Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Putar Belit

Entri beremosi.

Entri ni kesinambungan dari entri --> Kena Cium.

Semalam, which is sabtu genap seminggu encik putih 'warded'. Tokey kedai pun dah call bagitahu kereta dah siap. Right after that, encik suami pegi ambil kereta dekat bengkel. Dalam masa yang sama, aku SMS Si A, bagitahu kereta akan ambil hari ni, dan mintak dia sediakan 1/2 bayaran yang telah dijanjikan.

Total burst= RM 4 angka. Since suami add-on polish sekali, so +- total baiki yang pihak aku dan si A kena tanggung ialah RM  4 angka. menjadikan si A kena bayar kepada aku RM 3 angka.

Petang tu, aku sms lagi bagitahu kami dah ade kat rumah, and kereta dah siap, bil dah ada. On my part, aku rasa rimas tau, sebab aku asyik nak kena ingatkan, sedangkan aku dah bagitahu awal tadi. Tapi takde pun respon nak datang tgok bil ke, nak datang bagi duit ke. Aku bengang.
Aku dail, tp suami yang cakap. Haha, sebab biasa la, kalau bagi kat aku yang emosional ni, konfem-konfem kena caru* kan.

Suami bagitahu, si A nak tunggu bos dia, iaitu si B, yang sedang berada di Kedah pada masa tu (katanya lah). Dan mungkin sampai malam. So, suami bgtahu jumpe esok shaja, iaitu Ahad.

Harini, aku jugakkkkkkk yang kena SMS kali ke 18 ratus nak tanya pasal payment tu. Korang nampak macam aku desperate kannnn??? Duit memang aku nak. Tapi dalam masa yang sama, aku nak mengajar tatacara berjanji, yang mana kalau ada ciri-ciri nak mungkir janji memang si anu tu berani kena BOM!

No reply. Aku call. No answer. See???

Selepas 12 min, si A replied. Saya tak perasan call tadi (cliche sangat di situ). Ok la, whatever.
Aku bagitahu, kejap lagi kami (aku dan suami) akan singgah kedai.
Si A bekerja di sebuah kedai runcit milik si B.

Lebih kurang jam 11.40 pagi, kami sampai di kedai milik si B. Suami keluar kereta sambil pesan "sha tunggu dalam kereta". Nampak? haha

Dari dalam kereta, aku tengok riak suami macam tak puas hati masa si A datang jumpe dan ade bagtahu sesuatu pada suami. Aku bukak tingkap dan bertanya. Katanya kena tunggu si B, dan ade problem sket.
Nampak? Nampak permainan diaorang?

After 10mins, si B masih tak nampak bayang. Korang jangan kata 10 min tu sekejap. Bagi aku yang sedang panas hati, 8 saat pun aku rasa macam nak terbakar.
Suami masuk kereta, jelas wajah tak puas hati. "Dia ingat kita sapa nak kena tunggu lama2 gini?"
Haaaa.... jangan cuba-cuba.

Aku kecut sedikit di situ. hehe
Suami u-turn, dan aku takut bertanya. Kurang dari 30 saat, suami park kereta kat sebuah kedai makan, 30 meter dari kedai runcit si B.
And you know what?????

Si B tengah duk melepak dalam kedai tu, aku tengok dengan mata aku sendiri okay!!! Panassss weihhh.

Suami keluar kereta, sambil berpesan seperti pesanan di atas.
Aku nampak si B berjalan ke arah suami sambil pandang aku dalam kereta, dari gerak bibir dia tu aku agak la dia bertanya kenapa aku tak turun sekali.
Masa tu jam aku pukul 11.55 am. Pagi, tapi matahari terik.

Sepanjang 15 min diaorang duk bung-bang-bung-bang. Tangan suami dah macam-macam gaya. Kaler muka kejap merah kejap cool. (Hehe, suami kita kulit cerah tau, bila panas muka dia cepat blushing gituuu. Tapi bila marahhhh, haaaa... no-no-no).

Aku yang kat dalam kereta ni dah makin geram. Pelik betul la, kang dah setuju hari tu nak bayar 50-50, so bayar je lah kan, yang duk sembang macam ada gaya nak perang tu pe kes?
Ni mesti si B tu tengah meng-auta. Well, i did mention kan, si B ni ade skill susun ayat, pandai 'sembang'. Kata peniaga. Tapi tak semua peniaga yeee, hak ni spesis nak untung cepat, tapi nak keje mudah.

Lepas 20 min aku dah makin tak senang duduk. Memang tak boleh jadi, aku kena masuk campur. Meh korang baca dialog aku eh.

Muka takde senyum-senyum macam selalu dah. ececes...

Aku : "Ape cite ni? Nak bincang ape lagi? Kan dah setuju minggu lepas nk bayar 50-50 ".

Korang tahu? Sepanjang patah kata aku keluar dari mulut aku tu, sepanjang tu jugak la si B duk cakap sama. So aku tak tahu dia dengar ke tak apa aku cakap sbb aku tak dengar pun ape yang dia cakap.

