Wednesday, November 07, 2012

WW - Mereka racun, mereka lah penawar











Eh aku pun racun jgak ke?
Oklah tu, suami leh jadi penawar. Ehehe

Thanks for dropping by!;-)

Salam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 21, 2012

Its Sunday

And its working day.

Assalamualaikum....

Bismillah... Syukur masih dapat bernafas oksigen free ni dengan izinNya.

Dan masih diberi peluang untuk melangkah ke ofis pada hari ini.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi manda. Eh mcm pantun. Ekeke
Bersiap nak pegi keje, cermin diri kejap. Sambil naik weight scale. Hmmm... Alhamdulillah...
Tapi apa kata kita usaha turun lagi 1kg.
Bukan ape, memikirkan banyak baju dalam almari tu tak terpakai, kesian dia, membazir, nanti akhirat aku jugak yang nk menjawab knape tak pakai baju2 tu.

Maka, misi diet (kurang nasi- kurang karbohidrat) yang sehat akan diteruskan. Walaupun ade lah jugak culas kadang kala. Iman goyang bila tengok nasi panas + tempoyak. Kejam!



Sebenarnya double chin tu. Tapi berjaya disorok ketika menahan nafas.



Aku masuk ofis harini, akak tukang cleaner kat ofis aku ni bagi baju kurung yang aku tempah khamis lepas. Excellent weih. Hantar butik belum tentu dapat siap sepantas ini.
Aku ingat dpt lepas raya, sbb dia tengah nak siapkan langsir dan kusyen yang orang tempah nak pakai raya. Tup2, eh dah siap semalam.
Rasa bersalah pulak aku sbb buat ayat 'kalau boleh dapat sebelum raya lagi bes' selepas dia bgtahu yang dia sibuk jahit langsir.
Entah2, weekend baru ni dia tak tido nak siapkan tempahan.
Sudahlah syahada.

Btw, thanks akak! Hehe

Salam.

Thanks for dropping by!;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Aktiviti setiap malam sebelum selamat kroihhh. Mak dah mengantuk tapi anak masih duk wrestling lagi. Kang mak betul2 tido ada yang jatuh-luka-berdarah lak nanti. Si kecik tak padan ngan kecik. Haih la..

Kakaknye pulak 'amii, ulong ayaa. Bibi nii uwat ayaa'. Korang translate lah sendiri ye.




Thanks for dropping by!;-)

Salam.



- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Tuesday, October 16, 2012

Another good day.

Assalamualaikum...

I just found the secret. Hehe

Sebelum ni selalu la kelam kabut pagi2, especially hari kerja. Mmg style aku akan prepare everything di pagi hari. Tak tahu knape mim.alif.lam.sin sangat nk bersiap malam sebelum. Lepas tu mula la hangin bila x sempat nk buat itu ini. Paling nk marah bila terpaksa patah balik rumah kalau2 ade barang tertinggal.

Maka, 2 hari lepas. Baru 2 hari tau. Aku bangun before ayam bangun. Hehehe
Sebelum azan subuh dh bangun. Tp tak mandi lagi. Belek2 anak, kot2 nk kena bf dulu, bancuh susu ke, betulkan struktur urat2 18 saat, lepas tu baru mandi. Kalau nk lagi bes mandi je air sejuk, xyah nk berwater heater sangat, lagi segar tau. *tp menggelupur la kejap aku masa mula2 nk kena air tu. hehehehe

Lepas subuh, alhamdulillah sempat belek al-Quran jap, which is menambahkan lagi kekerapan membaca dalam satu hari yg mana kebiasaan hanyalah selepas maghrib sahaja.

Baru lah bersiap2 como (read sapu) bedak and pakai lipstik sket. Nak mengelak dr muka nampak mcm mayat bergerak je pun. Kalau baju yang perlu iron, boleh je iron kejap, kalau x perlu terus sarung.

Eh dah siap. Baru pkul 7 pagi lah.
Sarapan lah sekejap. Fresh milk + cereal.

