Showing posts with label my lovely daughter. Show all posts
Showing posts with label my lovely daughter. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday


Nabiha Aliya. Ikan kembung masak lemak. Ikan selayang goreng. 3 kali tambah nasi. Lepas tu mintak susu sebab nak tido. "Yaa ngantuk ni, esok skolah". 


Thanks for dropping in!;-)


Monday, February 10, 2014

Hari Pertama Nabiha Aliya

19 Jan 2013.

Caution: pictures overload. ;-)

Hari pertama di sekolah.

Bangun seawal jam 7 pagi. Mandi bersiap semua diuruskan oleh en Dedi. En dedi siap tutup pintu bilik, tak bagi aku masuk, sebab beliau tahu, kehadiran aku akan bisa merubah mood gegirl itu. hehe
Bila dah ready nak keluar rumah, kakak Aliya nampak aku, maka terkeluar lah ayat "Mamiiii, Yaa tak nak sekolahhh, Yaa nak duk rumah jee".

En suami dah kenyit2. Itu tandanya jangan di layan karenah gegirl. Kalau tak makin parah kekdahnya. Kata suami tak boleh ingkar, maka aku pun buat2 tak dengar, terus masuk kete.

Tapi gegirl tak benti kat situ, dalam kete di sambung amukannya. Lagi sekali, suami toleh aku kenyit2. Berita paham. ;p

Alkisahnya. Kami suami isteri tak bercadang untuk menyekolahkan Aliya pada tahun ni. Especially si daddy lah. Tak rela katanya. Aliya kecik lagi katanya, risau kalau jadi apa-apa. Aku pun tak kisah, lagipun walau Aliya dah tak pakai pampers siang hari, tapi dia still tak pandai nak cebok sendiri kencing dan karebnya. Maka, kami sepakat nak hantar Aliya masuk tadika masa umur dia 5 tahun, which is next year.

Sehingga lah, pada suatu hari. Hehe
Kakak aku hantar anaknya ke tadika seperti selalu. Cuma berbeza haritu, Aliya ikut sekali pegi hantar sepupunya ke sekolah. Cikgu yang mengajar di situ melihat Aliya yang mungkin lebih sibuk berbanding pelajar disitu, tanya itu ini mungkin, ter-berkenan nak ajak Aliya masuk kelas kat situ. Hasrat itu dinyatakan kepada kakak aku, dan kakak aku minta untuk bertanyakan pendapat mak bapak Aliya dulu, aku lettew. ;-)

Gedebuk gedebak berbincang lah kami suami isteri. Macam biasa la kan, suami aku kurang teruja sket. Disebabkan aku ade kelebihan 'menggoda' (ececesss) akhirnya suami pun setujulah. Walaupun terpaksa, kekeke.

Jari montel dah penat. Mari la menghadap gambar sampai muntah hijau pucuk pisang yee. ;-)


Percubaan membuka baju. Aliya kalah kalau ngan dedi dia, sebenarnya pic ni nampak muka dedinya. Kemain menjeling, tak tahu samada nk marahkan aliya bukak baju atau marahkan mak nye si Aliya yg duk sibuk snap-snap gambar, padahal dah tahu mood anak tak berapa nk menjadi. Mak si aliya layannnn....
Hari pertama kooooot, wajib la ade gambar kenangan. Sape sokong mak angkat kening. Sapa sokong pak angkat kaki. Sekarang! ;-)


Tak kisah la kak baju terangkat ke ape, yang penting mami cakap "tengok tepon mami", maka sila fahamkan arahan itu ye. ;-)


Masih dalam mood protes. Aku panggil dia buat derk jee. Aku belikan pen dakwat merah jambu sebab aku tahu dia memang minat kaler tu. Pensel kalau aku beli yang 18B sekalipun, dia tak layan pun.


