Wednesday, August 29, 2012

Apa2 tajuk pun boleh.

Punyalah suka dpat barang, terus buat entry. Ekeke

Semalam beli, harini dh terpacak dpan batang hidung. Suka lah. Sayang zalora.com.my banyak2. Hehe

Barang murah sajokkk.



Aritu beli barang packaging x cantik,dlm plastik gdex tu je. Kali ni dlm kotak. Tak cantik jgak pun, tp lebih proper. Hehe



My new bag organizer in the house. Yeay!!

Lepas ni konfem ketip kuku akan sentiasa bersama daku. Tiada lagi keraguan.

Sekian entry menunjuk2 barang baru. Ekekeke

Thanks for dropping by!;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Monday, August 27, 2012

Seni itu tidak indah





Merujuk kepada gambar di atas, dukacita dimaklumkan bahawa saya bakal di soal siasat oleh en laki setelah kembalinya beliau ke daratan pada jumaat ini.

Oh man.

Aku tak tahu bila aliya belajar melukis seni abstrak mcm ni. Kot ye pun nk prektis, tak payah lah kat tempat umum mcm ni. Lukis la kat tempat2 yg ade privasi sket, baru boleh claim hak cipta terpelihara. Mami nk publish kat blog pun, at least credit dulu kat kamu. Alahai anak.

Disebabkan aku malas nk bersoal siasat panjang lebar ngan laki, ku kirimkan gambar tersebut melalui emel kepada laki ku dgan ucapan 'tolong jgan marah sha okay'. Tajuk emel paling cuak abad ini.

Seperti biasa, kalau dh berada di tengah laut, semuanya di balas dgan ayat2 manis leting. Pendek kata, semua boleh dan semua takpe. Hehehe
Sbb laki ai mmg baik hati, sayang banyak lah.

Lepas ni kena pantau lebih sket semek tu. Kang seluruh alam jadi tempat dia berkarya. Haruuu.





Seni mcm gambar di atas xpe, sbb di tempat yg sepatutnya. Terhasil lepas sembang2 ngan laki di talian. Ade2 sape2 nak tolong terjemahkan? Ekekeke

Salam.

Thanks for dropping by! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone


.

Wednesday, August 22, 2012

Harta Dunia


Setinggi2 kesyukuran kepada Dia kerana telah mempermudahkan segala urusan aku, tak lupa juga insan terlibat 'specially suami yang sangat banyak menyumbang segala macam sumbangan. Tak terbalas rasanya, jasa mu sentiasa ku kenang. ;-)


Kunci rumah kedua kami, lebih tepat rumah aku..hehehe... Dh selamat diterima pada 02/08/2012.
Actually, keputusan nk memiliki rumah kedua ni mmg agak drastik, idea en suami. Mana tak drastik, amik masa 2 jam je nk decide, bincang jap petang ni, esoknye dh pegi pejabat pemaju. Kellas kau syahada. Furthermore, melihat kepada hujah2 positif en suami berkenaan perkara tersebut turut membantu diri ini menyokong cadangan tersebut dan seterusnya bersetuju.
DAN as a government servant provided with 'free loan', rasa macam sayang pulak klu dibazirkan fasiliti itu. Jadi, TERbeli lah kami rumah kedua itu.

Make it short. Rumah kedua kami beralamat di Binjai, Kemaman. Turut berjiran dengan Puan Leily.
Berjiran atas nama rumah sahaja, hehehe.

Pada hari yang sama dapat kunci, en suami telah mengiklan rumah tersebut untuk di sewakan. Hak sebenarnya, sebelum dapat kunci lagi en suami dah berbuat demikian. Bertubi2 emel masuk bertanyakan rumah berkenaan. Mulanya risau kalau2 takde penyewa, rupanya laris bagai pisang goreng panas.

Bab penyewa ni ade cerita bersalah sket. huhu
Asben dah pilih sorang penyewa yang dia berkenan. Pompuan uollss. Dah siap call lagi, baru bagitahu aku. Gedik sungguh. hehehe
Bila di tanya, bakpe pilih si dia, katanya "x tahu la, terdetik nk pilih dia". Kureng jek jawapan tu kan.
Dan kebetulan pulak, pompuan tu kawan kepada adik kawan asben.
Sempat la berkenalan kejap. Seorang doktor gigi klu tak silap la. Kami mmg bersetuju nk bagi pada dia pada mulanya. Dah set tarikh bagai bila nk jumpe nk tunjuk rumah.

Dan, tetiba aku buat hal. Bila dah setuju semuanya, harga pun dh muktamad, aku refuse la pulak. Memikirkan rumah tu nk kena touch-up sket. Penyewa tu nk masuk awal bulan 9. Mana sempat kami nk tambah itu ini. Kang bila diaorang dh duduk, tak syiok la bila ade orang datang nk buat keje. Menyusahkan nanti. Diaorang pun tak bersetuju bila aku mintak tangguh. Maka terpaksa la aku pulangkan balik duit booking kepada mereka. Kesian sebenarnya, tapi kami ni pun kena kesiankan jugak. hehe

Esok harinya, suami bgtahu ade penyewa baru nk masuk. Hak ni bersetuju kalau start bulan 10. Alhamdulillah. Mereka2 yang hantar emel kebanyakannya bagitahu susah nk cari rumah sewa area kemaman. Ye ke?

Bila membeli kena lah bayar kan. Maka akan ade satu lagi item tambahan dekat ruangan POTONGAN dalam slip gaji aku bermula oktober 2012. Minggu lepas baru terima surat dari Perbendaharan berkenaan arahan bayaran pinjaman tersebut. Harapnya, bakal penyewa rumah aku tu tak culas bayar sewa. Kang gaji aku potong, tapi duit sewa tak masuk. Huhuhu...
Tapi aku dah stalk baek punya bakal penyewa aku ni. Sepertinya orang baik2, insyaAllah. Kadang2, boleh je nk guna pakai peribahasa "judge a book by its cover". Especially time2 macam ni la. Ekekeke

Harapan.
Semoga bakal penyewa aku tu akan jaga rumah aku macam jaga rumah sendiri.
Semoga bayar sewa ontime.;-)
Semoga hubungan kami baik. Kalau ade yang tak puas hati, kot2 nk suh install bath-tub ke, buat swimming pool ke tgah2 ruang tamu, bgtahu la. Boleh bincang. Hak munasabah kita pertimbangkan. Okey? Setttt. ;-)

Tuan tanah nk berundur 'seketika'.
Gojes2 sekalian, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. ;-p

Thanks for dropping in! ;-)


Salam Aidilfitri 1433H

Rasanya tak terlambat lagi kot. Hehe...
Kalau nk wish salam ramadhan risau lak aku kena lempang karang.
Cane boleh lupa nk ucap sepatah dua kata sempena ramadhan tahun ni. Ralat.
Tapi, hak penting, keikhlasan hati ni, Dia maha mengetahui. ;-)

Maka, di bulan yang baik ini, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ade tulisan saya yang mengguris hati kalian si cantik manis belaka. Kadang2, jari2 ni tak tertapis, main taippp je. Kot2 lah, tanpa sengaja ade yang terasa walaupun niat di hati tak bermaksud nk sindir sape2 pun. Manusia begitulah lumrahnye, tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Mengharapkan agar kesilapan tu tak berulang, dan semakin berkurang.

Gambar raya satu keluarga takde tahun ni. Takpe, syawal panjang lagi. Kalau sempat kita posing nanti, dan akan upload nanti. hehehe

Salam lebaran untuk semua, maaf zahir dan batin.














Peace \/.... hehehe

Salam...

- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...