Suami pandang aku. "Sha masuk kete, panas ni".

Aku bukan nak kurang ajar, dan aku cakap pun takde la menjerit2 pun, aku nak support suami aku, bukan nak aibkan dia. Aku masih kat situ.

Si B : Sekarang ni, saya nak bg cadangan untuk bayar 2 kali, sebab kesian si A. Kalau saya bayar lumpsum, so saya kena potong gaji dia habis la bulan ni.

Aku : Si A, itu bukan masalah kami. Kami bukan meniaga nak terima ansuran bulanan ni. Awak yang nak campur tangan, kata nak tolong dia (si A), kalau ikutkan hati saya haritu, saya report jeee.

Si B : Skarang ni bukan masalah saya, masalah dia (si A), saya cuma nk tolong.

Aku : Amboiiii, mana boleh cakap gitu. Kalau dah kata nak tolong, secara automatik awak terlibat.

Kemudian aku jelinggggggggggggggg. Ishhh gerammmmmmm.

Aku gerak masuk kereta, sambil sempat bagitahu suami "abang, anak balik sekolah pukul 12.30 ni".

Jam aku time tu, kurang 5 min sebelum Aliya balik sekolah.

Aku masuk kereta. Drama diaorang tak habis lagi. Lepas tu, aku nampak suami bangun, salam dengan si A dan si B. Tapi riak wajah yang tidak menyenangkan, tegang.

Aku nampak beberapa keping note. "Dia bayar separuh dulu." Diam.

Suami kata, terpulang la next month dia nak bayar ke tak. Ehhhhh, mana bolehh. Jangan bimbang, let me do it.


Suami ade la cerita part-part yang sakit hatiiiii sangat.
- nak bayar dengan cek la. eh please la, setakat sa-puluh-ratus tu takkan peniaga macam kau takde cash kat kedai tu. Huh
- si B kata, "kalau tahu nak jadi macam ni, saya suh buat report je malam tu". eh eh, ni cadangan sape sebenar nye? kau jangan nak amnesia lak tetiba.
- suami pun balas la "aku memang nk buat report pun, tapi tak ingat ke, malam tu kau duk rayu-rayu jangan, kesian kat si A. Aku ni, setakat seribu dua bayar kos baiki ni sorang-sorang tak ade hal pun (sedikit berlagak di situ, which aku rasa perlu kot, serangan yang bijak) hahaha


Kesian suami aku. Aku pun malu jgak. Kereta tu aku yang bawak, tapi dia lak yang menanggung. So, aku bantu tang moral la sket-sket kan.

Kita tunggu cerita bulan depan lak. Meh set alarm siap-siap. ehehehehe (gelak halus yang jahat)


Thanks for dropping in!;-)

Tuesday, February 11, 2014

Kena cium

Mesti korang laju je nak baca bila tengok title tu kan? Hehehehe.

Amaran: Cerpan. (cerita panjang)



Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana cara penerimaan kita itu yang paling utama. Dugaan boleh jadi sesuatu yang manis untuk disyukuri, namun jika pahit ianya juga untuk disyukuri kerana menjadi insan terpilih, menunjukkan kita hamba yang disayangi. Muhasabah.

Jam kat desktop tepat 5:12 petang. Moh la pulang punch-card kat rumah plak. Sambung keje-keje di rumah. Perempuan, kerjanya 24/7 non-stop. Bohong! ;-)

Menaiki kereta putih milik suami. Enjin dihidupkan. Radio di pasang, amik mood happy, kot2 hotfm sudi nak alunkan lagu Hanya Aku oleh Hyper act. Vokalis yang bila bukak mulut mesti nampak lesung pipit. Comel kan kan kan? Ok, fine Nomad lagi kiut. *Peace*

Gear ‘D’ dan seiring itu tayar bergerak, tanpa menekan pedal minyak. Melepasi kawasan pejabat yang dipenuhi kereta diparkir kiri dan kanan, maka aku memilih utk bergerak dengan kelajuan 20km/j. Sehingga tiba di simpang ke jalan utama, brek di tekan dan kepala terarah ke sisi kanan, memerhati kereta yang tidak putus2 melewati hadapan aku sebaik sahaja lampu trafik merah bertukar hijau. Aku tidak mencuba untuk menyelit, malah suka melihat pelbagai ragam pemandu dan penumpang, sambil2 mencuci mata melihat kelibat kereta mewah dan pemandunya yang berkaca mata hitam. ;-). Selalu macam tu eh? :p

Sebaik laluan lengang, kaki beralih ke pedal minyak dan aku menyusur keluar ke laluan utama, mengambil lane kanan dan memandu tenang sambil jari jemari salleh mengetuk stereng mengikut alunan lagu di radio. Kelajuan sekitar 50km/j sahaja, sejajar dengan waktu pekerja sektor awam mula memenuhi laluan jalan. Sibuk. Laju pun nak kemana, kan?

