Monday, October 07, 2013

Lawatan Tapak

Assalamualaikum...

Bersesuaian dengan tajuk entry kali ni, aku mmg nak buat lawatan pun, lawatan ke 'rumah' maya aku ni. Berdebu, bersawang, berhabuk, pakej lengkap. Siap terbersin dan ter-resdung skali.

Entry terakhir 3 bulan lepas. Mungkin selepas entry ni kita akan bersua kembali pada 3 bulan akan datang. Hehe

Lagipun, rumah maya aku ni sekadar tempat aku nak bebel2. Bercerita tentang life aku, anak2 aku, tentang suami jarang citer sbb jarang2 balik. Haha.

Kadang, kalau ade perkongsian ilmu tentang sesuatu yang mana mmg susah nak jumpe dalam blog aku ni, itu tak lebih dari nak berkongsi ape yang aku tahu, perkara yang baik jika dikongsi, ganjaran pahala nya akan berterusan selagi menjadi ikutan. Mudahkan nak dapat pahala. ;-)

Maka, hari ni aku nak kongsi sesuatu dengan kalian. Apakah?hehe

Kongsi resepi lalalalala...

Di tegaskan di sini, resepi tu bukan resepi aku pun, tp sebab aku dah cuba resepi tu dan aku sukses dengan cemerlangnya, maka aku nak kongsi kat sini.

Aku bukan lah syiok sendiri, cakap ape yg aku masak tu sedap kebaboomm, tp korang pernah tak tengok rancangan masakan kat tv tu, kalau part rasa makanan hak dia sendiri masak tu, sampai naik juling mata masa jari telunjuk masuk mulut, lepas tu cakap 'marveles' tak pun 'excellent' atau 'besssss gilerr!'.
Hak last sekali tu aku lah, cuma bkan dlm tv je. So, ape salahnya aku pun nk berangan macam Anna Olson sekali sekala. ✌️

Cakap panjang tak guna, marilah kita ke agenda seterusnya.

Resepi yang aku tiru sebijik sebuntat tu aku copy dr blog www.azlitamasammanis.com
Aku taip blog ni guna apps dlm phone. Tak boleh plak nak buat redirect link tu. Korang copy je lah link aku bg tu ye.

Kak ita mmg banyak versi RVC nye. Tp aku tergerak hati nk amik resepi tu. Maka terjadi lah objek seperti di bawah. 


Siap ade wording lagi haaa. Bergegar tulisan. Haha


Objek di atas sebelum diliputi dengan cream cheese frosting. Serius cakap, aku suka giler ngan kek tu (kek tanpa cream cheese). Bahagian atas kek tu aku dah potong, aku tinggal sket utk buat hiasan atas kek, selebihnya aku telan. Gebu weh kek tu, tak puas aku makan.

Part buat cream cheese tu aku tersalah bahan. Sbb tu nampak mcam mencair je cream tu. But still masih dalam kategori sedap. Hehe

Aku guna dairy whipping cream instead of non-dairy. Sbb dalam resepi tu tulis fresh cream, aku ingatkan nama lain utk non-dairy adalah fresh cream. Itu lah, belajar sekerat. Hehe
Padahal dlm peti ais aku ade je non-dairy whipping cream tu. Haiyyaa!! 

Korang kalau nak penerangan yg lebih jelas tentang 2 krim tu, boleh baca kat blog kak azlita tu. Aku dah pernah baca sebelum ni, tp x simpan dlm kepala, tu yang boleh tersilap tu. Banyak ngat minum air hak semut hurung. Hehe

Sebenarnya aku nak copy je resepi tu dan paste kat sini. Tp tak boleh plak nak masuk blog tu malam ni. Tak tahu ape masalahnya. Takpe lah, korang kalau nak tengok, copy je lah link aku bg tu ye.

