Thursday, July 28, 2011

She can walk ;-)



It just happened yesterday!! ;-)  ~~27 Julai 2011.

Balik keje petang semalam, aku tengok dia main2 lagi ngan makcu. Makcu suka main2 kejar ngan Aliya. Bila kena kejar, Aliya la 'perangkak' paling laju dalam rumah tu. Lepas tu gelak2. *dalam hati aku, mengigau la Aliya tido malam karang.* 

Kalau ngan makcu asyik gelakkkkk je, kalau orang lain buat kelakar sampai nk putus orang kentut pun belum tentu Aliya gelak, kadang2 macam dia paksa2 gelak. Apekebende la yang kelakar ngan makcu tu.

Dalm kul 7 smalam, aku duk layan dewi cinta. Nengok kan Aliya seronok main ngan makcu, aku saje lambatkan waktu mandi budak kecik tu. Lepas maghrib baru aku angkut Aliya untuk mandi. 
Lepas mandi, siapkan dia satu hal, dah pandai xmo pakai pampers skang. Mengada! Kalau tak kencing-*erak merata, mommy pun malas nk pakaikan Aliya pampers tau!

Lepas je aku pakaikan seluar kat semek tu, terus dia bangun dan JALAN. Siap sengih2 lak tu, sambil angkat tangan pastu tepuk2. Yeay!!! Aliya dah boleh jalan. Kami ramai2 (kecuali asben, ade tgah laut) cam amaze tau, semua gelak2. Muka aku macam panassss je, giler teruja tengok anak dah boleh jalan. :-D

Aku pun apa lagi, terus amik phone nk rakam, nk bg daddy dia tengok. Elok2 je nk rakam, boleh pulak dia duduk lepas tu tunjuk skill merangkak dia yang dah pro tu. Haaaiiiisssshhh..... Mendatangkan kegeraman kepada aku sahaja.

Lepas tu dia bangun jalan lagi, tp sekejap2 je. Masih tak yakin nk berdiri sendiri. ;-)

Alhamdulillah....... saat yang paling mommy tunggu. Takpe la nk sambung merangkak balik pun, ekekeke. Mommy tahu tak lama lagi Aliya akan selalu main kejar2 ngan mommy dan pastinya mommy la yang semput dulu.

Phewww!! *Lap dahi yang  xde peluh*


Salam....

Wednesday, July 27, 2011

WordLESS Wednesday - Ketika waktu senggang nya

Aktiviti baru di waktu senggang.
Haisshhh..!!!

Tuesday, July 26, 2011

Bila kerusi bertukar *ontot :p

Entri syiok sendiri. *mode : kerinduan*

Korang hadap je lah ye. hehe

Asben baru je tinggal seminggu, aku rasa dah macam 8 tahun. *pinjam ayat time bercinta dulu2*




Pic ni dah lama, masa tu Aliya belum keluar lagi, tp dah sarat dah. Kalau tak silap, time ni weekend, aku datang sbb nk kemaskan bilik aku. Sebab masa tu ofis aku tengah beria nak dapatkan sijil 5S. So, sebelum cuti berpantang, aku kemas la sikit mana patut, xde la kejam ngat tinggal bilik macam tongkang pecah lepas tu buat2 muka simpati mintak tolong orang kemaskan sambil kuar ayat "Sha x larat ni, x nampak ke perut besar ni". 
Alasan yang bersepah2 :p


Rupanya, aku masuk ofis lepas cuti berpantang 3 bulan, masih macam tu jugak la 5s kat ofis aku ni.  :p


Asben yang menyayangi aku sepenuh hati jiwa dan raganya *huraian tambahan :p*, yang banyak tolong aku kemas. So, sebagai upah aku bagi dia BERLAGAK macam bos jap, tengah duk review paper work yang staf dia (aku) taip. 
Ayat marah " Ni kenapa ejaan SAYANG jadi SAYING??"
Erk!! paper work CCTV ade word "SAYANG". 
Sebab dia bos, anggukkan sahaja. :p


Dah banyak kali jugak la en asben ni jadi peneman setia setiap kali kena stay-back kat ofis, walaupun sampai kul 1 pagi. 
Tp sejak dah ade anak ni, sharp 5 o'clock, cau cin cau! Zaasss!!! Xde nye aku BAIK HATI nk stay-back bagai. hehehehehe

Salam... 

