Showing posts with label love is all about. Show all posts
Showing posts with label love is all about. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Tak penat pun ;-)

Ehsan from Google.


Suami on-duty.
Aku dan Aliya akan berhijrah ke rumah tok Abah.
Ambil alih tugas buatkan susu Aliya masa orang lain syiok mimpi jumpe adiputra.
Ambil alih sediakan air panas, bersihkan sume botol susu setiap pagi.
Kena ingat jadual top-up susu aliya setiap 5 hari.
Ambil alih tugas mandikan Aliya pagi,petang,mlam (on weekend).
Ambil alih tugas mandikan Aliya malam (on weekdays).
Rushing pegi tutup semua lampu luar rumah kat taman permint setiap pagi.
Rushing pegi bukak semua lampu luar rumah kat taman permint setiap petang lepas balik keje.
Siram pokok bunga dan pokok lada (klu ingat :p).
Balik taman permint time lunch hour sbb basuh basuh.
Balik keje pukul 5 baru sidai baju.
Esok lunch hour balik umah taman permint lagi untuk lipat kain masuk gobok (klu rajin sapu2 sket dalam rumah).

Penat??? ;-)



ehem, saya bukan mengadu atau merungut ye en abang, kang nanti esok orang tu balik, ade je yang suh mak tido luar. Oh! Please, dun do dat to me....
Tak relaaaaaaaaa...:p

*mode :gedik, sbb esok my-other-half off-duty. Balik jumpe kami, yeay!!!!*

Selamat pulang ke darat untuk en abang, dengan ucapan, dengan seikhlas hati ku serahkan kembali tugas2 di atas kepada mu yang tersayang. 
Takpe, x buruk siku pun. ;-) 
 

Tuesday, March 22, 2011

'new born' gift

Sebelum ni, kat entry ni aku ade bgtahu, kami didatangi oleh an unexpected guest on dat day.
Actually, dah lama diaorang nk datang tgok Aliya, since aku dalam pantang lagi, tp jodoh tu xde lagi, sehingga la sabtu lepas, tup-tup dh ade depan umah.
hehehe, 8 langkah sebelum nk sampai tu, haruslah mereka membuat surprised call dulu.

Sibaik la kami masak ketupat sotong on dat day, kalau tak konfem aku jamu korang ngan biskut tawar je, itupun kalau masih ada la.ngeh3.
AMARAN KERAS untuk korang2 jugak, kalau nk mai umah aku sila isi borang inform awal2, at least seminggu sebelum, senang aku nk arrange schedule aku, kang clash, konon nk buat surprise la kan, tetiba aku xde kat umah, x ke haru. kan kan kan?
*bunyi cam adun k.berang je bz nye ekekekeke*

Aku ni jenis gabra sket kalau orang datang umah tiba2 dan tak tahu nk jamu ape kat diaorang.
Tambah2 bila dalam peti ais memang 'fill in all the BLANKS' ekeke.
Kosong! Takde mende.

Kalau stok jajan tu leh tahan la.
Takkan nk hidang TWISTIES kottttttttt??? :p

Eeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhh!!!! Sila rujuk kembali kepada tajuk entri dengan kandungan entri yang tak berapa nk berkenaan sangat ni.
Laju je menaip, tu yang melalut tak hengat. :p

Baiklah.
Mereka yang datang visit Aliya membawa sedikit buah tangan. Dah lama beli katanya, masa umur Aliya sebulan kot. Skarang baru dapat bagi kat Aliya.
Kalau dah rezeki Aliya, mmg x kemana.
Gift tu sesuai la ngan umur Aliya, sbb Aliya dh boleh makan solid kan.
Aliya dapat set pinggan mangkuk NORITAKE Tolly Joy.
Aku dh cek, BPA-Free. Kat kotak tu pun memang dh tulis BPA-Free.
Selamat. ;-)

Mereka pun baru dpat baby gak, baru nak masuk 3 bulan klu tak silap. Sangat comel.
Asben dh snap pic mereka, tp di delete nye pulak, katanya x jadi, haisshh.
Tp kami x prepare hadiah pun untuk si comel itu, jadi asben bagi hadiah dalam sampul-duit-raya.
Nanti boleh lah Umairah pilih sendiri nk hadiah ape ye. ekekeke

Jom kita terjah apa Aliya buat dengan hadiah yang dia dapat tu. ;-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yeay!!! Aliya dapat menan masak2. Nak buat ketupat sotong la lepas ni. Daddy nak? ;-)

Daddy ni, udah2 la amik pic Aliya. Nak masak ni. Flash tu mengganggu la, kang terbakar dapur Aliya ni. Dah2, pegi main jauh2, nanti dh masak Aliya panggil la Daddy makan, x yah la tunggu kat sini. :p

Eeee.....!!!! *sambil gigit sudu sampai patah* Geram sungguh la Daddy ni. Kang Aliya kata jangan main kat sini, Aliya nk masak la. Mummy ni pun, orang nk masak tak senang, ajak minum pulak.
Tak jadi masak la macam ni. 
Daddy, jom KFC nak? ;-)



Tak sabar pulak nk tunggu budak kecik ni leh cakap.
Rasa nk gigit je mulut kecik tu. hehehe
Kalau time nk tido, mesti mulut dia pot-pet-pot-pet duk bebel sorang2. ekekeke
Tp aku suka je dengar.