Sekian lah sudah entry kali ni. Menaip pun sambil menguap ni haa. Padahal baru pkul 9 malam. Maka, xleh nak tunggu lama lah ye. #loveyoumrarrogant pun nampak gaya kena tengok esok je lah. Hehe.

Selamat malam kalian-kalian yang gojes meletup sekalian!

update: aku dah edit supaya link tu redirect kepada page dalam blog kak ita. ;-)

Thanks for dropping in!;-)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan ;-)

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Syukur setinggi-tingginya kerana Dia masih bagi kita peluang untuk menikmati keistimewaan bulan paling mulia ni. Kita ni antara hambanya yang terpilih, maka sentiasalah bersangka baik dengan-Nya walau di timpa musibah sekalipun. Everything happens for a reason kan kan kan?

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan sepanjang penulisan saya yang ibarat 'now u see, now u dont, and now u see again' ini ade mengguris perasaan kalian. Manalah tahu kan. Tp aku tahu, kalian punya jiwa yang bersih, mana nk simpan rasa marah dendam kat aku yang baik hati pemurah dan sopan santun ni kan kan kan. Hehehe

Lepas ni mesti ramai blogger yang jadi Masterchef Blogger. Hehe. Update pasal menu berbuka setiap hari. Kui3.

Salam ramadhan dan selamat beribadat yeee. Fokus! ;-)




Salam.

Thanks for dropping in!;-)


Sunday, July 07, 2013

Cinta Berpanjangan ;-)





Bismillah.
Selawat dan salam untuk baginda junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Tanggal 07/07/07. Telah tersurat. Sebuah ketentuan oleh-Nya. Ikatan yang menghalalkan hubungan kasih sayang diantara aku dan dirimu. Lafaz ijab dan qabul bersaksi sejak 6 tahun yang lalu, in shaa Allah, kasih yang bertaut ini tetap utuh-teguh dan sentiasa mencari redha-Nya.

Wahai kekasih.
Dikau merupakan keutamaan bagiku selepas Allah dan Rasul ku. Wajib keatas aku menuruti segala arahanmu selagi tidak bertentangan dengan suruhan Ilahi.

Jagalah hatiku dengan tutur katamu. Isterimu hanyalah seorang wanita biasa yang tiada apa-apa dihadapan Allah. Bersabarlah dengan aku, kerana aku isteri yang tidak sempurna. Yang baik itu adalah dari-Nya dan kekurangan itu adalah kekhilafan aku.
Maafkan aku.

Ya Allah,
Aku bermohon kepada Mu agar janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari rasa cinta, kasih dan sayang. Rahmatilah dan berkatilah kami serta jadikanlah kami pasangan yang dihiasi dengan kasih, sayang, cinta dan rindu yang berpanjangan.

Semoga kami dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.

Dengan izin-Mu.

Teristimewa buat,
Suami tercinta.
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-6.


Salam. ;-)

Monday, June 17, 2013

My sunshines


YouTube Video

Brehi (read gemar) sungguh laaa.

YouTube Video

Juruhh (read baik pekerti (hehehe)) laaa.

Seronok kan bermalas-malasan di rumah waktu hujung minggu. Layan anak2 sampai diaorang 'pengsan', mami pun buat2 pengsan sama. Syiokkkk kan kan kan.

Pssst:
A short discussion with suami.
I: eh next year boleh anto aliya pegi taska
S: hmmm....
I: nanti sha try tanya kawan sha tu, ni pun lambat dh ni, kang kekgi (read nanti) penuh
S: ........... (silent)
I: beso dh sulung kan
S: sian dia, kecik lagi, xyah anto la.
I: -______________________ -



Thanks for dropping in!;-)

Friday, May 31, 2013

Come-back

Assalamualaikum...

