Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday


Nabiha Aliya. Ikan kembung masak lemak. Ikan selayang goreng. 3 kali tambah nasi. Lepas tu mintak susu sebab nak tido. "Yaa ngantuk ni, esok skolah". 


Thanks for dropping in!;-)


Monday, February 10, 2014

Hari Pertama Nabiha Aliya

19 Jan 2013.

Caution: pictures overload. ;-)

Hari pertama di sekolah.

Bangun seawal jam 7 pagi. Mandi bersiap semua diuruskan oleh en Dedi. En dedi siap tutup pintu bilik, tak bagi aku masuk, sebab beliau tahu, kehadiran aku akan bisa merubah mood gegirl itu. hehe
Bila dah ready nak keluar rumah, kakak Aliya nampak aku, maka terkeluar lah ayat "Mamiiii, Yaa tak nak sekolahhh, Yaa nak duk rumah jee".

En suami dah kenyit2. Itu tandanya jangan di layan karenah gegirl. Kalau tak makin parah kekdahnya. Kata suami tak boleh ingkar, maka aku pun buat2 tak dengar, terus masuk kete.

Tapi gegirl tak benti kat situ, dalam kete di sambung amukannya. Lagi sekali, suami toleh aku kenyit2. Berita paham. ;p

Alkisahnya. Kami suami isteri tak bercadang untuk menyekolahkan Aliya pada tahun ni. Especially si daddy lah. Tak rela katanya. Aliya kecik lagi katanya, risau kalau jadi apa-apa. Aku pun tak kisah, lagipun walau Aliya dah tak pakai pampers siang hari, tapi dia still tak pandai nak cebok sendiri kencing dan karebnya. Maka, kami sepakat nak hantar Aliya masuk tadika masa umur dia 5 tahun, which is next year.

Sehingga lah, pada suatu hari. Hehe
Kakak aku hantar anaknya ke tadika seperti selalu. Cuma berbeza haritu, Aliya ikut sekali pegi hantar sepupunya ke sekolah. Cikgu yang mengajar di situ melihat Aliya yang mungkin lebih sibuk berbanding pelajar disitu, tanya itu ini mungkin, ter-berkenan nak ajak Aliya masuk kelas kat situ. Hasrat itu dinyatakan kepada kakak aku, dan kakak aku minta untuk bertanyakan pendapat mak bapak Aliya dulu, aku lettew. ;-)

Gedebuk gedebak berbincang lah kami suami isteri. Macam biasa la kan, suami aku kurang teruja sket. Disebabkan aku ade kelebihan 'menggoda' (ececesss) akhirnya suami pun setujulah. Walaupun terpaksa, kekeke.

Jari montel dah penat. Mari la menghadap gambar sampai muntah hijau pucuk pisang yee. ;-)


Percubaan membuka baju. Aliya kalah kalau ngan dedi dia, sebenarnya pic ni nampak muka dedinya. Kemain menjeling, tak tahu samada nk marahkan aliya bukak baju atau marahkan mak nye si Aliya yg duk sibuk snap-snap gambar, padahal dah tahu mood anak tak berapa nk menjadi. Mak si aliya layannnn....
Hari pertama kooooot, wajib la ade gambar kenangan. Sape sokong mak angkat kening. Sapa sokong pak angkat kaki. Sekarang! ;-)


Tak kisah la kak baju terangkat ke ape, yang penting mami cakap "tengok tepon mami", maka sila fahamkan arahan itu ye. ;-)


Masih dalam mood protes. Aku panggil dia buat derk jee. Aku belikan pen dakwat merah jambu sebab aku tahu dia memang minat kaler tu. Pensel kalau aku beli yang 18B sekalipun, dia tak layan pun.


Kerja sekolah pertama Aliya. Arahan atas kertas tak ada, tapi mungkin cikgu dah bagitahu kena buat ape. Mungkin cikgu yang suruh kaler dengan warna tu, kalau Aliya pilih sendiri warnanya, sah-sah la 2 biji bulatan tu warna merah jambu. Konfem!


Tamat kelas untuk hari pertama. Sekolah abis pukul 12.30. So, lepas dah angkut dia ngan sepupu dia kat sekolah, aku masuk ofis balik sebelum keluar lunch pukul 1. Hari pertama Aliya tak nak pakai tudung. Aku pun malas nak paksa, dia nak pakai baju sekolah pun dah nasib baik tau.