Si kecik mmg bangun awal. Boleh la aku amik mood bawak 'bekal' pegi ofis. Mood anak pagi2 mmg excellent. Mimpi ape la mlm td tu. 😉







Anak ceria mak pun senang hati.

Salam....


Thanks for dropping by!;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 12, 2012

Percutian Riang Ria



Assalamualaikum…

Since rindu nk berkarangan kan, maka kita bermula di sini. Eces.

Mengorek2 gambar yang sesuai yang untuk menghasilkan karangan. Daripada duk terperuk dalam henfon baik keluarkan and put captions on it. In other words, the pictures will do the talking.

Shall we? ;-)




Sejujurnya ini bukan satu perancangan (jujur giler bercerita). Sehari sebelum percutian pendek ini, my cutie pie tak brape sehat. Mild fever.  Kesian dia. 

And the best part is, suami tercinta ade interview session di Kuala Lumpur on the next day. Lepas asar pada petang hari yang sama, suami tetiba refuse to attend. ‘Eh kenape bang?’

He has zillion reasons and I do respect his decision. *mithali tak aku?* :p

‘So, wiken ni kita lepak2 jela bang?’.
‘Ye la kot, anak demam tu.’ Ok, pasrah.

Jumaat.

‘Aqeela mcm sehat je ni, takkan nk lepak umah je’.

Bla… Bla… Bla… Bla… Bla… Bla…

Kami pun bersiap2 la, packing ala kadar. Sehari je pun. Muka isteri Shahrul Azlan time tu mmg menyengih je. Anak2 cool and steady je. :p


Kakak Aliya awal2 pagi dah buat perangai. Tp mami tak kisah. Janji vacation ON. ;-)



Taktik menjadi. Aki bisik2 kat Aqeela malam sebelum 'Aqeela sehat la esok ye, mami pujuk dedi gi jalan2 esok.... pleaseeeeeeee'.
See! Anak mami yang sporting. Sayang Aqeela ketat2!



We stayed at Hyatt Regency Kuantan Resort. RM275++/night with breakfast for 2. Price tu untuk garden view, kalau sea view kena up lagi sket. Kalau nak see the sea view moh la kita turun bawah main pantai. Lagi syiokkk. FOC lagi.

Meh review sket la hotel ni. But sori, no pictures taken.
Kat bilik ade provide wifi. Tapi kami tak guna pun, not sure samada kena charge or not, sbb masing2 dah ade 3G, laju lak tu, so babai wifi. (bapak gong kau syahada). kui3
For those yang memang nak rehatkan kepala otak yang terbeban dengan macam2 masalah dunia, elok la berkunjung ke sini. Boleh turun ke pantai. Sebelah tu je Teluk Cempedak. Pasir bersih, tengok ombak, angin sepoi2, free-show kapel peluk2 cium2 pun ade. The choice is yours. ;-)
Pool ade 4 kalau tak silap. Semek Aliya nampak kolam je 'mami, air enam (berenang)'.
Breakfast dia pun best. Banyak pilihan. Siap ade customer service bergerak lagi uols. Suami ade jgak bagi cadangan, terkujat mak sekejap tetiba suami berhujah. Mak pun bangun dari situ pegi order cheese-omelet. :p

Eh. Cheese-omelet bertukar! Healthy life la sangat kannnn.


Suami anak-anak. Mereka lah racun dan merekalah penawar. Ecewah!


Mami suka sungguh ber-cam-whore skrang. Pantang nampak cermin, mesti cepat 'Abang, mana tepon sha?'. Suami jawab 'eh, tepon dia tanya orang'.
Selalu kalau suami jawab macam tu, next time mmg isteri akan balas dendam kaw2 la. wakakaka



Buat ape tu dik? Berak ke? Baru balik makan time ni, tertido dalam kete. Sampai bilik bangun, lepas tu buat2 muka terbeliak macam tgok mami ngan dedi tak pakai baju. Eh ye ke? Next!


Kakak Aliya pantang nampak pool. Gitu lah sokmo klu nk suh dia mandi kat umah, bgtahu nk mandi dalam bath-tub, meleret2 senyum.


Cute kan. Macam dalam je tengok air tu. Padahal paras atas sket je dr pinggang Aliya.


