Friday, February 28, 2014

Salam Jumaat



Thanks for dropping in!;-)



Wednesday, February 26, 2014

Wordless Wednesday



Aliya (4) - Maisarah (5) - Irdiena (6) - Syazwina (5).

Satu sekolah. Satu kelas. Sepupu-sepapat. Tak sebaya. hehe



Thanks for dropping in!;-)



Thursday, February 20, 2014

Doa Pelembut Hati

Untuk suami dan anak-anak.


Berkongsi itu tandanya sayang. ;-)

Thanks for dropping in!;-)



Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday



Cantik itu subjektif. ;-)

Dr Zubaidi nasihat jangan main bedak. Tapi mami bagi je korang main sebab korang hepi bila main bedak. As long as tak memudaratkan korang. Dah habis nanti mami beli bedak baru ye. ;-)


"Mami, aqeela nak cantik macam yaa ni, boleh tak?"

"Boleh sayang."

Kiut kan? *Larikkkkkkkkkkk* :-p

Thanks for dropping in!;-)

Tuesday, February 18, 2014

Dapur Aku - Tat Keju aka Cheese Tart

Bertemu kembali di dapur Syahada. Rancangan masakan oleh chef selebriti amatur. Kang mengaku masterchef tak pasal-pasal kena bahan ngan Abang Wan kita nanti. Ai takutttt. Hehe

Well, sekarang ni memang mood ber-baking lah orang kata. Kalau orang ganu cakap "bakor kue sokmo". Dalam rumah skang ni, fe-feeling nak raya pun boleh, semerbak bau haruman biskut/kek. Hehe.
Tengah nak rajin ni la nak tunjuk bakat terpendam.

Bila aku buat, aku akan buat dalam volume yang banyak. Lepas tu agih-agih, macam la orang nak kan? Ade aku kisah? Hehe. Aku agih pun kat family aku, kalau kena kutuk tak bes pun, senang aku nak balas balik, haha, kuang ajor.

Dan aku akan buat kuih yang aku suka makan. Kuih yang orang lain suka makan, orang lain buat sendiri lah ye. Maka, kuih yang aku suka makan yang aku ingin kongsikan pada kali ini di Dapur Syahada adalah Tat Keju atau bahasa inggerisnya ialah Cheese Tart. Gituewww...

Resepi. Boleh Gugel. Hak ni aku amik internet. Aku kopipes je dia punya resepi, tapi tak salin pulak empunya tuan nama. Maafkan patik.

Ade la aku ejas sket2, derhaka ngan resepi tak dosa kan? Jangan derhaka ngan mak ayah yee. Piat kang!

Resepi Tat olahan Syahada.

Bahan-bahan kulit tat :
170gm marjerin - aku pernah guna butter, adunan jadi 'penyek' sebab butter lembut sangat kot, crust pun cepat masuk angin. Itu pengalaman aku la, mungkin sebab lain kot, aku tak pasti.
60gm gula aising
1 biji telur Gred B - resepi sebelum ni guna C. Kadang aku buang sket putih telur Gred B, kadang aku tak buang pun
290gm tepung gandum - di ayak
1 sudu kecil esen vanilla

Nota : Kalau boleh, bahan-bahan tu sukat betul2, in shaa Allah gandum memang cukup2, tak lebih tak kurang, adunan tak melekat kat tangan tu ye lah tu.

Cara-cara :


1. Pukul marjerin dan gula. Pukul pakai tangan. (kalau rajin), tp aku rasa ade reason kot pakai tangan. Tapi aku bantai mixer je. Haha. Kalau aku buat 2-3 adunan sekaligus mahu cramp kuku tangan ku. ekeke. Setakat ni aku memang guna mixer. 
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi. Pukul kejap2 je. Asalkan sebati.
3. Masukkan tepung sikit-sikit. Hak ni uli pakai tangan ye, sape pakai kaki jangan lupa basuh kaki bersih-bersih dulu, letak clorox.
4. Uli sampai jadi doh yang lembut.
5. Kalau korang nak terus masuk dalam acuan tat, i mean nk terus bakar dan-dan lepas dah jadi doh tu pun tak pe, tapi kan pengalaman aku la, doh akan jadi macam merekah sket. 
6. Bila dah lama sket, baru dia ok, tak merekah. Tapi aku suggest, utk yang tak sabar la, masuk je dalam peti kejap, dalam 10-15 min, lepas tu korang gomol la doh tu puas-puas.
7. Petua aku amik dari puan Azlita Masam Manis, letak doh tadi dalam beg plastik, masuk peti semalaman, lepas tu baru buat tat.
8. Itulah yang selalu aku buat. Kalau nak cepat, kebetulan anak2 tak kacau, aku bakar je 1/2 adunan, lagi separuh masuk peti sambung esok. Haaa, macam tu kekdahnya.

9. Masa nak picit2 adunan dalam acuan dia tu, korang kena pandai-pandai agak, hak tengah tu jangan tebal sangat, dinding dia tu pun jangan nipis sangat. Mula-mula memang susah sket nak agak kot, nanti bila dah selalu buat, dah boleh agak sendiri ketebalan dia. Kang tak sama, bila bakar nanti separuh tak masak, separuh lagi dan rentung. Haruuuu....

10. Sebelum bakar ade orang suggest cucuk ngan garfu kat tengah2 tu, nak suh pembakaran sekata dan masak sempurna. Hak ni pun aku tak buat. Pernah gak buat, tp pengalaman aku, crust tu jadi cepat masuk angin, haha. So, lepas tu aku dah tak cucuk dah.

