Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday





"Allah menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara samada dengan kesusahan atau kesenangan"


Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Lemau

Rasa sangat tidak selesa di waktu pagi pada tiap-tiap hari. Lemau……
Perut dah macam tempat ‘PERANGINAN’.  
Berharap agar pagi berlalu dengan cepat.
Rasa lebih selesa pada waktu petang hari.

Aku perasan aku tak boleh-->
 - Bau semburan deodorant aku X
 - Bau mandian aku X
 - Bau perfume aku X
 - Bau perfume dalam bilik keje aku X
 - Bau perfume kete laki aku X

Semua tu tak busuk, tapi deria bau aku seperti menidakkan semuanya, not acceptable. Shuh! Shuh!
Bau-bau kesukaan itu menjadi sangat tidak menarik lantas rasa seperti mahu ‘Wek! Wek! Wek!’
Rasa mahu mengunyah setiap masa, tp ini bulan Ramadhan.
Bila tiba waktu berbuka, mengunyah nye biasa2 sahaja, xde la kagum “wahhh!!! 8 pinggan aku makan???”.





kemudian..........






Pengsan.




ZZzzzzzzzz………………………………………………..


Monday, August 22, 2011

Aliya’s milestone @ 14 months

Caution: Entry OVER rajin menaip. Anyone yang OVER rajin to read till the end you’re most welcome to do so. 

Hepi reading! ;-)

13 Ogos 2011 genaplah Aliya 14 bulan umurnya. Cekidaut her latest achievements. ;-)

1.       Berat Aliya rasanya sama je macam bulan lepas. Walaupun aku bagai nk patah lengan bila gendong semek tu.
2.       Ketinggian pun masih sama kot. *asyik sama je sbb mommy malas nk ukur dan timbang* hehehe
3.       Aritu aku ade bgtahu yang Aliya dh leh jalan kan?. Sebenarnya tipu. Bukan aku yang tipu yeee. Aliya yang tipu, pandai lak dia buat magik haritu. Ape yang aku cerita kisah pada 26 Julai tu, mmg betul2 jadi. Tp bermula 27 Julai sehingga la 11 Ogos baru ni, Aliya x jalan2 langsung. Asyik duk merangkak jeee…. Heran mak, hari tu kemain jalan, dah macam expert nau, alih2 esoknya macam dipaksa2 suh merangkak, asyik merangkak je kejenya. Berdiri pun x mo. Magik! Magik!
Sehingga la 12 Ogos 2011, genap Aliya 14 bulan, Aliya mempamerkan skill berjalannya yang takut2 itu. Rupanyanya nk cukupkan 1 tahun 2 bulan jugak baru betul2 nk jalan. Sama macam anak kakak aku yang sulung, 14 bulan baru leh jalan. Sayang sangat Aliya ngan sepupu dia tuh. *mak sedapkan hati sendiri, sbb lambat ngat leh tengok anak leh jalan*
Skang ni Aliya banyak jalan dari merangkak, tp yang lemahnya, bila jalan banyak sangat benti kat R&R, kadang2 baru 2-3 langkah, dh benti sbb nampak sesuatu kat lantai, even sebesar semut pun, dia akan benti dan berusaha akan amik mende tu. Paling aku MARAH part nk masukkan dalam mulut. Drama Inilah SINGA jadian pun start, jangan main2! Hangin betul aku!

 Aliya boleh jalan, yeay!!!

Panjang sungguh part boleh jalan. Mak overrrrrr. :p

4.       Selera makan biasa sahaja, sbb cerewet/memilih sejibik sejibun macam daddy nya. Kalau nak suap ape2 kat mulut dia, mesti dia bukak kecik je, konon nk test dulu, klu dia rasa x bes mmg dia kuarkan balik sekali ngan air liur nya, klu dia rasa bes,  time2 tu jugak nganga suh suap lagi. Tp most of the time sume dia rasa x bes. *aku x pandai masak ke? Tak kot, sbb makan kat kedai pun macam tu jugakkkk ;-)*

5.       Minum susu sangat banyak. Pada aku sangat banyak bila Aliya habiskan 1.3kg susu dalam masa 5-6 hari. Btw, Aliya dh stop BF masa umur dia 13 bulan. And as for me, walaupun rasa sangat singkat masa tu dan masih x puas, but for the sake of us, me especially :-) dengan berat hati terpaksa diberhentikan. Nanti time adik Aliya, akan berusaha untuk yang terbaik, exclusive kan bagus, macam Sue. My idola. ;-)

Dulu, kalau malam2, x yah lah RAJIN2 nk bangun buatkan susu, sua je *etet kat mulut dia, diam la Aliya sambung tido balik, skang ni mmg KENA bangun klu takmo dengar dia melalak. Kalau asben ade, dengan rela hati aku serahkan kontrak 2 minggu tu kat dia.
Skang ni stok susu Aliya dalam kabinet dapur umah aku pun ade, dan umah tokmi pun ade. Belajar dari pengalaman, pernah Aliya terpaksa berlapar minum susu sampai kul 10 pagi, sbb susu habis, aku kan bz woman lah sangat, x perasan susu abis, daddy pulak asyik kelaut. Nak kuar pegi kedai awal pagi mmg xde kedai buka, kul 9-9.30 baru bukak, sardis pulak bila ingat balik. Sampai tetido macam tu je Aliya menunggu susunya. Huhu

6.       Aliya suka bila aku berus gigi dia. Tp asyik nk gigit berus tu. Payah lak aku nk menggonyoh (read gosok) gigi2 nya yang 14 batang itu dan semuanya tajam2. Now you know why I’ve made up my mind about breast-feeding, kan kan kan?