Kerja sekolah pertama Aliya. Arahan atas kertas tak ada, tapi mungkin cikgu dah bagitahu kena buat ape. Mungkin cikgu yang suruh kaler dengan warna tu, kalau Aliya pilih sendiri warnanya, sah-sah la 2 biji bulatan tu warna merah jambu. Konfem!


Tamat kelas untuk hari pertama. Sekolah abis pukul 12.30. So, lepas dah angkut dia ngan sepupu dia kat sekolah, aku masuk ofis balik sebelum keluar lunch pukul 1. Hari pertama Aliya tak nak pakai tudung. Aku pun malas nak paksa, dia nak pakai baju sekolah pun dah nasib baik tau.


Di hari kedua persekolahan. Hari kedua dan seterusnya sampai khamis aku yang siapkan Aliya dari A-Z. Dedinya dah pegi kerja. Macam hari pertama, mood kelaut pagi-pagi. Maka gunakan kelebihan yang aku ada, garang menyinga, korang ade? Haha. Baru lah nak patuh arahan. Lepas dah pakaikan baju, aku siapkan si adik. Sejak 2 hari kakak dia bersekolah, si adik pun sama ikut bangun awal. Maka kesibukan mak berganda.

Dah siapkan adiknya, aku pun nak bersiap-siap jgak pegi keje. Terkejut mak bila masuk bilik tengok si Aliya dah berhijab. Tapi aku buat2 tak nampak je. Kang aku buat2 amaze, konfem aku kena sound, tak pasal2 tak jadi pakai tudung lak nanti.




Sepupunya kemain ber-sweater, sejuk katanya. Dari pagi sampai lah balik, cikgu bgtahu tak buka langsung sweater tu.


"Aliya ni suka kentut, wina tak suka. Dah la busuk. Dah la dalam bilik che ngah. Cane wina nak menulis?". Sepupunya memang suka beleter, kadang-kadang antara satu ayat ke satu ayat tu takde kesinambungan pun, janji beleter.




Tekun menulis. Pensil2 ni tak main lah. Highlighter aku punya sampai nak abis dakwat. Kemain suka duk kat tempat keje mami, bila ajak balik mengamuk tak nak balik, satu ofis gegar.
Lepas tu aku dah tak bawak ke ofis. Boleh bernanah telinga orang dalam ofis tu dengar aliya mengamuk setiap kali aku ajak balik. Kalau tok abah free aku mintak tolong tok abah je yang ambilkan. ;-)




Skarang dah happy dah pegi school. Setiap kali tanya "esok nak sekolah tak?", aliya mesti balas "esok je". Walaupun aku tak faham, tapi aku translate kan jawapan tu kepada "NAK". ehehehe


Gambar terbaru Aliya. Kemain lagi bergaya. Paris Hilton dulu pun tak macam tu masa masuk kindergarten. ;-)

Alhamdulillah, sekarang ni dah tak kecoh sangat pagi-pagi. Aliya start pegi sekolah, everything kena tune balik. Tak boleh tido lewat, paling lewat 10.30. Kalau tak memang liat dia nak bangun. Paling haru kalau ipad dia masih berbaki 70% pada jam 10.30 malam.
Dan waktu bangun aku dah di awalkan 45 min, iaitu 5.15 pagi. Kalau ngantuk sangat, aku snooze sampai pkul 5.30. ehehe. Main bola pun boleh lebih masa khennnnn. ;-)

Kletung kletang gedegung gedegang. Paling lewat aku keluar rumah jam 7.45 pagi. Yang penting pegi punch card kat ofis jap, lepas tu baru hantar anak-anak ke destinasi masing-masing.

Pengalaman baru. Tapi best. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

Monday, February 25, 2013

Eh! dah nak akhir? 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;-)

Merujuk kepada tajuk entri yang tak boleh belah dan mengada itu, hehe. Kena buat sequel agar nampak kesinambungan dengan entri sebelum ni. kan kan kan. 
 