11. Kalau oven aku, aku bakar dengan suhu 165 degree C. Selama 12 min. Aku dah beli timer, dari Lazada, 10 hinggit kot kalau tak silap, memang berbaloi, takde lah aku nk tengok jam 8 saat sekali. Ngam-ngam masak kekuningan. Kalau oven korang ikut cara oven korang lah ye. Aku tak nak perang coklat sangat, sebab nanti lepas masuk cheese nak kena bakar lagi, kang tak pasal-pasal legam. ;-)

Bahan-bahan (inti)

1. 250g cream cheese - aku guna anchor cream cheese. Nota: Jangan biar cheese sampai suhu bilik. Lepas 30min keluar dari peti ais, terus putar.
2. 60g butter - aku guna anchor
3. 60g gula aising
4. 1 biji telur gred B
5. 1/2 tsp esen vanilla - kadang aku tak letak pun hehe

1. Blueberry filling secukupnya. Tak reti bajet. hehe

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga lembut.
2. Masukkan butter dan putar lagi. Putar kejap je, sampai sebati.
3. Masukkan gula aising dan putar lagi.
4. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar. Semua putar kejap2 je ye.

Kalau boleh, filling dah siap2 paip dalam crust sebelum cheese siap. Lepas cheese dah sedia terus paip kan dalam tart. Lagi banyak lagi sedap. Lagi banyak lagiiii gebuuuu. Adunan cheese ni kalau letak banyak aku dapat la dalam 55-60 biji, kalau letak skit lebih la lagi kan. Bergantung kepada size kulit tart.

5. Aku bakar pada suhu 160 degree c selama 8-9 minit, jangan lama sangat sebab nanti merekah. Bila nampak macam nak membukit tu, dan korang sentuh cheese tu macam dah tak lembik, time tu boleh la keluarkan. Rehatkan. Kalau cukup masa pembakaran, cheese korang akan nampak berminyak dan gebuu gitu. ;-). Kiut sangat!




Ni crust aku buat. Kalau untuk satu adunan aku boleh dapat dalam 60-65 biji. Selalu tak sampai, sebab lepas dah siap bakar, 3-4 biji dah selamat masuk mulut. Shedappp. Macam makan kuih raya. Ehehe....
Lepas tu masuk bekas kedap udara, nak masuk peti pun takpe, taknak pun takpe. Tapi sebab logik akal aku kata masuk peti boleh tahan lagi lama, maka aku pun masuk peti la senang. Pandai2 la susun dalam peti tu, kang tak muat nak letak koko krunch la, vitagen anak lagi, lauk ikan baung semalam lagi. Haaa, aku lettew. ;-)


Masa ni, aku start terima order sikit-sikit. Skarang pun sikit-sikit jugak. ;-). Tak cantik, sebab tak ade sarang. Masa tu tak terpikir nak beli. Bila dah siap baru la teringat. Biasa la, learn from mistake. Ada macam-macam kaler tu mewakili perisanya. Tapi skang aku buat hak blueberry je, sebab perisa lain macam tak mendapat sambutan. Tekak aku pun tak leh nak terima sangat perisa strawberry dan lemon tu. ekeke. Suami aku lagi la, klu dia request, mesti nak plain cheese, takmo ade perisa. Lain orang lain citarasanya. ;-)




Mencuba lukisan baru. Aku suka jgak menconteng ni. Kalau order sket, bole la nk conteng macam-macam kaler. Korang boleh belek blog Azlita Masam Manis untuk step-step meloret atas cheese ni. Senang wallawehhh. Aku mula2 tak terpikir boleh conteng atas kuih ni, amazed jgak la dengan diri sendiri bila bole melukis atas kuih macam ni. ehehe...



Gebu tak? Chubby tak? Kiut tak? Lempang nak tak syahada? ekekeke


Spot the differences? hehe. Hak ni dah ade sarang. Kan nampak lagi sopan bila berbaju. ;-)


Selamat meng-tart kepada cantik-ayu-sopan-jelita-wan sekalian. ;-)


Thanks for dropping in!;-)


Monday, February 17, 2014

Putar Belit

Entri beremosi.

Entri ni kesinambungan dari entri --> Kena Cium.

Semalam, which is sabtu genap seminggu encik putih 'warded'. Tokey kedai pun dah call bagitahu kereta dah siap. Right after that, encik suami pegi ambil kereta dekat bengkel. Dalam masa yang sama, aku SMS Si A, bagitahu kereta akan ambil hari ni, dan mintak dia sediakan 1/2 bayaran yang telah dijanjikan.

Total burst= RM 4 angka. Since suami add-on polish sekali, so +- total baiki yang pihak aku dan si A kena tanggung ialah RM  4 angka. menjadikan si A kena bayar kepada aku RM 3 angka.

Petang tu, aku sms lagi bagitahu kami dah ade kat rumah, and kereta dah siap, bil dah ada. On my part, aku rasa rimas tau, sebab aku asyik nak kena ingatkan, sedangkan aku dah bagitahu awal tadi. Tapi takde pun respon nak datang tgok bil ke, nak datang bagi duit ke. Aku bengang.
Aku dail, tp suami yang cakap. Haha, sebab biasa la, kalau bagi kat aku yang emosional ni, konfem-konfem kena caru* kan.

Suami bagitahu, si A nak tunggu bos dia, iaitu si B, yang sedang berada di Kedah pada masa tu (katanya lah). Dan mungkin sampai malam. So, suami bgtahu jumpe esok shaja, iaitu Ahad.