7.       Aliya dah redha setiap kali aku suapkan scott emulsion perisa original pada tiap2 pagi. Good girl!

8.       I noticed dat she can pronounce well some words.
a.       Mi – which is mommy/tokmi. Kadang2 panggil daddy pun belasah mi jugak. :p
b.      Ke – which is buka, sbb klau dia hulur sesuatu yang bertudung seperti botol susu, botol lotion, botol air mesti diiringi dengan word ‘ke’
c.       Iyya – which is Cik Ya, adik aku yang ke 4.
d.      Mmoo – which is ‘xmboh’ (tak mahu) setiap kali aku paksa dia kiss aku banyak2 kali :p
e.      Auummm – menandakan dia sedang menikmati hidangan yang dia rasa bes setiap kali sudu masuk mulut dia. 

9.       Faham beberapa ayat yang aku cakap.
a.       Sit down
b.      Stand up
c.       Tak boleh – konfem meraung semek tu, Aliya mmg alahan ngan word ni.
d.      Kiss me
e.      Gimme five – suka gimme five ngan aku, pastu mesti suh buat lagi, kalau tak mesti melalak. Hobby Aliya is melalak. ;-)
f.        Who is Nabiha Aliya, raise your hand – time tu jugak aksi tunjuk ketiak, kadang2 kalau terlebih  rajin tunjuk 2 belah ketiak
g.       Meh salam – amik tangan aku terus cium, x tahu sape ajar, dh tanya tokmi tp tokmi ckp x ajar. Daddy dia kot, kan dh nk dekat raya ni, mesti la salam klu nk duit raya. Good daddy! ;-)

10.   Semek tu mmg sangat banyak cakap, boleh kata tiap masa asyik pot-pet-pot-pet. Dan kami akan buat2 paham, bila kami gelak konon2 cite dia tu kelakar, Aliya akan turut sama BUAT-BUAT gelak sambil tutup mulut tanda gelak sopan. Tengok reaksi Aliya macam tu, tetiba aku rasa aku lak yang kena main ngan anak sendiri. 

11.   Suka berlakon. Amik tepon aku buat2 cakap sambil jalan2, lepas tu stop kat mana2, dan gelak2. Geram tak? Tak rasa dipermainkan ke??

12.   Kentut. Bab ni aku sardis tengok anak sendiri. Tolonglah jangan buat kat tempat umum. Aliya memang suka kentut. Bukan yang jenis silent mode tu, yang ni ade ringing tone, kadang2 bunyi sekali, kadang2 bunyi berulang2. Tp yang paling tak tahan, lepas kentut, dia akan pandang sape yang pandang dia, pastu dia mesti gelak. Eeee…… tolonglah!!!

13.   Barang yang paling attractive pada Aliya adalah laptop, tak kira hak milik sape2 pun. Sbb tu aku tak rajin nk berlappy di rumah, sbb malas nk gaduh ngan semek tu, konfem aku yang kalah. 

 ecececes.... konon bz lah tuuuu!

14.   Fav channel kat TV adalah channel 618 – BBTV. Sampaikan aku ngan asben kena hadap sekali. Kesian kami, bila Aliya gelak2 *aku rasa buat2 gelak je tu* tgok kartun2 sekalian. Kami yang tak faham atau Aliya yang terlebih faham sbb kami tak tahu kenapa perlu gelak tgok kartun joget2. 


15.   Suka main ba-ba-cak! Dia menyorok konon nak ba-cak kan aku, sekali dia yang kena sergah. Hahahaha… meraung la semek tu. Kadang2, bangun tido je, dia tutup muka dia ngan tangan, mata bukak sket, cari masa nk ba-cak ke aku yang jadi tukang kejut dia. Kalau aku tak layan, dia akan panggil ‘mi..mi..mi….mi’ sampai la aku pandang dia, dan PANG atas dada aku. Oh! Anak, mmg kuang-asam-pedas-ikan-pari. Pedih ulu hati noksss!


16.   Suka korek hidung orang tengah tido!!!!!!!! Menciiiiiiiiiiiiiiiiii. :((


16 items yang aku boleh recall pasal semek sepet tu. Membesar bagai juara ye sayang.

p/s : skang ni asyik duk usha kasut budak jeeeee…. Ngeh ngeh ngeh


Sunday, August 14, 2011

i feel uneasy

I felt very tired, low energy, and a lot bloated.
I get really tired in the afternoon.
I just feel weird and i dun like this feeling, indeed!
:(( 


 mr google's

InsyaAllah......