Di hari kedua persekolahan. Hari kedua dan seterusnya sampai khamis aku yang siapkan Aliya dari A-Z. Dedinya dah pegi kerja. Macam hari pertama, mood kelaut pagi-pagi. Maka gunakan kelebihan yang aku ada, garang menyinga, korang ade? Haha. Baru lah nak patuh arahan. Lepas dah pakaikan baju, aku siapkan si adik. Sejak 2 hari kakak dia bersekolah, si adik pun sama ikut bangun awal. Maka kesibukan mak berganda.

Dah siapkan adiknya, aku pun nak bersiap-siap jgak pegi keje. Terkejut mak bila masuk bilik tengok si Aliya dah berhijab. Tapi aku buat2 tak nampak je. Kang aku buat2 amaze, konfem aku kena sound, tak pasal2 tak jadi pakai tudung lak nanti.




Sepupunya kemain ber-sweater, sejuk katanya. Dari pagi sampai lah balik, cikgu bgtahu tak buka langsung sweater tu.


"Aliya ni suka kentut, wina tak suka. Dah la busuk. Dah la dalam bilik che ngah. Cane wina nak menulis?". Sepupunya memang suka beleter, kadang-kadang antara satu ayat ke satu ayat tu takde kesinambungan pun, janji beleter.




Tekun menulis. Pensil2 ni tak main lah. Highlighter aku punya sampai nak abis dakwat. Kemain suka duk kat tempat keje mami, bila ajak balik mengamuk tak nak balik, satu ofis gegar.
Lepas tu aku dah tak bawak ke ofis. Boleh bernanah telinga orang dalam ofis tu dengar aliya mengamuk setiap kali aku ajak balik. Kalau tok abah free aku mintak tolong tok abah je yang ambilkan. ;-)




Skarang dah happy dah pegi school. Setiap kali tanya "esok nak sekolah tak?", aliya mesti balas "esok je". Walaupun aku tak faham, tapi aku translate kan jawapan tu kepada "NAK". ehehehe


Gambar terbaru Aliya. Kemain lagi bergaya. Paris Hilton dulu pun tak macam tu masa masuk kindergarten. ;-)

Alhamdulillah, sekarang ni dah tak kecoh sangat pagi-pagi. Aliya start pegi sekolah, everything kena tune balik. Tak boleh tido lewat, paling lewat 10.30. Kalau tak memang liat dia nak bangun. Paling haru kalau ipad dia masih berbaki 70% pada jam 10.30 malam.
Dan waktu bangun aku dah di awalkan 45 min, iaitu 5.15 pagi. Kalau ngantuk sangat, aku snooze sampai pkul 5.30. ehehe. Main bola pun boleh lebih masa khennnnn. ;-)

Kletung kletang gedegung gedegang. Paling lewat aku keluar rumah jam 7.45 pagi. Yang penting pegi punch card kat ofis jap, lepas tu baru hantar anak-anak ke destinasi masing-masing.

Pengalaman baru. Tapi best. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

Sunday, February 24, 2013

Eh! dah nak akhir?



Assalamualaikum… dan salam sejahtera. (dah gaya macam nak tulis emel rasmi ler pulak.)

Merujuk kepada tajuk entri di atas. (gitueww)

Saje je buat tajuk saspen macam tu, boleh la attract 1-2 readers yang memang dah bo-layan nk baca tulisan aku ni. Celap-celup-tenggelam-timbul. Saje nak mainkan perasaan orang. Hehe. 

Terpanggil nak menulis sedikit, sebelum berakhirnya Februari. Hehehe. Tu je nawaitu sebenarnya. Januari 2013 ade jugak aku buat entri. So, to be fair dalam Februari pun kena ada entri jgak la kan. Tak cantik la pulak kalau main skip je. Walaupun hakikatnya takde sape2 kesah pun sebenarnya. :p

Nak cakap ape ni? Haha. Tak tahu nak citer ape. Bole?

