Showing posts with label ofisku. Show all posts
Showing posts with label ofisku. Show all posts

Wednesday, November 09, 2011

Ambush!

Macam ganazzz jee bunyi nye, padahal yang 'menyerang hendap' aku tu si kecik cenonet je pun. 

Hari Khamis adalah hari paling bahagia bagi kakitangan kerajaan di Terengganu sbb ofis hour hanya setakat jam 3.30 petang sahaja. Tapi kebetulan aku ade urgent matter berkaitan urusan kerja di pejabat, maka aku terpaksa menunda waktu kerja aku kepada pukul 4.00 ptg, itulah yang aku bgtahu asben bila tengok jam 3.25 ptg tu aku lum siapkan keje aku.

Bila hampir kul 4.00 tak siap jugak lagi, aku up lagi 30 min, tapi x siap jugak, aku up lagi 15min, punnnnn tak siap lagi. Laki aku ape lagi, mengajak teman seangkatan datang menyiasat keje ape la yang aku buat sampai duk tunda2 800 kali tuh. ekekeke

Bila dah bertambah 'audit staff' dalam bilik kecik ni, maka aku yang tenang buat keje tu jadi sedikit huru-hara. Makin bertambah2 lak masa jadinya.



Membuat panggilan hangit kepada YDP kottt...ekekekeke.... Sungguh minat dengan telefon talian tetap ni. Kalau dekat rumah tu, selalu sangat aku tengok ganggang terjuntai atas lantai, sah! memang keje semek ni.



Seronok nampak! YDP tambah elaun bulan ni keeee????



Kurang-asam-boi-jambu-batu betul si kecik ni. Kot yee pun nak audit keje aku, ape salahnya duduk je atas kerusi yang disediakan tu. 


Menyemak dan mengesahkan laporan audit pada hari itu. Abis buku keje aku di contengnya, kalau tak bagi kang melalak la, kang makin lambat lak aku boleh balik.



Hoverrrrrrrrrrr okay!!!! Tak puas hati 'hendap' dari depan, dari belakang pulakkkk.... Melampau sungguh staff audit ni. 


Bila dh siap keje, tengok2 jam dah dekat pukul 6. Haiiisshhhh.... dah rugi kat situ waktu bergurau-senda ngan 2 buah hati kesayangan aku tuh. Tapi bila tuntutan kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan lagi la seronok  dapat bergurau senda dengan tenang di hujung minggu tanpa ada sebarang gangguan panggilan telefon dari ofis.
Oh! Nyaman. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

auto-published.

Monday, May 16, 2011

Aku Masuk Penjara

Amboi!!!!.... Kemain laju korang klik bila tgok tajuk HOT macam ni ehhh... siap buat ala2 muka terkejut lagi. 

"Hah??? Sha masuk penjara?? Kenapa? Kenapa?" Klik laju2 sbb tak sabar nk baca. 

Kan? Kan?Kan?

Abaikan intro syiok sendiri seperti di atas. ;-) *inikan belog aku*

Ini cerita last week. Tak sempat nk update last week, beri-the-buziest. Kena korek emel lama2 sbb nk buat report. Sibaik dah siap. ;-)

Last week aku ade friendly-match game netball ngan staf Penjara Terbuka Marang.
Masa mula2 diberitahu kena lawan diaorang, aku cam BIAR BETIK. Kang tetiba tengah nk sumbat gol, kena tembak ke, kena tumbuk ke, x ke haru-biru-merah jambu-dll jadinya nanti.

Very-the-narrow-minded.  Abaikan sahaja. 
Tp siyes cuak, by the time kami melewati pagar masuk nk ke padang diaorang, ngeri siottt . Masuk dalam sket, ade satu pintu besi yang besar giler, ala2 dalam drama tu, bila banduan dh released, diaorang akan kuar ikut pintu tu. Lepas tu sebelah pintu besi tu, ada deretan cam umah warden kot, atas atap umah warden tu penuh ngan dawai2 yang bergulung2 sampai la ke hujung deretan rumah tu. Mengikut cerita yang aku dengar, kalau ade banduan/banduanita nk try melarikan diri, sentuh je dawai kokot tu, konfem SELAMAT. ;-). So, klu nk kuar dengan LEBIH-SELAMAT, sila lah duk diam-diam kat dalam tu, sampai masa korang keluar la nanti ikut pintu yang betul. Siap ade orang tolong bukak kan lagi.

OK, jom layan game netball.



Sesi menunggu game bermula. So, kita lepak2 dulu kat tepi longkang. BERSIH giler longkang diaorang. Katanya dibersihkan oleh banduan dan banduanita sekalian. Sebutir sampah pun xde okay. Lepak lama2 pun takpe.

Sebelum main, coach nasihatkan makan pisang dulu. Aku pun amik la 2-3 biji, lepas dh abis ngap, coach tanya,  "mana pisang? tinggal kulit je ni?"


Eh eh, tadi suh makan, lepas tu buat2 tanya lak.


