Friday, April 20, 2012

Natural way vs Induce Labor

Yeah!! The adventure begins here! Are u ready cantik manis sekalian?? Ekekeke

Ape yang aku nk citer ni berdasarkan pengalaman bersalin aku. Since aku dah merasa kedua-dua cara, induce labor and dan natural way.

Jika di beri pilihan antara dua tu, aku x kan fikir masak2 dah. I have made up my mind!!

So, layan.....

Masa lahirkan puteri sulung aku, EDD aku dh overdue, klu ikut gomen after 10 days from EDD still x branak jgak, baru la akan jalani proses induced. Tp sbb aku memilih utk deliver dekat private, so doktor bg pilihan pada aku utk pilih tarikh. Katanya, 37w pun dh boleh deliver sebenarnya, sbb baby pun dh matang. Aku dh 40w, terlebih matang pun ye.

Biasa la kan, first baby, mana ade pengalaman, org yg pernah bersalin kata induced ni sakit sket je, so aku ni percaya lah kan, klu doktor yang ckp, lagi lah aku percaya.
Tapi percaya lah, lepas ni korang jangan lah percaya klu ade org ckp induced ni sakit sket je. Itu auta semata2. Percaya tau!

Aku serah diri pkul 10 pagi 12/06/2010. Jalan bukak 1cm sahaja. Masuk ubat (tablet) ke dalam faraj pada pukul 10.30 pagi 12/06/2010. Kontraksi terasa, tp very light, after 4 hours jalan x bukak, masuk lagi sebijik.
Jalan bukak 3cm after 4 hours. Masuk lg sebijik. After 4 hours remained 3 cm.
Masuk ubat yg kedua tu, dh terasa kontraksi yang amat dasyat. Seolah2 dh nk terberanak, tp tidak sebenarnya.
Inikan ubat yang ketiga, lagi lah aku tak terkata kesakitannya.
Gap antara satu kontraksi tu sekejap giler, nk tarik nafas pun x sempat.

Malamnya, kena drip. Hak kena cucuk kat tangan tu, pastu setitis air menitis memasuki tubuh, aku rasa mcm nk menggelupur. Mula2 slow titis air tu, lepas cek jalan, baru bukak 4cm, kul 2 pagi klu x silap aku. Nurse lajukan sedikit titisan air tu, Ya Allah....
Hanya Dia yang tahu ape yg aku rasa. Laki aku sampai dh blurr time tu, xde sesaat pun aku x mengerang kesakitan. Sesaat pun tak, okay! Setiap saat aku sakit. Aku tak tahu nk bgtau asben sakit kat mana, sbb aku rasa kesemuanya sakit.

Orang lain sedap2 tido, aku sedap2 sakit. Uwwwaaa..!!!

Membawa lah ke esokkan harinya, sampai aku dh xleh nk berdiri betul2, nk ke tandas kena pimpin, darah kuar banyak. Orang kata klu mentuban darah mmg sakit, klu mentuban air xde la sakit banyak ngat. Tp aku sedang bercerita topik induced skang ni, darah ke air ke, x terkesan pun di hati ini.

Pukul 8am 13/06/2010, masuk LR, jalan baru bukak 6cm. Can u imagine? After 22 hours, baru bukak 6cm. Oh!! Speech less!

Sejak dari semalam aku check in, ade 3 org masuk utk deliver, mereka sume dh selamat, tapi aku??
Masih berjuang, menahan kesakitan, kadang2 terjerit2, mana tahan woooo...

After 4 hours at 12 pm, cek jalan, alhamdulillah dh 8 cm. Sedikit gumbira di situ. Walaupun hakikatnya kesakitan itu tiada bandingannya.

Aku bagaikan dh xde air mata, sumpah aku x tahu nk describe macamana rasa sakit yang aku lalui tu. Ibaratnya, kena tikam bertubi2 tp tak tahu kat mana kena tikam tu. Paham dak?