Meh bercerita pasal puteri-puteri saya. Hehe

Nabiha Aliya

Tahun 2013 Aliya akan masuk 3 tahun menjelang 13 Jun nanti, in shaa Allah. Sekejap sungguh rasa. Aku suka pandang muka anak2, tak kira lah tengah tido ke atau diaorang tengah main. Time tu, flash-back kisah sebelum kejadian mereka. Selepas 3 tahun kahwin, baru keluar si Aliya. Masa 3 tahun menunggu tu, terasa lamaaaa yang amat. Bila Aliya dah nak masuk 3 tahun, sekejapnye masa berlalu, jelas lagi, teringat kisah-kisah pahit-manis bertarung nak lahirkan beliau. ;-). Indah. hehe

Kakak Aliya dah pandai berkata-kata. Erti kata lain, boleh la nk bersembang dalam mode kanak2 dengan dia. Kadang2, aku boleh jadi adik, kakak, cikgu, pelakon (selalunya watak upin ipin la, x yah berangan nak jadi El dalam setia hujung nyawa tu, dia takde nk layan), mami dan dedi also kepada dia. Pendek kata, serba-serbi boleh lah. Hehe. Bila aku tengah duk sembang dengan dedi dia, suka dia sampuk sama. Pastu bila kami tak layan, dia akan tinggikan suara dan ulang ayat sama. Bila kami dah layan dia, kami lak tetiba lost, tak ingat topik ape yang duk sembang tadi. Bila dah lost, so masing2 kembali kepada gadjet masing2. haha

Tantrum. Sangat sinonim dengan Aliya. Kembar yang berpisah kejap2, paling lama 8 saat. (mami over taww). Sesungguhnya menguji iman ibu bapanya. Bila dia berdua je dengan dedi, rasa macam nak calon kan dia Kanak-kanak Paling Sopan dalam Dunia (kalau ade la). Kalau buat perangai sket2, boleh maaf la. Tapi nampak je sebelah mata aku ni, belum tunjuk satu badan ni, bagai ade switch kat badan dia tu, ‘Mode Tantrum di Aktifkan’, lampu Merah menyala. Ne-nong-ne-nong-ne-nong.!! Haaa, macam tu la ibaratnya. Ade saje la akalnya. Orang kata, anak2 ni mmg saje suka nk tarik perhatian mak dia, nak manja. Eeehhh, sudah2 la tariknya Aliya, mami ni tak payah nk tarik2, berat berganda2, tak daya nye tenaga kamu tu. Antara ramai insan mami lah yang selalu berjaya ‘masuk line’ time Aliya duk bergelut sorang diri tu, ntah ape yang dia nak pun kekadang tak tersampai ke akal kami ni. Bercakap time mengamuk, konfem la bahasa melayu jadi bahasa uganda. (ade ke?belasah la). Tetapi selalunya, Aliya ni solution dia adalah SUSU dan TIDUR. ;-). Selamat.

Tahun ni, mungkin dekat2 hujung tahun la, mami nak potty-train Aliya. Kadang dia mintak jgak tak nak pakai pampers, tapi memandangkan mami dia ni tak berapa rajin nak jirus-lap-jirus-lap-jirus-lap 18 kali sehari, maka KIV dulu niat tu buat masa ni. Hehe

Aliya seberat 15kg adalah kanak-kanak yang ade berpuluh pasang selipar/kasut tetapi tak suka berjalan. Ape pesen pun tak tahu lah. Sangat MALAS berjalan. Tambah2 kalau kat tempat ramai orang, konfem nk berdukung. Kalau setakat 5kg tu tahan la lagi. Kami cuba bawak stroller, tapi anak2 kami kurang berminat. Stroller yang satu sangat jarang diguna, tapi kami rajin je bawak ke hulu hilir mengusung angin. Hehe.
Hobi Aliya adalah mengadap iPad sampai pengsan (tido). Hak tu paling obvious la. Celik mata je ‘mami, ane ipad yaa?’. Kadang2, di selangi dengan soalan ‘mami, mane tifon (telefon) yaa?’. Haa… acaner tu, barang orang mengaku sendiri punya? Dalam ipad tu kami dah download banyak citer upin ipin, boboiboy, pada zaman dahulu, barbie. Dia akan layan citer2 tu atau bukak you-tube beratus juta kali. Yang menengok tak jemu2, tapi hak sekeliling tumpang dengar tu rasa macam nak terbelah 18 gegendang telinga ni. Tapi Aliya tak kisah pun. :-(



Eh panjang nye citer Aliya. Dan terpanjang pulak entri aku, daripada takde cerita langsung dah jadi satu novel. Haha. 

