Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Eh! dah nak akhir? 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;-)

Merujuk kepada tajuk entri yang tak boleh belah dan mengada itu, hehe. Kena buat sequel agar nampak kesinambungan dengan entri sebelum ni. kan kan kan. 
 
Jumpe lagi kita ye, dan masih lagi di bulan februari. Bermakna, aku ni belum lagi boleh dikategorikan sebagai pemalas. Haha boleh gitu?. Suka suki klasifikasikan diri sendiri. :p

Jomlah kita ke agenda seterusnya. Bercerita tentang puteri kedua saya.

Eh, bila belek2 entri lama, tak ada pun cerita pasal semek sengih tu kan, minus entri yang tetiba muncul bagitahu dah lahir anak kedua. Kesian Aqeela, kang bila besar, kesot (read kecik) hati bila mami tak update pun pasal dia. Hehe

Meh-meh mami update okeh.

Nadhira Aqeela.

Genap setahun menjelang 7 April nanti. Dan lagi sekali ayat sama macam previous entry, sekejap je masa berlalu. Hehe Dah nak setahun anak mami ni kan. Nanti kita sambut birthday sekali arung je lah ye. Date nye dekat2 sangat. Birthday aqeela – birthday kakak - anniversary mami dedi – birthday mami. Haaa…jimat kan. Dedi suka lah kalau bab jimat2 ni. Hahaha. Maaf ye darling. :p

Tu belum masuk nak celebrate anniversary couple mami dedi – anny clash mami dedi – anny sambung balik mami dedi – anny kali pertama peot (ok, over). ;-)

Aqeela is easy-baby. Tak banyak meragam sejak lahir lagi. I’m not comparing okay. Susah sangat nak tengok beliau menangis. Seriously. Penyenyum orangnya. Mata tak berapa besar, bila senyum tertutup terus matanya.

Aqeela budak nya kecik, ringan boleh di lambung2, haha. Ye lah, padan la dengan umurnya 10 bulan. Eh, juga padan dengan beratnya yg baru 9kg. hehe. Sekarang ni makan boleh tahan banyak, susu pun sekali minum 9oz boleh habis. Dah nak sama banyak dengan kakak dia. Takpelah berat tak naik banyak pun aqeela, asalkan aqeela sehat ye sayang.

Meniarap dan menyusur masa umur 3 bulan. Merangkak seawal 5 bulan. Sejak umur 6bulan dia dah boleh meniti, tapi sampai sekarang masih belum boleh jalan. Berdiri sendiri dah boleh sangat dah, cuma tak berani nak angkat kaki. Chaiyouk2 ye sayang.

Sangat TERsangat sangat-sangat rapat dengan aku. Semek manja nih. Kalau nampak aku, tapi aku tak ambil dia mmg kesian la muka dia. Aku ni pulak memang suka kenak (read buli) anak sendiri, selagi tak nangis selagi tu aku kenak. Hehehe.

Peminat tegar upin ipin. Sangat tegar. Saat pertama bukan channel, keluar muka kembar tak seiras dia tu, Ya Allah, manis leting (read sungguh) senyuman tu. Kadang, bila dengar lagu upin ipin, kepala duk pusing2 cari mana datang lagu tu. Cerita kartun lain dia layan jugak, tapi takde la setegar upin ipin ni. Alahai.

Puteri kedua saya ni ade jugak la menunjukkan ciri-ciri kebekengan (read garang) macam dedi dia. Eh! Mami kot. Ehehe. Kalau lambat je suap makan, memang kena ‘sound’ orang yang menyuap tu. Hehe. Dah la suara nyaring kemain. Berkerut2 kening bila marah, haaa…. Jangan cuba yeee.

Satu lagi kan, Aqeela ni kalau tido mesti nak kena ade kain, selalunya dalam buai je macam tu. Kalau amik kain tu siap la, berguling2 lah dia dalam buai tu, lepas tu tak lama, ade orang duduk bersimpuh dalam buai. Macam-macam pesen la kamu ni.

Eh eh! Rajin nye tuan tanah kan. Agak panjang jugak. Maka kita ke penutup lah pulak ye.
Macam biasa, penutup bergambar. Sekeping je pun. Hehe.


Eh Aqeel? haha. Mami kenak.


Haa.. ni la gegel mami nama Aqeela tu. ;-)

Salam.