Jumpe lagi kita ye, dan masih lagi di bulan februari. Bermakna, aku ni belum lagi boleh dikategorikan sebagai pemalas. Haha boleh gitu?. Suka suki klasifikasikan diri sendiri. :p

Jomlah kita ke agenda seterusnya. Bercerita tentang puteri kedua saya.

Eh, bila belek2 entri lama, tak ada pun cerita pasal semek sengih tu kan, minus entri yang tetiba muncul bagitahu dah lahir anak kedua. Kesian Aqeela, kang bila besar, kesot (read kecik) hati bila mami tak update pun pasal dia. Hehe

Meh-meh mami update okeh.

Nadhira Aqeela.

Genap setahun menjelang 7 April nanti. Dan lagi sekali ayat sama macam previous entry, sekejap je masa berlalu. Hehe Dah nak setahun anak mami ni kan. Nanti kita sambut birthday sekali arung je lah ye. Date nye dekat2 sangat. Birthday aqeela – birthday kakak - anniversary mami dedi – birthday mami. Haaa…jimat kan. Dedi suka lah kalau bab jimat2 ni. Hahaha. Maaf ye darling. :p

Tu belum masuk nak celebrate anniversary couple mami dedi – anny clash mami dedi – anny sambung balik mami dedi – anny kali pertama peot (ok, over). ;-)

Aqeela is easy-baby. Tak banyak meragam sejak lahir lagi. I’m not comparing okay. Susah sangat nak tengok beliau menangis. Seriously. Penyenyum orangnya. Mata tak berapa besar, bila senyum tertutup terus matanya.

Aqeela budak nya kecik, ringan boleh di lambung2, haha. Ye lah, padan la dengan umurnya 10 bulan. Eh, juga padan dengan beratnya yg baru 9kg. hehe. Sekarang ni makan boleh tahan banyak, susu pun sekali minum 9oz boleh habis. Dah nak sama banyak dengan kakak dia. Takpelah berat tak naik banyak pun aqeela, asalkan aqeela sehat ye sayang.

Meniarap dan menyusur masa umur 3 bulan. Merangkak seawal 5 bulan. Sejak umur 6bulan dia dah boleh meniti, tapi sampai sekarang masih belum boleh jalan. Berdiri sendiri dah boleh sangat dah, cuma tak berani nak angkat kaki. Chaiyouk2 ye sayang.

Sangat TERsangat sangat-sangat rapat dengan aku. Semek manja nih. Kalau nampak aku, tapi aku tak ambil dia mmg kesian la muka dia. Aku ni pulak memang suka kenak (read buli) anak sendiri, selagi tak nangis selagi tu aku kenak. Hehehe.

Peminat tegar upin ipin. Sangat tegar. Saat pertama bukan channel, keluar muka kembar tak seiras dia tu, Ya Allah, manis leting (read sungguh) senyuman tu. Kadang, bila dengar lagu upin ipin, kepala duk pusing2 cari mana datang lagu tu. Cerita kartun lain dia layan jugak, tapi takde la setegar upin ipin ni. Alahai.

Puteri kedua saya ni ade jugak la menunjukkan ciri-ciri kebekengan (read garang) macam dedi dia. Eh! Mami kot. Ehehe. Kalau lambat je suap makan, memang kena ‘sound’ orang yang menyuap tu. Hehe. Dah la suara nyaring kemain. Berkerut2 kening bila marah, haaa…. Jangan cuba yeee.

Satu lagi kan, Aqeela ni kalau tido mesti nak kena ade kain, selalunya dalam buai je macam tu. Kalau amik kain tu siap la, berguling2 lah dia dalam buai tu, lepas tu tak lama, ade orang duduk bersimpuh dalam buai. Macam-macam pesen la kamu ni.

Eh eh! Rajin nye tuan tanah kan. Agak panjang jugak. Maka kita ke penutup lah pulak ye.
Macam biasa, penutup bergambar. Sekeping je pun. Hehe.


