Sunday, October 21, 2012

Its Sunday

And its working day.

Assalamualaikum....

Bismillah... Syukur masih dapat bernafas oksigen free ni dengan izinNya.

Dan masih diberi peluang untuk melangkah ke ofis pada hari ini.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi manda. Eh mcm pantun. Ekeke
Bersiap nak pegi keje, cermin diri kejap. Sambil naik weight scale. Hmmm... Alhamdulillah...
Tapi apa kata kita usaha turun lagi 1kg.
Bukan ape, memikirkan banyak baju dalam almari tu tak terpakai, kesian dia, membazir, nanti akhirat aku jugak yang nk menjawab knape tak pakai baju2 tu.

Maka, misi diet (kurang nasi- kurang karbohidrat) yang sehat akan diteruskan. Walaupun ade lah jugak culas kadang kala. Iman goyang bila tengok nasi panas + tempoyak. Kejam!



Sebenarnya double chin tu. Tapi berjaya disorok ketika menahan nafas.



Aku masuk ofis harini, akak tukang cleaner kat ofis aku ni bagi baju kurung yang aku tempah khamis lepas. Excellent weih. Hantar butik belum tentu dapat siap sepantas ini.
Aku ingat dpt lepas raya, sbb dia tengah nak siapkan langsir dan kusyen yang orang tempah nak pakai raya. Tup2, eh dah siap semalam.
Rasa bersalah pulak aku sbb buat ayat 'kalau boleh dapat sebelum raya lagi bes' selepas dia bgtahu yang dia sibuk jahit langsir.
Entah2, weekend baru ni dia tak tido nak siapkan tempahan.
Sudahlah syahada.

Btw, thanks akak! Hehe

Salam.

Thanks for dropping by!;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Aktiviti setiap malam sebelum selamat kroihhh. Mak dah mengantuk tapi anak masih duk wrestling lagi. Kang mak betul2 tido ada yang jatuh-luka-berdarah lak nanti. Si kecik tak padan ngan kecik. Haih la..

Kakaknye pulak 'amii, ulong ayaa. Bibi nii uwat ayaa'. Korang translate lah sendiri ye.




Thanks for dropping by!;-)

Salam.



- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Tuesday, October 16, 2012

Another good day.

Assalamualaikum...

I just found the secret. Hehe

Sebelum ni selalu la kelam kabut pagi2, especially hari kerja. Mmg style aku akan prepare everything di pagi hari. Tak tahu knape mim.alif.lam.sin sangat nk bersiap malam sebelum. Lepas tu mula la hangin bila x sempat nk buat itu ini. Paling nk marah bila terpaksa patah balik rumah kalau2 ade barang tertinggal.

Maka, 2 hari lepas. Baru 2 hari tau. Aku bangun before ayam bangun. Hehehe
Sebelum azan subuh dh bangun. Tp tak mandi lagi. Belek2 anak, kot2 nk kena bf dulu, bancuh susu ke, betulkan struktur urat2 18 saat, lepas tu baru mandi. Kalau nk lagi bes mandi je air sejuk, xyah nk berwater heater sangat, lagi segar tau. *tp menggelupur la kejap aku masa mula2 nk kena air tu. hehehehe

Lepas subuh, alhamdulillah sempat belek al-Quran jap, which is menambahkan lagi kekerapan membaca dalam satu hari yg mana kebiasaan hanyalah selepas maghrib sahaja.

Baru lah bersiap2 como (read sapu) bedak and pakai lipstik sket. Nak mengelak dr muka nampak mcm mayat bergerak je pun. Kalau baju yang perlu iron, boleh je iron kejap, kalau x perlu terus sarung.

Eh dah siap. Baru pkul 7 pagi lah.
Sarapan lah sekejap. Fresh milk + cereal.

Si kecik mmg bangun awal. Boleh la aku amik mood bawak 'bekal' pegi ofis. Mood anak pagi2 mmg excellent. Mimpi ape la mlm td tu. 😉







Anak ceria mak pun senang hati.