Suka tengok mereka. Aku pun tangkap gambar diaorang macam nk masuk sekali dalam kolam tu.
Suka sangat semek kecik tu. 2-2 anak aku mmg spesis suka air.


Suami aku mmg pandai berenang. Isteri dia tak pandai berenang. Tempat suami aku terjun ni kedalaman dia 2.5 meter. Kelakar pulak bila teringat balik time aku rakam kejadian2 di atas ni.


See! Kat atas dh bagi tahu. Mami ngan Aqeela kejenya cam-whore sahaja. Dah la semek ni mmg menyokong penuh aktiviti membunuh-masa ni. Botak kepala kau nak.


Dedi caught us in action. Comei pulak aku tengok. Aqeela je comei, mak tumpang populariti anak sudah. Eh bila popular ni?


Sampai masa kami kena pulang ke jalan yang benar jgak. Sedih tau. Pendek sungguh percutian ni.

Eh eh, sempat tu singgah fitting room. Suami nk cari baju raya aidiladha. Hamboii... kellas baju raya bang!

Lepas tu singgah lagi di Mesra Mall. No pictures there. Hajat nk masuk Toys r us, belikan sesuatu untuk anak2, tp dah tutup rupanya, kedai yang bakal replace tu nampak macam menarik. Akan terjah suatu masa nanti.

Berakhirnya percutian pendek kami yang sungguh menarik-gembira-best-riang-ria-lain-kali-nak-lagi-bole-bang itu. :-p


Thanks for dropping by!;-)


Salam...


psst: sume pic dalam instagram aku. aku dh privatekan ig. sbb konon perasan ade orang stalk. Ekeke.
Kepada stalker sekalian, boleh la jamu mata ye. *peace*


- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday - Pilih Kasih

Kami bersama favorite 'cinta hati' masing-masing. Peace...




Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone



.

Tuesday, October 09, 2012

Kangen / Rindu

Assalamualaikum….

Berubah sedikit. Permulaan yang sopan. Bila selalu buat, yang sedikit tu akan jadi amalan. Titik tolak kepada perkara baik yang akan datang. Ecewah. ;-)

Lama tak berkarangan, kan? Rindu sebenarnya. Tapi apakan daya, manusia tak lepas dari mencari alasan agar nampak macam baik selalu. Hehehe. Korang pk lah kaitan ayat2 tersebut ye.

Seperti ayat sebelum ni, aku rindu sebenarnya, rindu nk update blog. Update kisah aku, perkembangan anak2, meluah perasaan, berkongsi resepi (bajet chef), cerita percutian, menunjuk2 barang baru (poyos), wish list aku yang mana sampai kesudah tak menjadi realiti lagi, azam lama tp bila masuk tahun baru akan jd azam baru, dan macam2 lagi lah.

Tapi….. haaa… baru je cakap tadi, manusia tak lepas dari mencari alasan.

Takpe lah, tak yah nk re-write alasan2 tu, sampai ke sudah sama aje. So, I reserved my excuses. Hehehe

Till then.

Tu je?

Babai sayam ku sekalian. ;-)

Thanks for dropping by! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Thursday, October 04, 2012

Belated wordless Wednesday

Hahahaha... Belasah la.
Belated pun belated la. Layan....




Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Aktiviti Aqeela

Banyak sangat moment mcm ni berlaku, sejak dari lahir lagi. Aku try jgak tiru, tp buruk giler. Bila si kecik ni buat, cuteeeeeee. Kami semua gelak tgok aksi ni. Sian anak mami, semua org ketawakan aqeela. Xpe2, mami suka je, diaorang ade ke??? Xde kan, kan kan.
Gimme five!!! Hehehehe


YouTube Video


Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday - Long Hair





Kata suami 'ramai dh orang tegur, tp selagi bapak mertua tak tegur, kira line clear lagi la'.

Sha kabo ke aboh!

Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone




.

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday - Gara-gara kurang kasih sayang





Isteri men'tweet' bahawasanya diri isteri tersebut seperti terkurang kasih sayang kerana ditinggalkan lebih lama dari biasa ekoran dari tuntutan kerja yang menimbun encik suaminya.