Thursday, August 11, 2011

Dapur Aku - Juadah Berbuka

Hari-hari aku duk menelan air liur mengadap pelbagai menu santapan juadah berbuka korang. Di siang hari lak tuh. Sungguh KIJAM. Takmo tengok kang korang sertakan sekali ngan resepi, gambar dah menggiurkan, rasa konfem la mabeles, tak salin resepi mmg rugi besar lah aku, buat atau tak tu cerita balik tabir.

Maka semalam, dengan hati yang penuh dendam yang membuak2, balik dari keje dah nekad, menu berbuka yang aku masak akan aku tangkap gambar dan akan aku bubuh di dalam blog aku untuk tatapan korang jua di siang hari. Aku juga seorang yang KIJAM sebenarnya. Huahuahuahuahuahuahua *ketawa sambil menumbuk2 dada*

Pada yang tak puasa, aku turut bersimpati kerana korang tetap xleh nk makan merata2 di bulan yang mulia ini. Jadikan lah gambar ini sebagai pembakar semangat korang untuk terus menghormati orang2 yang berpuasa di sekeliling anda. Gituuuewwww.....

Ok lah, aku dah agak keletihan mengarut di subuh hari. Tatapi lah gambar juadah aku yang uuuummmmppphhhhh!!!!! ini. ngeh ngeh ngeh....


Siakap Stim Limau + Daging goreng kunyit + Sayur Pedas Labu en suami + Kueh tepung bunga + kueh batik (kueh 2 jenis aku buat kat PARAM je :p).
Semalam aku buat kueh 'jump and stab'. Tp x sempat nk amik gambar, dah abis di ratah2 oleh en suami. Mabeles!!! Nanti nak buat lagi lah. ;-)

Hidangan yang tak boleh di makan turut aku hidang sekali atas meja. ekekeke
Semek sepet ni kena angkut sekali letak atas meja, aku malas nk dengar dia melalak meraung nk buka pose skali. Letak atas meja, bagi la nasi sepinggan, sudu satu atau bekas air. Memang sampai ke sudah la dia duk main mende tu. Duduk setempat je, tp satu meja duk sepah ngan nasi dia.
Tak ape lah, janji tak kacau kitaorang tengah makan.
Kang nanti, aku yang tengah lapor ni, ade je yang nk makan hidangan yang tak boleh di makan nanti. :-p


Sekian.


Salam......


-autopublish - just a quick update, better than nothing, ye dak?? :-p-

Wednesday, August 03, 2011

WordLESS Wednesday

Tangisan Kegembiraan. :p

Monday, August 01, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Syahru Ramadhan

Harini seluruh negara di seluruh dunia meyambut Ramadhan secara serentak. (Negara yang lambat / awal beberapa jam cam kawan aku yg duk Qatar tu pun tetap sambut Ramadhan harini gak, ye dak As? :p. 1 Ramadhan 1432h)

Dikesempatan ini aku tuan tanah yang tak berapa tegar update blog, berbesar hati mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog aku, samada pembaca tegar ke, silent reader ke, anonymous ke, selamat melakukan ibadat mulia ini. 
Aku mohon juta-juta kemaafan jika ade tulisan aku yang tak sengaja mengguris hati kalian.(aku rasa xde kot :p).
Ingat raya je ke boleh mintak2 maaf, sebelum pose pun kena mintak maaf gak, semoga ibadat puasa pada tahun ini lebih berkat dan tenang hingga ke penghujungnya. InsyaAllah....

Puasa tahun ni macam tahun lepas jugak. Konfem bukak pose umah tok abah Aliya. Bukan malas nk masak okay, at least aku beli-belah lauk kat bazar ramadhan, and buka pose ramai2 kan seronok, the more the merrier, tak gitu?
Tahun lepas, aku tinggal pose 2 hari je, sebb elok2 je abis pantang. Harap2 tahun ni dapatlah puasa penuh. Sungguh dalam maksud itu. :-p

Macam tahun lepas tak dapat pegi tarawikh, tapi kehadiran Aliya bukanlah sebagai alasan untuk aku skip terawikh. Cuma sikecil yg baru berusia 2 bulan ketika itu memerlukan aku hampir setiap jam. Harap2 tahun ni Allah permudahkan urusan aku untuk berterawikh, kot2 boleh gilir2 ngan tokmi jaga Aliya. ;-)... InsyaAllah.....

Semoga aku di beri ruang dan masa untuk memperbanyakkan ibadat aku, aim nak khatamkan al-quran sebelum Syawal. Semoga dipermudahkan, insyaAllah....

Selamat berpuasa ye kawan2 ku, makcik2, ibu bapa, kakak adik abang dan tak lupa untuk suami yang tersayang. :-)

Salam............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...