Salam....


Thanks for dropping by!;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 12, 2012

Percutian Riang Ria



Assalamualaikum…

Since rindu nk berkarangan kan, maka kita bermula di sini. Eces.

Mengorek2 gambar yang sesuai yang untuk menghasilkan karangan. Daripada duk terperuk dalam henfon baik keluarkan and put captions on it. In other words, the pictures will do the talking.

Shall we? ;-)




Sejujurnya ini bukan satu perancangan (jujur giler bercerita). Sehari sebelum percutian pendek ini, my cutie pie tak brape sehat. Mild fever.  Kesian dia. 

And the best part is, suami tercinta ade interview session di Kuala Lumpur on the next day. Lepas asar pada petang hari yang sama, suami tetiba refuse to attend. ‘Eh kenape bang?’

He has zillion reasons and I do respect his decision. *mithali tak aku?* :p

‘So, wiken ni kita lepak2 jela bang?’.
‘Ye la kot, anak demam tu.’ Ok, pasrah.

Jumaat.

‘Aqeela mcm sehat je ni, takkan nk lepak umah je’.

Bla… Bla… Bla… Bla… Bla… Bla…

Kami pun bersiap2 la, packing ala kadar. Sehari je pun. Muka isteri Shahrul Azlan time tu mmg menyengih je. Anak2 cool and steady je. :p


Kakak Aliya awal2 pagi dah buat perangai. Tp mami tak kisah. Janji vacation ON. ;-)



Taktik menjadi. Aki bisik2 kat Aqeela malam sebelum 'Aqeela sehat la esok ye, mami pujuk dedi gi jalan2 esok.... pleaseeeeeeee'.
See! Anak mami yang sporting. Sayang Aqeela ketat2!



We stayed at Hyatt Regency Kuantan Resort. RM275++/night with breakfast for 2. Price tu untuk garden view, kalau sea view kena up lagi sket. Kalau nak see the sea view moh la kita turun bawah main pantai. Lagi syiokkk. FOC lagi.

Meh review sket la hotel ni. But sori, no pictures taken.
Kat bilik ade provide wifi. Tapi kami tak guna pun, not sure samada kena charge or not, sbb masing2 dah ade 3G, laju lak tu, so babai wifi. (bapak gong kau syahada). kui3
For those yang memang nak rehatkan kepala otak yang terbeban dengan macam2 masalah dunia, elok la berkunjung ke sini. Boleh turun ke pantai. Sebelah tu je Teluk Cempedak. Pasir bersih, tengok ombak, angin sepoi2, free-show kapel peluk2 cium2 pun ade. The choice is yours. ;-)
Pool ade 4 kalau tak silap. Semek Aliya nampak kolam je 'mami, air enam (berenang)'.
Breakfast dia pun best. Banyak pilihan. Siap ade customer service bergerak lagi uols. Suami ade jgak bagi cadangan, terkujat mak sekejap tetiba suami berhujah. Mak pun bangun dari situ pegi order cheese-omelet. :p

Eh. Cheese-omelet bertukar! Healthy life la sangat kannnn.


Suami anak-anak. Mereka lah racun dan merekalah penawar. Ecewah!


Mami suka sungguh ber-cam-whore skrang. Pantang nampak cermin, mesti cepat 'Abang, mana tepon sha?'. Suami jawab 'eh, tepon dia tanya orang'.
Selalu kalau suami jawab macam tu, next time mmg isteri akan balas dendam kaw2 la. wakakaka



Buat ape tu dik? Berak ke? Baru balik makan time ni, tertido dalam kete. Sampai bilik bangun, lepas tu buat2 muka terbeliak macam tgok mami ngan dedi tak pakai baju. Eh ye ke? Next!


