Showing posts with label leisure time. Show all posts
Showing posts with label leisure time. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Shopping bila Daddy tiada, banyak beda nya :p

Aku tengah duk layan citer Soffiya episod2 yang last week, sibaik la aku ingat nk rekod, bagus jugak ade PVR ni, xde la tergantung citer2 yang aku follow. Hahahaha, macam penting beno ikut drama bersiri ni. ekekeke
Lagipun citer ni start betul2 time waktu maghrib, abis lak ngam2 nk masuk waktu isyak. Melampau kan.
Maka inilah guna PVR tu, laki tak bising, aku pun leh tengok citer ni ulang2 dengan tenang, kalau tetiba macam x dengar Ilyas cakap ape, leh aku rewind balik. ehehehehe.....


Di atas adalah intro yang tiada kaitan dengan entri aku. ehehehe, tak tahu kenapa tetiba nk citer pasal Soffiya ni. Tp aku mmg emo giler tengok si Fiona tuh. Ilyas punya lah baikkkkkkk, boleh ko perangai setan kat belakang laki ko sendiri, haiiihhh.... Asal la si Muiz tu tak bunuh terus sampai mati minah tu.
Ok, aku sakit hati!

Sekali lagi perenggan kedua yang tiada kaitan ngan entri aku. ehehehe....

Oklah, meh nk citer pengalaman bershopping dengan Aliya tanpa kehadiran Daddy. ehehehe....
Daddy Aliya mmg sekeras2nya MENGHALANG, tp aku kan penggoda yang tegar, maka mencair la laki aku bila dipersembahkan dengan pelbagai ayat2 manis dari isteri yang jauh di mata dekat di hati ni. Gituuuewww.... mau tips??? Boleh PM yee. ekekekeke. Aku tahu korang lagi super-duper hebat. :p

Kata Yuna, "kerana setiap gambar ade lagu".... tapi aku tak reti nak nyanyi2 ni, auratttt....;-)...
Maka aku bercerita melalui gambar sahaja yeee....




Mula2, kereta haruslah berkilat-bercahaya memancar2 di atas jalan raya, ini bagi mengelakkan pelbagai tuduhan liar daripada pemandu2 lain, contoh "pemalas sungguh pompuan ni, kete itam dah jadi kaler kelabu". Maka operasi gotong-royong membawa berkat membersihkan kereta berlangsung dekat garaj depan umah aku yang dikepalai oleh semek sepet seperti dalam gambar di atas. Kereta belum basah dia dah abis satu badan berjeruk (read basah lencun).


Aku xde can nk pegang getah paip tu, queen control sungguh semek ni. Aku rampas  je memang mengamuk guling2 la, dari nak membasuh setengah jam, tertunda kepada sejam. Daddy jangan bising kat mommy ye kalau bil air tetiba terlebih banyak 8 inggit dari bulan lepas, suh semek kecik ni yang bayar.


Merata2 di simbahnya, time aku panggil nk snap gambar dia, terus air tu di hala ke aku. Terkejut mak! Bukan ape, kang kami sume berjeruk cane nk masuk umah, dah la luar umah pun basah, dalam umah x kan nk basah sekali kottt.... Maka aku membasuh kereta adalah sangat berhemah, baju hanya terkena percikan air sahaja, tidak seperti semek di atas.




Notti sungguh la semek ni, turn makcu lak kena kacau. Makcu mmg dah separuh berjeruk.


Ok, time untuk berjangok (read cantik2, lawa2, cute2, senonoh dll). Semek ni dah penat main air, merengek2 nk tido, tp aku bo-layan, saje nk biarkan dia tido dalam kete, selesa perjalanan aku nanti klu xde tangan ke 3 dan 4 pegang stereng sama ngan aku.

Lepas sume dah siap, maka kami pun bergerak la ke Bandaraya Pesisir Air.
Aliya ngan Makcu duk belakang, baru sampai kat stesen Petronas Q-Ber cyber city, 2-2 dah lentok. ehehehe..

Aku sampai bandaraya terus terjah Giant, dalam kepala aku kat sini je satu2 nye tempat yang paling sesuai aku nk bawak Aliya. Aliya leh main kat playground dan aku leh shopping.
Mula2 kami terjah kedai makan dulu. Sume macam dah kelaparan, kekurangan tenaga, maka perut perlu di isi agar kehadiran glukosa akan diproses oleh insulin dan menukarkannya kepada tenaga. Gituuu, harap2nya betul la fakta aku ni, ekekekeke.