Terlintas untuk membeli sesuatu untuk cicipan di rumah abah. Mungkin pisang goreng, atau sate ikan sos pedas manis, atau mungkin juga pulut panggang panas. Mata memandang cermin pandang belakang dan sisi kiri, sebelum isyarat ke kiri dinyalakan. Berjaya menyelit ke lane kiri dan kereta bergerak perlahan ke depan sebaik pedal brek ditekan sedikit. Kepala menjengah2 kerana mencari ruang kosong untuk memarkir. Ternampak ruang yang memuatkan badan siputih, maka stereng di pusing ke kiri dan tiba-tiba BOOOOMMM!!!!

Brek mengejut kerana terkejut. Mata tertumpu ke arah penunggang motor yang cuba mengelak untuk tidak melanggar tiang lampu di hadapannya namun gagal untuk mengelak dari melanggar pagar penghadang di laluan pejalan kaki di luar bangunan pejabat kerajaan. Aku terdiam seketika. Mimpikah aku? Itu lah yang aku harapkan.

Menarik nafas dalam-dalam, pintu di buka dan keluar untuk melihat keadaan kereta. Arrrghhhhhhh….. kalau la aku mampu menjerit di situ. Penunggang motor sebagai A masih di atas motornya, tanpa sedikit menoleh ke arah aku. Takut? Ke malu?

"tak nampak ke saya bagi signal tadi?"
"kak bagi signal lambat sangat, saya laju, lagipun silau".

Oh ye, cuaca petang itu terang benderang. Cahaya matahari memanah terik, pedih jika mata tidak dilindung. Tapi suhu tidak panas, aku agak dalam 25-27 degree c.
Lambat bagi signal? Pertuduhan yang tak berasas. Bukti ada?
Beg tangan di kerusi hadapan kereta di raba rakus, mencari telefon. Di saat genting macam ni lah, dia nak ajak main hide-and-seek. Saat jumpa telefon, ‘Allahuakbar, bateri ade 2% sahaja’.
Jari laju menekan kata kunci untuk mengakses telefon. Ikon ganggang telefon di sentuh, nama suami sebagai ‘Daddy Sayang’ dalam senarai panggilan semasa berada paling atas, lantas panggilan dibuat kepadanya.
kete kena langgar
hah?! Sha okay?” Sejuk hati isteri tatkala keadaan dirinya terlebih dahulu di utama.
Kemudian sambung panik.
sha ok, motor langgar sebelah pintu co-pilot time nak masuk parking
pegi balai buat report
ok”.
Aku pandang si A.
Suami saya suh buat report
Cik, tolong lah”. Tiba-tiba kata ganti nama ‘kak’ bertukar kepada ‘cik’. Apakah cubaan meng-jek di situ.
Saya bukan orang senang. Saya tak ada lesen, tak ada road tax. Saya nak pegi beli makanan untuk abang saya. Cik nak tengok rumah saya, saya boleh tunjuk”.
Arh sudah. Aku ni kalau orang kurang ajar dengan aku, memang aku balas selayaknya. Tapi kalau selagi tak meninggi suara dengan aku, juga aku balas selayaknya.
Awak ni dah tahu tak ade lesen, bawak motor cara macam ni, bahayakan orang. Kalau saya bawak pegi balai, sah2 awak kena.
Pause.
kejap
Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ sekali lagi.
Abang, cakap ngan dia jap”.
Telefon bertukar tangan.
Bla…bla..bla.
Kak, saya dah bincang dengan suami kak, saya bayar, tapi ansur2”. Eh eh, ‘kak’ kembali.
Ok, bagi no phone awak”.
Kemudian, ada panggilan di telefonnya.
Bla…bla..bla….
Kak, boss saya nak cakap dengan kak
Eh eh… boleh pulak mcam tu. Kalau shooting drama, agaknya dah berapa scene kat situ aje kan.
Bla..bla…bla…
Ok la, boss awak bgtahu nak datang tengok kereta karang. Tp apa2 hal bagi no phone awak dulu

Sekali lagi beg tangan aku di raba kasar. Mencari pen dan kertas. Knape tak salin kat phone je? Kan tadi aku kata ada 2% je bateri, harus lah dah mati, kang nampak menipu lak cerita aku ni kalau subjek telefon dalam cerita ni masih berterusan.

Sebenarnya aku dah tahu dalam beg tangan aku tak ada sebatang pen atau secebis kertas pun. Tapi aku nak jugak cari, konon mengharapkan keajaiban. Cess.
Finally, jumpe kertas dan pen dalam laci dash-board kereta.
No telefon A dan boss nya aku salin, serta nombor pendaftaran motor si A.
Sebaik selepas itu, aku beredar dari tempat kejadian. Selera untuk pisang goreng, sate ikan sos pedas manis dan pulut panggang panas telah lama hilang.