Macam biasa lah ye, tuan tanah buat come-back every month kekdahnya. Haha

Bersiaran langsung dari kota metropolitan. Holiday mode is on. Bawak anak2 jalan2 time cuti skolah ni. Hilang stress diaorang, homework tokmi bagi bertimbun hari2. Harap percutian dapat release tension diaorang, mami bole tumpang sekali. Hehe












Sehingga berjumpa lagi ye si cantik sekalian. ;-)

Thanks for dropping in! ;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 30, 2013

Nadhira Aqeela is 1 ;-)

Assalamualaikum…


Haaa… berjumpa lagi kita di hujung rancangan bulan. Ekeke. Biasa la, tuan tanah ni down-to-earth,expose pun hujung2 bulan, bertepatan dengan minggu gaji. Hati ceria tengok $$$, dasar si mata $$$, maka otak jadi cerdas, jari-jemari salleh pun seronok menari2 tango atas kibod. Gituewwww…



Walaupun hanya berbaki 1 hari sahaja lagi, sebelum April 2013 melabuhkan tirainya, maka aci lah di kira kalau tuan tanah nak buat entri sempena ulang tahun pertama puteri keduanya, iaitu cik Nadhira Aqeela binti Shahrul Azlan yang mana ulang tahun kelahirannya yang pertama adalah pada 7 April 2013 yang lepas. Kejam sangat kah aku? Tak kan? Kan kan kan?



Alhamdulillah, puteri kedua aku yang slim, design body ala2 model ‘human’-walk itu telah melewati usia 1 tahun. Pantas masa berjalan. Macam biasa statement cliché, ‘rasa sakit beranakkan dia pun masih terasa lagi’. Ekekeke.







Jom kita semak perkembangan model kanak2 slim itu.



1.      Sudah berusia setahun. Yes, itu pasti, sbb entri ni pun mmg nak kupas pasal tu pun. Haha. Istimewanya adalah, usia setahun itu di sambut di Tanah Suci Makkah. Tiada kek, tiada belon, tiada hadiah. Hanya nyanyian lagu ‘Selamat’ untuk Aqeela dari Mami, Dedi dan kakak Aliya sesudah subuh pagi itu. Tapi kakak Aliya nyanyi versi mat salleh. Kellas!



2.      Berat terkini adalah 9kg. Kata selim, harusla tak berat mana kaaaan. Haha. Berat tu duk maintain sejak dia umur 10 bulan lagi. Minum susu banyak, makan pun banyak. Dalam sehari, paling sket Aqeela minum 45oz, dan paling banyak 60oz termasuk tengah tido. Dah sama banyak dengan kakaknya. Bubur aku atau tokmi suap jugak. Kalau dah susu banyak, kurang la makannya and vice versa. Gituuueww. Tapi gitu lah jugak badannya. Sedapkan hati, metabolism tinggi tu. ;-)


3.      Meniti tepi kerusi, meja dah lama. Sejak umurnya 6 bulan. Di sangka kan bila masuk 10 atau 11 bulan dah boleh jalan semek tu. Berdiri tanpa bantuan pun boleh. Tapi melangkah belum ada kekuatan. Tp kalau pimpin, kemain laju jalannya.


4.      Giginya baru tumbuh beberapa hari yang lepas. Dah la tumbuh gigi atas dulu, sebatang pulak tu. Hak sebatang lagi dah nampak, tapi malu2 meow pulak nk keluar. Alahai… Walaupun xde gigi, tapi kalau suap makanan kat dia, gaya kunyah tu dah macam tumbuh 18 batang gigi geraham kekal. Commellll. (Excuse me, izinkan saya memuji beliau).


5.       Manja. Antara sikap yang paling menonjol dimiliki oleh Aqeela. Kata pengkaji2 anak no 2 ni memang manja terlebih sket banyak. Bagaikan magnet kalau nampak aku, nk melekat aje. Nak masuk perut balik ke dik?


6.      Kartun pujaan ialah Upin Ipin dan Kawan-kawan. Letak lah Barbie doll kiut-miut 88x ganda, pakai gaun kembang semangkuk, rambut mengurai panjang, sepit bentuk hati lip-lap-lip-lap berkelip depan dia, upin ipin botak tu jugak lah pilihan hati dan sanubarinya. Tiada yang lain, setia pada yang satu. Hehehe.