Harini, aku jugakkkkkkk yang kena SMS kali ke 18 ratus nak tanya pasal payment tu. Korang nampak macam aku desperate kannnn??? Duit memang aku nak. Tapi dalam masa yang sama, aku nak mengajar tatacara berjanji, yang mana kalau ada ciri-ciri nak mungkir janji memang si anu tu berani kena BOM!

No reply. Aku call. No answer. See???

Selepas 12 min, si A replied. Saya tak perasan call tadi (cliche sangat di situ). Ok la, whatever.
Aku bagitahu, kejap lagi kami (aku dan suami) akan singgah kedai.
Si A bekerja di sebuah kedai runcit milik si B.

Lebih kurang jam 11.40 pagi, kami sampai di kedai milik si B. Suami keluar kereta sambil pesan "sha tunggu dalam kereta". Nampak? haha

Dari dalam kereta, aku tengok riak suami macam tak puas hati masa si A datang jumpe dan ade bagtahu sesuatu pada suami. Aku bukak tingkap dan bertanya. Katanya kena tunggu si B, dan ade problem sket.
Nampak? Nampak permainan diaorang?

After 10mins, si B masih tak nampak bayang. Korang jangan kata 10 min tu sekejap. Bagi aku yang sedang panas hati, 8 saat pun aku rasa macam nak terbakar.
Suami masuk kereta, jelas wajah tak puas hati. "Dia ingat kita sapa nak kena tunggu lama2 gini?"
Haaaa.... jangan cuba-cuba.

Aku kecut sedikit di situ. hehe
Suami u-turn, dan aku takut bertanya. Kurang dari 30 saat, suami park kereta kat sebuah kedai makan, 30 meter dari kedai runcit si B.
And you know what?????

Si B tengah duk melepak dalam kedai tu, aku tengok dengan mata aku sendiri okay!!! Panassss weihhh.

Suami keluar kereta, sambil berpesan seperti pesanan di atas.
Aku nampak si B berjalan ke arah suami sambil pandang aku dalam kereta, dari gerak bibir dia tu aku agak la dia bertanya kenapa aku tak turun sekali.
Masa tu jam aku pukul 11.55 am. Pagi, tapi matahari terik.

Sepanjang 15 min diaorang duk bung-bang-bung-bang. Tangan suami dah macam-macam gaya. Kaler muka kejap merah kejap cool. (Hehe, suami kita kulit cerah tau, bila panas muka dia cepat blushing gituuu. Tapi bila marahhhh, haaaa... no-no-no).

Aku yang kat dalam kereta ni dah makin geram. Pelik betul la, kang dah setuju hari tu nak bayar 50-50, so bayar je lah kan, yang duk sembang macam ada gaya nak perang tu pe kes?
Ni mesti si B tu tengah meng-auta. Well, i did mention kan, si B ni ade skill susun ayat, pandai 'sembang'. Kata peniaga. Tapi tak semua peniaga yeee, hak ni spesis nak untung cepat, tapi nak keje mudah.

Lepas 20 min aku dah makin tak senang duduk. Memang tak boleh jadi, aku kena masuk campur. Meh korang baca dialog aku eh.

Muka takde senyum-senyum macam selalu dah. ececes...

Aku : "Ape cite ni? Nak bincang ape lagi? Kan dah setuju minggu lepas nk bayar 50-50 ".

Korang tahu? Sepanjang patah kata aku keluar dari mulut aku tu, sepanjang tu jugak la si B duk cakap sama. So aku tak tahu dia dengar ke tak apa aku cakap sbb aku tak dengar pun ape yang dia cakap.

Suami pandang aku. "Sha masuk kete, panas ni".

Aku bukan nak kurang ajar, dan aku cakap pun takde la menjerit2 pun, aku nak support suami aku, bukan nak aibkan dia. Aku masih kat situ.

Si B : Sekarang ni, saya nak bg cadangan untuk bayar 2 kali, sebab kesian si A. Kalau saya bayar lumpsum, so saya kena potong gaji dia habis la bulan ni.

Aku : Si A, itu bukan masalah kami. Kami bukan meniaga nak terima ansuran bulanan ni. Awak yang nak campur tangan, kata nak tolong dia (si A), kalau ikutkan hati saya haritu, saya report jeee.

Si B : Skarang ni bukan masalah saya, masalah dia (si A), saya cuma nk tolong.

Aku : Amboiiii, mana boleh cakap gitu. Kalau dah kata nak tolong, secara automatik awak terlibat.

Kemudian aku jelinggggggggggggggg. Ishhh gerammmmmmm.

Aku gerak masuk kereta, sambil sempat bagitahu suami "abang, anak balik sekolah pukul 12.30 ni".

Jam aku time tu, kurang 5 min sebelum Aliya balik sekolah.

Aku masuk kereta. Drama diaorang tak habis lagi. Lepas tu, aku nampak suami bangun, salam dengan si A dan si B. Tapi riak wajah yang tidak menyenangkan, tegang.

Aku nampak beberapa keping note. "Dia bayar separuh dulu." Diam.

Suami kata, terpulang la next month dia nak bayar ke tak. Ehhhhh, mana bolehh. Jangan bimbang, let me do it.