Maka encik suami tersebut mengirim foto terbarunya yang di ambil dari tempat kerjanya. Harapan encik suami agar gambar tersebut dapat mengubat rasa kerinduan si isteri yang mengada2 itu.

Si isteri mentweet lagi agar suaminya segera pulang kerana ingin me'renew' buku merah dan kali ini mereka akan pergi lama dan pergi lebih jauuuuuuuuhhhhh.

Eh seram pulak taip ayat last kat atas ni.

Ok lah, aku dah break rule wordless ni. Terbanyak pulak menaipnye.

Babai sicantik ku sekalian.

Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 05, 2012

Wordless wednesday- camwhoring





Dedi bawak aqeela jemput mami balik work. Mami reward aqeela bawak jalan2 beli apam balik kat pasar malam. Apam balik utk mami, bukan aqeela punye ye.

Psst: aliya jgan jeles ye mami camwhore ngan adik je.hehe

Thanks for dropping by!;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone



.

Wednesday, August 29, 2012

Apa2 tajuk pun boleh.

Punyalah suka dpat barang, terus buat entry. Ekeke

Semalam beli, harini dh terpacak dpan batang hidung. Suka lah. Sayang zalora.com.my banyak2. Hehe

Barang murah sajokkk.



Aritu beli barang packaging x cantik,dlm plastik gdex tu je. Kali ni dlm kotak. Tak cantik jgak pun, tp lebih proper. Hehe



My new bag organizer in the house. Yeay!!

Lepas ni konfem ketip kuku akan sentiasa bersama daku. Tiada lagi keraguan.

Sekian entry menunjuk2 barang baru. Ekekeke

Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Monday, August 27, 2012

Seni itu tidak indah





Merujuk kepada gambar di atas, dukacita dimaklumkan bahawa saya bakal di soal siasat oleh en laki setelah kembalinya beliau ke daratan pada jumaat ini.

Oh man.

Aku tak tahu bila aliya belajar melukis seni abstrak mcm ni. Kot ye pun nk prektis, tak payah lah kat tempat umum mcm ni. Lukis la kat tempat2 yg ade privasi sket, baru boleh claim hak cipta terpelihara. Mami nk publish kat blog pun, at least credit dulu kat kamu. Alahai anak.

Disebabkan aku malas nk bersoal siasat panjang lebar ngan laki, ku kirimkan gambar tersebut melalui emel kepada laki ku dgan ucapan 'tolong jgan marah sha okay'. Tajuk emel paling cuak abad ini.

Seperti biasa, kalau dh berada di tengah laut, semuanya di balas dgan ayat2 manis leting. Pendek kata, semua boleh dan semua takpe. Hehehe
Sbb laki ai mmg baik hati, sayang banyak lah.

Lepas ni kena pantau lebih sket semek tu. Kang seluruh alam jadi tempat dia berkarya. Haruuu.





Seni mcm gambar di atas xpe, sbb di tempat yg sepatutnya. Terhasil lepas sembang2 ngan laki di talian. Ade2 sape2 nak tolong terjemahkan? Ekekeke

Salam.

Thanks for dropping by! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Wednesday, August 22, 2012

Harta Dunia


Setinggi2 kesyukuran kepada Dia kerana telah mempermudahkan segala urusan aku, tak lupa juga insan terlibat 'specially suami yang sangat banyak menyumbang segala macam sumbangan. Tak terbalas rasanya, jasa mu sentiasa ku kenang. ;-)


Kunci rumah kedua kami, lebih tepat rumah aku..hehehe... Dh selamat diterima pada 02/08/2012.
Actually, keputusan nk memiliki rumah kedua ni mmg agak drastik, idea en suami. Mana tak drastik, amik masa 2 jam je nk decide, bincang jap petang ni, esoknye dh pegi pejabat pemaju. Kellas kau syahada. Furthermore, melihat kepada hujah2 positif en suami berkenaan perkara tersebut turut membantu diri ini menyokong cadangan tersebut dan seterusnya bersetuju.
DAN as a government servant provided with 'free loan', rasa macam sayang pulak klu dibazirkan fasiliti itu. Jadi, TERbeli lah kami rumah kedua itu.