Maka cukup lah sekadar itu perkongsian kita pada kali ini. hehe

Untuk Aqeela yang tercinta, mami, dedi dan kakak Aliya sekali lagi mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama. Kami sayang Aqeela kemas-kemas (ketat-ketat). hehe

Sehingga bertemu lagi ye gojes-gojes sekalian. ;-)

Thanks for dropping in!;-)

Wednesday, March 27, 2013

Salam Kemaafan


Assalamualaikum…

Macam biasa lah ye, bila dah nak hujung2 bulan ni baru terasa nak up entry. Hehe. Nak mengisi ruangan Mac yang kosong kesunyian tu. ;-)

Sekejap je kan, Mac nak abis dah. Rasa macam baru kemarin duk up entry utk februari. Haha. Poyo di situ. Orang lain hari2 ade new entry. Aku ni baru update sebulan sekali ade hati rasa macam duk update hari2. Maka kita berbalik kepada pepatah “lebih baik dari takde langsung, ye dak?”. Ade eh pepatah macam tu? Ade la kot. ;-)

Sahabat ku yang manis jelita cantik molek belaka...

Di kesempatan ini, di ruangan ini yang di izinkan oleh-Nya, ingin saya maklumkan, pada 28/03/2013 ini saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah. Oleh itu, saya ingin memohon kemaafan daripada kalian jika ade tulisan atau kata-kata saya yang pernah menyinggung perasaan kalian semua. Semoga segala perjalanan ibadah dan urusan kami sekeluarga di permudahkan-Nya. In Shaa Allah.

Menjadi impian semua orang ingin menjadi tetamu-Nya. Alhamdulillah, kami diberi rezeki dan peluang untuk menyambut seruan-Nya menunaikan umrah pada tahun ini. Semoga turut di beri rezeki yang sama kepada kalian semua yang juga memasang impian yang sama, in Shaa Allah. Amin.

Rabbi yassir wala tu’assir.






Images : thanks to mister gugel


Semoga bertemu lagi dengan jelitawan sekalian di lain bulan, in shaa Allah. ;-)

Thanks for dropping in!;-)

Monday, February 25, 2013

Eh! dah nak akhir? 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;-)

Merujuk kepada tajuk entri yang tak boleh belah dan mengada itu, hehe. Kena buat sequel agar nampak kesinambungan dengan entri sebelum ni. kan kan kan. 
 
Jumpe lagi kita ye, dan masih lagi di bulan februari. Bermakna, aku ni belum lagi boleh dikategorikan sebagai pemalas. Haha boleh gitu?. Suka suki klasifikasikan diri sendiri. :p

Jomlah kita ke agenda seterusnya. Bercerita tentang puteri kedua saya.

Eh, bila belek2 entri lama, tak ada pun cerita pasal semek sengih tu kan, minus entri yang tetiba muncul bagitahu dah lahir anak kedua. Kesian Aqeela, kang bila besar, kesot (read kecik) hati bila mami tak update pun pasal dia. Hehe

Meh-meh mami update okeh.

Nadhira Aqeela.

Genap setahun menjelang 7 April nanti. Dan lagi sekali ayat sama macam previous entry, sekejap je masa berlalu. Hehe Dah nak setahun anak mami ni kan. Nanti kita sambut birthday sekali arung je lah ye. Date nye dekat2 sangat. Birthday aqeela – birthday kakak - anniversary mami dedi – birthday mami. Haaa…jimat kan. Dedi suka lah kalau bab jimat2 ni. Hahaha. Maaf ye darling. :p

Tu belum masuk nak celebrate anniversary couple mami dedi – anny clash mami dedi – anny sambung balik mami dedi – anny kali pertama peot (ok, over). ;-)

Aqeela is easy-baby. Tak banyak meragam sejak lahir lagi. I’m not comparing okay. Susah sangat nak tengok beliau menangis. Seriously. Penyenyum orangnya. Mata tak berapa besar, bila senyum tertutup terus matanya.