Suami ade la cerita part-part yang sakit hatiiiii sangat.
- nak bayar dengan cek la. eh please la, setakat sa-puluh-ratus tu takkan peniaga macam kau takde cash kat kedai tu. Huh
- si B kata, "kalau tahu nak jadi macam ni, saya suh buat report je malam tu". eh eh, ni cadangan sape sebenar nye? kau jangan nak amnesia lak tetiba.
- suami pun balas la "aku memang nk buat report pun, tapi tak ingat ke, malam tu kau duk rayu-rayu jangan, kesian kat si A. Aku ni, setakat seribu dua bayar kos baiki ni sorang-sorang tak ade hal pun (sedikit berlagak di situ, which aku rasa perlu kot, serangan yang bijak) hahaha


Kesian suami aku. Aku pun malu jgak. Kereta tu aku yang bawak, tapi dia lak yang menanggung. So, aku bantu tang moral la sket-sket kan.

Kita tunggu cerita bulan depan lak. Meh set alarm siap-siap. ehehehehe (gelak halus yang jahat)


Thanks for dropping in!;-)

Friday, February 14, 2014

Holiday




Percutian pertama tahun 2014.

Berlangsung pada 30 Januari sehingga 2 Feb 2014, Johor Bharu. Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Time public holiday macam ni la boleh ambil cuti lama sket. Ambik annual leave 2 hari, campur dengan weekend dan public holiday, dapat la cuti 5 hari. Lama la kan? Kalau nak cuti sebulan, apakata tulis surat resign, bukan setakat sebulan, beratus-ratus bulan lagi. Kalau nak la. ;-)

Percutian ni memang di rancang. Pergi dengan family aku. Awal perancangan, keluarga kecil aku dan adik aku yang no-3 aje. Bila suami war-warkan dalam group wasap ‘Kami Sahaja’ iaitu adik beradik aku and the gang, maka yang lain pun nak ikut sama. Biasa la, tak semudah tu je semua nak ikut, since masing2 dah ade suami/isteri dan berkerjaya lagi. Dua-dua belah pihak kena lah setuju. Hak mana keje shift ke, keje on-call ke, keje cikgu ke, kalau nak ikut sila arrange cuti ikut tarikh yang telah di tetapkan. Siapa ingkar, good-bye. ekekeke.

Lepas tu, berita tu sampai lak kat parents aku. Tokmi teruja. Eh-eh. Masalah awal di kesan ialah pada tarikh 30hb tu adik aku masih sekolah. So, since parents aku nk ikut dan disebabkan faktor adik aku masih sekolah, kami kena buat plan B. Tup-tup sekolah adik aku dpt cuti peristiwa on that date. Maka settle la part sape nak join sape tak nak. Walaupun pada hakikatnya, pada saat-saat akhir, tetiba ada yang macam 50-50 plak dah. Macam-macam.

Tempat penginapan telah disediakan. FOC lagi uols. Hehe, sebab tu kami pilih JB. Kan dah jimat kat situ. Part makan lak tokmi concern sket, katanya takkan nak makan kat kedai aje, maka beria tokmi bawak periuk bagai. Hehe. Takpe, nanti kita tengok brape kali tokmi masuk dapur sepanjang kat sana nanti. Sempat keeee?? Hehehe

Kami gerak ke JB lebih kurang pukul 10 pagi tarikh 30/01/2014. Encik suami baru tiba dari Johor pagi tu dalam pukul 7 lebih kurang, lepas tu nak kena drive ke johor plak. Hehe. Kesian tau. Tapi demi nak menggembirakan ahli keluarganya, ibadah tu, redah jua, asalkan kami happy. 
Untuk breakfast aku sempat goreng aglio olio. Tapi tak sempat makan, maka bersarapan dalam kete aje. Encik suami dah menjeling tengok aku packing sarapan dalam Tupperware siap-siap. Hahaha. Itu kan tu pantang larang encik suami. Sayang kete ke sayang kami bang? :p

Adik aku gerak dari KL tengahari tu. Tapi dia yang sampai dulu.
All the way, aku tido manjang, semalaman tak tido ekpun, ngantuk wooo. Seingat aku, kami benti lunch kat Rompin. Area Leban Condong ke ape ntah nama tempat tu. Tempat tu kira glemer la jugak. Tempat makan en suami and the gang setiap kali ulang alik dari Kuala Berang ke Johor. Kat situ diaorang serve udang galah. Lauk lain pun ade, tp hak specialnya udang galah la. Time kami makan tu takde udang kecil, hak tinggal size A+. Kalau tak silap aku, diaorang grading guna A, A+ macam tu. Besar gabak udang nya, kenyang weihh makan sorang. Makan ngan budu. Budu dia memang terbaik. Hehe. Aku tak amik gambar, sebab Aliya ‘menyanyi’ gembira. Baru bangun tido, mood tak menjadi. 6 ekor udang galah tambah dengan beberapa lauk lain, total burst RM 130. Murah la kot bagi aku, eh ke mahal. Suami pernah jgak beli udang galah mentah bawak balik, RM50 sekilo, murah bagi aku, sbb kalau beli kat sini (Trg) RM60 sekilo. ;-)

Kami sampai JB dalam pukul 6 petang. Muka masing-masing penat, tapi riak gembira tu lagi ketara. Hehe. Marilah kita melayan gambar yang ada. Bosan je tengok tulisan kan? ;-)


 Eh-eh. Muncul cis-tat lak. Malam sebelum tu gigih aku mengetart. Kawan kakak aku yang order. Nak tolak segan la pulak, sebab order ni dah bgtahu lama. Maka aku angkut sekali kakak aku dan batalionnya tido umah aku malam tu. Tolong aku mana-mana yang boleh. Since kakak aku yang tolong, maka cepat la siap. Tapi aku tak tido sampai ke pagi. Barang satu ape pun belum packing. Bawak berjalan anak-anak ni kena prepare awal2, kang last minit ade la itu ini yang tertinggal. Lepas dah siap menge-tart aku layan Ariana Rose jap 3 episod. haha. 3 episode tuuuu. Tak feel. Sebab aku banyak forward mana-mana part yang boring. So, jalan citer pun macam pantas jeee. Haha. Katam 3 episod baru aku start packing barang. ;-)