Make it short. Rumah kedua kami beralamat di Binjai, Kemaman. Turut berjiran dengan Puan Leily.
Berjiran atas nama rumah sahaja, hehehe.

Pada hari yang sama dapat kunci, en suami telah mengiklan rumah tersebut untuk di sewakan. Hak sebenarnya, sebelum dapat kunci lagi en suami dah berbuat demikian. Bertubi2 emel masuk bertanyakan rumah berkenaan. Mulanya risau kalau2 takde penyewa, rupanya laris bagai pisang goreng panas.

Bab penyewa ni ade cerita bersalah sket. huhu
Asben dah pilih sorang penyewa yang dia berkenan. Pompuan uollss. Dah siap call lagi, baru bagitahu aku. Gedik sungguh. hehehe
Bila di tanya, bakpe pilih si dia, katanya "x tahu la, terdetik nk pilih dia". Kureng jek jawapan tu kan.
Dan kebetulan pulak, pompuan tu kawan kepada adik kawan asben.
Sempat la berkenalan kejap. Seorang doktor gigi klu tak silap la. Kami mmg bersetuju nk bagi pada dia pada mulanya. Dah set tarikh bagai bila nk jumpe nk tunjuk rumah.

Dan, tetiba aku buat hal. Bila dah setuju semuanya, harga pun dh muktamad, aku refuse la pulak. Memikirkan rumah tu nk kena touch-up sket. Penyewa tu nk masuk awal bulan 9. Mana sempat kami nk tambah itu ini. Kang bila diaorang dh duduk, tak syiok la bila ade orang datang nk buat keje. Menyusahkan nanti. Diaorang pun tak bersetuju bila aku mintak tangguh. Maka terpaksa la aku pulangkan balik duit booking kepada mereka. Kesian sebenarnya, tapi kami ni pun kena kesiankan jugak. hehe

Esok harinya, suami bgtahu ade penyewa baru nk masuk. Hak ni bersetuju kalau start bulan 10. Alhamdulillah. Mereka2 yang hantar emel kebanyakannya bagitahu susah nk cari rumah sewa area kemaman. Ye ke?

Bila membeli kena lah bayar kan. Maka akan ade satu lagi item tambahan dekat ruangan POTONGAN dalam slip gaji aku bermula oktober 2012. Minggu lepas baru terima surat dari Perbendaharan berkenaan arahan bayaran pinjaman tersebut. Harapnya, bakal penyewa rumah aku tu tak culas bayar sewa. Kang gaji aku potong, tapi duit sewa tak masuk. Huhuhu...
Tapi aku dah stalk baek punya bakal penyewa aku ni. Sepertinya orang baik2, insyaAllah. Kadang2, boleh je nk guna pakai peribahasa "judge a book by its cover". Especially time2 macam ni la. Ekekeke

Harapan.
Semoga bakal penyewa aku tu akan jaga rumah aku macam jaga rumah sendiri.
Semoga bayar sewa ontime.;-)
Semoga hubungan kami baik. Kalau ade yang tak puas hati, kot2 nk suh install bath-tub ke, buat swimming pool ke tgah2 ruang tamu, bgtahu la. Boleh bincang. Hak munasabah kita pertimbangkan. Okey? Setttt. ;-)

Tuan tanah nk berundur 'seketika'.
Gojes2 sekalian, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. ;-p

Thanks for dropping in! ;-)


Salam Aidilfitri 1433H

Rasanya tak terlambat lagi kot. Hehe...
Kalau nk wish salam ramadhan risau lak aku kena lempang karang.
Cane boleh lupa nk ucap sepatah dua kata sempena ramadhan tahun ni. Ralat.
Tapi, hak penting, keikhlasan hati ni, Dia maha mengetahui. ;-)

Maka, di bulan yang baik ini, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ade tulisan saya yang mengguris hati kalian si cantik manis belaka. Kadang2, jari2 ni tak tertapis, main taippp je. Kot2 lah, tanpa sengaja ade yang terasa walaupun niat di hati tak bermaksud nk sindir sape2 pun. Manusia begitulah lumrahnye, tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Mengharapkan agar kesilapan tu tak berulang, dan semakin berkurang.