Aqeela budak nya kecik, ringan boleh di lambung2, haha. Ye lah, padan la dengan umurnya 10 bulan. Eh, juga padan dengan beratnya yg baru 9kg. hehe. Sekarang ni makan boleh tahan banyak, susu pun sekali minum 9oz boleh habis. Dah nak sama banyak dengan kakak dia. Takpelah berat tak naik banyak pun aqeela, asalkan aqeela sehat ye sayang.

Meniarap dan menyusur masa umur 3 bulan. Merangkak seawal 5 bulan. Sejak umur 6bulan dia dah boleh meniti, tapi sampai sekarang masih belum boleh jalan. Berdiri sendiri dah boleh sangat dah, cuma tak berani nak angkat kaki. Chaiyouk2 ye sayang.

Sangat TERsangat sangat-sangat rapat dengan aku. Semek manja nih. Kalau nampak aku, tapi aku tak ambil dia mmg kesian la muka dia. Aku ni pulak memang suka kenak (read buli) anak sendiri, selagi tak nangis selagi tu aku kenak. Hehehe.

Peminat tegar upin ipin. Sangat tegar. Saat pertama bukan channel, keluar muka kembar tak seiras dia tu, Ya Allah, manis leting (read sungguh) senyuman tu. Kadang, bila dengar lagu upin ipin, kepala duk pusing2 cari mana datang lagu tu. Cerita kartun lain dia layan jugak, tapi takde la setegar upin ipin ni. Alahai.

Puteri kedua saya ni ade jugak la menunjukkan ciri-ciri kebekengan (read garang) macam dedi dia. Eh! Mami kot. Ehehe. Kalau lambat je suap makan, memang kena ‘sound’ orang yang menyuap tu. Hehe. Dah la suara nyaring kemain. Berkerut2 kening bila marah, haaa…. Jangan cuba yeee.

Satu lagi kan, Aqeela ni kalau tido mesti nak kena ade kain, selalunya dalam buai je macam tu. Kalau amik kain tu siap la, berguling2 lah dia dalam buai tu, lepas tu tak lama, ade orang duduk bersimpuh dalam buai. Macam-macam pesen la kamu ni.

Eh eh! Rajin nye tuan tanah kan. Agak panjang jugak. Maka kita ke penutup lah pulak ye.
Macam biasa, penutup bergambar. Sekeping je pun. Hehe.


Eh Aqeel? haha. Mami kenak.


Haa.. ni la gegel mami nama Aqeela tu. ;-)

Salam.


Thanks for dropping in!;-)

Sunday, February 24, 2013

Eh! dah nak akhir?



Assalamualaikum… dan salam sejahtera. (dah gaya macam nak tulis emel rasmi ler pulak.)

Merujuk kepada tajuk entri di atas. (gitueww)

Saje je buat tajuk saspen macam tu, boleh la attract 1-2 readers yang memang dah bo-layan nk baca tulisan aku ni. Celap-celup-tenggelam-timbul. Saje nak mainkan perasaan orang. Hehe. 

Terpanggil nak menulis sedikit, sebelum berakhirnya Februari. Hehehe. Tu je nawaitu sebenarnya. Januari 2013 ade jugak aku buat entri. So, to be fair dalam Februari pun kena ada entri jgak la kan. Tak cantik la pulak kalau main skip je. Walaupun hakikatnya takde sape2 kesah pun sebenarnya. :p

Nak cakap ape ni? Haha. Tak tahu nak citer ape. Bole?