"Cepat lah pulang sayang........."

Friday, July 22, 2011

Office Matters - Berkursus di Hujung Minggu

pic : mr google

Di arahkan menyertai kursus "Tajuk kursus tak ingat, sbb mmg takde hati nk pegi sebenarnya" di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam bermula hari ini. 
Gerak after zohor harini, tp satu bende pun aku tak packing lagi. 
SIYES AKU TAKMO GI. Penat kepala memikirkan anak bila berjauhan nanti, berat hati ni nk tinggalkan dia selama 3 hari. Eeeeiiisshhhh!!! 
Boleh tak kalau aku buat2 pengsan lepas zohor karang???

By the time aku terima surat arahan tu smalam iaitu 21/7/2011, aku rasa cam GRRRRRRRRRRRRRRRR.... "kenapa tak bg surat tu lepas balik kursus jeeeee???"

Sejak dari smalam lagi, amarah jeeee..... orang lain mungkin xde pun macam aku ni kot. Ke diaorang protes dalam hati je? Eh, aku pun protes dalam hati ape, cuba TERtaip lak kat sini, eh inikan belog aku? ekekeke

Ok lah korang, nk bergulung-gulingan ngan Aliya lak. Kita jumpe lagi next week yeeee.....

Tata.....XOXO

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Afternoon Tea ;-)

Suka hati, main belasah je aku nak taruk title ape pun kan? Harap2 berkenaan lah dengan entri kali ni.

Tetiba blank, x tahu nk start dari mana. ekekeke...
Dalam kepala ni duk memikirkan citer Juvana episod terakhir ekpun jap lagi.
Botak jadi baik ke? Ke Daim jadi jahat, pembunuh ke? 
Maaf, tuan tanah kuat berangan. Penyokong kuat citer melayu kot? ekekeke
Tp yang duk rekod dalam PVR sume rancangan mat salleh. Masterchef Australia 2 tu masih lum khatam lagi.
CSI NY ngan CSY Miami pun berlambak episod aku lum tengok. Takpe, biar dia rekod banyak2, nanti aku free time weekend, asben xde, leh layan sume citer tu. Kalau asben ade, asyik nk berjalan je kejenya. :p

Bila aku lari tajuk, ini lah kejadiannya.
Fokus!!

Cerita sebenarnya, 16 Julai 2011 lepas bersamaan dengan 14 Syabaan, jatuh pada hari Sabtu adalah hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29. Umur hanya sekadar angka, usah malu nk reveal umur sebenar anda merata2. ekekekeke

Mula2 aku sendiri tak ingat bufday aku, bukan maksud tak ingat tarikh lahir, tp macam x perasan yang makin hampir ngan hari ulangtahun kelahiran. Sbb mungkin dah bergelar ibu ni, semua tu dh jadi no 2, time bercinta, klu x ingat kul bape aku lahir yg tulis kat surat beranak tu, mmg kesian la laki aku, selagi tak cukup 8 hari merajuk, x yah la ade hati nk pujuk2. Bo-layan. Contoh je tu. Taktik nk manja2, amik perhatian. Kononnnnnnn.......

So, en asben yang sangat menyayangi isterinya yang sopan-santun ni, bercadang nk buat sedikit jamuan ringan. Ajak kawan2 terdekat dan ahli keluarga sahaja. Majlis kecik2 sahaja.
Tapi aku cam malu nk ngaku tu majlis aku. Sebab??
Bufday Aliya aritu tak sambut pun, tetiba mak budak lak yang lebey2.
So, bila diaorang tanya, aku bgtahu la saje nk buat minum petang. Jumpe kawan2, ahli keluarga. ;-)
Terkilan jugak ade kawan aku yg tak dapat datang, tp aku faham komitmen keje diaorang, sampaikan weekend pun kena pergi kursus. Maybe jodoh kita di lain majlis, ekekeke....

So, sesuai la kan ngan tajuk entri aku "Afternoon Tea" kan? Walaupun aku tak hidang TEA semata2. Oren ada, sirap laici pun ade. hehehe

Tak yah la citer panjang2 eh. Botak ngan Daim dah suh standby tu. So, layan gambar yang x seberapa tu je la eh. Tuan tanah segan nak amik gambar, so layan la eh mana yang ada ye....