Ini lah aparment suami aku yang disediakan oleh majikannya. Setiap seorang staf diberikan sebuah apartment. Kot la ada wife yang tak kerja, bole datang duduk sekali. Ada sorang kawan suami yang terlibat dengan bencana banjir di Kemaman hujung tahun lepas, rumahnya terlibat sama. Isteri dan anak-anak dia bawa duduk sekali kat situ sehingga semua urusan selesai.;-)

Sebelum ni, majikannya menyewa kat Grand Bluewave Hotel. Apartment-style jugak, tp satu bilik tido je. Adik aku pernah ikut aku berjalan kat JB masa suami masih kat Bluewave, terpaksa tido duk kat ruang tamu, kesiannn dia. ;-).

Awal Januari 2014, suami request nak pindah Amansari Residence Resort, lucky him masih ade kosong. Apartment ni 2 tingkat, Aqeela suka, boleh main turun naik tangga, ada 3 bilik tido, 3 bilik air, ruang tamu dan mini kitchen. Kalau duduk sini takde servis untuk dobi, maka they provided a washing machine and dryer. Bila dah ramai-ramai stay kat sini, macam tak bercuti pun ye, rasa macam pulang kampung untuk berhari raya. Tokmi dan adik aku siap ber-round2 basuh baju. hehe


Yang penting berendam dulu. Cantik pulak bikini diaorang ni kan? ;-)



Sepanjang 4 hari kat sana, kami sempat masak sekali je. Beria tokmi bawak periuk belanga bagai. Hehe. Kami (aku, suami, umi, abah dan adik aku) pergi pasar dalam bangunan tertutup, bes jgak macam tu, bersih je. Kami gerak dalam kul 9.30 pagi, bila sampai pintu masuk building tu bukak separuh je, lepas tu kete pun tak banyak. Aku pun agak pasar tak bukak, sbb hari tu Jumaat, Johor pun dah isytihar Jumaat cuti. Ditambah pulak dengan hari tu bersamaan dengan Tahun Baru Cina. Walaupun aku rasa macam pelik je bila pasar tak buka, lain la kalau raya puasa. Tapi suami tetap masuk parking, dan kami tetap nak masuk buiding tu. time tu dalam pkul 9.45. Rupanya bila kami masuk je, peniaga baru aje nak start-up. Baru nak bukak kedai, susun-susun barang, ikan, ayam dan yang sewaktu dengannya. Rupanya pasar tu meniaga jam 10.00 pagi. Ingatkan tak meniaga hari tu, sebab kat kampung aku, 6.30 pagi pun dah ade orang membeli, inikan orang meniaga. Hehe


Kat pasar aku beli sayur kailan. Selalu akan goreng dengan ikan masin. Satu bangunan tu la jugak aku cari ikan masin yang selalu aku pakai tu, tapi kalau jumpe yang dalam paket plastik pun ok. Tapi takde. Beria aku nak makan kailan ikan masin, hahaha. Padahal bila2 pun boleh makan, tapi sebab dah terbeli sayur kailan tu, maka nak jugak teruskan hasrat tu. Padahal goreng dengan sos tiram pun sedap. Tapi aku takmo. Ngengade kekdahnya. ;-)

Maka Tesco tempat dituju. Hanya berkehendakkan ikan masin. hahaha. Puas jugak aku keliling mencari kelibat ikan masin tu. Last-last suami jumpe yang ni (gambar di atas). Aku belek kemain sbb tak pernah tengok yang macam tu (jakun). Ikan tenggiri tu dia peram dalam minyak zaitun dan garam. Tapi garam tu beku. Sekali tengok macam mayonis.

Tokmi bagitahu, ikan tenggiri masin dalam botol tudung kaler kuning tu tak jual kat luar dari Terengganu. Produk tu keluaran daerah Marang, so distribute dalam Terengganu je. Ye ye je tokmi tu. hehe



Sepatutnya dalam agenda kami nak pegi main-main air, kat mana2 pun tak kisah. Bila masuk hari ke-3 kat situ, masing-masing tak nak pegi berbasah-basahan pulak. Anak sedara aku pun tak berapa sehat, kecik lagi, so parents nya refuse, lebih kepada nak jalan-jalan dan shopping sahaja.

Tapi, sebab nak jugak bawak Aliya ngan Aqeela berbasahan, maka aku ajak suami mandi kat pool aparment sudah. Lepas breakfast kat hotel pagi tu, kami bersiap nak gi pool. Sekali bila offer sapa-sapa nak ikut, eh-eh semua nak ikut pulak dah. Haha. Ok lah kan, masih jugak berbasahan cuma free of charge sajork. ehehe.

