Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Putar Belit

Entri beremosi.

Entri ni kesinambungan dari entri --> Kena Cium.

Semalam, which is sabtu genap seminggu encik putih 'warded'. Tokey kedai pun dah call bagitahu kereta dah siap. Right after that, encik suami pegi ambil kereta dekat bengkel. Dalam masa yang sama, aku SMS Si A, bagitahu kereta akan ambil hari ni, dan mintak dia sediakan 1/2 bayaran yang telah dijanjikan.

Total burst= RM 4 angka. Since suami add-on polish sekali, so +- total baiki yang pihak aku dan si A kena tanggung ialah RM  4 angka. menjadikan si A kena bayar kepada aku RM 3 angka.

Petang tu, aku sms lagi bagitahu kami dah ade kat rumah, and kereta dah siap, bil dah ada. On my part, aku rasa rimas tau, sebab aku asyik nak kena ingatkan, sedangkan aku dah bagitahu awal tadi. Tapi takde pun respon nak datang tgok bil ke, nak datang bagi duit ke. Aku bengang.
Aku dail, tp suami yang cakap. Haha, sebab biasa la, kalau bagi kat aku yang emosional ni, konfem-konfem kena caru* kan.

Suami bagitahu, si A nak tunggu bos dia, iaitu si B, yang sedang berada di Kedah pada masa tu (katanya lah). Dan mungkin sampai malam. So, suami bgtahu jumpe esok shaja, iaitu Ahad.

Harini, aku jugakkkkkkk yang kena SMS kali ke 18 ratus nak tanya pasal payment tu. Korang nampak macam aku desperate kannnn??? Duit memang aku nak. Tapi dalam masa yang sama, aku nak mengajar tatacara berjanji, yang mana kalau ada ciri-ciri nak mungkir janji memang si anu tu berani kena BOM!

No reply. Aku call. No answer. See???

Selepas 12 min, si A replied. Saya tak perasan call tadi (cliche sangat di situ). Ok la, whatever.
Aku bagitahu, kejap lagi kami (aku dan suami) akan singgah kedai.
Si A bekerja di sebuah kedai runcit milik si B.

Lebih kurang jam 11.40 pagi, kami sampai di kedai milik si B. Suami keluar kereta sambil pesan "sha tunggu dalam kereta". Nampak? haha

Dari dalam kereta, aku tengok riak suami macam tak puas hati masa si A datang jumpe dan ade bagtahu sesuatu pada suami. Aku bukak tingkap dan bertanya. Katanya kena tunggu si B, dan ade problem sket.
Nampak? Nampak permainan diaorang?

After 10mins, si B masih tak nampak bayang. Korang jangan kata 10 min tu sekejap. Bagi aku yang sedang panas hati, 8 saat pun aku rasa macam nak terbakar.
Suami masuk kereta, jelas wajah tak puas hati. "Dia ingat kita sapa nak kena tunggu lama2 gini?"
Haaaa.... jangan cuba-cuba.

Aku kecut sedikit di situ. hehe
Suami u-turn, dan aku takut bertanya. Kurang dari 30 saat, suami park kereta kat sebuah kedai makan, 30 meter dari kedai runcit si B.
And you know what?????

Si B tengah duk melepak dalam kedai tu, aku tengok dengan mata aku sendiri okay!!! Panassss weihhh.

Suami keluar kereta, sambil berpesan seperti pesanan di atas.
Aku nampak si B berjalan ke arah suami sambil pandang aku dalam kereta, dari gerak bibir dia tu aku agak la dia bertanya kenapa aku tak turun sekali.
Masa tu jam aku pukul 11.55 am. Pagi, tapi matahari terik.

Sepanjang 15 min diaorang duk bung-bang-bung-bang. Tangan suami dah macam-macam gaya. Kaler muka kejap merah kejap cool. (Hehe, suami kita kulit cerah tau, bila panas muka dia cepat blushing gituuu. Tapi bila marahhhh, haaaa... no-no-no).

Aku yang kat dalam kereta ni dah makin geram. Pelik betul la, kang dah setuju hari tu nak bayar 50-50, so bayar je lah kan, yang duk sembang macam ada gaya nak perang tu pe kes?
Ni mesti si B tu tengah meng-auta. Well, i did mention kan, si B ni ade skill susun ayat, pandai 'sembang'. Kata peniaga. Tapi tak semua peniaga yeee, hak ni spesis nak untung cepat, tapi nak keje mudah.

Lepas 20 min aku dah makin tak senang duduk. Memang tak boleh jadi, aku kena masuk campur. Meh korang baca dialog aku eh.

Muka takde senyum-senyum macam selalu dah. ececes...

Aku : "Ape cite ni? Nak bincang ape lagi? Kan dah setuju minggu lepas nk bayar 50-50 ".