Eh Aqeel? haha. Mami kenak.


Haa.. ni la gegel mami nama Aqeela tu. ;-)

Salam.


Thanks for dropping in!;-)

Sunday, February 24, 2013

Eh! dah nak akhir?



Assalamualaikum… dan salam sejahtera. (dah gaya macam nak tulis emel rasmi ler pulak.)

Merujuk kepada tajuk entri di atas. (gitueww)

Saje je buat tajuk saspen macam tu, boleh la attract 1-2 readers yang memang dah bo-layan nk baca tulisan aku ni. Celap-celup-tenggelam-timbul. Saje nak mainkan perasaan orang. Hehe. 

Terpanggil nak menulis sedikit, sebelum berakhirnya Februari. Hehehe. Tu je nawaitu sebenarnya. Januari 2013 ade jugak aku buat entri. So, to be fair dalam Februari pun kena ada entri jgak la kan. Tak cantik la pulak kalau main skip je. Walaupun hakikatnya takde sape2 kesah pun sebenarnya. :p

Nak cakap ape ni? Haha. Tak tahu nak citer ape. Bole?

Meh bercerita pasal puteri-puteri saya. Hehe

Nabiha Aliya

Tahun 2013 Aliya akan masuk 3 tahun menjelang 13 Jun nanti, in shaa Allah. Sekejap sungguh rasa. Aku suka pandang muka anak2, tak kira lah tengah tido ke atau diaorang tengah main. Time tu, flash-back kisah sebelum kejadian mereka. Selepas 3 tahun kahwin, baru keluar si Aliya. Masa 3 tahun menunggu tu, terasa lamaaaa yang amat. Bila Aliya dah nak masuk 3 tahun, sekejapnye masa berlalu, jelas lagi, teringat kisah-kisah pahit-manis bertarung nak lahirkan beliau. ;-). Indah. hehe

Kakak Aliya dah pandai berkata-kata. Erti kata lain, boleh la nk bersembang dalam mode kanak2 dengan dia. Kadang2, aku boleh jadi adik, kakak, cikgu, pelakon (selalunya watak upin ipin la, x yah berangan nak jadi El dalam setia hujung nyawa tu, dia takde nk layan), mami dan dedi also kepada dia. Pendek kata, serba-serbi boleh lah. Hehe. Bila aku tengah duk sembang dengan dedi dia, suka dia sampuk sama. Pastu bila kami tak layan, dia akan tinggikan suara dan ulang ayat sama. Bila kami dah layan dia, kami lak tetiba lost, tak ingat topik ape yang duk sembang tadi. Bila dah lost, so masing2 kembali kepada gadjet masing2. haha

Tantrum. Sangat sinonim dengan Aliya. Kembar yang berpisah kejap2, paling lama 8 saat. (mami over taww). Sesungguhnya menguji iman ibu bapanya. Bila dia berdua je dengan dedi, rasa macam nak calon kan dia Kanak-kanak Paling Sopan dalam Dunia (kalau ade la). Kalau buat perangai sket2, boleh maaf la. Tapi nampak je sebelah mata aku ni, belum tunjuk satu badan ni, bagai ade switch kat badan dia tu, ‘Mode Tantrum di Aktifkan’, lampu Merah menyala. Ne-nong-ne-nong-ne-nong.!! Haaa, macam tu la ibaratnya. Ade saje la akalnya. Orang kata, anak2 ni mmg saje suka nk tarik perhatian mak dia, nak manja. Eeehhh, sudah2 la tariknya Aliya, mami ni tak payah nk tarik2, berat berganda2, tak daya nye tenaga kamu tu. Antara ramai insan mami lah yang selalu berjaya ‘masuk line’ time Aliya duk bergelut sorang diri tu, ntah ape yang dia nak pun kekadang tak tersampai ke akal kami ni. Bercakap time mengamuk, konfem la bahasa melayu jadi bahasa uganda. (ade ke?belasah la). Tetapi selalunya, Aliya ni solution dia adalah SUSU dan TIDUR. ;-). Selamat.