Aku genggam tangan laki aku, tp aku rasa mcm x pegang ape2. Sbb tu aku kata, kesakitan tu tiada bandingan. Semua deria mcm dah hilang. Huhuhu

Dalam kul 1.15 pm, kesakitan yang x terbendung lagi, rasa mcm sesuatu nk kuar. Aku menjerit2, pastu doktor dtg, aku mcm separuh sedar, xde sape suh teran, aku main teran je sbb dh x tertahan. Sekali push je, terus keluar. Aku langsung tak rasa apa2 masa baby kluar, nurse bgtahu dh kuar, siap tanya "Lega dok?".
"Lempang nak?". Hehe

Betapa sakitnya kena induce sampaikan aku tak rasa apa2 masa baby kuar, sekali push lak tu. Laki aku dengar masa doktor zap! upacara memotong.
Bonus la kot kat situ, sbb sakit ubat paksa tu mengatasi segalanya. Macam aku cakap la, deria rasa dh hilang. Huhu
Sebaik je baby kuar, berdezup keperitan yang aku tanggung hampir 27 jam tu hilang serta merta. Pergi mana ek?? Ekeke

Aktiviti menjahit selepas tu pun sama, aku siap x sedar diri langsung, mmg tak rasa apa2 langsung, tambah lagi ngan ubat bius kot.

Drip kat tangan aku tu diaorang x bukak pun, wpun aku dh selamat. Xpe, xyah bukak pun xpe, x sakit dah. Hahaha. Berlagak.

Melihat muka anak sejurus selepas tu adalah sejuta kepuasan. Jeling kat asben, "this is the first and the last". Ekekeke
Asben tunjuk tangan dia yang merah2, garis2 mcm kena cakar.
"Hasil seni air tangan sha".
Hahaha, rupanya kuat jugak aku pegang tangan laki aku sampai cakar2 tu berdarah. Nasib lah yeee...

So, membaca kisah di atas, korang simpul sendiri boleh? Ngeh3

Waktu sakit aku masa lahirkan puteri kedua, lebih kurang dalam satu jam lebih. Sakit yang tak tertanggung lah tu, sakit biasa2 tu masih leh tahan lagi.

Lahirkan puteri ke-2, aku lalui proses bersalin yang asli. Asli gitueww...
Aku leh rasa kontraksi, braxton hicks, proses bukaan jalan agak terkawal dan cantik. Hehe... Boleh rasa masa doktor zap! aku, boleh rasa baby nk kuar, dpt rasa proses teran, 3 kali you, mmg terasa sangat masa baby kuar, aku puas sangat bersalin kali ke-2 ni. Sakit tu tetap sakit, tp sakit yang indah. Kui3. Masa induced tak indah sangat. Hahaha
And masa kena jahit tak rasa la, klu rasa masa jahit tu, aku nk jugak suggest kat doktor, "pakai gam uhu je boleh tak?".
Baca blog kawan, deliver kat gomen, katanya sakit kena jahit lagi sakit dr bersalin. Biar betik?!!

Memandangkan 2-2 kelahiran aku overdue, maka anak2 yang akan datang, aku dh ade cara nk set kan tarikh last period. Ekekeke...
Eh, aku tulis anak2 eh? Hehehehe....
Dengan izin-Nya. ;-)

Masa nk bersalin mmg rasa serik, tp bila orang tanya "ce citer sakit tu rasa gane gok?"
Aku rasa x de sape pun yang boleh citer cane rasa sakit tu. Aku sendiri pun xleh nk describe atau nk bandingkan rasa sakit tu cane, beranak lah klu nk tahu sakit tu cane. Hihihi

Korang rasa aku ni overrr ke? Nak takutkan korang ke?
Dak eeehhh....
Masing2 ade pengalaman sendiri. Aku rasa, orang lain pun induced gak, tp xde la over macam aku kot.
Sbb aku sendiri pun rasa mcm kes aku ni over sket. Dah nk buat cane, itulah yg aku lalui. Jahat tau, kata aku over! Tak mo kawan!
Ngeh3

Pssstt: pernah terpk, yang lahirkan anak sebelum kawen tu, branak sorang2, cane lah gamaknye yeee..... Tak tercapai dek akal ku.

Salam....

Jumpe lagi je wanita vouge sekalian.

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, April 16, 2012

Pengalaman Bersalin Yang SANGAT PENGALAMAN!!!