Korang tahu? Sepanjang patah kata aku keluar dari mulut aku tu, sepanjang tu jugak la si B duk cakap sama. So aku tak tahu dia dengar ke tak apa aku cakap sbb aku tak dengar pun ape yang dia cakap.

Suami pandang aku. "Sha masuk kete, panas ni".

Aku bukan nak kurang ajar, dan aku cakap pun takde la menjerit2 pun, aku nak support suami aku, bukan nak aibkan dia. Aku masih kat situ.

Si B : Sekarang ni, saya nak bg cadangan untuk bayar 2 kali, sebab kesian si A. Kalau saya bayar lumpsum, so saya kena potong gaji dia habis la bulan ni.

Aku : Si A, itu bukan masalah kami. Kami bukan meniaga nak terima ansuran bulanan ni. Awak yang nak campur tangan, kata nak tolong dia (si A), kalau ikutkan hati saya haritu, saya report jeee.

Si B : Skarang ni bukan masalah saya, masalah dia (si A), saya cuma nk tolong.

Aku : Amboiiii, mana boleh cakap gitu. Kalau dah kata nak tolong, secara automatik awak terlibat.

Kemudian aku jelinggggggggggggggg. Ishhh gerammmmmmm.

Aku gerak masuk kereta, sambil sempat bagitahu suami "abang, anak balik sekolah pukul 12.30 ni".

Jam aku time tu, kurang 5 min sebelum Aliya balik sekolah.

Aku masuk kereta. Drama diaorang tak habis lagi. Lepas tu, aku nampak suami bangun, salam dengan si A dan si B. Tapi riak wajah yang tidak menyenangkan, tegang.

Aku nampak beberapa keping note. "Dia bayar separuh dulu." Diam.

Suami kata, terpulang la next month dia nak bayar ke tak. Ehhhhh, mana bolehh. Jangan bimbang, let me do it.


Suami ade la cerita part-part yang sakit hatiiiii sangat.
- nak bayar dengan cek la. eh please la, setakat sa-puluh-ratus tu takkan peniaga macam kau takde cash kat kedai tu. Huh
- si B kata, "kalau tahu nak jadi macam ni, saya suh buat report je malam tu". eh eh, ni cadangan sape sebenar nye? kau jangan nak amnesia lak tetiba.
- suami pun balas la "aku memang nk buat report pun, tapi tak ingat ke, malam tu kau duk rayu-rayu jangan, kesian kat si A. Aku ni, setakat seribu dua bayar kos baiki ni sorang-sorang tak ade hal pun (sedikit berlagak di situ, which aku rasa perlu kot, serangan yang bijak) hahaha


Kesian suami aku. Aku pun malu jgak. Kereta tu aku yang bawak, tapi dia lak yang menanggung. So, aku bantu tang moral la sket-sket kan.

Kita tunggu cerita bulan depan lak. Meh set alarm siap-siap. ehehehehe (gelak halus yang jahat)


Thanks for dropping in!;-)

Friday, November 04, 2011

Salam Jumaat

Salam Jumaat semua.

Aliya sedang enak di ulit mimpi, so aku amik kesempatan ni utk bermesra dengan cinta hati. Kekok jgak berblog guna ipad ni, function agak limited. Huhuhu

Cadangnya aku nk baking harini, gigih semalam cari resepi kek, berkobar2 nk beli brang buat kek lepas balik kerja smalam, tapi.... Xpe lah, xde rezeki la tuh aku nk buat kek utk aidiladha tahun ni, redha. ;-)

Maka harini aku lepak2 sahaja di rumah. Esok nk pegi tengok kawan aku dapat baby baru pun rasanya x kesampaian. Maybe next time.
Mencari ketenangan dirumah sahaja untuk 4 hari ni. Malas nk kemana-mana. Duk umah parents aku, main masak2 untuk raya haji ni bes jugak, since adik aku pun ade balik. Lagi meriah.
But sorry, xde red velvet untuk kamu yeee...

Ok lah, ingin ke kedai mencari bahan2 utk masak, kesian Aliya, minum susu je sebelum tido. Nanti mommy masak sup ayam ye.

See ya'.






Thanks for dropping in!;-)

Saturday, October 22, 2011

Love and Appreciate

Mari kita berpuitis di hari minggu. Terbaca dekat facebook tadi, macam menarik, so nak share kat sini lah. ;-)





mode : menghitung hari yang tinggal beberapa puluh jam je lagi sebelum dapat menatap wajah si dia. Aduhai...bersabar la Syahada.



maaf lah ye kawan2 ku yang cantik jelita semuanya, inilah kekdahnya bila menjadi isteri/ibu tinggal untuk 3 minggu. Kalau 2 minggu mana ade korang pernah jumpe aku karat2 macam ni kannn..... so korang pun bawak lah bersabar jugak yeee.... peace \/. hehehe ;-)



Thanks for dropping in!;-)



Sunday, August 14, 2011

i feel uneasy

I felt very tired, low energy, and a lot bloated.
I get really tired in the afternoon.
I just feel weird and i dun like this feeling, indeed!
:(( 


 mr google's

InsyaAllah......