Tahun ni, mungkin dekat2 hujung tahun la, mami nak potty-train Aliya. Kadang dia mintak jgak tak nak pakai pampers, tapi memandangkan mami dia ni tak berapa rajin nak jirus-lap-jirus-lap-jirus-lap 18 kali sehari, maka KIV dulu niat tu buat masa ni. Hehe

Aliya seberat 15kg adalah kanak-kanak yang ade berpuluh pasang selipar/kasut tetapi tak suka berjalan. Ape pesen pun tak tahu lah. Sangat MALAS berjalan. Tambah2 kalau kat tempat ramai orang, konfem nk berdukung. Kalau setakat 5kg tu tahan la lagi. Kami cuba bawak stroller, tapi anak2 kami kurang berminat. Stroller yang satu sangat jarang diguna, tapi kami rajin je bawak ke hulu hilir mengusung angin. Hehe.
Hobi Aliya adalah mengadap iPad sampai pengsan (tido). Hak tu paling obvious la. Celik mata je ‘mami, ane ipad yaa?’. Kadang2, di selangi dengan soalan ‘mami, mane tifon (telefon) yaa?’. Haa… acaner tu, barang orang mengaku sendiri punya? Dalam ipad tu kami dah download banyak citer upin ipin, boboiboy, pada zaman dahulu, barbie. Dia akan layan citer2 tu atau bukak you-tube beratus juta kali. Yang menengok tak jemu2, tapi hak sekeliling tumpang dengar tu rasa macam nak terbelah 18 gegendang telinga ni. Tapi Aliya tak kisah pun. :-(



Eh panjang nye citer Aliya. Dan terpanjang pulak entri aku, daripada takde cerita langsung dah jadi satu novel. Haha. 

Boleh tak kalau aku update pasal si adik dalam next entri. Dah panjang sangat ni, kesian korang dari tadi cari noktah tak jumpe. 

Kalau dalam minggu ni takde jugak entri baru, maknanya kita jumpe Mac lah ye, in shaa Allah. ;-) Hehe.

Salam.
 

Thanks for dropping in!;-)

Tuesday, November 22, 2011

Servis Bertukar Tangan

Bila mommy dah tak larat nk melarang, maka inilah jadinya. Derhaka ngan asben yang suh jaga elok2 cinta hati ni, jangan sampai Aliya rosakkan.
Aliya ni bak kata makcu dia 'makhluk hidup', maka xde button switch on-off yang mana aku boleh guna time aku nk online, boleh tekan button sleep mode kat Aliya, kan senang. Tapi mmg tak boleh!

Bg mengelakkan laungan dan lolongan yang boleh buat gegendang telinga ni terjuntai kat luat, maka keizinan yang x bape ikhlas harus diberikan kepada semek tu untuk bermesra tapi bukan teman (ayat keling).



Main angry bird, terrer jugak, dh masuk level 2. Hehe


Dia suka dengar music hak mula2 keluar bila aku tekan play. Goyang2 badan sambil menyengih x sudah2. Gigit kang!


"mommy nk pinjam ke pandang2 Aliya lama2 mcm tu?"
Pinjam???? Hellowwwww......
*abaikan background yang 'sedap' dipandang tu.;-)



Boleh je cinta hati mommy tu, mcam2 gaya duduk boleh tengok. Hak ni nampak mcam 'seksa' sket la, sbb tu kena crop tang bawah tu. Hehehe


Pesanan penaja untuk Daddy:
Kena belikan satu lagi ipad, tak cukup ni. Sekurang2 setengah dozen je lagi. Gituewww...