Kami jalan-jalan, window shopping kat Aeon Tebrau City, KSL Mall, sekali lagi aku sampai kat Johor Premium Outlet (JPO). Sakan adik aku shopping, memang berbaloi lah kot bawak dia. Aku cuci mata je, suami sempat gak amik seketul, jeles mak tau. Belah malam suami bawak pegi Pandan up town. Ramai yang amat umat manusia kat situ. Mak pak sibuk nk berjalan, anak-anak sibuk meragam. Haruuuu. Hahaha

Suami kata asam pedas Johor sedap. Selalu dia share gambar dia makan ngan kawan2 dia. Merah pekat kuahnya, takut pulak aku tengok, kang berasap lubang hidup kepedasan. Kami dinner asam pedas di Tepian Tebrau. Sedap jugak, memang merah pekat kuahnya, tapi takde la pedas sangat. Paling sedap puyuh goreng dia kot. haha. Kesedapan melebihi subjek utama. Tapi bagi aku macam mahal jee. Hehe. Sorry ye takde gambar, tok abah aje yang snap-snap malam tu, so ada dalam phone tok abah. 

Acara makan-makan kat Senibong Seafood adalah agenda yang tak boleh skip. Mesti ada. Hehehe. Dalam banyak-banyak deretan kedai, aku pilih nak makan kat Anjung Senibong (rasa dah betul nama tu hehe). Bagi tekak aku sedap kalau nak banding dengan kedai yang pertama dari jalan masuk. Kedai pertama tu memang banyak variasi, kedai cantik, servis cepat, masuk JJCM, artis pun katanya selalu pilih kedai tu, tapi pada aku memang tak kena selera aku. Masing-masing ade pendapat masing-masing kan kan kan. ;-)


Kami bergerak menggunakan satu kenderaan sahaja. Kereta Hyundai Starex with 11 seaters. Muat untuk kami 8 dewasa dan 3 kanak-kanak. Family kakak aku tak join naik. Kalau join muat je, kot. hehe.
Bukan kereta kami ye, ni kereta majikan suami beri utk staf ulang alik dari apartment ke tempat keje. Awalnya aku suh pilih Toyota Alphard, gedik mengada-ngada. Tapi suami kata, Alphard dah 'nyek' (read lasak, ye kot), tahu-tahu ajelah kalau dah kereta pinjam, kalau kereta sendiri masing-masing reti pulak jaga. Nyamuk hinggap pun marah. Over. Since Starex ni kete baru, suami amik yang ni. Kan senang gerak satu kete, kalau sesat pun ramai-ramai. Hehe ;-)


Pic ni saje-saje tayang. Nak menunjuk shawl yang aku pakai tu. Besh!! Suka arh. Besar dan lembut. Pin, belit dan selit jarum. Lepas tu x yah risau dah dia nk gerak macamana pun, sbb material chiffon ni ringan. Since its chiffon, harus la jarang kan, so kena la pakai inner tutup leher, takpun kalau pandai selit memang tak nampak la batang leher tu. Cantik kan? kan kan? Bukan aku lerrr, shawl tuuu. :p
Shawl from JubahSouq. Instagram: @jubahsouq. ;-) 
Lokasi shooting : Aeon Tebrau City Carpark :p


Hari terakhir kami. Kami turun breakfast ramai-ramai. Hak kecik semua kena bangun mandi awal dan makan pagi. Nak gerak awal dan nak sampai awal. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Family kakak aku masih nak pusing2 bandar Johor. Abah nak hantar adik aku balik asrama. Adik aku terus balik KL.

Bila nak bercuti dengan keluarga ni, kena susun agenda baik-baik. Kena rangkum semua peringkat, dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi. Baru smooth and steady. ehehehe.


Thanks for dropping in!;-)

Thursday, February 13, 2014

Tazkirah Khamis ;-)





Sumber oleh mr gugel.


Iltiqa' sakinain. Apabila tanwim bertemu dengan hamzah wasal. Tidak boleh di-idghamkan which is itulah yg selalu aku buat. 😓

Astaghfirullahalazim.


Learning is never ending proses.✌️

Thanks for dropping in!;-)


Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday


Nabiha Aliya. Ikan kembung masak lemak. Ikan selayang goreng. 3 kali tambah nasi. Lepas tu mintak susu sebab nak tido. "Yaa ngantuk ni, esok skolah". 


Thanks for dropping in!;-)


Tuesday, February 11, 2014

Kena cium

Mesti korang laju je nak baca bila tengok title tu kan? Hehehehe.

Amaran: Cerpan. (cerita panjang)



Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana cara penerimaan kita itu yang paling utama. Dugaan boleh jadi sesuatu yang manis untuk disyukuri, namun jika pahit ianya juga untuk disyukuri kerana menjadi insan terpilih, menunjukkan kita hamba yang disayangi. Muhasabah.

Jam kat desktop tepat 5:12 petang. Moh la pulang punch-card kat rumah plak. Sambung keje-keje di rumah. Perempuan, kerjanya 24/7 non-stop. Bohong! ;-)

Menaiki kereta putih milik suami. Enjin dihidupkan. Radio di pasang, amik mood happy, kot2 hotfm sudi nak alunkan lagu Hanya Aku oleh Hyper act. Vokalis yang bila bukak mulut mesti nampak lesung pipit. Comel kan kan kan? Ok, fine Nomad lagi kiut. *Peace*

Gear ‘D’ dan seiring itu tayar bergerak, tanpa menekan pedal minyak. Melepasi kawasan pejabat yang dipenuhi kereta diparkir kiri dan kanan, maka aku memilih utk bergerak dengan kelajuan 20km/j. Sehingga tiba di simpang ke jalan utama, brek di tekan dan kepala terarah ke sisi kanan, memerhati kereta yang tidak putus2 melewati hadapan aku sebaik sahaja lampu trafik merah bertukar hijau. Aku tidak mencuba untuk menyelit, malah suka melihat pelbagai ragam pemandu dan penumpang, sambil2 mencuci mata melihat kelibat kereta mewah dan pemandunya yang berkaca mata hitam. ;-). Selalu macam tu eh? :p

Sebaik laluan lengang, kaki beralih ke pedal minyak dan aku menyusur keluar ke laluan utama, mengambil lane kanan dan memandu tenang sambil jari jemari salleh mengetuk stereng mengikut alunan lagu di radio. Kelajuan sekitar 50km/j sahaja, sejajar dengan waktu pekerja sektor awam mula memenuhi laluan jalan. Sibuk. Laju pun nak kemana, kan?