"Rasa nk selalu ade ngan dia."

Wednesday, March 09, 2011

being apart for 3 days from my little princess, Aliya!

Amik! 
Panjang berjela tajuk entry aku.
Padat dan jitu! Hitam itu menawan.

Hari ni aku akan bertolak ke Manjung, Perak, outstation for 3 days. And this time without my princess, Aliya.
Aku dah start rindu Aliya. Uuuuuuuwwwaaaaa!!!!!!!!!!!!!
Distance is killing me, 3 days without seeing her, but i keep telling myself it’s just like any other day. *even though its painful*

Aliya Sayang,
when mommy return home just a few days later, for you, my dear princess, you’ll have something even greater.

Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! muah! muah! muah!


Sunday, May 09, 2010

he's full of surprises



bunch of pending tasks to be completed today, but i still wanna write sumthing here....
let me put it dis way "he's so sweeettt"... ;-)

macam biasa, masuk ofis, the 1st thing aku bukak ialah emel. i have 3 emel accounts, 2 are personal acc and another 1 is my job related.
and i was pleasantly surprised, i got an emel from him, en asben.
Mmg la selalu dapat emel dr dia, but dis one a kind of very special emel, and really didnt xpect to receive such emel. Sbb asben i bukan jenis yang suka berpuitis panjang lebar. ngeee...

Emel tu actually sempena hari ibu yang jatuh pada hari ini, 9 May 2010, walaupun im not yet a mother but a mother to be, very soon...insyaAllah....
The words are 'nicely organized' and its really touched me, very deep inside.
Frankly, im almost to cry.... owh! *blushing*
But honestly, i love to read it again, again and again...

p/s: asben, the HARDEST thing do is to hate you. "we" love you Daddy. :-)

"There is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage." ~ Martin Luther~

Wednesday, December 30, 2009

Hati Berbunga Ros ;-)

Hati aku berbunga Ros. Saje pilih bunga ros, sbb wangi. Banyak lagi bunga yang wangi, tp Rose most familiar. hehe

Alkisahnya....
Aku tgah iron baju pagi tadi. *sila jangan tiru aksi orang malas ini*. Sambil dengar Fitri, Abby ngan Zura kat TV3, sementara en hubby tengah duk kemaskini fail2 dia, ade la tu mende dia nk buat.
Ayat zura kat tv, "Tinggal sehari je lagi untuk melangkah ke tahun 2010, so buku baru dan azam baru. Tp mungkin jugak di akhir waktu ni masih ade yang merealisasikan azam tahun 2009".

Lepas dengar Zura cakp macam tu, aku pun terus tanya en hubby yang kelihatan agak bz itu.
"Abang, azam abang tahun ni tercapai tak?"

Tanpa suara, dia toleh kat aku yang tengah duk pegang seterika panas tu, dia HANYA angguk sambil senyum.
Ya Allah! aku rasa itulah senyuman paling ikhlas aku penah tgok. Meremang jap bulu roma aku. *senyuman yang sangat ikhlas berbanding ikhlas2 yang sebelum ni. btw, ikhlas itu sangat subjektif..ehehehe*

Aku tanya lagi, "azam ape?".
En Hubby x jawab tp cuma pandang aku dan senyum lagi. Dan aku pun x perlukan jawapan untuk soalan ke-2 tu sbb respon yang aku dapat tu ibarat segala jawapan yang aku nak.
Dia sambung buat keje dia dan aku sambung balik proses menghilangkan kedutan di baju aku tu. Sepanjang proses itu berlaku, aku senyum jee.....
Sehingga aku terdetik "laki aku ni 'comel' sungguh, sweetttttt......".
Siapa lagi nk puji suami sendiri klu bukan puan isterinya iaitu aku. heeee.....

Ehehe..pelik ke? remeh eh? Tak la, bagi aku, very the very precious moment. Unxpected respond from him. Klu korang kat tempat aku, sure korang faham. ;-)

Moral : Try la tanya soklan macam aku tanya tu...ekekekeke

Kisah berakhir. ;-)

Thursday, December 10, 2009

~sekitar harijadi mio beloved husband~

1st of all, selamat hari ulang tahun yang ke dot dot dot kepada suami ku. *umur? kenapa saya perlu berahsia?*ekekeke, cuba teka promo ape.