Thanks for dropping in! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad




Wednesday, October 19, 2011

Macam2 aktiviti Aliya

Warning : Gambar di muat naik secara pukal. Maka di harap bersabar hingga ke noktah terakhir. ;-)


Suka sangat ketap2 bibir macam tu. Bila aku cakap 'xmo kawan!' mesti dia pun cakap 'mo' sambil ketap mulut macam tu, pastu paling muka dia laju2, konon2 xmo tengok aku la, padahal mata duk jeling aku gak. Bila lama aku buat derk x kawan ngan dia, mesti cebik muka buat2 nangis. Lempang kang!

Selalu berebut botol air mak chu. Maka aku belikan satu untuk dia. Hari pertama dpat botol tu ke hulu ke hilir di bawaknya sambil gantung kat leher. Air dh la isi penuh, kadang2  tertonggeng ke depan sbb x balance.

Cuba nk tutup dan bukak sendiri. Bila aku tolong, mesti x nak buat sendiri dah, asyik tarik tangan aku suh main buka dan tutup. Jenuh!

Bersungguh minum. Semek ni mmg suka minum air masak. Kalau gelas besar tu, separuh dia boleh abiskan dalam satu nafas. Bila ade botol air ni, kejap2 minum, maka kejap2 kena top-up.

Peel baru. Lepas dh mandi, pakaikan pampers, pakaikan seluar, pakaikan baju. Tapi kalau baju yang ade butang, sebaik je lepas masuk tangan yang kedua, terus tolak tangan aku, x bagi kancing, sbb nk kancing sendiri, last2 aku jugak di carinya.

Tengok tu, seluar pun x sempat nk pakai molek2. Tak nyabo betul la Aliya ni. 

1st time makan aiskrim sendiri. Sepupu aku yang bagi. Nak cakap tak boleh kang takut terasa lak. Kelip2 la aku ni tengok Aliya makan ais krim. Bukan ape, aku rasa macam awal lagi nk bg makan mende2 macam tu. Kalau setakat calit2 sket kat bibir dia tu masih boleh konsider, ni satu batang Aliya makan sorang derrr..... hati ibu ni gusar melihatnya. Pasrah!

Baju hijau tu anak kakak aku yang sulung. Mmg peminat nombor satu aiskrim dan jajan. Kalau bagi nasi ayam RM4 dengan asikrim kacang rm0.30 sen, hak murah tu la pilihan hati. Aliya muka cuak sbb mungkin rasa sejuk aiskrim tu.

Dah boleh kontrol dah, tapi xde la sampai dia gigit, dia hisap aiskrim tu. Bila dh separuh ais krim tu, maka separuh baju pun penuh ngan titis2 ais krim tu. Aiyooooo anak mommy comot!

Bagi2 ayam je semek ni. Kalau barang dia suka, dia akan bagi, tp konfem dia akan amik balik. Kalau xmo malu sendiri, bila Aliya konon nak bg sesuatu baik x yah amik, kalau tak buat malu je.... ekekekekeke

Bila pegi kedai beli barang, xmo dah duk dalam troli. Ape kelllasss.... Aliya boleh jalan la mommy! Yang aku runsing kan bila dia duk sentuh dan nk amik semua barang. Kalau masuk kedai kasut lagi haru. Semua kasut yang duk susun atas rak paras dada Aliya tu, semua dia bawak turun susun kat atas lantai lak. Letih aku nk menyusun balik.

Tengok, dia nk start dh aktiviti dia tuh. eeeiihh budak kecik ni, selamba je angkat air botol tu sebelah tangan.

Aktiviti santai lepas dh basuh poo untuk kali yang 3 hari tu, baru petang hari, belum sampai ke malam lagi. 4,5 kali sehari adalah biasa. Kakak aku pun heran, budak kalau dah setahun paling banyak 2 kali je sehari. Tapi Aliya xde la meraung nangis2 sakit perut masa poo tu, elok je meneran. Entah la, sistem perut dia dh macam tu agaknya.