Gambar raya satu keluarga takde tahun ni. Takpe, syawal panjang lagi. Kalau sempat kita posing nanti, dan akan upload nanti. hehehe

Salam lebaran untuk semua, maaf zahir dan batin.














Peace \/.... hehehe

Salam...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 16, 2012

The best day





- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday-Peace






- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Sunday, July 08, 2012

Its my 1st day

Konon la kan 1st day. Bercuti 3 bulan otak ni kena hantar pergi servis. Rasa mcm kena fix few parts especially RAM dlm kepala ni. Mengadap bos td mcm lambat je input tu nak sampai utk diproses dan digest, alahai... Ni baru gomen bagi cuti 3 bulan. Cuepacs mintak 5 bulan eh, eh ke 4. Klu dpt cuti lama mcm tu, agak2 kena masuk skolah balik x? Ekekeke

Aku sedang dlm proses mencari diri sendiri di bilik sendiri. Super lost!





Babai!

Thanks for dropping in!


- Posted using BlogPress from my iPhone



.

Thursday, July 05, 2012

Juadah Berbuka




Reward diri yang berpuasa dengan juadah yg menyelerakan.

Siakap 3 rasa, sup tulang, kailan ikan masin dan udang mentega. 4 juadah kat atas tu, 3 masak kat kedai 1 masak kat umah. Hehe
Laki kata, x yah masak la, ade anak kecik, susah nk handle nanti. Baik hati kan. Hihi
Padahal orang lain pun ber-anak kecik jgak, boleh je masak 18 lauk. Aku je yg x pro, nk mudah order di kedai sudaaah.

Tp aku insist nk masak 1 lauk, sbb udang mmg dh ade dlm peti. So, dr pagi lg dlm kepala ni nk masak udang mentega.
Bulan pose tahun lepas byak kali jgak la masak lauk ni. Bole la mkan utk tekak sendiri. Klu laki 18 kali duk kaut lauk tu masuk pinggan maknanya sedap letteuww. Hehehe



Nadhira mmg tak tido maghrib, klu ade pun jarang sangat. Maka jadilah mak-gad atas meja perhatikan mak ayah dia mkan.

P/s: aku start suka minum air laicikang, belajar dr laki lah ni. Bulan pose mesti banyak org jual laicikang. Lalalala....

Thanks for dropping in!

- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Puasa Ganti





Semalam berjaya pujuk asben berpuasa hari ni. Puasa sorang2 mcm x bes, ade geng baru semangat sket.

Knape puasa ganti? Bukan ke peknen time bulan puasa tahun lepas? *mcm la org nak ingat sgt kau peknen ke tak time tu*. Biarlah. Saje nk bgtahu.

Seiring dengan alahan alasan mengandung time tu, di tambah lak sbb tak bangun sahur, maka ia nampak kukuh di situ utk aku tidak berpuasa pada hari berkenaan *itupun setelah diperkenankan oleh suami.*
Awal2 asben x bg jgak. Katanya "dh separuh hari, tunggu je lah sket lg."
Jawab aku "sha dh separuh mati ni, takkan....". Berbaur ugutan kah?;-p

Serius aku mmg x tahan giler aritu, wpun x mkn tp aku asyik rasa nk muntah je. Klu aku bangun sahur mungkin tahan sket kot.
Mendengar jawapan "okay" dr asben terus diri ini terpacak depan peti ais dan meneguk air bertubi2. Bertubi2?? Wuteverrrr.

So, sebelum masuk ramadhan dan sebelum masuk keje ni, baik aku ganti dulu. Kang dh masuk keje mcm2 cobaan lak nanti.

Sebab dh lama x puasa, badan ni cepat sungguh rasa letih, padahal bukan buat ape pun, lipat kain je kot, sambil tengok tv lagi, tp penat mcm baru lepas joging 80km. Over!