Thanks for dropping in!;-)

Friday, September 23, 2011

Salam Aidilfitri 1432H ;-)

Seperti yang diberitahu sebelum ini, nk post entry Hari Raya. Maka, dengan MALASnya terlaksana juga. ;-)

Ilek ar der, skang baru 25 Syawal kan, masih berbaki beberapa hari je sebelum berakhirnya bulan perayaan ni, maka sempat la aku menghari rayakan blog aku dengan kehadiran foto2 raya yang tak seberapa ni. Mana2 rakan FB ku mungkin telah menatap foto tersebut. Tapi aku kan baik hati, bagi tonton lagi sekali untuk tatapan rakan FB ku yang juga rakan blog ku. ekekekeke. Nasib lah yeee... ;-)


Meh kita sama2 hadap gambar2 sekalian. ;-)

Potret keluarga di 1 Syawal. Teruja aku tengok pic ni, sbb budak kecik kat tengah2 tu, bertatasusila sungguh.
Daddy Aliya lak dah macam gaya penyimpan mohor besar nk umum raya. :p

Macam ni baru kewl daddy. ;-)

Meh2 tengok Aliya duk mengcangkung. 

Hati gumbira sbb niat dh awal2 lepas subuh "hari ni nk collect duit raya banyak2" heeee..

Kami bukan kembar tapi kami sama. ngeh ngeh ngeh

Tak perasan lak aku tak pakaikan Aliya spentot. hihihi... belasah lah semek.

I noticed dat Aliya always smile with her closed lips. Ayu gituuuueew ;-)

Hoping by doing that mommy will let her go. Notti la Aliya ni, saje rosak pic raya.

Kat umah tok abah Aliya aka my dad la. hehehe
Every year will celebrate 1st Syawal at my kampung, ekekeke...
Persetujuan sebelum kawen yang di buat sebelah pihak sahaja, guess who? ngeh ngeh ngeh
Senegeri je pun, after zohor berangkat la ke kampung asben lak.
Kan untung kawen senegeri ni, boleh balik dua kampung dalam masa sehari. Siap esok boleh ulang-alik pegi kampung aku, kampung asben lagi sekali. hehehehe
Yang tak kawen senegeri jangan ler marah yeeee...heeee

Pagi raya, memang kami akan siap awal2 dan gerak ke rumah tok abah.
Gerak pegi solat sunat aidilfitri dari umah tok abah.
Motif sampingan sebab gerak awal adalah sbb umah aku tak pernah pun ade menu hari raya pertama. So, sbb nk elak jiran datang tengok meja kosong, maka kami akan keluar awal kerana menu raya kami berada di rumah tok abah. ekekekeke
Dah kami akan balik umah masa matahari dh terbenam. ;-)

Menu hari raya pertama umah tok abah, Nasi minyak mmg konfem ada, nasi berlauk request dari daddy Aliya dan juadah sampingan yang ringan2, lemang ngan rendang mak sedara kasi.

Tengok! Malam hari pun aku masih berada di umah tok abah. Adik beradik sume balik, so lepak lama sket la. Baru balik beraya dari kampung daddy Aliya. Baju raya aku pun x bertukar lagi, nampak ngat belum mandi. Masyam!

Pic ni masa raya ke-3. Aku buat jemputan makan sket, nak kata open house kan macam majlis besar ngat, kecik2 je pun, panggil sedara, kawan2 terdekat.
She is one of my bestest buddy, Puan Adda.
Tak banyak pic yang di ambil hari tu. Malas nk kelek kamera gabak tu ke hulu ke hilir.
Thanks for those yang datang meriahkan umah kami hari tu. ;-)

Gambar family besar tak jadi la tahun ni. Sayang sungguh, banyak kali snap, guna timing, penat kami posing, alih2 gambar blur, xde satu pun yang jadi. Bila nk amik lagi sekali, memasing dah tak menyabar nk beraya umah sedara mara.
Haisshhh...

Cukup la kot kisah raya aku. Kalau nk citer aktiviti raya aku mmg menangis la korang baca, x kan jumpe noktah. :p
Maka aku akhiri di sini kisah raya 1432H.
Moga masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah...


Salam..............

Friday, July 15, 2011

Berkelah jom!

Perkelahan di Belukar Bukit (org kampung aku panggil tempat ni Lubuk Gala) pada tarikh yang aku tak ingat dah. Yang pasti time cuti sekolah. Nampak ngat entri ni basi, kan? kan? 
Tapi... inikan belog aku, korang lupa? :p

Lately jari jemari ku yang runcing ini seperti bermalas-malasan untuk menekan butang2 keyboard ini lama2. Kepala hotak ni pun macam susah giler nk bagi kerjasama menurunkan idea2 yang bes untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Kesudahannya, aku godek gambar2 tak-berapa-lama untuk dijadikan entri baru untuk tatapan pembaca setia aku. Tak pe lah aku syiok sendiri pun, yang penting ini belog aku, ulang chorus, ini belog aku. :p

Demi menjimatkan masa, biarkan sahaja gambar berkata2. ;-)


Perkelahan pertama budak kecik itu. 

Since dah selalu ngat train bermain2 dalam bath-tub di rumah, maka tidak susah untuk membiasakan Aliya memasuki ke dalam sungai-cetek-tapi-batu-tajam2-belaka itu. sebab tu aku pakai sliper dalam air.