Meh bercerita pasal puteri-puteri saya. Hehe

Nabiha Aliya

Tahun 2013 Aliya akan masuk 3 tahun menjelang 13 Jun nanti, in shaa Allah. Sekejap sungguh rasa. Aku suka pandang muka anak2, tak kira lah tengah tido ke atau diaorang tengah main. Time tu, flash-back kisah sebelum kejadian mereka. Selepas 3 tahun kahwin, baru keluar si Aliya. Masa 3 tahun menunggu tu, terasa lamaaaa yang amat. Bila Aliya dah nak masuk 3 tahun, sekejapnye masa berlalu, jelas lagi, teringat kisah-kisah pahit-manis bertarung nak lahirkan beliau. ;-). Indah. hehe

Kakak Aliya dah pandai berkata-kata. Erti kata lain, boleh la nk bersembang dalam mode kanak2 dengan dia. Kadang2, aku boleh jadi adik, kakak, cikgu, pelakon (selalunya watak upin ipin la, x yah berangan nak jadi El dalam setia hujung nyawa tu, dia takde nk layan), mami dan dedi also kepada dia. Pendek kata, serba-serbi boleh lah. Hehe. Bila aku tengah duk sembang dengan dedi dia, suka dia sampuk sama. Pastu bila kami tak layan, dia akan tinggikan suara dan ulang ayat sama. Bila kami dah layan dia, kami lak tetiba lost, tak ingat topik ape yang duk sembang tadi. Bila dah lost, so masing2 kembali kepada gadjet masing2. haha

Tantrum. Sangat sinonim dengan Aliya. Kembar yang berpisah kejap2, paling lama 8 saat. (mami over taww). Sesungguhnya menguji iman ibu bapanya. Bila dia berdua je dengan dedi, rasa macam nak calon kan dia Kanak-kanak Paling Sopan dalam Dunia (kalau ade la). Kalau buat perangai sket2, boleh maaf la. Tapi nampak je sebelah mata aku ni, belum tunjuk satu badan ni, bagai ade switch kat badan dia tu, ‘Mode Tantrum di Aktifkan’, lampu Merah menyala. Ne-nong-ne-nong-ne-nong.!! Haaa, macam tu la ibaratnya. Ade saje la akalnya. Orang kata, anak2 ni mmg saje suka nk tarik perhatian mak dia, nak manja. Eeehhh, sudah2 la tariknya Aliya, mami ni tak payah nk tarik2, berat berganda2, tak daya nye tenaga kamu tu. Antara ramai insan mami lah yang selalu berjaya ‘masuk line’ time Aliya duk bergelut sorang diri tu, ntah ape yang dia nak pun kekadang tak tersampai ke akal kami ni. Bercakap time mengamuk, konfem la bahasa melayu jadi bahasa uganda. (ade ke?belasah la). Tetapi selalunya, Aliya ni solution dia adalah SUSU dan TIDUR. ;-). Selamat.

Tahun ni, mungkin dekat2 hujung tahun la, mami nak potty-train Aliya. Kadang dia mintak jgak tak nak pakai pampers, tapi memandangkan mami dia ni tak berapa rajin nak jirus-lap-jirus-lap-jirus-lap 18 kali sehari, maka KIV dulu niat tu buat masa ni. Hehe

Aliya seberat 15kg adalah kanak-kanak yang ade berpuluh pasang selipar/kasut tetapi tak suka berjalan. Ape pesen pun tak tahu lah. Sangat MALAS berjalan. Tambah2 kalau kat tempat ramai orang, konfem nk berdukung. Kalau setakat 5kg tu tahan la lagi. Kami cuba bawak stroller, tapi anak2 kami kurang berminat. Stroller yang satu sangat jarang diguna, tapi kami rajin je bawak ke hulu hilir mengusung angin. Hehe.
Hobi Aliya adalah mengadap iPad sampai pengsan (tido). Hak tu paling obvious la. Celik mata je ‘mami, ane ipad yaa?’. Kadang2, di selangi dengan soalan ‘mami, mane tifon (telefon) yaa?’. Haa… acaner tu, barang orang mengaku sendiri punya? Dalam ipad tu kami dah download banyak citer upin ipin, boboiboy, pada zaman dahulu, barbie. Dia akan layan citer2 tu atau bukak you-tube beratus juta kali. Yang menengok tak jemu2, tapi hak sekeliling tumpang dengar tu rasa macam nak terbelah 18 gegendang telinga ni. Tapi Aliya tak kisah pun. :-(



Eh panjang nye citer Aliya. Dan terpanjang pulak entri aku, daripada takde cerita langsung dah jadi satu novel. Haha. 