Ketibaan aku di rumah abah, di sambut Aliya, bercerita kisahnya yang memakai baju Aqeela. Kalau kakak tak cerita pun, mami dah tahu sayang.
Masuk ke dalam rumah, mencari plug yang available untuk aku mengecas telefon.

Umi, kete ngah kena langgar” sambil berjalan perlahan ke bilik air, waktu asar telah sejam lebih berlalu.
Hah!” balas umi. Lantas keluar melihat keadaan kereta. Sayup-sayup dengar suara umi berkata-kata, yang aku kira tak dengar pun tak apa. Reaksi orang terkejut selalu nya lebih kurang sama untuk kes-kes macam aku ni. Kemalangan kecil. Kan?

Usai solat asar. Abah mengambil gambar keadaan kereta dan di hantar kepada menantunya, suami aku lerrr.

Ok, back to the business.

Panggilan kepada ‘Daddy Sayang’.

Boss si A nak datang tengok kereta karang”.
Ok, bincang baik2”.

The cool-est suami in the world. *Pembaca sekalian, sila puji suami masing-masing sekarang*
Ketika panggilan di buat, suami sedang menikmati juadah minum petang pisang goreng cicah kicap bersama teman-teman sekerja. Riuh bunyi latar perbualan kami.
Suami aku ni buat-buat tak heran ke ape kereta dia kena langgar?


Barang buruk yang lama usah di kenang.
Usai isyak. Jiwa lebih tenang, berserah. Melayan karenah anak-anak lebih mendamaikan. Tiba-tiba panggilan masuk. Nama caller tertera “******” aka si A. (jangan bersangka buruk, aku tak tulis yang tak baik, tp ade no pendaftaran motornya, sebab itu diganti dengan tanda *). ;-)

Saya boss “si A”. Boleh saya datang rumah, nak tengok kereta”.
Boleh”.
Suami mesti tahu tentang itu, dan suami meminta abah aku datang untuk temankan aku.
Kebetulan. Mereka datang serentak. Pihak si A dan abah aku.
Si A aku sangka berdua dengan boss nya sahaja. Rupanya 4 orang yang hadir. Serun bila dipikirkan. Nasib baik tak bawak kayu parang dan sebagainya. Tetapi melihat kelibat abah di situ, aku berlagak cool.
Seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian kemas, rambut rapi di sikat. Gaya mcam polis jeee.

Saya wakil dari bahagian trafik” memperkenalkan diri.
Amboiiiiii. Kau bawak polis pulak dahhhhh. Permainan apakah ini.
Dan lagi sorang, wajah jelas menunjukkan bangsa Cina. “Ini tauke workshop di ****”. Beritahu boss si A.
Boss si A sebagai B.
B lagaknya cool saje. Umur awal 40-an aku kira. Memulakan perbincangan dengan mukadimah yang tenang dan tersusun. Ciri-ciri orang berniaga jelas di situ. Selalunya, orang meniaga ni ramai kenalan dan pelbagai peringkat. So, jangan hairan kalau dia heret majistret sekali datang rumah aku. Kalau. Aku kata kalau.

Ade seketika, pegawai trafik mencelah. Dan penyataan nya seperti menuduh aku yang salah. Konon, di buktikan dengan keadaan hentakan pada kereta aku itu, dia dapat meneka jarak motor si A dengan kereta aku pada ketika kejadian berlaku.

Weih sape tak marah weih, sakit hati aku weih. Kena tuduh kot. Apa lagi, meninggilah suara aku dan pitching lari sedikit.

Kau takde kat tempat kejadian, lepas tu kau cuba buat andaian dan bgtahu “saya tak sebelah kat mana-mana pihak ye” tapi jelas-jelas kau cuba bela si A yang kononnya kau banyak pengalaman dgn kes-kes macam ni dan kau cuba buktikan kau betul dengan teori kau yang seperti silap mata yang tak jadi.

Kemon la derr, aku tengok kau pun macam adik-adik lagi, celah mana la pengalaman kau yang banyak tu. Cara kau cakap pun tak firm, kau ingat aku nak setuju? Sebab kau polis? Salah konsep derrr.


Kot ye pun kau banyak tengok citer CSI macam aku tgok cite bersiri tu, tapi aku tak delah terpengaruh sangat. Mengisi masa lapang sambil makan kuaci boleh ar kot. Tak yah la kau pun nak berlagak mac taylor, tak pun horatio caine. Tetiba, mata kasar kau nampak “eh-eh bulu kaki di bahagian tayar belakang. Haaa… milik siapakah ini?” Jeng jeng jeng. Sejenis contoh di situ.


Suasana hangat seketika. Si B mencelah, dengan harapan mendamaikan keadaan. Berjaya.
Aku buat panggilan kepada ‘Daddy Sayang’ dan minta berbicara dengan si B.
Bla..bla..bla…
Lama perbualan mereka. Yang mana telah bersepakat pihak A dan pihak aku sama-sama menanggung kos pembaikian kerosakan kereta putih tersebut. Man-to-man talk. Rupanya lebih berisi. Betullah, perempuan ni emosi berlebihan. ;-). Aku lettew.