Aliya adalah KING of the house. Budak laki tu dah pangkat abang ngan Aliya, tp sket pun tak hormat. Sukati dia je main rampas belon si Arif tu. Aku dah siap bg sorang satu, tp yang Arif jugak dia nak. Bila Arif amik yang dia, yang tu pulak di rampasnye. 
Daddy yang baik hati tolong leraikan. Lepas tu, Aliya nampak line clear, operasi rampas balik belon berlaku. 

Sebelum tu, ngan anak kawan asben aku, Cikgu Amirol. Tak sempat nk amik gambar, kan aku cakap, segan nak amik. *kata sopan santun kannn* :p
Aliya siap tampor2 lagi anak kawan asben tu, sebab rebutkan botol lotion aku. 
Kelakar lak tengok, tp kesian sungguh kat Daniel.
Aliya paling muda antara kanak2 yang datang hari tu, tp paling GANGSTER. Ayoyoyo! Tepuk dahi.

Masa ni tengok Irdiena, sepupu Aliya datang. Semek ni memang suka klu ade budak2, tak tido pun xpe, asyik nk main je.

Jangan salah faham. Asben bukan tolong cedokkan untuk tetamu, tapi untuk diri sendiri kali yang ke-18 kali.
;-)

Sape lagi sopan????

Makin rapat ngan mok teh (adik ipar aku). Asyik berdukung je ngan mokteh sampai "nk patah pinggang" kata mokteh. :p

Hahaha...Aliya ni ade penyakit takut tengok orang, especially lelaki. Lelaki terpilih je dia takut. Stakat ni aku jumpe baru 2 orang. Kalau tengok je muka orang tu, konfem "selok-kekeng" ar Aliya.
Macam2 pesen la semek ni.

Keberangkatan pulang keluarga mertua aku. Datang ngan mak sedara asben aku, ayah mertua xde, ke KL katanya. Lepas jugak rindu nenek kat Aliya. 
Itupun Aliya nk ikut nenek balik Gong Badak.
Pantang orang naik kereta, sibuk nk ikut.

Haaaa...yang ni juadah paling HOT hari tu. Mmg laku. Sangat LAKU. Aku pun dah berapa kali angkut. Memang tak puas.
Tapi bukan aku buat sendiri. ekekeke
Tempah ngan makcik kawan aku. Aku jatuh cinta ngan kueh "Lompat dan Tikam :p" ni masa aku makan kat jamuan kawen kawan aku tu. Sampai skarang masih terasa kesedapan nya.
Mmg lain dari lompat tikam yang pernah aku makan.
Aksesori untuk menu Soto dan Laksa Terengganu. Laksa by Umi and Soto by mommy Aliya. Hehehehe

Lagi aksesori tambahan. Tapi kicap lada is a MUST, giler pedas kicap lada aku. hahaha 

Blueberry cheese tart. Aku ngan adik aku bertungkus lumus siapkan si kiut ini malam sebelum tu. Almost 2 am baru kitaorang masuk tido. Dah macam bulan pose, buat biskut raya malam2.
Alhamdulillah, mendapat pujian untuk menu ini. hehehe
Senang je pun, cuma cerewet je bg aku nk buat tart ni.
Aku tak reti nk coret2 kat atas cheese tu. Sbb tu jadi SENI macam tu. ;-)

Laksa terengganu, MABELES. Puji omak sendiri. hehehehe

Yang ni faveret asben. Asben kan menantu kesayangan, klu balik cuti 2 minggu, gigihlah tokmi Aliya carikan segala macam daun nk buat kan bubur lambuk ke asben.
Menantu lain pun tersayang jugak, cuma jarang nampak, duk jauh kan...
Kan ade adik aku baca entri ni report kat abang2 ipar tersayangnya. :p

Kawan2 Aliya. Habis tercabut semua huruf tu, sabar je la.Bukan budak2 tu yang bukak, tp Aliya yang lebih2. Time xde orang ramai2 macam tu, sket pun dia tak heran mende tu kat tengah umah, lalu buat tak nampak je.

Kakak Irdina pinjam jap beskal dia, Aliya nampak je terus rampas balik. 

