Mesti korang laju je nak baca bila tengok title tu kan? Hehehehe.
Amaran: Cerpan. (cerita panjang)
Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana cara
penerimaan kita itu yang paling utama. Dugaan boleh jadi sesuatu yang manis
untuk disyukuri, namun jika pahit ianya juga untuk disyukuri kerana menjadi
insan terpilih, menunjukkan kita hamba yang disayangi. Muhasabah.
Jam kat desktop tepat 5:12 petang. Moh la pulang punch-card
kat rumah plak. Sambung keje-keje di rumah. Perempuan, kerjanya 24/7 non-stop.
Bohong! ;-)
Menaiki kereta putih milik suami. Enjin dihidupkan. Radio di
pasang, amik mood happy, kot2 hotfm sudi nak alunkan lagu Hanya Aku oleh Hyper
act. Vokalis yang bila bukak mulut mesti nampak lesung pipit. Comel kan kan
kan? Ok, fine Nomad lagi kiut. *Peace*
Gear ‘D’ dan seiring itu tayar bergerak, tanpa menekan pedal
minyak. Melepasi kawasan pejabat yang dipenuhi kereta diparkir kiri dan kanan,
maka aku memilih utk bergerak dengan kelajuan 20km/j. Sehingga tiba di simpang
ke jalan utama, brek di tekan dan kepala terarah ke sisi kanan, memerhati
kereta yang tidak putus2 melewati hadapan aku sebaik sahaja lampu trafik merah
bertukar hijau. Aku tidak mencuba untuk menyelit, malah suka melihat pelbagai ragam
pemandu dan penumpang, sambil2 mencuci mata melihat kelibat kereta mewah dan
pemandunya yang berkaca mata hitam. ;-). Selalu macam tu eh? :p
Sebaik laluan lengang, kaki beralih ke pedal minyak dan aku
menyusur keluar ke laluan utama, mengambil lane kanan dan memandu tenang sambil
jari jemari salleh mengetuk stereng mengikut alunan lagu di radio.
Kelajuan sekitar 50km/j sahaja, sejajar dengan waktu pekerja sektor awam mula
memenuhi laluan jalan. Sibuk. Laju pun nak kemana, kan?
Terlintas untuk membeli sesuatu untuk cicipan di rumah abah.
Mungkin pisang goreng, atau sate ikan sos pedas manis, atau mungkin juga pulut
panggang panas. Mata memandang cermin pandang belakang dan sisi kiri, sebelum
isyarat ke kiri dinyalakan. Berjaya menyelit ke lane kiri dan kereta bergerak
perlahan ke depan sebaik pedal brek ditekan sedikit. Kepala menjengah2 kerana mencari ruang kosong untuk
memarkir. Ternampak ruang yang memuatkan badan siputih, maka stereng di pusing ke kiri dan tiba-tiba BOOOOMMM!!!!
Brek mengejut kerana terkejut. Mata tertumpu ke arah
penunggang motor yang cuba mengelak untuk tidak melanggar tiang lampu di
hadapannya namun gagal untuk mengelak dari melanggar pagar penghadang di laluan
pejalan kaki di luar bangunan pejabat kerajaan. Aku terdiam seketika. Mimpikah
aku? Itu lah yang aku harapkan.
Menarik nafas dalam-dalam, pintu di buka dan keluar untuk
melihat keadaan kereta. Arrrghhhhhhh….. kalau la aku mampu menjerit di situ.
Penunggang motor sebagai A masih di atas motornya, tanpa sedikit menoleh ke
arah aku. Takut? Ke malu?
"tak nampak ke saya bagi signal tadi?"
"kak bagi signal lambat sangat, saya laju, lagipun silau".
Oh ye, cuaca petang itu terang benderang. Cahaya matahari
memanah terik, pedih jika mata tidak dilindung. Tapi suhu tidak panas, aku agak
dalam 25-27 degree c.
Lambat bagi signal? Pertuduhan yang tak berasas. Bukti ada?
Beg tangan di kerusi hadapan kereta di raba rakus, mencari
telefon. Di saat genting macam ni lah, dia nak ajak main hide-and-seek. Saat
jumpa telefon, ‘Allahuakbar, bateri ade 2% sahaja’.