Boleh tak kalau aku update pasal si adik dalam next entri. Dah panjang sangat ni, kesian korang dari tadi cari noktah tak jumpe. 

Kalau dalam minggu ni takde jugak entri baru, maknanya kita jumpe Mac lah ye, in shaa Allah. ;-) Hehe.

Salam.
 

Thanks for dropping in!;-)

Wednesday, November 09, 2011

Ambush!

Macam ganazzz jee bunyi nye, padahal yang 'menyerang hendap' aku tu si kecik cenonet je pun. 

Hari Khamis adalah hari paling bahagia bagi kakitangan kerajaan di Terengganu sbb ofis hour hanya setakat jam 3.30 petang sahaja. Tapi kebetulan aku ade urgent matter berkaitan urusan kerja di pejabat, maka aku terpaksa menunda waktu kerja aku kepada pukul 4.00 ptg, itulah yang aku bgtahu asben bila tengok jam 3.25 ptg tu aku lum siapkan keje aku.

Bila hampir kul 4.00 tak siap jugak lagi, aku up lagi 30 min, tapi x siap jugak, aku up lagi 15min, punnnnn tak siap lagi. Laki aku ape lagi, mengajak teman seangkatan datang menyiasat keje ape la yang aku buat sampai duk tunda2 800 kali tuh. ekekeke

Bila dah bertambah 'audit staff' dalam bilik kecik ni, maka aku yang tenang buat keje tu jadi sedikit huru-hara. Makin bertambah2 lak masa jadinya.



Membuat panggilan hangit kepada YDP kottt...ekekekeke.... Sungguh minat dengan telefon talian tetap ni. Kalau dekat rumah tu, selalu sangat aku tengok ganggang terjuntai atas lantai, sah! memang keje semek ni.



Seronok nampak! YDP tambah elaun bulan ni keeee????



Kurang-asam-boi-jambu-batu betul si kecik ni. Kot yee pun nak audit keje aku, ape salahnya duduk je atas kerusi yang disediakan tu. 


Menyemak dan mengesahkan laporan audit pada hari itu. Abis buku keje aku di contengnya, kalau tak bagi kang melalak la, kang makin lambat lak aku boleh balik.



Hoverrrrrrrrrrr okay!!!! Tak puas hati 'hendap' dari depan, dari belakang pulakkkk.... Melampau sungguh staff audit ni. 


Bila dh siap keje, tengok2 jam dah dekat pukul 6. Haiiisshhhh.... dah rugi kat situ waktu bergurau-senda ngan 2 buah hati kesayangan aku tuh. Tapi bila tuntutan kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan lagi la seronok  dapat bergurau senda dengan tenang di hujung minggu tanpa ada sebarang gangguan panggilan telefon dari ofis.
Oh! Nyaman. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

auto-published.

Tuesday, November 08, 2011

Malang tidak berbau :-(

Kalau berbau, agak2 bau dia cane eh? ekekeke

Kisah sedih yang berlaku kepada aku semasa hari kejadian en asben hadiahkan aku 'cinta hati' tu.
Kelam kabut ngan semek sepet tu duk lari2 tidak setempat, asyik nak main naik turun escalator, sampaikan aku tak pasti masa bila jam tangan yg juga pemberian suami masa bufday aku yang ke-26 terjatuh/tercicir/dicuri/dirompak (over)/ diragut dan lain-lain yang sama maksud. Aku sayang, suka, minat sangat ngan jam tu. Tak pernah lekang dari tangan kiri aku ni, kadang2 tangan kanan jugak. Aku JARANG sangat bukak jam tu, boleh kata 24/7 duk melekat kat tangan ni, aku mmg suka tengok jam, kadang2 selang 5 saat sekali (melampau), tp itulah kenyataan, bila dh xde rasa mcam janggal sangat2.

Rasa bersalah kat asben x yah citer la, masa hilang tu aku x bgtahu terus, aku cari2 jugak dalam bilik tempat kami menginap tu, time dia xde kat bilik, abis sume tilam2 aku punggah letak bawah semata2 nk cari jam aku tu, Aliya pelik tengok mommy dah macam 'weng' time tu. Sayang jam tuuuuu!!!!
Siyes, ralat sangatttt. Ni kes sebab excited melampau sbb dapat 'cinta hati' kot. 