Sekian lah kisah kemalangan kecil yang sengaja aku panjangkan, nak menampakkan thrill. Menjadi ke? Haha.

Jelitawan dan cantik-wan sekalian, berhati-hatilah di jalan raya. Peka dan fokus ketika memandu, jangan lalai,  contohnya terbayangkan sate ikan sos pedas manis semasa memandu. Sila jangan. Hehe
Bila dah berlaku kemalangan, hakikatnya kedua-dua pihak terpaksa menanggung kerugian regardless siapa salah dan siapa betul, right?

Selamat memandu. Eh! ;-)
 

Thanks for dropping in!;-)

Sunday, November 13, 2011

Peristiwa sedih berulang

Masih ingat dengan entry Pemergian Mu Sudah Ada Penggantinya? Entry aku post 31 May 2011, belum sampai pun 5 bulan. Kalau tak caya cuba korang kira sendiri. Iyeeeee.....percaya lah.

Kali ni aku terpaksa post lagi sekali entry yang hampir 99% peratus adalah sama dengan entry berkenaan.

Kejadian : Kacamata ku di patahkan oleh anak aku, Nabiha Aliya binti Shahrul Azlan.
Tarikh : 11.11.2011 ( what a nice date but sad story sob..sob..sob)
Masa : antara jam 2-3 petang
Lokasi : home sweet home, Taman Permint Permata.

Aliya tengah tido, dah lama dh dia tido sbenarnya, aku pun yg duk baring2 sebelah dia terasa seperti dijangkiti virus mengantuk, x sedar pun bilamasa aku tertido. Tetiba aku dengar, "acihhh". Aku cam mamai2, aku tgok aliya hulur spek kat aku. Itulah yang selalu dia buat kalau dia jumpe spek aku kt mana2, mmg dia bg aku utk aku simpan, dia xkan buat main sbb aku mesti marah dia klu dia main. So, aku amik je, lepas tu sambung tido balik.
Mungkin aliya anggap aku bagi dia main, sbb aku amik dan aku pegang je, aku x simpan. Aku memang x sedar bila dia amik balik spek tu dr tangan aku, sumpah mengantuk. Cuma aku dikejutkan dgan panggilan "miii..miii...", banyak kali okay, tp aku dengar cam sayup2 je, mata aku yang celik sipi2 ni tetiba jd terbelalak terus bila aku tengok kacamata aku dh jadi 2 bahagian, satu bahagian kat tangan kanan dan satu lagi kat tangan kiri aliya. Menjerittt aku time tu jugak, di sahut ngan tangisan Aliya, kuat giler okay!! Dia terkejut sebab aku menjerit kot.
Lepas tu aku terus kira hayat spek aku sejak dr tarikh aku beli. Oh! Sekali lagi macam nak menjerit, tp dalam hati je, kang pengsan terus anak aku nanti.

2 minit lepas tu asben call. Eh2! Mcam terdengar2 jeritan batin hatiku ini. Beria2 aku citer, ade sedikit tokok tambah la kat dalam citer, tp last2 bgtahu hak sebenar gak, sekali aku dpt ni " ha! tu ar, dok simpan molek".
Kadang2 harus kot tipu supaya x kena marah, kan kan? *ajaran sesat, jangan ikut*

Lepas tu, mungkin asben simpati ngan nada sedih yang dibuat2 tu, ehehehe... Lantas mengeluarkan surat arahan "esok gi buat hak baru".
Kalau ade depan mata pasti aku gomol2 salam tanda ucapan terima kasih. Ehehehe....







Bukti spek ku yang terbelah bagai pinang di belah 2 bersama dengan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pinang tersebut. Grrrrr....






Di kedai kacamata feveret aku. Lee Hin optical, sebelah kedai dia ni kedai Pang optical, adik beradik je 2 kedai ni. Klu stock xde kat kedai A boleh cari kat kedai B and vice versa. Eh! Terpromote pulak dah.






Tolong pilih lah tu konon, buat2 baik. Boleh caye ke ni dah insaf???






Yeay!! Spek mommy dah siap! Suka-suka-suka. ;-)


Kepada Aliya, lepas ni jangan sentuh spek mommy okay!

