antara puluhan peserta. ;-)


psst : ketupat sotong is on the way ;-)

Sunday, March 20, 2011

contest lagi....di saat akhir

Aku baru je selamat publish satu lagi contest yang baru saje tamat beberapa minit yang lepas.
Kul 11.59 zassss terus klik PUBLISH POST.
Tak tahu la samada aku menepati sume syarat atau tak, sempat jugak double check tadi sebelum publish.
Sampai berpeluh ketiak nak siapkan post tu. ekekeke

Boleh semak di SINI. ;-)

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

 

Bergaya tak saya? :p


pssst: ade bau ketupat sotong tak? ngeh3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...