Baiklah, dalam entry lepas ade ayat penyata yang menyatakan aku nk buat entri pengalaman bersalin aku kali ke 2 ni kan. So, mai-mai baca sama2. Tp aku tulis point2 penting je lah ye. Nak citer detail mmg x dapek ler, ngeriii wooooo!!

Pengalaman lahirkan anak ke dua ni mmg betul2 pengalaman bersalin pada aku. Mmg real giler arh. Betullll ni. Kali ni baru aku rasa aku betul2 melalui proses bersalin. Hahaha, ayat keling. Konon masa lahirkan aliya bersalin olok2 koooottt?? Hihi

Idok ler olok2, tp perbezaannya sangat ketara.

2-2 kelahiran mmg overdue. Tp masa lahirkan Aliya aku kena induce, aku pilih tarikh dan serah diri. Masuk ubat sampai 3 biji pun x jalan, bila kena drip meraung melolong aku. Bila ingatkan balik kata doktor "awak kena induce ni, sbb overdue." aku tanya, "sakit x induce ni doktor". Doktor kata "sakit sket je dr bersalin biasa".
PENIPU!!!! SAKIT BANYAK LAAAAAAA!!!!

Laki kata "takpe, sakit tu penghapus dosa". Redha.

Maka, kali ni aku seboleh2nya nk avoid dr kena induce. Dh hampir tarikh edd, siang malam aku doa agar aku dpt bersalin secara natural, xmo dh paksa2 ni. Sampai lah ke hari edd, 31-03-2012 same date aku kena jumpe doktor. Masih tak rasa sakit. Siap gagah berani berlari2, turun naik tangga ofis. Doktor bgtahu, klu dlm masa seminggu ni x bersalin jgak, diputuskan agar aku masuk ward pada 06-04-2012.

Tp aku terus mintak dengan Dia agar diperkenankan permintaan aku. Di samping pelbagai usaha yang aku buat agar kelahiran kali ni berlaku secara semulajadi. Sehinggalah ke tarikh 05-04-2012. Aku bangun pagi tu nk pegi keje, tp Aliya mcm demam, so aku EL. Dan aku seperti biasa masih sihat sejahtera. Sampai la petang lepas asar. Aku rasa mcm ade kontraksi. Tp cam main2 je. Sampai la ke malam dan membawa ke pagi esoknya. Bangun subuh aku tengok dah ade show. Hati berbunga riang. Potensi utk tidak di induce pada hari tu ade peluang.

Lepas subuh, baca surah yasin dan masih berdoa yang sama, agar aku bersalin normal. Lepas tu siap2kan barang aku dan barang Aliya. Nak kena "check-in" dah arini. Aliya kena export ke umah tokmi.

Kontraksi makin kuat, tp gap masa agak panjang. So, boleh di anggap main2. Otw ke klinik, tokmi call suh benti makan telur masak separuh, klu makan mentah lg bagus. Petua di hari nk bersalin. Tapi aku benti makan roti canai. Ekekeke... Telur masak separuh 2 biji. Lambat ngat mkn pakai sudu, aku bantai hirup dalam mangkuk terus. Senyum laki aku tengok aku mkn mcm tu. Ekeke

Sampai klinik, daftar kat kaunter, terus dia suh masuk ward. Salin baju klinik dan di panggil masuk labor room utk cek jalan. Masa tu pukul 10.30 pagi. Doktor kata dh bukak 3cm. Dh boleh rasa kepala. Kena tunggu lg 4 jam.

Dlm masa tu aku ke hulu ke hilir berjalan nk suh bukak jalan. Klu tak bukak konfem kena drip. Hak tu lah aku xmo okay! Mak mertua aku la yg teman aku masa asben kuar pegi solat jumaat. Family aku sampai petang, sbb tunggu abah balik keje.

Lepas aku smyang zohor, aku tunggu nurse panggil. 4 jam dh berlalu, tp nurse x dtg pun. Aku langsung x baring atas bed, aku duk jalan jeee, klu stop pun time kontraksi, sampai laki aku terus tutup tv sbb pening kot aku duk ulang alik depan dia. Kul 3.30 nurse dtg bgtahu suh masuk labor room.

Doktor cek jalan dh bukak 6cm. Alhamdulillah... Doktor pecahkan ketuban. Doktor usik aku nk drip suh lg cepat jln bukak. Terus aku jawab "x moh". Gelak doktor ngan misi2 sekalian. Aku masuk bilik balik, tunggu lg 4 jam.