Kepada Daddy Aliya, big thanks, big hugs as well and not to forget big kisses *big kisses? ah! whatever* muah!muah!muah! Ehehehehe


Salam......



auto-published.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, November 10, 2011

Tidak jakun lagi ;-)

Walaupun aku adalah kakitangan IT, namun tidak bermakna aku adalah kakitangan yang up to date ngan segala teknologi IT yang sentiasa berubah2 setiap 8 saat tu. Mana nak sempattt weeiihhh, kalau nk kejar semua mende, nk kena tahu semua mende, agak2 aku sendiri nk bernafas sedut oksigen pun x sempat. Kadang2 tak sempat nk khatam satu bab, dah kuar bab lain. Belajar sekerat2 ni mmg kurang berhasil la keberkesanannya. Contoh terdekat yang ade kaitan ngan aku dan korang2 juga, microsoft office. Klu ikutkan hak version 2003 pun aku x bape nak mahir, pastu kat ofis dh install hak 2007, bila order pc/laptop baru mari lagi paling latest hak 2010 lak. Mmg la xde beza mana pun, biasanya upgrade interface je, nak suh nampak lagi cun dan sofistikated! Kononnya laaaa.... Hehehe

Ape yang aku nk cuba sampaikan ialah tentang jakunnya aku ngan laman sosial 'twitter.com'. Mmg la dh lama tahu tp tak pernah nk amik tahu. *Macam la satu kesalahan klu tak amik tahu"... Hehehehe
So, sekarang aku dah ade acc twitter. Hahahahaha poyo je kan.
Orang lain dh berkurun ade, aku baru lah terhegeh2. Follower pun baru 4 kerat, ngeh ngeh ngeh
Orang yang mengajar aku mengenal erti Twitter adalah puan As. Terima kasih as kerana menjadikan sha daripada jakun kepada 1/2 jakun *masih belum expert guna twitter* . ngeh ngeh ngeh

My POV, kat twitter aku cam bebas nk 'meroyan', sukahati aku nk cakap ape, tp xde lah sampai tahap mencarut bagai kan. Tp sekarang kena tukar mode sopan santun sket, sbb teman sehidup semati pun dh sign-up twitter. hehehehe

So, sape2 hak ade twitter tu, meh2 aku follow. ;-)

Biasa lah aku ni, mende baru je excited kemain. Kang x sampai setengah bulan, password twitter pun dh x ingat, banyak sangat password nk kena ingat, start dari bukak laptop sampai la nk buat bill payment online. Macam2 password. 

Untuk security, password2 untuk urusan online yang melibatkan privacy, financial kena selalu tukar, xleh duk guna password yang sama, BAHAYA. Itu mmg ade dalam silibus masa belajar dulu. hehehe

Happy twittering yeeee... :-p



ihsan : google

Salam....


- Posted using BlogPress from my iPad


Wednesday, November 09, 2011

Bertukar!

Ape yang bertukar ni??? 

Kakak aku duk perli2 aku asyik duk recycle bekas eskrim magnolia tu buat simpan ayam/itik/ikan/daging/udang/sotong dalam peti tu, pastu peti bersepah, kalau Aliya masuk pun aku sendiri tak perasan.
Tepuk dahi!!

Maka aku yang tercabar dengan kritikan2 tak bes tu *poyo*, maka aku pun menukarkan bekas2 eskrim magnolia tu kepada bekas yang lebih elok, ce teka, ce teka apekah? hehehehehe

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tara!!!! Tupperware in the house!! hehehehe.... memasang niat tu pernah la, tp tak terlaksana, sbb aku rasa macam "ish! membazir la beli tupperware ni semata nk letak barang mentah sume tu".
Tapi skrang rungutan tu dah bertukar "eh, elok lagi ayam aku ni eh, walaupun dh dekat 8 minggu *over* dalam peti ais ni".... pastu laki pun puji, "kemas je bila susun2 dalam bekas tupperware ni".... Gituuueewww....ehehehehe


Abaikan model half-naked yang x berbayar tuh. Aku amik 2 set tupperware + 2 bekas yang dapat dengan harga 40++ sahaja jika membuat pembelian rm300 ke atas. Bersemangat tau!!

Sebelum pergi ke kedai tu, aku dah survey dalam catalog. So, buat masa ni, cukup la 2 set ni dulu. Nanti leh tambah pelan2. Sonok sbb dapat harga ahli, diskaun 20%. Bukan aku yang ahli, aku guna kad sepupu aku, dia mmg peminat tegar tupperware, kalau pegi umah dia, ade satu lemari (read gerobok) yang penuh ngan bekas2 tupperware yang belum pakai. Kadang2 sbb terlalu banyak, xde tempat nk letak, maka dia jadikan sebagai hadiah bila attend majlis kahwin.

Lepas ni mesti nk tengok catalog tupperware aje. ehehehehe....
Tapi pesanan untuk diri sendiri
"berbelanja biar lah berpada2, ukur baju di badan suami". ekekekekeke


Salam....



Thanks for dropping in!;-)


auto-published.

Jom sarap! ;-)


 Bekalan aku adalah nasi goreng merah dan telur mata. Ohhhh!!!! Mabeles... ;-)

Korang dh sarap?? :-p


Salam....

Thanks for dropping in!;-)


Tuesday, November 08, 2011

Soffiya


 Pic adalah sumber dari google.

Oh tidak ku sangka begitu rupanya ending drama cinta yang aku duk hadap hari2. A bit disappointed me la sbb seboleh2 aku nk Ilyas ngan Soffi.
Kira pengarah ni tricky jugak la,sbb issue anak Fiona yang dikatakan bukan benih dari Ilyas akhirnya membuktikan bahawa Fiona ni sebenarnya xde la kejam giler kat Ilyas, tp bab dia duakan Ilyas tu tetap satu kesalahan besar.