Bila dah give-up, mmg sah hilang time shopping kat east cost mall, aku sangat yakin! Maka beranikan diri bagitahu asben.
Well, asben aku mmg 'kewl' babe! 
"Padan la hilang pun, 3 tahun dah jam tu, ke nk jam lain pulok?"
See? See?
Sumpah aku xde niat macam tu pun walaupun aku tahu aku mmg dilahirkan materialistik. kuang kuang kuang.
Tapi xde lah saje2 hilangkan jam semata nk beli jam baru. Sumpah tidak!!! 

Mungkin betul la orang kata, teori yang selalu aku dengar, kalau kita terlampau takut, dalam kes aku ni, takut nk bgtahu asben jam aku hilang, pada hakikat sebenarnya di belah pihak asben aku xde ape2 pun, aku je yang syiok sendiri,terlebih takut, padahal asben rilek jeee... 
So, lepas ni kalau ade mende nk bgtahu asben ke, boss ke, mak mertua ke, korang kena get ready ngan perasaan takut yang melampau2, ala2 yang syiok sendiri tu, konfem manusia yang korang nk face tu sangat 'kewl'.... macam asben aku. ngeh ngeh ngeh

Maka, smalam, asbenku yang sangat pemurah itu bercadang nk bawak aku ke kedai jam kegemaran nye. Katanya, dari zaman dia sekolah lagi, kalau nk beli jam mmg kesitu lah, dan sebelum ni pun mmg aku selalu ikut dia ke kedai tu tiap kali dia nk beli,repair jam ke, tukar bateri ke, ptong tali jam ke, di situ lah tempatnya.
Agak old-skul, tp kira established la kan klu dh sampai skrang masih mampu bertahan. 


Di sini lah penempatannya, Jalan Banggol, area Kampung Cina. Bangunan dia mmg bangunan lama, walaupun dah nama Bandaraya Pesisir Air, bangunan2 kat Kampung Cina ni masih dikekalkan untuk tujuan menarik pelancong luar di samping mengekalkan ciri2 atau struktur bangunan lama dimasa awal penubuhannya.Konon2 kukuh la kan, sampai sekarang tak roboh. :p



Ini adalah pilihan asben, ku relakan pemilihan di buat olehnya, (konon baik hati dan masih rasa bersalah hehehe). Dan sangat menepati citarasa aku, SIMPLE. Tokei kedai tu suh aku amik yang ade berlian bagai, asben aku gelak,
"hak tu mak datin je pakai tokei".
So, klu bukan mak datin sila duduk diam. 
Mula2 asben pilih brand SEIKO, tp tak banyak choice, sbb tu beralih kepada BONIA. Mula2 asben cam refuse, sbb dia kata BONIA ni handbag maker, tp tokey kedai tu insist bgtahu, 
"mana ade, bonia buat jam dulu baru buat beg". 
Biasa la kan, kalau dah tokey jam bgatahu mcam tu, makan terkesan jugak lah di hati. Cuba tokey nasi minyak yang cakap macam tu, ade korang nk percaya??

Lepas dh nego2 harga sume, ptong tali jam sampai dh tinggal pendek sekentot (tak pasti vocab ape ni), maka asben pun sarung la kat tangan kiri bini dia ni, dah macam upaca pembatalan air sembahyang la pulak. ekekeke
Maka, sejurus selepas itu, mata ni x lepas2 tengok jam kat tangan ni. hahahahahaha (gedikkk)
Orang dh belikan, haruslah eksaited (read excited). Tapi sila berpada2 kerana malang tidak berbau!. ;-)


Abang, i love you! Muahhhh!!! ;-)

Salam...



Thanks for dropping in!;-)



 autopublished.

Tuesday, October 18, 2011

We miss you!

Jam kat laptop aku menunjukkan angka 1:06 am, dimana orang lain sedang seronok  dibuai mimpi cam semek kat sebelah aku ni, sekejap2 bunyi sore, mimpi ape lah, jumpe adiputra kah?

Mesti korang ingat gigihnya aku buat alarm kul 1 pagi, bangun dan update blog. oh! itu mungkin perkara ke-18 terakhir yang aku akan buat, baik aku tengok sinetron 'Nada Cinta' yang ntah ape2 tu yang aku rekod petang tadi, tp sbb anak kakak aku terbungkam depan tv, x kan aku nk tengok tv tp sore mute, baca subtitle x bes boh! Maka demi melayan mata yang xmo pejam ni walaupun dah dipaksa, akhirnya aku di sini, itupun lepas dh puas scroll fb atas bawah, buhsan.