"Saya suh makan separuh je, separuh lagi makan lepas main"


Pulak dahhh.... aku tak dengar pun arahan tu. Rupanya petua nk bg tenaga, kena makan separuh dari sebiji tu. 


Tp elok je aku bantai 3 biji. ;-)

Sambil2 tu gossip sekali. Mamat baju biru ni selamba-badak pakai kain pelikat. Btw, hari tu ade 3 game, netball, football ngan badminton.

Belum pun main, kami dipelawa makan2. Terpaksa abaikan petua coach tadi. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.


Bergambar kenangan sebelum main. Katanya amik gambar sebelum main nampak fresh sket. 

Sila pastikan pakai BIB masing2. 

Dan juga posisi masing2. Jangan sesuka hati nk tukar posisi.

Tukar player. Akibat tak warm-up, semputttttt.

Imported pom-pom woman. Mak buyung pun ade. ;-)

Main 2 minit pun muka dah terbakooooo...... Konon2 letih sangat la tuh.

Pssst! pssst! strategi.....


Aku kena main balik untuk game ke-3. Tukar posisi jadi CENTER. Tertonggek lah pulakkk...
 
Zoning! Zoning! *term netball* ;-). Dah la partner aku tinggi melangut.

Waaa.... sempat potograper amik pic aku tengah lompat bintang. ngeh ngeh ngeh

Hantaran luar oleh C, walaupun sepatutnya GK yang kena amik, tp sbb aku lebih pantas lari sbb nk kejar masa, so aku offer untuk buat hantaran. Gituuuuu..... :p

Aku tak pasti ape yang berlaku ketika ini, sbb aku tak nampak pun mana bola. ekekeke

Berkejaran merebut bola nan-sebijik itu. 

Percubaan menyumbat gol oleh GA team aku. Player luar kawasan D pakat duk jerit.... Rebound! Rebound! ;)

Yeay!!! Gol terakhir yang membawa kemenangan kepada team kami. Syukron! 
Penat!!!!!!!!!! tapi berbaloiiiii.... senyum sampai ke dahi okay! ;)



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Fav pic pada hari kejadian. Hahahahahaha.....
Cubaan melompat untuk menangkap bola sebelum di-pass kepada GA untuk menyumbat gol kemenangan kami! Yeay!!!! ;-)


Pssstt: Lepas main, peluh berbaldi-baldi. Yekk!! Masyam. Tapi rasa ringan je, ke dh turun 2kg. :p



Salam.............

Thursday, April 28, 2011

Berakhir sudah....


Sesi berkabung sudah tamat, kemangkatan ibunda Sultan Terengganu. Maka tamat lah sudah arahan pemakaian tudung kaler putih semasa hari bekerja di sektor kerajaan negeri terengganu. Sepatutnya esok baru genap 40 hari. Tapi kat ganu, jumaat kan cuti. So, hari ini di kira sebagai penamat.

mr. google's picture

Masa mula2 keluar arahan kena pakai tudung putih ni, aku xde la rushing pegi serbu  kedai beli tudung putih satu almari, aku buat derk je dulu, sbb aku memang ade tudung putih pun., pakai je mana yang ade. Takde la banyak, tp xkan nk pakai tudung yang sama hari2 kan. Lagipun tudung putih ni sensitif sket, mudah ngat kotor, awning kat 2-2 belah pipi ni mesti bertukar kaler lain klu hari2 pakai.  Tak disebabkan blusher, mesti sbb bedak. Unless pakai bedak Aliya comor kat muka, konfem x tukar kaler. Hari2 pun boleh pakai.

2 hari lepas arahan tu kuar, aku pegi kedai cari tudung putih. Terkejut aku bila tokey kedai tu cakap
"dah habis stok, satu terengganu dah xde, skang ni tgah tunggu order daripada KL"
Biar betik korunk! Memang pekerja gomen terengganu sangat patuh pada arahan. Salute!

So, aku ulang basuh tudung aku yang 2 helai tu, tp ade gak aku bantai pakai tudung kaler krim, kalau tak masuk meeting, xde sesi jumpe ngan bos2 atasan, aku buat derk je. So far, misi aku berjaya je. hehehe
Lepas 5-6 hari baru aku pegi cari balik. Cukup la amik 3 helai je, untuk ganti hari2 cukupkan 5 hari bekerja. Weekend basuh, minggu depan pakai yg sama lagi. Takkan nk angkut 40 helai kotttt.

Sepanjang +-30 hari aku tgok staf kat sini bertudung putih, suci murni jeee sume. Tambah2 kalau duk berkumpul ramai2, macam nk nasyid lak. Tak kurang jugak yang tambah2 manik berlian bagai kat tudung tu, tak de pulak aku dengar arahan tu cakap kena pakai tudung putih plain, so boleh la kot bermanik2 sekalian. 



psssst : Tak sabar rasanya nk melaram pakai tudung kaler2 minggu depan. :p

Monday, February 14, 2011

5S vs 1S. Sape menang?

5S?
Apakah?
Sape2 gomen servant konfem sangat familiar ngan 2 huruf yang-tak-serasi ni.

