Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday

Gambar adalah jasa baik en Google. ;-)

Tuesday, September 27, 2011

Tak penat pun ;-)

Ehsan from Google.


Suami on-duty.
Aku dan Aliya akan berhijrah ke rumah tok Abah.
Ambil alih tugas buatkan susu Aliya masa orang lain syiok mimpi jumpe adiputra.
Ambil alih sediakan air panas, bersihkan sume botol susu setiap pagi.
Kena ingat jadual top-up susu aliya setiap 5 hari.
Ambil alih tugas mandikan Aliya pagi,petang,mlam (on weekend).
Ambil alih tugas mandikan Aliya malam (on weekdays).
Rushing pegi tutup semua lampu luar rumah kat taman permint setiap pagi.
Rushing pegi bukak semua lampu luar rumah kat taman permint setiap petang lepas balik keje.
Siram pokok bunga dan pokok lada (klu ingat :p).
Balik taman permint time lunch hour sbb basuh basuh.
Balik keje pukul 5 baru sidai baju.
Esok lunch hour balik umah taman permint lagi untuk lipat kain masuk gobok (klu rajin sapu2 sket dalam rumah).

Penat??? ;-)



ehem, saya bukan mengadu atau merungut ye en abang, kang nanti esok orang tu balik, ade je yang suh mak tido luar. Oh! Please, dun do dat to me....
Tak relaaaaaaaaa...:p

*mode :gedik, sbb esok my-other-half off-duty. Balik jumpe kami, yeay!!!!*

Selamat pulang ke darat untuk en abang, dengan ucapan, dengan seikhlas hati ku serahkan kembali tugas2 di atas kepada mu yang tersayang. 
Takpe, x buruk siku pun. ;-) 
 

Friday, September 23, 2011

Salam Aidilfitri 1432H ;-)

Seperti yang diberitahu sebelum ini, nk post entry Hari Raya. Maka, dengan MALASnya terlaksana juga. ;-)

Ilek ar der, skang baru 25 Syawal kan, masih berbaki beberapa hari je sebelum berakhirnya bulan perayaan ni, maka sempat la aku menghari rayakan blog aku dengan kehadiran foto2 raya yang tak seberapa ni. Mana2 rakan FB ku mungkin telah menatap foto tersebut. Tapi aku kan baik hati, bagi tonton lagi sekali untuk tatapan rakan FB ku yang juga rakan blog ku. ekekekeke. Nasib lah yeee... ;-)


Meh kita sama2 hadap gambar2 sekalian. ;-)

Potret keluarga di 1 Syawal. Teruja aku tengok pic ni, sbb budak kecik kat tengah2 tu, bertatasusila sungguh.
Daddy Aliya lak dah macam gaya penyimpan mohor besar nk umum raya. :p

Macam ni baru kewl daddy. ;-)

Meh2 tengok Aliya duk mengcangkung. 

Hati gumbira sbb niat dh awal2 lepas subuh "hari ni nk collect duit raya banyak2" heeee..

Kami bukan kembar tapi kami sama. ngeh ngeh ngeh

Tak perasan lak aku tak pakaikan Aliya spentot. hihihi... belasah lah semek.

I noticed dat Aliya always smile with her closed lips. Ayu gituuuueew ;-)

Hoping by doing that mommy will let her go. Notti la Aliya ni, saje rosak pic raya.

Kat umah tok abah Aliya aka my dad la. hehehe
Every year will celebrate 1st Syawal at my kampung, ekekeke...
Persetujuan sebelum kawen yang di buat sebelah pihak sahaja, guess who? ngeh ngeh ngeh
Senegeri je pun, after zohor berangkat la ke kampung asben lak.
Kan untung kawen senegeri ni, boleh balik dua kampung dalam masa sehari. Siap esok boleh ulang-alik pegi kampung aku, kampung asben lagi sekali. hehehehe
Yang tak kawen senegeri jangan ler marah yeeee...heeee

Pagi raya, memang kami akan siap awal2 dan gerak ke rumah tok abah.
Gerak pegi solat sunat aidilfitri dari umah tok abah.
Motif sampingan sebab gerak awal adalah sbb umah aku tak pernah pun ade menu hari raya pertama. So, sbb nk elak jiran datang tengok meja kosong, maka kami akan keluar awal kerana menu raya kami berada di rumah tok abah. ekekekeke
Dah kami akan balik umah masa matahari dh terbenam. ;-)

Menu hari raya pertama umah tok abah, Nasi minyak mmg konfem ada, nasi berlauk request dari daddy Aliya dan juadah sampingan yang ringan2, lemang ngan rendang mak sedara kasi.

Tengok! Malam hari pun aku masih berada di umah tok abah. Adik beradik sume balik, so lepak lama sket la. Baru balik beraya dari kampung daddy Aliya. Baju raya aku pun x bertukar lagi, nampak ngat belum mandi. Masyam!