Kalau sape2 takut tengok makhluk-bermata-merah seperti di atas, sila proceed ke gambar seterusnya. :p
*abang shayang jangan marah yeeee*
Aliya seronok dalam kesejukan air itu.

Berendam 5 minit, lepas tu naik cari makan, rendam 2 minit, lepas tu cari makan lagi. Asyik makannnnn jee....

Bersama cikgu tarian K-pop Aliya. Harini kelas off sbb cikgu cari idea nk buat choreographer dalam air lak lepas ni.

Batu itu disangka nye cekodok pisang. nyum nyum nyum...

Gitueeewww....... ;p

Cikgu matematik ajar cara tiup belon pakai sabun mandi.
Formula : sabun + air = belon. ;-)

Sebab tiup belon guna sabun tak jadi, so kena denda la!

grand-abah with her grand-daughter ;-)

They setting up the khemah-untuk-girls-tukar-baju-lepas-mandi. ;-)

Part of our bekalan. Budu, belacan tak yah tunjuk la eh, macam melampau ajee... berkelah pun bawak sekali makanan-kesayangan. 


Ecececes...kesepian ke bang? Jangan tenung lama ngat anak bini orang tuuu....

Mommy Aliya bila kadang2 datang la sakit-jiwa-kacau beliau, cenggini lah jadinya :p


 Aku lupa seketika title mommy ketika berada di dalam sungai cetek itu. Rasa seperti berada di darjah 5 Mutiara. ngeh ngeh ngeh

Dari kiri dugong and duyung. ngeh ngeh ngeh

Tak ingat kenapa kejadian di atas. Yang pasti Aliya baru bangun tido. Tak sempat salin baju pun, tido ngan baju basah atas riba tokmi, dah la x pakai pampers. Lepas bangun sambung berendam lagi. ;-)

Sesi perkelahan berakhir jam 6 petang. Kami pakat solat asar atas batu2 tajam berlapikkan tikar. Giler tak stabil time angkat takbir, goyang inul gitu. Moga ibadat kami di terima. InsyaAllah.....

Sekian sahaja cerita-ceritut dari ustazah Syahada pada hari ini. Selamat beramal... ;-)


Salam......

Sunday, December 26, 2010

Fun time with Daddy

Hari ini adalah hari kelepasan am bagi negeri Terengganu sbb Krismas jatuh pada hari sabtu iaitu semalam.
So, sebelah paginya kami bergulingan di rumah sahaja sambil menghabiskan besday kek - kek keju dan beri biru.

Sangat seronok sebab leh habiskan masa ngan Aliya sama-sama.

Jom layan pic mereka berseronok.


Aliya kekenyangan. Cereal + susu 6oz.


Daddy pun rupa mcam kekenyangan jugak. 


Aliya, pandang sini! 


I love them both. Muah!!!


Moral : Kalau rasa nak spend time kat umah je, make sure stock makanan full house okay! :p



Salam.........

Saturday, December 04, 2010

Syahida's

psssst!!! psssst!!!! sembur ridsect, sbb ade labah2 kat blog ai, dh nak bersawang pun. hehehe
rindu kat blog ai niiiiiii......

lepas bengkel 4 hari tempoh bulan, aku cuti direct 5 hari. nak sangat update blog, skang baru leh bertenang hadap blog. nak pengsan tgok bil update sue, berbelas2 update. keep up! ;-)

last bengkel aritu 25/11, half day lak tuh. gomen staf sangat suka kalau bengkel abis awal, sbb leh berjimba2 kesana-sini. huhuhu...integriti! integriti!

3 hari selepas 25hb adalah 28hb. hehehe
Dalam masa 3 hari tu, aku kena buat2 sebuk sbb adik aku, Syahida nak kawen. Kalau aku buat2 x tahu je, kang melampau sangat, so kena la tunjuk muka ke hulu ke hilir macam sangat2 bz-body. dah la hujan on-off. klu time2 hujan ni, tarik comforter, bukak lampu tido...uishhh....syiokkk!! leh mimpi adi putra. ekeke

Meh layan pic je la eh. actually aku dh upload kat fb pun. tp cam bosan la pulak klu xde pic kan? *macam la aku selalu upload pic dalam post aku*



*credit camerabatam.com

objek yang en suami rembat kat kedai canon. keperluan yang MESTI kalau nak amik pic potrait yang cun melecun. 




kami bukan boria of the day, sekadar tema keluarga agar orang ramai mudah nak cam. ekeke


aku pernah mengalami situasi di atas. :p



center of attraction of the day - aliya, shes my baby ;p


all about her day - 


about her again...


majlis hantar menantu


she is sooooooooooooooooooooooooooooooooooooo sexy okay!



eh daddy mana aliya? 
tu daddy, ngah snap pic kita. mummy kan suka bergambar.. :p


us!


pictures tell everything. :p

moral : klu malas taip panjang2, selalu la upload gambar. ngeeee

Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...