Kakak Aliya pantang nampak pool. Gitu lah sokmo klu nk suh dia mandi kat umah, bgtahu nk mandi dalam bath-tub, meleret2 senyum.


Cute kan. Macam dalam je tengok air tu. Padahal paras atas sket je dr pinggang Aliya.


Suka tengok mereka. Aku pun tangkap gambar diaorang macam nk masuk sekali dalam kolam tu.
Suka sangat semek kecik tu. 2-2 anak aku mmg spesis suka air.


Suami aku mmg pandai berenang. Isteri dia tak pandai berenang. Tempat suami aku terjun ni kedalaman dia 2.5 meter. Kelakar pulak bila teringat balik time aku rakam kejadian2 di atas ni.


See! Kat atas dh bagi tahu. Mami ngan Aqeela kejenya cam-whore sahaja. Dah la semek ni mmg menyokong penuh aktiviti membunuh-masa ni. Botak kepala kau nak.


Dedi caught us in action. Comei pulak aku tengok. Aqeela je comei, mak tumpang populariti anak sudah. Eh bila popular ni?


Sampai masa kami kena pulang ke jalan yang benar jgak. Sedih tau. Pendek sungguh percutian ni.

Eh eh, sempat tu singgah fitting room. Suami nk cari baju raya aidiladha. Hamboii... kellas baju raya bang!

Lepas tu singgah lagi di Mesra Mall. No pictures there. Hajat nk masuk Toys r us, belikan sesuatu untuk anak2, tp dah tutup rupanya, kedai yang bakal replace tu nampak macam menarik. Akan terjah suatu masa nanti.

Berakhirnya percutian pendek kami yang sungguh menarik-gembira-best-riang-ria-lain-kali-nak-lagi-bole-bang itu. :-p


Thanks for dropping by!;-)


Salam...


psst: sume pic dalam instagram aku. aku dh privatekan ig. sbb konon perasan ade orang stalk. Ekeke.
Kepada stalker sekalian, boleh la jamu mata ye. *peace*


- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday - Pilih Kasih

Kami bersama favorite 'cinta hati' masing-masing. Peace...




Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone



.

Tuesday, October 09, 2012

Kangen / Rindu

Assalamualaikum….

Berubah sedikit. Permulaan yang sopan. Bila selalu buat, yang sedikit tu akan jadi amalan. Titik tolak kepada perkara baik yang akan datang. Ecewah. ;-)

Lama tak berkarangan, kan? Rindu sebenarnya. Tapi apakan daya, manusia tak lepas dari mencari alasan agar nampak macam baik selalu. Hehehe. Korang pk lah kaitan ayat2 tersebut ye.

Seperti ayat sebelum ni, aku rindu sebenarnya, rindu nk update blog. Update kisah aku, perkembangan anak2, meluah perasaan, berkongsi resepi (bajet chef), cerita percutian, menunjuk2 barang baru (poyos), wish list aku yang mana sampai kesudah tak menjadi realiti lagi, azam lama tp bila masuk tahun baru akan jd azam baru, dan macam2 lagi lah.

Tapi….. haaa… baru je cakap tadi, manusia tak lepas dari mencari alasan.

Takpe lah, tak yah nk re-write alasan2 tu, sampai ke sudah sama aje. So, I reserved my excuses. Hehehe

Till then.

Tu je?

Babai sayam ku sekalian. ;-)

Thanks for dropping by! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

.

Thursday, October 04, 2012

Belated wordless Wednesday

Hahahaha... Belasah la.
Belated pun belated la. Layan....




Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Aktiviti Aqeela

Banyak sangat moment mcm ni berlaku, sejak dari lahir lagi. Aku try jgak tiru, tp buruk giler. Bila si kecik ni buat, cuteeeeeee. Kami semua gelak tgok aksi ni. Sian anak mami, semua org ketawakan aqeela. Xpe2, mami suka je, diaorang ade ke??? Xde kan, kan kan.
Gimme five!!! Hehehehe


YouTube Video


Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...