Terlintas untuk membeli sesuatu untuk cicipan di rumah abah. Mungkin pisang goreng, atau sate ikan sos pedas manis, atau mungkin juga pulut panggang panas. Mata memandang cermin pandang belakang dan sisi kiri, sebelum isyarat ke kiri dinyalakan. Berjaya menyelit ke lane kiri dan kereta bergerak perlahan ke depan sebaik pedal brek ditekan sedikit. Kepala menjengah2 kerana mencari ruang kosong untuk memarkir. Ternampak ruang yang memuatkan badan siputih, maka stereng di pusing ke kiri dan tiba-tiba BOOOOMMM!!!!

Brek mengejut kerana terkejut. Mata tertumpu ke arah penunggang motor yang cuba mengelak untuk tidak melanggar tiang lampu di hadapannya namun gagal untuk mengelak dari melanggar pagar penghadang di laluan pejalan kaki di luar bangunan pejabat kerajaan. Aku terdiam seketika. Mimpikah aku? Itu lah yang aku harapkan.

Menarik nafas dalam-dalam, pintu di buka dan keluar untuk melihat keadaan kereta. Arrrghhhhhhh….. kalau la aku mampu menjerit di situ. Penunggang motor sebagai A masih di atas motornya, tanpa sedikit menoleh ke arah aku. Takut? Ke malu?

"tak nampak ke saya bagi signal tadi?"
"kak bagi signal lambat sangat, saya laju, lagipun silau".

Oh ye, cuaca petang itu terang benderang. Cahaya matahari memanah terik, pedih jika mata tidak dilindung. Tapi suhu tidak panas, aku agak dalam 25-27 degree c.
Lambat bagi signal? Pertuduhan yang tak berasas. Bukti ada?
Beg tangan di kerusi hadapan kereta di raba rakus, mencari telefon. Di saat genting macam ni lah, dia nak ajak main hide-and-seek. Saat jumpa telefon, ‘Allahuakbar, bateri ade 2% sahaja’.
Jari laju menekan kata kunci untuk mengakses telefon. Ikon ganggang telefon di sentuh, nama suami sebagai ‘Daddy Sayang’ dalam senarai panggilan semasa berada paling atas, lantas panggilan dibuat kepadanya.
kete kena langgar
hah?! Sha okay?” Sejuk hati isteri tatkala keadaan dirinya terlebih dahulu di utama.
Kemudian sambung panik.
sha ok, motor langgar sebelah pintu co-pilot time nak masuk parking
pegi balai buat report
ok”.
Aku pandang si A.
Suami saya suh buat report
Cik, tolong lah”. Tiba-tiba kata ganti nama ‘kak’ bertukar kepada ‘cik’. Apakah cubaan meng-jek di situ.
Saya bukan orang senang. Saya tak ada lesen, tak ada road tax. Saya nak pegi beli makanan untuk abang saya. Cik nak tengok rumah saya, saya boleh tunjuk”.
Arh sudah. Aku ni kalau orang kurang ajar dengan aku, memang aku balas selayaknya. Tapi kalau selagi tak meninggi suara dengan aku, juga aku balas selayaknya.
Awak ni dah tahu tak ade lesen, bawak motor cara macam ni, bahayakan orang. Kalau saya bawak pegi balai, sah2 awak kena.
Pause.
kejap
Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ sekali lagi.
Abang, cakap ngan dia jap”.
Telefon bertukar tangan.
Bla…bla..bla.
Kak, saya dah bincang dengan suami kak, saya bayar, tapi ansur2”. Eh eh, ‘kak’ kembali.
Ok, bagi no phone awak”.
Kemudian, ada panggilan di telefonnya.
Bla…bla..bla….
Kak, boss saya nak cakap dengan kak
Eh eh… boleh pulak mcam tu. Kalau shooting drama, agaknya dah berapa scene kat situ aje kan.
Bla..bla…bla…
Ok la, boss awak bgtahu nak datang tengok kereta karang. Tp apa2 hal bagi no phone awak dulu

Sekali lagi beg tangan aku di raba kasar. Mencari pen dan kertas. Knape tak salin kat phone je? Kan tadi aku kata ada 2% je bateri, harus lah dah mati, kang nampak menipu lak cerita aku ni kalau subjek telefon dalam cerita ni masih berterusan.

Sebenarnya aku dah tahu dalam beg tangan aku tak ada sebatang pen atau secebis kertas pun. Tapi aku nak jugak cari, konon mengharapkan keajaiban. Cess.
Finally, jumpe kertas dan pen dalam laci dash-board kereta.
No telefon A dan boss nya aku salin, serta nombor pendaftaran motor si A.
Sebaik selepas itu, aku beredar dari tempat kejadian. Selera untuk pisang goreng, sate ikan sos pedas manis dan pulut panggang panas telah lama hilang.

Ketibaan aku di rumah abah, di sambut Aliya, bercerita kisahnya yang memakai baju Aqeela. Kalau kakak tak cerita pun, mami dah tahu sayang.
Masuk ke dalam rumah, mencari plug yang available untuk aku mengecas telefon.