7hb disember yang lepas, aku decide nak banje family aku dinner. On the spot plan, sbb rancang nye nk candle lite dinner ngan husband aku je on his best-day. But the more the merrier, kan kan?

Aku booking my fav restaurant, Penyu. Actly, aku ade meeting kat MBKT petang tu, cadang2nya malas nk balik umah dah, tp rasa x selesa, nak kena mandi dulu. Dah la meeting abis agak lewat, hampir kul 6 aku sampai umah. Mandi + solat, aku bersiap2, tp husband aku plan maghrib kat umah je. So, kami gerak after maghrib. Booking kul 8, aku call adik aku, diaorang ckp diaorng ade sana. Actually, mereka2 tu dh kuar awal lagi, abah aku cuti aritu, aku buat surprise call, bgtahu x yah balik umah awal, stay sampai kul 8, tunggu kami ber2 kat restoran Penyu.
And the most xcited insan adalah my sis, Nadia, dia je yang belum jejak kat Penyu. And dis is one of the reason kenapa aku celebrate bufday hubby beberapa hari awal. Sementara dia ade, bleh ajak dia skali, sbb lusa dia nk follow adik aku, teacher syahida balik mersing, cuti skolah pun kena keje, jaga exam spm.

Ini adalah antara menu2 fav aku walaupun on his bufday. ekeke... Apesal la pic ni jadi merah semacam kan. Agaknya lampu dalam kedai ni kot. Sila salahkan lampu itu.

Insan yang paling muda, paling kecik dan paling ringan, 19 kg. hahaha.... Tp makan banyak, siap tambah lagi tuuuee....
She adore the way im wearing selendang. Dont u? ekekekeke

3 sahabat baik. Kadang2 aku selalu pasang telinga dengar time diaorg borak. Syahida mmg suka mereka2 citer hantu, kadang2 dia akan cerita mende yang sama, tp jalan cerita yang berbeza, nampak sangat kelentong kan? Dan 2 orang manusia itu akan mendengar dengan terpegun. Bukan sebb citer bes, tp sbb penggunaan frosa2 kata yang berbunyi agak baku, nama pun cikgu.

Taken by him. Sila jangan spot on my pimples. Wondering, knape tumbuh bagai cendawan selepas banjir ni? shuh! shuh! sila main jauh2.

Taken by abah. Aku bertukar........GEMUK!!!!

Veteran couple. Soooooooooooooooooo sweeeeeettt...!!!!

Sian abang xleh masuk skali. Cane aku leh x terpk nk mintak waiter amik kan pic kitaorang. ish ish... Yang penting, meja itu bersepah dikerjakan oleh kami. Cuma tinggal salted egg crab yang seperti tidak berjamah, sila tapau! Sebb sume sudah kenyang.

Lepas sesi makan2, kami berpecah belah mengikut hala tuju driver masing2. ekeke.. Aku snap pic ni saje2. tp rasa cam nice giler. heeee....

Husband aku cadang nk singgah al-ikhsan. Saje2 je kot. So aku malas turun, bila dh kenyang, perut cam....wowowowowo, sila jangan bayang! So aku decide stay je kat dalam kete. Sbb aku rasa husband aku masuk kejap je pun. Aku tunggu2, x jugak kuar2, selalunya klu dia x beli mende2 5 min dh kuar, tp klu lebih dari 15 min, ini menandakan dia sedang berada dalam fitting room.

Jangkaan aku tepat. He's holding a plastic bag, bermakna he bought sumthing. 2 helai t-shirt nike, kaler fav aku. Cun! :-) But not mine.
Lepas tu kitaorang blah balik umah, sbb aku dah sangat kenyang + mengantuk!!!



8hb Disember.
Aku keje macam biasa hari ni. Agak bz, tp masih sempat siapkan bufday card utk si dia tersayang. Surprise!!
Kami x sembang dan x plan ape2 pun pasal bufday dia esok. Tp yang pasti mmg aku cuti esok. Dia amik aku balik keje macam biasa, hari ni tetiba aku rasa cam letih je. Siyes x larat. Sampai umah terus baring. Sian dia, agaknya dia ingat aku lupa bufday dia. Padahal baru smalam family dinner celebrate bufday dia. Dia pun diam, x banyak ckp, mungkin x nak ganggu aku kot.

Malamnya dia ajak aku makan ikan bakar. Tp ya Allah, aku cam x leh nk bangun, kepala denyut2. Nk demam pun ada, x kan baru alahan kot. Ish, xmo la, mintak jauh. Dia cakp dia lapar. Aku suh dia tapau je. Sian dia.....