Bila 'orang minyak' sembang pasal minyak dan gas.

Anak salah sorang guest kami. Rumah riuh macamana pun, sket pun budak ni tak heran, mimpi jumpe Lisa Surihani lah tu. ;-)

Tetamu ke-2 terakhir, masa ni dh lewat petang. Diaorang dari kenduri kat Kuala Trg, sbb dah janji datang jugak. Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Anak sulungnya paling banyak makan. ;-)

Bonsai kesayangan (buat masa ni la) dan tuannya. 

Nampak tak aku yang 'kecik' tu. ngeh ngeh ngeh

Tokmi dah punch-card masuk keje balik, masa untuk mengemas. Asben yang baik hati amik alih duk kat sinki. Basuh segala macam periuk dan belanga. :p

Aku tolong habiskan lompat tikam. Sedap wooo...!!

Adakan majlis macam ni memang penat, tp seronok bila ramai datang.
Next majlis bila eh??? ;-)


Salam.............



~entry autopublish~

Monday, July 18, 2011

On our 4th wedding anniversary day ;-)

Sesungguhnya aku bukan peng'update' blog yang tegar. Maka cerita hanya berkisar tentang kisah2 yang lepas yang tak berapa fresh, bukan tak fresh langsung ye, cuma tak sepanas meggi tomyam yang baru keluar dari ketuhar gelombang 8 saat yang lepas. Gituuuuewww... ;-)

Kali ni pun macam malas nk taip lama2, jari2 runcing sangat cepat merasa keletihan. Maka kita pendekkan sahaja penceritaan kali ini ye. Setuju? :p

Peristiwa : Bercuti sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4.
Tempat : Menginap di The Zenith Kuantan selama 3 hari 2 malam.
Tarikh : 6 - 8 Julai 2011.

The day kitaorang gerak ke Kuantan adalah hari pertama asben off duty utk 2 minggu. Dia gerak dari airport Kota Bharu around 1.30 pm by taxi, sampai kat umah almost 4.30, kena tunggu aku balik keje dulu kul 5. And lucky us, pakcik taxi tu sanggup nk tunggu aku balik keje and drive us straight away to Kuantan. Kalau tak terpaksa la kami booking taxi lain, and for sure it will take longer sebelum kami leh gerak ke Kuantan. 

Balik keje, aku siap2 mandi and solat, kami terus gerak ke Kuantan. It took 3 and half hours to reach Kuantan. Pakcik driver sangat la berhemah pemanduannya. Aku la yang letih duk blakang melayan karenah Aliya yang tak mo tido, tp tak reti duk diam tu. 

Kami sampai dalam kul 9, check in, letak barang and terus cari kedai makan. Kebuluran. ;-)
Yang menarik adalah, East Cost Mall terletak betul2 depan tempat kami menginap. Just cross the road and you can start shopping! :p


The rest, i'll let the pictures do the talking. ;-)



Sesi bergulingan selepas balik makan. Elok sangat kerana menyokong 'tumbesaran'. Bila dah 'membesar', lepas tu komplen. Itulah kitaran kehidupan manusia. ;-)

Mereka bergulingan di atas tilam berukuran raja, dan aku mengambil peluang menangkap gambar kenangan. :p
Meh review sket bilik tido sementara kami.

TV adalah kemestian, walaupun bukan nk tengok pun, but it is one of the MUST HAVE item kat mana2 hotel pun, kan kan? 

Perkakasan susu Aliya, ubat-ubatan standby aku dah siap susun atas meja in-room coffee maker tu. Maaf la ye, xleh nk crop tang kaki tu. ekeke

In the wardrobe. Sayang sungguh sbb tak ingat nk berangan pakai bathrobe tu.

Mangkuk sinki tu aku LIKE 800 kali. Tapi kepala paip tu quite danger, bucu dekat tempat pemegang tu sangat tajam. Hampir nk terkena muka Aliya masa mandikan dia dalam sinki tu. ;)

2 pasang selipar yang dibekalkan kepada kami. Sangat berguna kepada aku sepanjang 3 hari kat situ. Sbb aku bawak sepasang heels je. Leceh pakai heels ni. So, slipper tu aku guna time nk gi breakfast, jalan2 sekitar dalam hotel tu je. 