Maka melepek la aku atas katil je, sibaik anak pun behave je. Susu x pam lagi, mcm x daya nk pam. Sure aku akan rasa lagi cepat lapar dan dahaga.
Dah kau kenapa syahada, ikhlas ke x puasa ni, asyik komplen je, mcm2 cekadak.
Insaf!

Pagi tadi sahur mcm makan nk berbuka. Meriah. Tomyam seafood (kedai mari), ikan kerisi goreng dan daging goreng halia. Ingat nk buat telur dadar, tp rasa mcm melampau je kan. Hihi

Eh, aku rasa mcm dh melalut. Otak duk pk makanan je ni. Tanya asben nk berbuka ape karang. Di jawab "karang la diskas".
Tak payah nk sentap bila laki jawab mcm tu, sbb kang ckp pasal makanan ade yang lemah semangat, x pasal2. Huhu

Ok lah, tu je. Motif sampai ke tak x tahu lah.
Sekurangnya update jgak la kan.

Thanks for dropping in!

Babai.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 27, 2012

Manual lagi mudah




Yezza. Aku rasa guna hak manual ni lg memudahkan keje aku. Mana2 pun boleh pam. Klu guna yang elektrik tu mesti port tak bes, bukan sume tempat ade plug nk cucuk. Maka yg elektrik tu kita buat pekasam seketika. Klu rasa nk guna, nanti kita kuarkan balik.

3 minggu sebelum masuk keje aku baru nk ajar Aqeela hisap botol. Ya Allah, meraung2 mcam aku pukul2 je dia. Risau aku.

2,3 hari pertama mmg ke sinki la ebm aku. Pasrah. Salah sape kan?
Banyak jgak la aku gugel nak tahu cara mudah bg botol kat baby. Kebanyakan ramai yang suh tukar puting, katanya puting avent tu x mesra baby, besar dan keras. Ye ke? Aku rasa lembut je. Dekat 15 hengget satu puting tu tau, x kan keras kooott. Tp aku try tukar jgak. Beli botol murah2 yg boleh guna mcm2 jenis puting. Sume tak jalan okay! Di tolak2 dgan lidah, cerdik budak kecik ni.



Sampaikan bantuan tokmi diperlukan utk misi ini. Tengok tuh, kakak Aliya pun turut membantu. Orang kata, baby ni kenal bau mak dia, maka kena mintak tolong orang lain yang berlainan bau dari maknya. Ekekeke

So far, dah seminggu lebih aku train. Alhamdulillah.... Dah boleh minum botol. Cuma masa mula2 nk hisap tu dia cam refused jap 18 saat, lepas tu laju jee. Botol avent jugak akhirnya. Sape kata keras, mana ade! Hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 13, 2012

She turns TWO

My cutie pie turns 2 today. I can’t believe how fast time flies. I realized that my daughter now is a little girl and not a baby anymore. Sob..sob..sob..

Aliya dan dunianya. Too much to share here. It’s so much fun to watch her grow and explore. Well, she is only 2 years old, what do you expect at this age, takkan dh pandai masak koooot.
The most obvious thing that she can do, which is i consider it 'wow!', she loves songs, any kind of songs especially lagu kanak2, patriotic pun layan.. She will listen for at least 3-4 times (for a simple song) and she can sing the song in her rhymes, but still in tune, walaupun most of the lyrics are still berterabur and sounds pelat2 kiut. Hehe...
She has a good memory, lepas ni ajar hafaz surah lak, jgan nk lagha sangat dengar lagu sokmo. ;-).

She is growing up and she is so much fun. But that also means it's getting harder for me in every little thing i want to do. Oh! She is SANGAT macam2. But I am not complaining. ;-)

Happy Birthday to you NABIHA ALIYA. Wish you a lovely life ahead. May Allah bless you with healthy, wealthy and happy bright future. Mami and 'didi' will always love you and we know you know. Muah!!!




























































p/s : pagi tadi asben wish 'selamat ulang tahun melahirkan anak sulung kita'. Oh! Crying...

Salam


Thanks for dropping in! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...