Lepas maghrib aku masuk LR, cek jalan lagi. Tp takde beza, masih 6cm. Tp kontraksi makin kuat, gap masa makin pendek, selang 15min. Doktor suh masuk lg after 4 hours.

Aku masuk bilik, terus berjalan dan berjalan. Lepas isyak sambung jalan lg. Kul 11.45 mlm doktor panggil masuk LR. Doktor cek jalan dh bukak 8cm. Siap stress lg tau nak suh cepat, senak you! Tp aku redha. Doktor suh baring je atas bed dlm LR tu, xyah masuk bilik dh. Dan kebetulan ade patient nk bersalin dh kat sebelah tirai aku.

Baby dia dh nk kuar, misi ngan nurse pakat duk bg semangat suh push. Aku kat tirai sebelah mcm mamai2, mengantuk sgat rasa, kepenatan kot duk jalan satu hari. Tp dlm mamai2 pun aku dengar banyak kali jgak la 'jiran sebelah' aku tu cuba push. Sempat la aku doa agar Allah permudahkan urusan jiran aku tu. Mengalir la jugak setitik 2 airmata aku time tu. Tak lama lepas tu, lebih kurang kul 12.15 pagi dengar sore baby nangis. Alhamdulillah....

Aku baring je, tetiba kontraksi xde. Heran sungguh. Aku rasa sempat kot aku terlelap kejap. Aku tngok jam dh kul 1 pagi. Doktor cek jalan. Masih 8cm.
Kontraksi kembali. Tp masih boleh bertahan.

Kul 1.45 pagi aku suh panggilkan asben. Masa tu kontraksi makin kuat dan kuat. Asben masuk duk sebelah aku. Tetiba aku nangis semahunya.

Kul 2.00 pagi air ketuban aku mencurah2 keluar. Sakit makin lama makin kuat. Di suruh baring mengiring nk suh jln lg cepat bukak. Sakit tak tergambar dengan perkataan. Bila kontraksi stop, aku tarik nafas lega, walaupun x lama, tp skurang2nya ade ruang utk rileks. Nurse kejap2 dtg gosok perut aku bila tengok aku cuba tahan sakit.

2.30 baru bukak 9cm. Aku sempat dengar perbualan nurse kat situ. Lebey kurang mcm nk suh drip sbb gaya aku nk bersalin mcm lambat lg je. Aku dh cuak. Mulut x benti baca doa Nabi Yunus. Nurse lg sorang geleng kepala, tanda x payah drip. Nasib baik. Hihi

Kul 2.40++ tetiba aku jerit, SAKIT!! "nak 'kareb' niiiii". Mmg rasa ade sesuatu nk keluar, mcm rasa nk kareb lah. Aku tetiba TERTERAN. Tp nurse suh aku pegang 2-2 belah kaki aku, jgan teran lg. Haih!! Boleh pulak mcm tu.
Aku pegang 2-2 belah kaki, angkat kepala, tengok perut sndiri, pastu doktor suh push. Kali pertama tak jadi. Kali ke 2 x jd. Kali ke 3 "zasssss" aku rasa sesuatu meluncur laju keluar.
Alhamdulillah berserta kucupan dari suami di dahi.

Aku hempas badan, terus pejam mata. LEGA.
Aku serahkan kepada doktor dan nurse utk agenda seterusnya. Yg aku ingat, kul 3.45 pagi aku di tolak masuk bilik. Suami tunggu kepulangan aku. Nampak je muka suami, aku nangis sepuas2 nya.

Alhamdulillah.... Semuanya berakhir dengan selamat.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. ;-)

Entri ni dh panjang sgt. Next entri aku bgtahu kenapa pengalaman bersalin kali ni aku rasa pengalaman bersalin yang sebenar.

Jumpe lagi ye si cantik jelita semua.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, April 08, 2012

Waktu berpantang

Salam...

Lama menghilang tetiba bgtahu "Waktu Berpantang". Rasa nk lempang x? Hehe...

Kita lupakan kisah lama, skang kita buka lembaran baru. "ayat cover line". Huhu..