'Wo' - Hello. Itu je la ayat mula2 skali klu pegang tepon. Lepas tu dah campur2 ngan bahasa jerman dan perancis serta indon sket2. errk!indon?? kesan tokmi yang suka tengok citer Putri Yang Bertukar. ekekeke

Ralit duk tengok upin ipin kat youtube. Part upin ipin cakap masing2 diam jeee... time nk abis citer kan ade lagu, time tu terus bangun terus goyang2 kiri kanan. Abis lagu terus duduk suh play lagi. Dah tu bila mommy nk update blog nyeee..... akhirnya aku jumpe reason kenapa aku culas ngat nk update blog. ngeh ngeh ngeh

Aliya suka berlagak macam orang dewasa. Nak main ngan orang besar. Budak2 kat umah tok abah mmg suka main ngan Aliya. Kalau Aliya keluar umah je, kanan kiri aku duk dengar orang panggil 'Aliya...Aliya'.
Glamer jugak anak mommy ni eh. hehehe

Ade hati suh kakak turun basikal tu sbb Aliya yang nk gohek. Basikal dia tu xnak main pun. Jadi perhiasan je laaa.... Kalau tokmi dah lepas Aliya keluar umah, laju jeee kaki tu melangkah, muka menyengih je.. konon-konon 'Oh! Sungguh bebas!'.
Bila dh nk maghrib, orang ajak masuk je, terus datang mood Tarzan dia tu. Menangis -meraung macam kena pukul. Ni mmg nk kena babab betul2 ni. Haaiihhh....


 Salam...






Thanks for dropping in!;-)

 autopublished.

Tuesday, July 05, 2011

Aliya’s milestone @ 11 – 12 – 13 months


Checkidaut.~~

11 months
- Tak suka minum AIR KOSONG dalam botol, nk dalam cawan/gelas SAHAJA.
- Dah pandai minum pakai straw sampai terBELAHAK (is this word exists?)
- Berat Aliya 10 kg dan kepanjangan 73cm
- Berdirinya sokmo dah, siap nari2 lagi, tp melangkahnya tidak mahu jua. Sabar ye mommy!
- Kalau bunyi tepon, orang pertama yang akan lari dan buat2 muka cuak, apekebende la yang takut sangat. Tp bila mommy start kata “Hello”, meleret2 senyum nye. Pastu cubaan merampas telefon dari mommy. No-No-No! ;-)
-Baby learns from observation. Bila henpon mommy berkeliaran merata2, Aliya mesti amik lepas tu letak belakang telinga dia. Lepas tu buat2 cakap. Haaa……Tepon boipren ehh?? ;-)


- Kalau tgok TV, suka-suki dia je tukar channel. Pandai pulak dia halakan remote ke TV. Channel paling dia suka ialah 888. Takde siaran.
 

12 months      
- Happy bufday sayang mommy and daddy! Sweetest -1! ;-)
- Daddy tak jadi belikan ‘indoor playground’ tp daddy belikan Rabbit kena sumpah jadi beskal merah. Aliya suka kan? Kan?kan? Motor polis tu tak sheshuai (read sesuai) la ngan gegel cam Aliya.

 
Bufday gift Aliya yang terpaksa KIV

 Haaa...tunggang rabbit pun ok what. ;-)