Boleh tak kalau aku update pasal si adik dalam next entri. Dah panjang sangat ni, kesian korang dari tadi cari noktah tak jumpe. 

Kalau dalam minggu ni takde jugak entri baru, maknanya kita jumpe Mac lah ye, in shaa Allah. ;-) Hehe.

Salam.
 

Thanks for dropping in!;-)

Wednesday, January 09, 2013

Tuesday, January 08, 2013

Come back. ;-p


Assalamualaikum…

Minggu pertama hampir berakhir di tahun baru 2013. Since ade word ‘pertama’ dan ‘baru’, kiranya aku masih tak terlewat nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada kalian semua.

Biasalahkan, tahun baru ke, rumah baru ke, kete baru ke, baju baru ke, mesti masing2 dah set dalam kepala nak mulakan sesuatu yang baru tu dengan yang best belake, semangat membara2, barang baru derrr, mesti lah sayang.

Macam aku, yang dah lama giler tak de new entri, bila masuk tahun baru, dan ada entri baru, rasa pelik tak nampak sangat kat situ, ramai2 duk pakat update pasal tahun baru, azam baru, maka aku pun selit lah sama.

Kalau ikutkan hati, teringin sangat nk update blog, tp bila taip je delete, taip je delete. Sbb rasa macam, kesinambungan antara entri lepas tu xde. Hehe. Macam tetiba, ‘eh eh pekes syahada update blog, ingatkan blog dah kena jual’ gituewww… padahal sapelah nk kesah kan. Ekekeke

Tahun baru aku bermula dengan kisah yang agak kurang enak. Tapi ianya bukan sesuatu yang perlu dikesali. Telah tertulis jalan cerita itu yang bakal berlaku, maka aku redha.

Waahh...kemain kau syahada, suspended betul. Ehehehe

Akhir Disember 2012, kesihatan anak2 aku tak berapa menggembirakan. Di mulai dengan si adik yang demam. Syukur en suami off-duty time tu, maka urusan penjagaan si kecil agak terkawal. Plus, Aqeela pun senang bekerjasama time makan ubat, kecik lagi kot. Hehe


Lepas 3 hari, Aqeela dah kembali ceria, and i noticed she can sit by herself without support. Maka tokmi pun susun ayat baek punya ‘patut la demam, nk boleh duduk rupanya’. Hehehe. Ye lah tu.

Selang 2 hari, Aqeela pass baton kepada si kakak nye pulak. Hak sulung ni memang bermasalah sket ngan ubat-ubatan, musuh ketat kekdahnya. Tonsil dia datang balik. And the best part is, en suami dah selamat ke laut time ni. Satu perkara yang korang tak tahu pasal suami aku ialah, setiap kali Aliya tak sehat, setiap kali tu lah en suami kat tengah laut. Perancangan Dia blake, nk uji ketahanan mental fizikal maknye dengan kerenah anak yang macam2 tu. Lucky me, dekat dengan ahli keluarga, so senang nak mintak tolong.


3 hari demam, tonsil membesar bagai juara, maka aku kena amik cuti kecemasan di hujung tahun yang mana aku sepatutnya bz di pejabat nak setelkan penutupan sistem yang mana user nak guna bila bukak tahun baru. Kesian bos aku, kena hadap mende tu sorang-sorang.