Jari laju menekan kata kunci untuk mengakses telefon. Ikon
ganggang telefon di sentuh, nama suami sebagai ‘Daddy Sayang’ dalam senarai
panggilan semasa berada paling atas, lantas panggilan dibuat kepadanya.
“kete kena langgar”
“hah?! Sha okay?” Sejuk hati isteri tatkala keadaan dirinya
terlebih dahulu di utama.
Kemudian sambung panik.
“sha ok, motor langgar sebelah pintu co-pilot time nak masuk
parking”
“pegi balai buat report”
“ok”.
Aku pandang si A.
“Suami saya suh buat report”
“Cik, tolong lah”. Tiba-tiba kata ganti nama ‘kak’ bertukar
kepada ‘cik’. Apakah cubaan meng-jek di situ.
“Saya bukan orang senang. Saya tak ada lesen, tak ada road
tax. Saya nak pegi beli makanan untuk abang saya. Cik nak tengok rumah saya,
saya boleh tunjuk”.
Arh sudah. Aku ni kalau orang kurang ajar dengan aku, memang
aku balas selayaknya. Tapi kalau selagi tak meninggi suara dengan aku, juga aku
balas selayaknya.
“Awak ni dah tahu tak ade lesen, bawak motor cara macam ni,
bahayakan orang. Kalau saya bawak pegi balai, sah2 awak kena. ”
Pause.
“kejap”
Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ sekali lagi.
“Abang, cakap ngan dia jap”.
Telefon bertukar tangan.
Bla…bla..bla.
“Kak, saya dah bincang dengan suami kak, saya bayar, tapi
ansur2”. Eh eh, ‘kak’ kembali.
“Ok, bagi no phone awak”.
Kemudian, ada panggilan di telefonnya.
Bla…bla..bla….
“Kak, boss saya nak cakap dengan kak”
Eh eh… boleh pulak mcam tu. Kalau shooting drama, agaknya
dah berapa scene kat situ aje kan.
Bla..bla…bla…
“Ok la, boss awak bgtahu nak datang tengok kereta karang. Tp
apa2 hal bagi no phone awak dulu”
Sekali lagi beg tangan aku di raba kasar. Mencari pen dan
kertas. Knape tak salin kat phone je? Kan tadi aku kata ada 2% je bateri, harus
lah dah mati, kang nampak menipu lak cerita aku ni kalau subjek telefon dalam
cerita ni masih berterusan.
Sebenarnya aku dah tahu dalam beg tangan aku tak ada
sebatang pen atau secebis kertas pun. Tapi aku nak jugak cari, konon
mengharapkan keajaiban. Cess.
Finally, jumpe kertas dan pen dalam laci dash-board kereta.
No telefon A dan boss nya aku salin, serta nombor
pendaftaran motor si A.
Sebaik selepas itu, aku beredar dari tempat kejadian. Selera
untuk pisang goreng, sate ikan sos pedas manis dan pulut panggang panas telah
lama hilang.
Ketibaan aku di rumah abah, di sambut Aliya, bercerita
kisahnya yang memakai baju Aqeela. Kalau kakak tak cerita pun, mami dah tahu
sayang.
Masuk ke dalam rumah, mencari plug yang available untuk aku
mengecas telefon.
“Umi, kete ngah kena langgar” sambil berjalan perlahan ke
bilik air, waktu asar telah sejam lebih berlalu.
“Hah!” balas umi. Lantas keluar melihat keadaan kereta.
Sayup-sayup dengar suara umi berkata-kata, yang aku kira tak dengar pun tak
apa. Reaksi orang terkejut selalu nya lebih kurang sama untuk kes-kes macam aku
ni. Kemalangan kecil. Kan?
Usai solat asar. Abah mengambil gambar keadaan kereta dan di
hantar kepada menantunya, suami aku lerrr.
Ok, back to the business.
Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’.
“Boss si A nak datang tengok kereta karang”.
“Ok, bincang baik2”.
The cool-est suami in the world. *Pembaca sekalian, sila
puji suami masing-masing sekarang*
Ketika panggilan di buat, suami sedang menikmati juadah minum
petang pisang goreng cicah kicap bersama teman-teman sekerja. Riuh bunyi latar
perbualan kami.
Suami aku ni buat-buat tak heran
ke ape kereta dia kena langgar?
Barang buruk yang lama usah di kenang.