- Berat rasanya masih 10kg kot. Hehehe
- Gigi geraham tumbuh pada tarikh 13 Jun, tepat tarikh lahir Aliya. So, all together gigi Aliya dah 12 batang. ;-). Tolong la bg kerjasama klu mommy nk gosok gigi tuee! Pelisssss………….
- Aliya skang dah pandai ajuk mommy mekap kan? Ekeke. Kalau mommy comor (read sapu) bedak kat muka, Aliya pun tampar2 muka Aliya konon tgah mekap sama, kalau mommy pakai lipstick, Aliya pun mesti buat2 macam gosok gigi. XOXO
- Time mandikan Aliya, bila mommy tekan botol mandian, sabunkan badan Aliya, Aliya mesti tekan jugak botol tu, tp tak kuat macam mommy, sbb tu sabun tak kuar, tp Aliya buat konon2 sabun tu kuar, rata2kan sabun kat tangan baru sapu kat badan. Kalau mommy shampoo kan Aliya, mesti Aliya gosok kepala Aliya skali sampai ke muka pun ade, sibaik la botol sabun tu tulis ‘no more tears’. ;-)
- Aliya kena inject lewat seminggu dari bufday dia, sbb doctor suh datang lewat sket. Alhamdulillah tak nangis langsung. Inject kat *ontot ekpun, memang la tak sakit, *ontot Aliya besar. Ekekeke. Doktor cakap mungkin demam, tp Alhamdulillah Aliya sehat sahaja.

Almost 13 months
-          Mak sedara Aliya aka Cik Ya adalah peminat tegar K-POP. Dan beberapa hari lepas, aku telah menyaksikan Cik Ya telah mengadakan kelas tarian K-POP di foyer dalam rumah aku. Rasa nk register sama lak bila tgok Aliya enjoy giler menari walhal nya pusing2 tangan ngan gelek2 *ontot dia je pun. 

Gelek *ontot aje

-          Sejak tukar susu langkah 3 ni, Aliya asyik sembelit. Kesian anak mommy. So, mommy dah kurangkan lagi satu scoop susu. So far menjadi la taktik tu. Hmm…kadang2 rasanya bukan sbb susu pun. Kan? Kan? ;-)
-          Aku dah bagi Aliya makan Scott Emulsion yang original. Pergghh!!! Hanyirrrrrrrrrrrr satu badan. Ekeke…. Aliya dislike! Tp mommy monster  tetap PAKSA Aliya makan. ;-)
-          Sampai sekarang klu nk tido mesti nak kena ulit, goyang2 badan dia tu. Bila nk belajar tido sendiri ni?
-          Selera makan Aliya xde la banyak sangat. So-so sahaja. Kalau berselera, ½ senduk nasi dia boleh abiskan, klu xde selera, baru nk suap dh tolak tangan aku. Hmm…..
-           Aku perasan, fav food Aliya skang ni adalah apa jua yang berkuah.  Kuah je pun dia suka, pepejal yang kat dalam kuah tu x bape nk suka sangat. Aku masak nasi, lepas tu letak sup penuh mangkuk. Tp budak kecik ni cerdik, dia bukak kecik je mulut, so kuah je boleh masuk, nasi tu ade je dalam sudu, xleh masuk mulut. So, aku ganti nasi tu ngan bubur, bila bubur dah campur ngan sup, mana leh dia nk asing2kan lagi. Terpaksa la telan jugak. Mommy lagi cerdik okay! ;-)
-          Last but not least – bila nk jalan ni sayang?? :p


So far, itu lah perkembangan Aliya. Suka je bila dia belajar mende yang baru. Mulutnya start bunyi dari bangun tido sampai nak tido balik karang la baru benti. Kalau dia cakap, lepas tu x de sape layan, siap la kena marah. Eee…..ikut sape la yang garang sangat tu. Kalau dia duk ngan aku, lepas tu aku boo-layan ape dia citer, memang kena penampor ar. (pedih giler bila tangan kecik tu pap-pap atas pipi aku yang gebu ni. Gituueewww)

Semoga Aliya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi daripada segala kesulitan. Mommy doakan yang terbaik untuk Aliya. XOXO


pssst: good news.
balik keje td, buat kan Aliya susu 8oz, lepas tu baringkan dia bg dia minum sendiri. Lepas solat tgok2 dia dah tido, botol susu is empty.:-) Dah pandai tido sendiri anak mommy.
Good girl! ;-)



Salam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...