English version : sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining
Japanese version : seiri, seiton, seiso, seiketsu, shitsuke
Malay version : sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal

Versi aku?
Eh, versi aku pun ade ke?
Ok la, ok la. Aku ingat xmo reveal kat sini, sbb takut orang tiru, x pasal2 aku jadi 5S IDOL season 1 lak karang. Tp korang macam insist nk tahu kan, so..sharing is SCARING sumtimes. :p

Tapi aku nyer, satu S je. 
Sangat Simple. *eh, double S la pulak* :p

Cekidaut!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SOROK! :p


Sebelum kejadian. Aku x tahu lah kenapa yang huru-hara sangat. 
Sebelum2 ni xde la sepah macam ni, lagi bersepah ade la. :p
Ni pun dh kira OK, sbb aku dh banyak sorok. 



Yang ni baki2 yang sedang que nak di Sorokkan. Aku tgah cari port sesuai. Elok je beratur kan?
Tak muat lembang atas meja, bawah meja, atas lantai pun kira boleh lah.



Yang ni memang x bleh blah. :p
Aku dipaksa buat jugak mende alah ni. 
Eee....dah la tangan x bape nk lurus, jenuh aku duk potong  styrofoam tu.
Garisan x bape lurus tu namanya SENI. Korang ade?

So, korang rasa, better 5S ke 1S je?
Aku vote 1S je.
Sape setuju ngan aku angkat tangan. Sekarang!

*amboi, ramainya support aku. dah! dah! turun tangan, bau laaaa* 
Larikkkkkkkkkkkk!!!

Moral :
Saya akur, kerana Saya Yang Menurut Perintah.
Jadi saya sokong 5S! :p


Salam....... 

Wednesday, December 08, 2010

Family Day on 1st Muharram

Hiaaarrgghh..... *tolong jangan bayang aku sedang menggeliat dalam comforter oren yang dah 4-minggu-pakai-tp-tak-reti-reti-nak-tukar di hari cuti 1 Muharram, tp sila bayangkan aliya sedang struggle nk panjat atas badan aku sbb nak amik henpon aku yang berkelip2 dan bergetar2 menandakan SILA SNOOZE kalau rasa-malas-nak-bangun-lagi okay!*


Smalam sebenarnya aku cuti. 
Aku tahu korang mesti kata "aku pun cuti la" dan mungkin juga ada yang kata "aku hari2 cuti, xde plak aku nk gebang2 satu dunia" hehehe....
Aku tahu, korang sume baik hati, duk diam je baca blog aku ni sampai abis. Good readers! :p


Tp aku tak sebenar-benarnya cuti pun. :p hehehe


Di hari cuti, tambah2 hujan lak tu, sedap wooo tarik comforter sampai benam abis seluruh badan, benam sekali ngan aliya. :p
Tp bayangan hadiah2 grand prize untuk lucky draw membantutkan segala impian mem-BENAM aku tu.
Hadiah2 tu lagi penting dari adiputra, lagipun malam karang still leh 'jumpe' adiputra lagi. ngeh ngeh ngeh


Cakap banyak tak guna. meh layan sekalian album family-day ofis aku di bawah.





sangat banyak dengan acara kanak-kanak. tiup belon paling besar, bawak bola dalam sudu, rebut kerusi, kepit bola dan lari, etc. tp aku x snap sume,mana2 game yang aku berkenan je aku amik. :p


kami pada hari kejadian. aliya sempat mimpi adiputra 2 kali WALAUPUN dewan sangat hingar bingar *macam pelik je word ni*
ramai gak yang heran aliya leh tido dalam situasi macam tu. orang2 lama kata, "ni mesti masa ngandung kuat berjalan sana sini".... hmmm.... agak2 korang ade kaitan ke?


the person who organized the function. tak lupa juga mereka2 yang x membiarkan aku kebuluran haritu walaupun dah sarap nasi goreng + telur mata goreng separuh, lepas tu letak kicap sket, fuhhh haven!


aliya riang gembira selepas jumpe adiputra. ;-)


close-up us


insan yang menyebabkan dewan jadi bingit! :p


aku join game rebut kerusi nan satu itu. ade insiden yang lawak haru biru. hahaha....
abaikan lah sbb bukan pasal aku pun.


penggondol hadiah x berapa nk grand. tp alhamdulillah....
nasib baik aku x dapat mesin basuh tu, klu x mana la aku nak taruk nanti. *ala, ko x dapt, mmg la ko ckp macm tu"


kanak2 ribena bersama aliya the shaolin soccer :p


smiling faces from her


Majlis x sempat abis pun, kami dah blah awal2. tp yang pasti selepas perut berisi.
Kalau dah kenyang, ini memudahkan lagi urusan aku untuk ketemuan dengan adiputra. ngeh ngeh ngeh. letak je kepala atas bantal terus ZZZzzzz.......
Aliya? hehe...pun dah selamat 'berenang' dalam buai.


Salam......


Apa? Moral? 
Post kali ini TIDAK BERMORAL. Harap maklum. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...