Aku masuk ofis pada 31/12/2012. Masa tu Aliya dah beransur pulih, tp tak sepenuhnya. Dalam pukul 10 pagi, aku dah menggigil dalam bilik. Balut tubuh ngan pashmina, tutup ekon, tapi masih gigil jugak. Ah sudah. Aliya pass baton kat aku pulak dahh. Tengok skrin monitor pun dah double-vision. Makin lama di tenung skrin tu, telinga dah berdengung2. Dari aku pengsan kat situ, baik aku mintak excuse balik rumah.

Nak drive tak berani, maka mintak tolong abah antar aku balik. Sampai rumah, tokmi aliya sambut aku dengan soalan berbentuk jawapan “hah demam doh ke?”. Aku tak jawap pun, terus landing kat mana2 ruang kosong dalam rumah tu, sambil ‘mengerekok’ pelan2 sebab kesejukan. Tokmi amik comforter terus tutup 98% tubuh aku, kepala je di biar ternganga, sambil duk bebel ‘ah, sudah, abis sume demam. Abah ar ni, sume orang jangkit’ haha. Demam tok abah 2 minggu lepas yang dipersalahkan.

Setengah jam aku duk gigil2, suami call. Mendengar suara aku yang menggigil2 macam orang tak cukup nafas, terkeluar la ayat “abang booking chopper balik arini lah”. Tetiba rasa, ehhhhhh demam dah baikkk lah. Kemain kan Syahada bila laki offer nak balik. Tp tu semua lakonan dalam hati je, lakonan sebenar “eh, xpe lah, karang sha sihat la ni”. Ah sudah lah syahada.

Kul 7 malam en suami selamat sampai, datang kat aku usap kepala aku. (Tetiba rasa macam abam am dan ain hawani) hahahaha. Aku ni jenis sensitip mengada sket time2 sakit. Air mata murah je, 2 baldi singgit. Hehe. Tambah2 kalau laki yang cakna, lagi la mengada tahap nak kena lempang.

Lepas maghrib, kami ke klinik. Tonsil bernanah kekdahnya. Patut la aku nk telan air liur sendiri pun kemain azab. Suhu badan 38.8 degree C. Sibaik doktor tak masuk ubat bontot je. Hahaha. 5-6 jenis ubat aku dapat. Aku ni baik sket je dari Aliya, doktor bagi 6 aku makan la 2 jenis, ok la kan, Aliya tu sume tak makan. Hehehe. Doktor bagi MC, so dapat lah aku rehat kat rumah di bawah jagaan en suami.

Maka, pada 01-01-2013 (Selasa), aku merasmikan tahun baru dengan aktiviti terbaring lemah di atas katil sambil di temani suami dan anak-anak. Suami dah siap2 tulis kat botol ubat yang ni – yang tu pukul brape aku kena makan. Time makan, time ubat, time solat suami akan kejutkan aku, selebihnya membuta. Anak-anak mmg 188% suami handle. Bagus bukan? ;-)

02-01-2013 (Rabu), masih lagi lemah. Kali ni di tambah pulak dengan vertigo aku tu. Dugaan sungguh. Tapi aku tak kesal, sakit itu kan penghapus dosa kecil. Paling tersentuh hati bila suami bagitahu ibu mertua aku (mak dia la) “sha demam sebab jaga anak-anak rul”. Nangisssssssssssssssssssssss.

So, sekarang alhamdulillah, aku dah kembali sehat untuk memulakan tahun baru dengan azam baru, macam korang2 jugak. Azam baru dah ade cuma rasanya tak perlu kot nak senaraikan di sini. Hak tahun lepas pun ade yang di bawak ke hadapan. Hehe.


Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan ku yang jelita semuanya, jomlah kita audit diri masing-masing sebelum melihat orang lain, hidup atas dunia pinjaman ni bukan sekadar main-main, setiap perbuatan tercatat dalam buku amalan yang akan disempurnakan balasannya di akhirat nanti.

Salam….


Thanks for dropping in!;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...