Berita penting.
Saya telah selamat melahirkan puteri kedua dalam keluarga kecil kami pada 7 April 2012 jam 2.46 pagi di Pusat Perubatan Intan, Kuala Trg.
Bayi seberat 3.2kg berukuran 50cm panjang dikatakan seiras dengan kakak sulungnya. Lihat gambar di bawah.




Mungkin la kot, aku dh godek pic kakak dia masa lahir dalam ipad ni, tp xde. Aku tengok pun ade la jugak, tang mata tu, segaris jeee..huhu.

So, sekarang aku dalam tempoh berpantang. Akan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada penjawat awam, di mana tempoh berpantang/bercuti yang diberikan adalah sebanyak 90 hari.

Baru 2 hari berpantang, termasuk hari ni, aku rasa mcm anak raja. Dilayan dengan penuh kasih sayang oleh semua orang.

Dh nama pun berpantang, banyak la "tak boleh" dari yang "boleh". Tapi tak yah la nk stress, bukannya lama pun, 40 hari je. Tp ade part yang aku up kan sket jadi 150 hari. Eh, kena nk kena up lagi?? Kui3.

Makan pun xde la semewah org lain. Smalam sup ayam, pagi td nasi goreng lada hitam. Tok mi yang masak. Tp sedap je aku makan, kemain selera.

Suami masakkan aku ikan selar panggang garam kunyit utk lunch td. Mencebik jugak la aku, sbb aku suh dia rebus ikan tu pastu goreng. Tp katanya x elok makan goreng2 banyak ngat.
Bukan dia x sayang aku, tp dia nak aku berpantang secara sehat, x lama 40 hari je hadap lauk2 mcm tu.
Abis aku makan wpun lauk tu semata, sbb di masak dengan penuh kasih sayang.




Nampak tak kasih sayang yg bertaburan atas ikan tu? Kan kan kan?

Kasih suami sampai ke syurga. Sokmo pesan suh aku pakai barut/bengkung bila nampak aku lenggang je makan tp perut tak "bertutup". Aku cakap "susah ar". Terus mengofferkan diri nk tolong pakaikan. Di ikat sampai tak leh bernafas. "x sayang sha ke?".
Bukan dia x sayang aku, tp dia nak pastikan aku akan dapat bentuk tubuh asal aku *konon dulu body shape ala2 duta lotion mustajab nora danish*. Konon la. So, nanti aku hepi dan suami pun tambah sayang, kan bahagia mcm tu.



Bukti aku kena belit sampai se-eh *read ketat giler*.

Aktiviti aku selama 2 hari ni x dpt dikenal pasti lagi. Sbb mmg aku banyak giler waktu free since tokmi yang buat semua keje. Even mandi kan baby, basuh kareb baby, basuh baju baby, semua tokmi yang buat. Aku duk baring je, makan dan tido.

Arini baru start mengurut dan mandi daun 'serum'. Giler best mengurut wpun sakit sket, lega abis seluruh badan. Bersalin kali ni mmg SANGAT LAIN. Kalau aku rajin, aku citer pengalaman bersalin aku nanti. Sangat PENGALAMAN. Uuuwwwwwaaaaa!!!!

Kakak Aliya sepertinya tak dapat nk adapt ngan situasi baru ni. Semua mende yang aku buat seperti tak kena pada mata dia. Asyik nk ngan aku jeee. Aku pegang adik dia x boleh, baring sebelah adik dia x boleh, tokwan urut badan aku x boleh, semua x boleh. Nak aku dukung dia, main2 ngan dia, belai dia jeee. End-up dia demam. Sian sungguh dia.
Maaf kan mommy sayang, xde niat nak abaikan Aliya. InsyaAllah, nanti lama2 Aliya akan biasa ngan situasi ni dan jadi kakak contoh untuk adik. Amin...

Ok lah, nanti kita story2 lagi yeee. Mommy akan ade banyak masa nanti, jika di izinkan-Nya. Hehehe.... Skang tengah mood nak hangatkan aktiviti berblog balik, hihi.. Tp takut jugak klu hangat2 taik ayam jeee. Kui3.

Sampai ketemu lagi ye jelitawan sekalian. Muah! Muah!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kuala Berang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...