Terjaga tiba2 je, tgok botol susu Aliya dah kosong, nampak ngat aku yang tertido dulu sebelum Aliya tadi. Bangun je, renung muka anak lama2, rindu nye kat Aliya, padahal depan mata je, ekekeke.... disimbah dengan lampu tido yang suram tu, jernih je aku tengok air muka budak sepet ni, mempamerkan keikhlasan yang sebenar, eeeeeehhhh...... air bertakung sudaa di mata ku, perasaan yang datang tiba2, x diundang2 pun...sayu nye aku tengok wajah anak. *sreeeeeeeeettttttt, lap hingus pakai tisu*.

Perasaan melayang2 makin jauh. Dah sampai ke seberang laut mungkin. ekekeke... dengan harapan leh jumpe en abang. Emosi tengah2 pagi buta ni mmg tangkap leleh abis. Masa bercinta dulu, time ni konfem tengah gayut tepon, kalau tak cecah subuh x sah. Kadang sampai tertido macam tu je.... bangun pagi esok telinga dah rentung. ekekeke.....

Lambat lagi Daddy Aliya nk balik, kami dah kangen (read rindu) ni..... hehehe, kawan aku kata, mommy Aliya yang lebih2 sebenarnya, ngeh2... mana2 je lah, yang pasti bila en daddy ade depan mata rasa lebih melengkapi, kalau xde depan mata pun, kami tetap rasa kehadiran beliau. Gituuuuuuewwww...... kan dah cakap, tengah2 pagi buta ni mmg tangkap leleh la. Hadap je lah ye.

Kepada en abang, esok dah masuk hari yg ke-13, berbaki 8 hari lagi sebelum selamat pulang ke darat. Kalau 8 hari sama dengan 8 jam, sha sanggup tak tido, *ayat tak bleh blah*, tp 8 hari rasanya macam 18 bulan *lagi xleh blah*, walauapapun kami akan tetap setia menunggu di sini. ekekekeke

Dinda kirimkan potret kanda dan anakanda tempoh hari untuk tatapan kanda di sana. ngeh ngeh ngeh
Nasib la korang yeee....



Anakanda yang semakin kuat menyusu, jadual top-up pernah jadi 4 hari sekali. Berat Aliya dah 11.5kg skrang, makan banyak, susu banyak, ingatkan naik la banyak, syukur lah sha, hehehe... ok lah daripada xde langsung. 

"Hello, may i speak to my Daddy please..."
Nak tepon Daddy kat tengah laut kena bercakap bahasa inggeris, sbb nanti kalau cakap bahasa melayu, orang siam yang jawab akan balas ikut bahasa dia, so jadi la ayam dan itik bercakap. hehehe

Pesanan buat Daddy,
"Balik nanti qada' balik ye seminggu waktu jalan2 Aliya yang Daddy dah skip tu. Segala senarai perkara yang Daddy kena qada' akan Aliya serahkan kepada Mommy untuk buat. 
Daddy jangan tak sabar lak nk tahu senarai2 tu sume, sabar lah sket ye, lagi 8 hari je pun.
Aliya boleh tunggu, x kan Daddy xboleh kan.
Chaiyouk2 Daddy! "

Gituuuuuewww lah ye kekdahnye mak nk kaver (read cover) line. 


Salam......


Thanks for dropping in! ;-)

auto-publish.

Tuesday, July 26, 2011

Bila kerusi bertukar *ontot :p

Entri syiok sendiri. *mode : kerinduan*

Korang hadap je lah ye. hehe

Asben baru je tinggal seminggu, aku rasa dah macam 8 tahun. *pinjam ayat time bercinta dulu2*




Pic ni dah lama, masa tu Aliya belum keluar lagi, tp dah sarat dah. Kalau tak silap, time ni weekend, aku datang sbb nk kemaskan bilik aku. Sebab masa tu ofis aku tengah beria nak dapatkan sijil 5S. So, sebelum cuti berpantang, aku kemas la sikit mana patut, xde la kejam ngat tinggal bilik macam tongkang pecah lepas tu buat2 muka simpati mintak tolong orang kemaskan sambil kuar ayat "Sha x larat ni, x nampak ke perut besar ni". 
Alasan yang bersepah2 :p