Dalam wardrobe tadi ade weight-scale. Lama tak timbang berat, so percubaan berani mati menimbang berat ketika perut sedang penuh kekenyangan. Bila tengok je result, terus emosi. "Berani sungguh jarum tu pointing kat angka yang aku tak berkenan."
Lepas tu terus bungkus weight-scale tu, masuk drawer, duk la diam2 dalam tu. Jiwa kacau jap tgok berat sendiri. :((

Pandangan dari tingkap bilik kami. Parking lot ECM. Kalau la ade jejantas yang menghubungkan bilik aku ngan ECM, time tu jugak aku terjah masuk dalam. ;-)

Si kecik yang tak reti nk tido, di angkut sekali Daddy dia yang keletihan menahan mengantuk. 

Bila remote di sangka hand-phone mmg itu lah kejenya. Sket2 tepon cik ya, kejap2 tepon makcu, baru ni kena tangkap tepon boipren dia. :-p

Aliya ni dah terlebih gula. Aku dah surrender masa ni, dah baring2 atas katil, sambil duk telek pic2 aku amik, klu tak berkenan delete terus walaupun mata ni macam dah nk tertutup. Bila tgok semek ni riang-ria bersama ribena, sempat la aku snap pic dia ketawa tiba2 takde sebab tu. 
Sebenarnya tu symptom dia mengantuk gak tu, cuma tunggu masa je nak Zzzz.......

Sarap time!! Aku bagi markah 8/10 untuk hidangan brekfast kat situ. Variety of food. Aliya makan bubur sangat banyak. Padahal letak bubur ngan clear sup (nama sup kat situ) je, tp makannya nk habis semangkuk.
So far, brekfast kat hotel yang paling bes bagi aku ialah hotel Concorde KL. 18/10. ;-)

Hehehe, bila mommy malas nk bangun amikkan sudu kecik nk suapkan Aliya. Janji masuk mulut, tak comot baju sudah. Paling penting, buurrrp, kenyang... :p

Gambar kami lagi yang gembira kekenyangan. ;-)

@ hotels lobby, waiting for sumone to pick-up us. Where to go??? Jeng jeng jeng...

Safely 'landed' at our MAIN destination. ;-). @ waiting room - asben duk discussing ngan Matthew.

Aliya sangat behave sampaikan aku tak sedar dia buat pelaburan besar-besaran. 

Kebosanan menunggu proses 'penyerahan', maka aku adakan acara susun botol air. Sila tegakkan botol air yang jatuh dalam masa sehingga-daddy-selesai-urusan-dengan-Matthew. hehehe, masa permainan yang cukup singkat untuk si kecil itu, but finally she did a great job! Hehehehe...

Gambar di sekitar bilik pameran itu. ;-)

 Alhamdulillah... 
Rezeki encik suami untuk memiliki kereta idaman. :-)


Selesai sudah sesi penyerahan kunci kereta, kami mengisi perut dan cuci2 mata dalam ECM, kata depan hotel je kan, harus lah kesana selalu ngeh ngeh ngeh. Bila kekenyangan dan kepenatan, maka pulanglah kami ke pangkuan katil empuk-berspring itu. 

 Aliya di ECM.

 Cubaan menangkap gambar menggunakan timer kali yang puluhan ratusan dah. Yang blur ni jugak menarik hati. 

Dalam kete elok jeee tido. Sampai bilik elok jeee ajak main2 terjun katil.

Kadang2 aku perasan gak semek ni bila ketawa je mesti tutup mulut. Ikut sape lah perangai sopan ni. ;-)

Muka gembira di hari ulangtahun. Thanks Daddy!
Lovely surprise walaupun dah tahu dah sebenarnya sebelum ni. ;-)


Keluarga kecil en Shahrul Azlan. Moga ikatan yang terjalin ini kekal berpanjangan hingga ke syurga firdaus. Berdoa agar hubungan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.
Semoga dijauhkan dari perasaan riak, sombong dan takbur, ditanam dalam hati perasaan syukur dan rendah diri.
Bila hati sering diuji, lafazlah astaghfirullah memohon keampunan-Nya.


Salam..........

"Kalian berdua adalah anugerah terindah"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...