Tuesday, July 26, 2011

Bila kerusi bertukar *ontot :p

Entri syiok sendiri. *mode : kerinduan*

Korang hadap je lah ye. hehe

Asben baru je tinggal seminggu, aku rasa dah macam 8 tahun. *pinjam ayat time bercinta dulu2*




Pic ni dah lama, masa tu Aliya belum keluar lagi, tp dah sarat dah. Kalau tak silap, time ni weekend, aku datang sbb nk kemaskan bilik aku. Sebab masa tu ofis aku tengah beria nak dapatkan sijil 5S. So, sebelum cuti berpantang, aku kemas la sikit mana patut, xde la kejam ngat tinggal bilik macam tongkang pecah lepas tu buat2 muka simpati mintak tolong orang kemaskan sambil kuar ayat "Sha x larat ni, x nampak ke perut besar ni". 
Alasan yang bersepah2 :p


Rupanya, aku masuk ofis lepas cuti berpantang 3 bulan, masih macam tu jugak la 5s kat ofis aku ni.  :p


Asben yang menyayangi aku sepenuh hati jiwa dan raganya *huraian tambahan :p*, yang banyak tolong aku kemas. So, sebagai upah aku bagi dia BERLAGAK macam bos jap, tengah duk review paper work yang staf dia (aku) taip. 
Ayat marah " Ni kenapa ejaan SAYANG jadi SAYING??"
Erk!! paper work CCTV ade word "SAYANG". 
Sebab dia bos, anggukkan sahaja. :p


Dah banyak kali jugak la en asben ni jadi peneman setia setiap kali kena stay-back kat ofis, walaupun sampai kul 1 pagi. 
Tp sejak dah ade anak ni, sharp 5 o'clock, cau cin cau! Zaasss!!! Xde nye aku BAIK HATI nk stay-back bagai. hehehehehe

Salam... 

"Cepat lah pulang sayang........."

Saturday, March 12, 2011

im home ;-)

Aku sepatutnya berada di Manjung selama 3 hari.
Tp sbb program settle before 12 on 2nd day kat Manjung tu, so we decided nk balik hari tu jugak.
I'm the HAPPIESTTTTTTTTT. ;-)

Can't wait to see her, my little angel.
It's definitely exciting to see her after that kind of wait.
 I found it unbearable to be apart.
It was 2 days ONLY but it felt like forever that I didn't see her.
 
By the time sampai umah at 11 pm, aku tgok dia dah tido, sayu je.
Nangisssssssss...:((


pssst:
Takmo dah outstation!!!!
 
 
Salam....

Sunday, February 27, 2011

dah mula dah....

Bila dah cuti lama ngat, mula la cik/puan/tuan 'M' tu datang berteman.
Dari smalam lagi, MALAS giler nk datang keje.

Eee.shuh! shuh!
Keje menimbun ni.

Moral : Keje biar ikhlas, gaji pun berkat.
Baiklah.

Salam...

Wednesday, January 12, 2011

sad-ness ~ sorrow ~ depressed


titles tell everything!

:((

Tuesday, December 28, 2010

huh!

Hampir 5 jam aku duk mengadap sql navigator ni.
Kenapa???
Sbb HUMAN ERROR yang dah 800 kali bgtahu, setiap kali buat keje, sila semak dulu. Jangan duk menonong, buta2 buat keje, sambil mulut duk pot-pet-pot-pet citer pasal emas belian bagai.
Lepas dah "eh, ala...silap, x ingat nk klik.cane ni.... call sha je la".

Perbualan bermula.
"Helo sha, tadi masa key-in bla bla bla....klik sini bla bla bla... lepas tu bla bla bla... x ingat tadi..."
aku diam je, sbb aku nk tunggu ayat last.
.
.
.
.
"Sha, nk buat gane ni?"
Haaaa....tu diaaa!!!
Soklan tu sebenarnya bila di translate ikut bahasa ibunda nenek moyang ko bermaksud
"Sha, sha tolong buat eh. Lepas sha dh betulkan, sha bgtahu eh"
Eeeeeeeeeeee............................................

Naik menyampah aku duk betulkan keje manusia yang langsung x rasa bersalah untuk ulang lagi salah yang sama.
Naik juling mata aku duk tgok pangkalan data ni.
Kalau sket xpe la, ni beratus2 'table'. Haissshhhh.........

Aku ni satu hal. Nak marah x berani, nanti katanya x hormat.
Kalau tegur kang, dia kata aku memandai lak.
Macam2 mana pun, aku gak yang tetap kena setel.

Nasib baik siap. Huh!


Moral :
Sila jadi seorang yang 'bekeng' baru la orang takut nk ulang silap yang sama.
Ye ke takut???


Salam..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...