Rupanya, aku masuk ofis lepas cuti berpantang 3 bulan, masih macam tu jugak la 5s kat ofis aku ni.  :p


Asben yang menyayangi aku sepenuh hati jiwa dan raganya *huraian tambahan :p*, yang banyak tolong aku kemas. So, sebagai upah aku bagi dia BERLAGAK macam bos jap, tengah duk review paper work yang staf dia (aku) taip. 
Ayat marah " Ni kenapa ejaan SAYANG jadi SAYING??"
Erk!! paper work CCTV ade word "SAYANG". 
Sebab dia bos, anggukkan sahaja. :p


Dah banyak kali jugak la en asben ni jadi peneman setia setiap kali kena stay-back kat ofis, walaupun sampai kul 1 pagi. 
Tp sejak dah ade anak ni, sharp 5 o'clock, cau cin cau! Zaasss!!! Xde nye aku BAIK HATI nk stay-back bagai. hehehehehe

Salam... 

"Cepat lah pulang sayang........."

Monday, July 18, 2011

On our 4th wedding anniversary day ;-)

Sesungguhnya aku bukan peng'update' blog yang tegar. Maka cerita hanya berkisar tentang kisah2 yang lepas yang tak berapa fresh, bukan tak fresh langsung ye, cuma tak sepanas meggi tomyam yang baru keluar dari ketuhar gelombang 8 saat yang lepas. Gituuuuewww... ;-)

Kali ni pun macam malas nk taip lama2, jari2 runcing sangat cepat merasa keletihan. Maka kita pendekkan sahaja penceritaan kali ini ye. Setuju? :p

Peristiwa : Bercuti sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4.
Tempat : Menginap di The Zenith Kuantan selama 3 hari 2 malam.
Tarikh : 6 - 8 Julai 2011.

The day kitaorang gerak ke Kuantan adalah hari pertama asben off duty utk 2 minggu. Dia gerak dari airport Kota Bharu around 1.30 pm by taxi, sampai kat umah almost 4.30, kena tunggu aku balik keje dulu kul 5. And lucky us, pakcik taxi tu sanggup nk tunggu aku balik keje and drive us straight away to Kuantan. Kalau tak terpaksa la kami booking taxi lain, and for sure it will take longer sebelum kami leh gerak ke Kuantan. 

Balik keje, aku siap2 mandi and solat, kami terus gerak ke Kuantan. It took 3 and half hours to reach Kuantan. Pakcik driver sangat la berhemah pemanduannya. Aku la yang letih duk blakang melayan karenah Aliya yang tak mo tido, tp tak reti duk diam tu. 

Kami sampai dalam kul 9, check in, letak barang and terus cari kedai makan. Kebuluran. ;-)
Yang menarik adalah, East Cost Mall terletak betul2 depan tempat kami menginap. Just cross the road and you can start shopping! :p


The rest, i'll let the pictures do the talking. ;-)



Sesi bergulingan selepas balik makan. Elok sangat kerana menyokong 'tumbesaran'. Bila dah 'membesar', lepas tu komplen. Itulah kitaran kehidupan manusia. ;-)

Mereka bergulingan di atas tilam berukuran raja, dan aku mengambil peluang menangkap gambar kenangan. :p
Meh review sket bilik tido sementara kami.

TV adalah kemestian, walaupun bukan nk tengok pun, but it is one of the MUST HAVE item kat mana2 hotel pun, kan kan? 

Perkakasan susu Aliya, ubat-ubatan standby aku dah siap susun atas meja in-room coffee maker tu. Maaf la ye, xleh nk crop tang kaki tu. ekeke

In the wardrobe. Sayang sungguh sbb tak ingat nk berangan pakai bathrobe tu.

Mangkuk sinki tu aku LIKE 800 kali. Tapi kepala paip tu quite danger, bucu dekat tempat pemegang tu sangat tajam. Hampir nk terkena muka Aliya masa mandikan dia dalam sinki tu. ;)

2 pasang selipar yang dibekalkan kepada kami. Sangat berguna kepada aku sepanjang 3 hari kat situ. Sbb aku bawak sepasang heels je. Leceh pakai heels ni. So, slipper tu aku guna time nk gi breakfast, jalan2 sekitar dalam hotel tu je. 