Dan aku x sedar bila aku tertido. Tetiba aku dengar bunyi kuat giler, annoying! Rupanya alarm bufday dia. Lorrr...dah kul 12 tgah malam rupanya. Kami ber2 tertido kat depan tv terpasang dan laptop masih on. Sedih aku tgok dia, tertido masa lapar. Aku kejut dia, wish bufday. Mamai2 dia time tu, tp sweet sbb dia senyum, walaupun mata buka sket je. Sempat ckp 'thanks'. Aku kejut jugak suh bangun. Sbb aku nk bg surprise kad kat dia. Sori sayang sbb kacau! hehehe

Ini lah hadiah dan bufday kad yang aku bg kat suami tercinta. Walaupun hadiah tu dah x surprise since kami pegi beli sama2, tp kata2 dalam kad tu, walaupun simple, aku betul2 maksud kannya. U know wut i mean my dear. :-)

Lepas tu kami sambung tido balik sampai subuh.

Seawal jam 6 pagi, muka suci giler. ekekekeke

Auuuwww.... seksi bila si dia berkain pelikat. Lepas solat okay!

Kat bawah adalah antara testing pic by using his new 'baby'. :-)


Percubaan yang memberangsangkan. :-)

Pic ni masa kat corcorde. Membelai2 cinta baru. Aku? isk isk isk....


Pagi tu, lepas sarap, kami gerak ke KT. Ade hal yang ingin di uruskan. Lepas dh settle hal tu baru kami decide ape agenda seterusnya. Tp sbb kami x rancang ape2, so sume on the spot. Aku nk belikan kek dia x nak. So kami ke taman shah bandar. Outdoor photography session. ekekeke

Kami masih baru dengan dSLR. So nk setting agak terkial2. ekekeke.... Klu stakat nk guna auto baik guna compact camera je. Ini lah sbb utama dSLR, amik gambar cun manually. Sangat gigih baca manual dia, walaupun manual cam xleh pakai, tetap kena rujuk pakar. Tp sape nk ajar kami? So, sila belajar sendiri okay.

Amatur berpura2 pro. heehehehe...jangan mareee...

Masih mensetting agar dpt produce pic yang cun2.

Antara the best shot from him. :-)




Model segera. Sbb nk amik pic landscape macam x menarik. Ramai giler si polan dan sipolan sedang dating. Kan diaorang perasan ktorang tgah snap pic mereka2.

Percubaan yang agak OKAY dari aku. ekekekeke



Ni tempat ke-2 untuk sesi fotografi hari ni. Kat masjid terapung. Sila salahkan husband aku. Aku dah suh letak tikar dalam boot kete, but he refused, see? Kan dah kena duk atas kertas. Kertas pun kertas laaa.....

Berehat sebentar bersama ibu-ibu ribena.


Jangan lupa touch-up selalu2 agar muka x nampak berminyak. ekekeke

Sibaik ade bantuan IXUS ketika diperlukan. Hehehehe

Tripod membantu sesi penggambaran berjalan lancar.

Ni idea sape eh? aku atau dia? Kami!

Kami seronok. Kami hepi. Kami bahagia. Kami best! :-D

Hahahaha.....hanya aku, abang dan Dia sahaja yang tahu kejadian yang berlaku menyebabkan reaksi muka aku menahan ketawa agar tidak berdekah-dekah.

Bufday 'boy' sibuk amik gambar, so assistant tolong abiskan kek.

Marble cheese for him and black forest for me.

Petang tu, balik umah inlaw aku jap. Singgah jumpe ibunda sbb esok husband aku akan pulang ke lautan. ekekeke.... Tu salah sekor kucing belaan adik ipar aku. Aku lupa dh nama ape, yang aku tahu sekor baru lahir, Junior, masih dalam jagaan Nurul sbb sangat kecil. Kat sebelah tu cage yg lagi besar dan tinggi, ade 2 tingkat kat dalam, tp aku lupa nk snap.

Sempat posing ketika ibunda sedang solat asar. ekekekeke

Tetiba dia nk kuar la pulak, aku cukup alergik kena tinggal sorang2 kat umah tu, i mean tanpa dia. Sob sob sob.

"Abang cepat balik tau!!!"


Dan tiba lah masanya dia kembali bekerja setelah 2 minggu berpoya2 di daratan. Waktu ni kul 5.15 pagi. Selalu nya lepas subuh baru aku hantar dia, tp kali ni kena check in airport awal, so dia kena gerak awal dr sini.


Dan aku adalah peneman setia dia. Dia tido aku tido, dia bangun aku pun bangun la. Motif? Abaikan. Lepas aku hantar dia, aku balik umah siap2 untuk pegi keje.
Aku kembali single untuk 2 minggu. ekekekeke

Aku suka quote ni "Allah tidak akan menduga seseorang itu di luar kemampuannya".
So, jika kita rasa susah sket, jangan cepat melatah, kita sedang di uji oleh-Nya, dan pasti ada jalan keluar dari masalah itu selagi kita usaha dan tawakal. ;-)

Salam.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...