Citer ni mmg hepi ending, tp tak terkesan sangat di hati ni sbb tak mengikut jalan citer hak aku nak. Ekekekekeke

Esok dah start drama air mata terbaru lak, Tentang Dhia. Of course la kena follow kaaan, adiputra ngan nora danish, aku minat korang okay!

Selamat menonton lah yeee bakal2 peminat citer melayu sekalian.;-)


Salam.....


Thanks for dropping in ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

Malang tidak berbau :-(

Kalau berbau, agak2 bau dia cane eh? ekekeke

Kisah sedih yang berlaku kepada aku semasa hari kejadian en asben hadiahkan aku 'cinta hati' tu.
Kelam kabut ngan semek sepet tu duk lari2 tidak setempat, asyik nak main naik turun escalator, sampaikan aku tak pasti masa bila jam tangan yg juga pemberian suami masa bufday aku yang ke-26 terjatuh/tercicir/dicuri/dirompak (over)/ diragut dan lain-lain yang sama maksud. Aku sayang, suka, minat sangat ngan jam tu. Tak pernah lekang dari tangan kiri aku ni, kadang2 tangan kanan jugak. Aku JARANG sangat bukak jam tu, boleh kata 24/7 duk melekat kat tangan ni, aku mmg suka tengok jam, kadang2 selang 5 saat sekali (melampau), tp itulah kenyataan, bila dh xde rasa mcam janggal sangat2.

Rasa bersalah kat asben x yah citer la, masa hilang tu aku x bgtahu terus, aku cari2 jugak dalam bilik tempat kami menginap tu, time dia xde kat bilik, abis sume tilam2 aku punggah letak bawah semata2 nk cari jam aku tu, Aliya pelik tengok mommy dah macam 'weng' time tu. Sayang jam tuuuuu!!!!
Siyes, ralat sangatttt. Ni kes sebab excited melampau sbb dapat 'cinta hati' kot. 

Bila dah give-up, mmg sah hilang time shopping kat east cost mall, aku sangat yakin! Maka beranikan diri bagitahu asben.
Well, asben aku mmg 'kewl' babe! 
"Padan la hilang pun, 3 tahun dah jam tu, ke nk jam lain pulok?"
See? See?
Sumpah aku xde niat macam tu pun walaupun aku tahu aku mmg dilahirkan materialistik. kuang kuang kuang.
Tapi xde lah saje2 hilangkan jam semata nk beli jam baru. Sumpah tidak!!! 

Mungkin betul la orang kata, teori yang selalu aku dengar, kalau kita terlampau takut, dalam kes aku ni, takut nk bgtahu asben jam aku hilang, pada hakikat sebenarnya di belah pihak asben aku xde ape2 pun, aku je yang syiok sendiri,terlebih takut, padahal asben rilek jeee... 
So, lepas ni kalau ade mende nk bgtahu asben ke, boss ke, mak mertua ke, korang kena get ready ngan perasaan takut yang melampau2, ala2 yang syiok sendiri tu, konfem manusia yang korang nk face tu sangat 'kewl'.... macam asben aku. ngeh ngeh ngeh

Maka, smalam, asbenku yang sangat pemurah itu bercadang nk bawak aku ke kedai jam kegemaran nye. Katanya, dari zaman dia sekolah lagi, kalau nk beli jam mmg kesitu lah, dan sebelum ni pun mmg aku selalu ikut dia ke kedai tu tiap kali dia nk beli,repair jam ke, tukar bateri ke, ptong tali jam ke, di situ lah tempatnya.
Agak old-skul, tp kira established la kan klu dh sampai skrang masih mampu bertahan. 


Di sini lah penempatannya, Jalan Banggol, area Kampung Cina. Bangunan dia mmg bangunan lama, walaupun dah nama Bandaraya Pesisir Air, bangunan2 kat Kampung Cina ni masih dikekalkan untuk tujuan menarik pelancong luar di samping mengekalkan ciri2 atau struktur bangunan lama dimasa awal penubuhannya.Konon2 kukuh la kan, sampai sekarang tak roboh. :p



Ini adalah pilihan asben, ku relakan pemilihan di buat olehnya, (konon baik hati dan masih rasa bersalah hehehe). Dan sangat menepati citarasa aku, SIMPLE. Tokei kedai tu suh aku amik yang ade berlian bagai, asben aku gelak,
"hak tu mak datin je pakai tokei".
So, klu bukan mak datin sila duduk diam. 
Mula2 asben pilih brand SEIKO, tp tak banyak choice, sbb tu beralih kepada BONIA. Mula2 asben cam refuse, sbb dia kata BONIA ni handbag maker, tp tokey kedai tu insist bgtahu, 
"mana ade, bonia buat jam dulu baru buat beg". 
Biasa la kan, kalau dah tokey jam bgatahu mcam tu, makan terkesan jugak lah di hati. Cuba tokey nasi minyak yang cakap macam tu, ade korang nk percaya??