Dalam wardrobe tadi ade weight-scale. Lama tak timbang berat, so percubaan berani mati menimbang berat ketika perut sedang penuh kekenyangan. Bila tengok je result, terus emosi. "Berani sungguh jarum tu pointing kat angka yang aku tak berkenan."
Lepas tu terus bungkus weight-scale tu, masuk drawer, duk la diam2 dalam tu. Jiwa kacau jap tgok berat sendiri. :((

Pandangan dari tingkap bilik kami. Parking lot ECM. Kalau la ade jejantas yang menghubungkan bilik aku ngan ECM, time tu jugak aku terjah masuk dalam. ;-)

Si kecik yang tak reti nk tido, di angkut sekali Daddy dia yang keletihan menahan mengantuk. 

Bila remote di sangka hand-phone mmg itu lah kejenya. Sket2 tepon cik ya, kejap2 tepon makcu, baru ni kena tangkap tepon boipren dia. :-p

Aliya ni dah terlebih gula. Aku dah surrender masa ni, dah baring2 atas katil, sambil duk telek pic2 aku amik, klu tak berkenan delete terus walaupun mata ni macam dah nk tertutup. Bila tgok semek ni riang-ria bersama ribena, sempat la aku snap pic dia ketawa tiba2 takde sebab tu. 
Sebenarnya tu symptom dia mengantuk gak tu, cuma tunggu masa je nak Zzzz.......

Sarap time!! Aku bagi markah 8/10 untuk hidangan brekfast kat situ. Variety of food. Aliya makan bubur sangat banyak. Padahal letak bubur ngan clear sup (nama sup kat situ) je, tp makannya nk habis semangkuk.
So far, brekfast kat hotel yang paling bes bagi aku ialah hotel Concorde KL. 18/10. ;-)

Hehehe, bila mommy malas nk bangun amikkan sudu kecik nk suapkan Aliya. Janji masuk mulut, tak comot baju sudah. Paling penting, buurrrp, kenyang... :p

Gambar kami lagi yang gembira kekenyangan. ;-)

@ hotels lobby, waiting for sumone to pick-up us. Where to go??? Jeng jeng jeng...

Safely 'landed' at our MAIN destination. ;-). @ waiting room - asben duk discussing ngan Matthew.

Aliya sangat behave sampaikan aku tak sedar dia buat pelaburan besar-besaran. 

Kebosanan menunggu proses 'penyerahan', maka aku adakan acara susun botol air. Sila tegakkan botol air yang jatuh dalam masa sehingga-daddy-selesai-urusan-dengan-Matthew. hehehe, masa permainan yang cukup singkat untuk si kecil itu, but finally she did a great job! Hehehehe...

Gambar di sekitar bilik pameran itu. ;-)

 Alhamdulillah... 
Rezeki encik suami untuk memiliki kereta idaman. :-)


Selesai sudah sesi penyerahan kunci kereta, kami mengisi perut dan cuci2 mata dalam ECM, kata depan hotel je kan, harus lah kesana selalu ngeh ngeh ngeh. Bila kekenyangan dan kepenatan, maka pulanglah kami ke pangkuan katil empuk-berspring itu. 

 Aliya di ECM.

 Cubaan menangkap gambar menggunakan timer kali yang puluhan ratusan dah. Yang blur ni jugak menarik hati. 

Dalam kete elok jeee tido. Sampai bilik elok jeee ajak main2 terjun katil.

Kadang2 aku perasan gak semek ni bila ketawa je mesti tutup mulut. Ikut sape lah perangai sopan ni. ;-)

Muka gembira di hari ulangtahun. Thanks Daddy!
Lovely surprise walaupun dah tahu dah sebenarnya sebelum ni. ;-)


Keluarga kecil en Shahrul Azlan. Moga ikatan yang terjalin ini kekal berpanjangan hingga ke syurga firdaus. Berdoa agar hubungan ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.
Semoga dijauhkan dari perasaan riak, sombong dan takbur, ditanam dalam hati perasaan syukur dan rendah diri.
Bila hati sering diuji, lafazlah astaghfirullah memohon keampunan-Nya.


Salam..........

"Kalian berdua adalah anugerah terindah"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...