Pic ni masa raya ke-3. Aku buat jemputan makan sket, nak kata open house kan macam majlis besar ngat, kecik2 je pun, panggil sedara, kawan2 terdekat.
She is one of my bestest buddy, Puan Adda.
Tak banyak pic yang di ambil hari tu. Malas nk kelek kamera gabak tu ke hulu ke hilir.
Thanks for those yang datang meriahkan umah kami hari tu. ;-)

Gambar family besar tak jadi la tahun ni. Sayang sungguh, banyak kali snap, guna timing, penat kami posing, alih2 gambar blur, xde satu pun yang jadi. Bila nk amik lagi sekali, memasing dah tak menyabar nk beraya umah sedara mara.
Haisshhh...

Cukup la kot kisah raya aku. Kalau nk citer aktiviti raya aku mmg menangis la korang baca, x kan jumpe noktah. :p
Maka aku akhiri di sini kisah raya 1432H.
Moga masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah...


Salam..............

Wednesday, September 21, 2011

Nasib baik... :-)


Aku nyaris-nyaris mencipta 'TULISAN MERAH' untuk kehadiran aku hari ni.
Gerak dari umah kul 7.56 pagi, sambil drive sambil nyum2 roti bakar disapu mentega kacang. Kan itu hobi aku.
*padahal tak sempat nk sarap kat umah*.

Nak kata aku pecut tak jugak, sbb banyak jugak kereta atas jalan, mungkin mereka pun sama, lewat macam aku gak. So, mengekor je la dengan kelajuan 80km/hour. ekekeke

Yang mencinya, mentang lah bandar cyber, merata2 ade aje trafik lite, nk ikut jalan belakang macam jauh la pulak. Maka di tabahkan hati sambil mulut duk bebel pasal trafik lite tu, sampai bersembur habuk2 roti keluar dari mulut aku, kalau asben aku ade mesti dia sambung bebel lepas tu, bukan bebel pasal trafik lite, tp sbb aku dh sepahkan kete dia. So, tadi aku nasib baik sbb dia xde kat sebelah. ekekeke

Sampai ofis jarum panjang sket lagi nk cecah no 12. Lepas dah double parking aku terus jalan laju2, sibaik line clear, xde orang tgah beratur nk thumb-print, maknanya aku yang paling last. 
Fuh! selamat lagi hari ni, 7:59:54. :-)


pssst:
aci tak nk post entry raya lepas2 ni? Tapi tak tahu lah bila...;-)



Saturday, September 17, 2011

my current hobby ;-)

ekekeke, lama menghilang, tetiba bagitahu ade hobi baru. ;-)

Meh aku reveal hobi aku yang terbaru, yang penting ianya sangat bes.

\/
\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/
\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/


MEMAKAN, klu kita translate ke bahasa kuno jadi EATING. ehehehe

Start dari bangun tido, lepas subuh je, lum mandi lagi nih, tp gigi dah gonyoh gosok ye, mesti cari sumthing nk kunyah2, selalunya kerepek2 raya yang masih berbaki atas meja kopi tu. Tak pun, asam masin yang ade bawah bantal, my super-late-supper-atas-katil, kunyahan sebelum selamat tido.

Keinginan makan aku kali ini memang tahap tak leh blah. Lunch time SANGAT-JARANG aku tambah2 nasi ni, makan umah tokmi Aliya lak tu, segan lak nk makan bertambah ni, makan free ekpun. :p
Tapi skang, dh xde kemaluan malu2 lagi dah. Makan macam aku masak kat umah sendiri. Pelahap!

Kalau kat ofis, MESTI ade sesuatu yang boleh di makan di atas meja. Dulu, kalau beli barang dapur, selalu beli snek2 yang konon nk bawak ke pejabat, sambil2 buat keje sambil2 mengunyah, tp tak pernah nya aku bawak pegi ofis, duk terperuk dalam kabinet, sbb tak ingat nk bawak, kadang sampai ade yang expired, x sempat makan, sbb tak ingat dan simpan kat hujung dalam2 (konon takut asben jumpe). Buruk perangai!




Bekas tudung merah tu aku beli kat mydin, 50 sen kalau tak silap, aku letak kueh batang buruk faveret aku penuh satu bekas, x sampai 3 hari kot, dah abis dah. Asam masin tu sekelip mata je abis, sama la ngan cekelat kedberi tu, setengah jam je kot, rongok rosak la gigi aku macam ni. Masih ade yang menunggu dalam laci meja kerja dan dalam henbeg aku, pelbagai aneka makanan untuk masa senggang dan juga tak senggang, senang citer, untuk tiap2 masa. :p

Makanya, aku rasa macam segan masuk kamera sekarang ni, sbb asben aku kata dia tak zoom pun, duduk jauh2 kat belakang pun, tetap tak muat nk tangkap gambar penuh aku. Jahatttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!

Buurrrrppppp!!! Kenyang, 5 keping capati lauk gulai daging aku bedal pagi ni. Tokmi Aliya yang buat. Nyum! nyum !



pesanan untuk diri sendiri,
"makanlah sebelum lapar, berhentilah sebelum kenyang"


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...