Usai isyak. Jiwa lebih tenang, berserah. Melayan karenah
anak-anak lebih mendamaikan. Tiba-tiba panggilan masuk. Nama caller tertera
“******” aka si A. (jangan bersangka buruk, aku tak tulis yang tak baik, tp ade
no pendaftaran motornya, sebab itu diganti dengan tanda *). ;-)
“Saya boss “si A”. Boleh saya datang rumah, nak tengok
kereta”.
“Boleh”.
Suami mesti tahu tentang itu, dan suami meminta abah aku
datang untuk temankan aku.
Kebetulan. Mereka datang serentak. Pihak si A dan abah aku.
Si A aku sangka berdua dengan boss nya sahaja. Rupanya 4
orang yang hadir. Serun bila dipikirkan. Nasib baik tak bawak kayu parang dan
sebagainya. Tetapi melihat kelibat abah di situ, aku berlagak cool.
Seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian kemas, rambut rapi
di sikat. Gaya mcam polis jeee.
“Saya wakil dari bahagian trafik” memperkenalkan diri.
Amboiiiiii. Kau bawak polis pulak dahhhhh. Permainan apakah
ini.
Dan lagi sorang, wajah jelas menunjukkan bangsa Cina. “Ini
tauke workshop di ****”. Beritahu boss si A.
Boss si A sebagai B.
B lagaknya cool saje. Umur awal 40-an aku kira. Memulakan
perbincangan dengan mukadimah yang tenang dan tersusun. Ciri-ciri orang
berniaga jelas di situ. Selalunya, orang meniaga ni ramai kenalan dan pelbagai
peringkat. So, jangan hairan kalau dia heret majistret sekali datang rumah aku.
Kalau. Aku kata kalau.
Ade seketika, pegawai trafik mencelah. Dan penyataan nya
seperti menuduh aku yang salah. Konon, di buktikan dengan keadaan hentakan pada
kereta aku itu, dia dapat meneka jarak motor si A dengan kereta aku pada ketika
kejadian berlaku.
Weih sape tak marah weih, sakit hati aku weih. Kena
tuduh kot. Apa lagi, meninggilah suara aku dan pitching lari sedikit.
Kau takde kat tempat kejadian, lepas tu kau cuba buat
andaian dan bgtahu “saya tak sebelah kat mana-mana pihak ye”
tapi jelas-jelas kau cuba bela si A yang kononnya kau banyak pengalaman dgn
kes-kes macam ni dan kau cuba buktikan kau betul dengan teori kau yang seperti
silap mata yang tak jadi.
Kemon la derr, aku tengok kau pun macam adik-adik
lagi, celah mana la pengalaman kau yang banyak tu. Cara kau cakap pun tak firm,
kau ingat aku nak setuju? Sebab kau polis? Salah konsep derrr.
Kot ye pun kau banyak tengok citer CSI macam aku tgok cite
bersiri tu, tapi aku tak delah terpengaruh sangat. Mengisi
masa lapang sambil makan kuaci boleh ar kot. Tak yah la kau pun nak berlagak
mac taylor, tak pun horatio caine. Tetiba, mata kasar kau nampak “eh-eh bulu
kaki di bahagian tayar belakang. Haaa… milik siapakah ini?” Jeng jeng jeng.
Sejenis contoh di situ.
Suasana hangat seketika. Si B mencelah, dengan harapan
mendamaikan keadaan. Berjaya.
Aku buat panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ dan minta berbicara
dengan si B.
Bla..bla..bla…
Lama perbualan mereka. Yang mana telah bersepakat pihak A
dan pihak aku sama-sama menanggung kos pembaikian kerosakan kereta putih
tersebut. Man-to-man talk. Rupanya lebih berisi. Betullah, perempuan ni emosi
berlebihan. ;-). Aku lettew.
Sekian lah kisah kemalangan kecil yang sengaja aku
panjangkan, nak menampakkan thrill. Menjadi ke? Haha.
Jelitawan dan cantik-wan sekalian, berhati-hatilah di jalan
raya. Peka dan fokus ketika memandu, jangan lalai, contohnya terbayangkan sate ikan sos pedas
manis semasa memandu. Sila jangan. Hehe
Bila dah berlaku kemalangan, hakikatnya kedua-dua pihak
terpaksa menanggung kerugian regardless siapa salah dan siapa betul, right?
Selamat memandu. Eh! ;-)
Thanks for dropping in!;-)