Lepas dh nego2 harga sume, ptong tali jam sampai dh tinggal pendek sekentot (tak pasti vocab ape ni), maka asben pun sarung la kat tangan kiri bini dia ni, dah macam upaca pembatalan air sembahyang la pulak. ekekeke
Maka, sejurus selepas itu, mata ni x lepas2 tengok jam kat tangan ni. hahahahahaha (gedikkk)
Orang dh belikan, haruslah eksaited (read excited). Tapi sila berpada2 kerana malang tidak berbau!. ;-)


Abang, i love you! Muahhhh!!! ;-)

Salam...



Thanks for dropping in!;-)



 autopublished.

Wednesday, September 21, 2011

Nasib baik... :-)


Aku nyaris-nyaris mencipta 'TULISAN MERAH' untuk kehadiran aku hari ni.
Gerak dari umah kul 7.56 pagi, sambil drive sambil nyum2 roti bakar disapu mentega kacang. Kan itu hobi aku.
*padahal tak sempat nk sarap kat umah*.

Nak kata aku pecut tak jugak, sbb banyak jugak kereta atas jalan, mungkin mereka pun sama, lewat macam aku gak. So, mengekor je la dengan kelajuan 80km/hour. ekekeke

Yang mencinya, mentang lah bandar cyber, merata2 ade aje trafik lite, nk ikut jalan belakang macam jauh la pulak. Maka di tabahkan hati sambil mulut duk bebel pasal trafik lite tu, sampai bersembur habuk2 roti keluar dari mulut aku, kalau asben aku ade mesti dia sambung bebel lepas tu, bukan bebel pasal trafik lite, tp sbb aku dh sepahkan kete dia. So, tadi aku nasib baik sbb dia xde kat sebelah. ekekeke

Sampai ofis jarum panjang sket lagi nk cecah no 12. Lepas dah double parking aku terus jalan laju2, sibaik line clear, xde orang tgah beratur nk thumb-print, maknanya aku yang paling last. 
Fuh! selamat lagi hari ni, 7:59:54. :-)


pssst:
aci tak nk post entry raya lepas2 ni? Tapi tak tahu lah bila...;-)



Saturday, September 17, 2011

my current hobby ;-)

ekekeke, lama menghilang, tetiba bagitahu ade hobi baru. ;-)

Meh aku reveal hobi aku yang terbaru, yang penting ianya sangat bes.

\/
\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/
\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/


MEMAKAN, klu kita translate ke bahasa kuno jadi EATING. ehehehe

Start dari bangun tido, lepas subuh je, lum mandi lagi nih, tp gigi dah gonyoh gosok ye, mesti cari sumthing nk kunyah2, selalunya kerepek2 raya yang masih berbaki atas meja kopi tu. Tak pun, asam masin yang ade bawah bantal, my super-late-supper-atas-katil, kunyahan sebelum selamat tido.

Keinginan makan aku kali ini memang tahap tak leh blah. Lunch time SANGAT-JARANG aku tambah2 nasi ni, makan umah tokmi Aliya lak tu, segan lak nk makan bertambah ni, makan free ekpun. :p
Tapi skang, dh xde kemaluan malu2 lagi dah. Makan macam aku masak kat umah sendiri. Pelahap!

Kalau kat ofis, MESTI ade sesuatu yang boleh di makan di atas meja. Dulu, kalau beli barang dapur, selalu beli snek2 yang konon nk bawak ke pejabat, sambil2 buat keje sambil2 mengunyah, tp tak pernah nya aku bawak pegi ofis, duk terperuk dalam kabinet, sbb tak ingat nk bawak, kadang sampai ade yang expired, x sempat makan, sbb tak ingat dan simpan kat hujung dalam2 (konon takut asben jumpe). Buruk perangai!




Bekas tudung merah tu aku beli kat mydin, 50 sen kalau tak silap, aku letak kueh batang buruk faveret aku penuh satu bekas, x sampai 3 hari kot, dah abis dah. Asam masin tu sekelip mata je abis, sama la ngan cekelat kedberi tu, setengah jam je kot, rongok rosak la gigi aku macam ni. Masih ade yang menunggu dalam laci meja kerja dan dalam henbeg aku, pelbagai aneka makanan untuk masa senggang dan juga tak senggang, senang citer, untuk tiap2 masa. :p

Makanya, aku rasa macam segan masuk kamera sekarang ni, sbb asben aku kata dia tak zoom pun, duduk jauh2 kat belakang pun, tetap tak muat nk tangkap gambar penuh aku. Jahatttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!

Buurrrrppppp!!! Kenyang, 5 keping capati lauk gulai daging aku bedal pagi ni. Tokmi Aliya yang buat. Nyum! nyum !



pesanan untuk diri sendiri,
"makanlah sebelum lapar, berhentilah sebelum kenyang"


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...