Umi, kete ngah kena langgar” sambil berjalan perlahan ke bilik air, waktu asar telah sejam lebih berlalu.
Hah!” balas umi. Lantas keluar melihat keadaan kereta. Sayup-sayup dengar suara umi berkata-kata, yang aku kira tak dengar pun tak apa. Reaksi orang terkejut selalu nya lebih kurang sama untuk kes-kes macam aku ni. Kemalangan kecil. Kan?

Usai solat asar. Abah mengambil gambar keadaan kereta dan di hantar kepada menantunya, suami aku lerrr.

Ok, back to the business.

Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’.

Boss si A nak datang tengok kereta karang”.
Ok, bincang baik2”.

The cool-est suami in the world. *Pembaca sekalian, sila puji suami masing-masing sekarang*
Ketika panggilan di buat, suami sedang menikmati juadah minum petang pisang goreng cicah kicap bersama teman-teman sekerja. Riuh bunyi latar perbualan kami.
Suami aku ni buat-buat tak heran ke ape kereta dia kena langgar?


Barang buruk yang lama usah di kenang.
Usai isyak. Jiwa lebih tenang, berserah. Melayan karenah anak-anak lebih mendamaikan. Tiba-tiba panggilan masuk. Nama caller tertera “******” aka si A. (jangan bersangka buruk, aku tak tulis yang tak baik, tp ade no pendaftaran motornya, sebab itu diganti dengan tanda *). ;-)

Saya boss “si A”. Boleh saya datang rumah, nak tengok kereta”.
Boleh”.
Suami mesti tahu tentang itu, dan suami meminta abah aku datang untuk temankan aku.
Kebetulan. Mereka datang serentak. Pihak si A dan abah aku.
Si A aku sangka berdua dengan boss nya sahaja. Rupanya 4 orang yang hadir. Serun bila dipikirkan. Nasib baik tak bawak kayu parang dan sebagainya. Tetapi melihat kelibat abah di situ, aku berlagak cool.
Seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian kemas, rambut rapi di sikat. Gaya mcam polis jeee.

Saya wakil dari bahagian trafik” memperkenalkan diri.
Amboiiiiii. Kau bawak polis pulak dahhhhh. Permainan apakah ini.
Dan lagi sorang, wajah jelas menunjukkan bangsa Cina. “Ini tauke workshop di ****”. Beritahu boss si A.
Boss si A sebagai B.
B lagaknya cool saje. Umur awal 40-an aku kira. Memulakan perbincangan dengan mukadimah yang tenang dan tersusun. Ciri-ciri orang berniaga jelas di situ. Selalunya, orang meniaga ni ramai kenalan dan pelbagai peringkat. So, jangan hairan kalau dia heret majistret sekali datang rumah aku. Kalau. Aku kata kalau.

Ade seketika, pegawai trafik mencelah. Dan penyataan nya seperti menuduh aku yang salah. Konon, di buktikan dengan keadaan hentakan pada kereta aku itu, dia dapat meneka jarak motor si A dengan kereta aku pada ketika kejadian berlaku.

Weih sape tak marah weih, sakit hati aku weih. Kena tuduh kot. Apa lagi, meninggilah suara aku dan pitching lari sedikit.

Kau takde kat tempat kejadian, lepas tu kau cuba buat andaian dan bgtahu “saya tak sebelah kat mana-mana pihak ye” tapi jelas-jelas kau cuba bela si A yang kononnya kau banyak pengalaman dgn kes-kes macam ni dan kau cuba buktikan kau betul dengan teori kau yang seperti silap mata yang tak jadi.

Kemon la derr, aku tengok kau pun macam adik-adik lagi, celah mana la pengalaman kau yang banyak tu. Cara kau cakap pun tak firm, kau ingat aku nak setuju? Sebab kau polis? Salah konsep derrr.


Kot ye pun kau banyak tengok citer CSI macam aku tgok cite bersiri tu, tapi aku tak delah terpengaruh sangat. Mengisi masa lapang sambil makan kuaci boleh ar kot. Tak yah la kau pun nak berlagak mac taylor, tak pun horatio caine. Tetiba, mata kasar kau nampak “eh-eh bulu kaki di bahagian tayar belakang. Haaa… milik siapakah ini?” Jeng jeng jeng. Sejenis contoh di situ.


Suasana hangat seketika. Si B mencelah, dengan harapan mendamaikan keadaan. Berjaya.
Aku buat panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ dan minta berbicara dengan si B.
Bla..bla..bla…
Lama perbualan mereka. Yang mana telah bersepakat pihak A dan pihak aku sama-sama menanggung kos pembaikian kerosakan kereta putih tersebut. Man-to-man talk. Rupanya lebih berisi. Betullah, perempuan ni emosi berlebihan. ;-). Aku lettew.


Sekian lah kisah kemalangan kecil yang sengaja aku panjangkan, nak menampakkan thrill. Menjadi ke? Haha.

Jelitawan dan cantik-wan sekalian, berhati-hatilah di jalan raya. Peka dan fokus ketika memandu, jangan lalai,  contohnya terbayangkan sate ikan sos pedas manis semasa memandu. Sila jangan. Hehe
Bila dah berlaku kemalangan, hakikatnya kedua-dua pihak terpaksa menanggung kerugian regardless siapa salah dan siapa betul, right?

Selamat memandu. Eh! ;-)
 

Thanks for dropping in!;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...