Kami lunch at Pizza Hut, Giant. Sebelum masuk kedai makan, haruslah upah semek ni ngan sedikit 'buah tangan' agar dapat menghidupkan suasana yang aman dan tenang ketika mengunyah spaghetti 40 kali sebelum telan. Sambil2 Aliya duk main2 tu, aku suap la sup ayam kat dia, xsedar hampir satu mangkuk tu Aliya sorang. Dah itu je yang dia nk makan, yang lain sume dia cakap 'moh' aka xmboh (read tidak mahu).

Kalau Daddy ade, sure xmo makan sini, fast-food is a no-no-no. Mesti ajak pegi Alias Mat Binjai. Tapi sha suka je makan situ pun. ;-)


Selesai makan, di sinilah tempat yang mula2 kami tuju. Sambil2 tu aku gilir2 ngan makcu Aliya pergi solat zohor. Bagi peluang kat Aliya main puas2. Tapi yang geram Giant dah meniaga pulak skang, dulu ikut la nak main 8 jam pun mende alah gerak2 yang ade music ni, tp skrang dh kena beli token. Satu token = RM1.
Boleh la main dalam 2 min kot. Kalau nk main sepuluh minit mommy kena tukar 5 token. Kalau 20 min? 30 min? sejam????? Ni baru hari ni, xkan lepas ni dah xmo datang lagi kan kan kan?




Game lain pun ade, glider, seesaw (eh, macam xde jee, x pasan la), game tembak2. Tp tu la, risau lak aku lepaskan Aliya main2 kat situ, ramai ngat budak2 besar duk lari2, kang dilanggarnye Aliya, x pasal2 kan. Tak kurang jugak kapel (read couple) yang duk tenet dekat situ, x faham aku, kang kata tak 'bertamadun' korang mengamuk. Sah2 yang ade kat situ mak-pak yang bawak anak, kalau ye pun dh mmg xde kemaluan at least respek la kat kami2 yang dewasa ni. :p

Lepas dah sejam lebih main kat situ, aku cadang nk gi beli barang sket. Rasa macam kejap la pulak, tp tengok jam dah sejam lebih. ehehe

Kalau Daddy ade, sure xleh lepak lelama kat situ, "jom-jom, lewat ni, kang x sempat tengok bola malam ni"... gituueeewww..... ekekeke


Masuk Giant hampir setiap pelusuk rak, aku lalu dan aku benti. Aku siap bagi Aliya try meja cute ni, nak aje aku belikan untuk dia, tp memikirkan "tunggu time Daddy ade sekali lah yee", maka dibatalkan senarai yang mmg xde dalam list tu.

Kami pusing2 lagi, lepak lama2, belek itu, belek ini. Seronokkkkk, Aliya pun sporting jeeee teman mommy shopping.

Kalau Daddy ade, mesti xleh lepak lama2, belek sume2 barang walaupun bukan nk beli pun. "x yah la tengok, bukan nk beli pun". 



Siap leh main2 lagi, masukkan Aliya dalam troli dan Aliya redha jeee... Siyes, aku ngan makcu mmg dh x larat nak main kejar2 ngan Aliya dalam tu. Seronokkkkk je dia berlari2 dalam tu, macam Ini kedai bapak saya, sila lah datang bermain di sini. 

Kalau Daddy ade, "jangan la wak gitu ke Aliya, sian ke dia, sakit belakang tu, meh Daddy dukung Aliya". 







Antara barang2 yang aku beli, since kakak aku datang dan duk kat umah aku sementara ni, maka aku tambah la sket koleksi bantal kat umah ni. Harap2 selesa la mereka tido ngan bantal baru tu. ekekeke


Tak lupa jugak buah tangan lagi untuk Aliya. Menambahkan bilangan mainan yang akan bersepah2 kat hall umah aku ni. Mommy bising2 sbb barang sepah2 pun tetap duk beli jugak. Sian Aliya asyik duk main mainan samaaa jee.. ;-)


Mengekek-ngekek Aliya gelak bila mak cu letak orang patung tu atas glider, bila patung tu menggelusur jatuh, gelak Aliya tengok. Seronok jeee tengok anak puas hati main mainan yang mommy beli. 

Kalau Daddy ade, sure kena tapis halus2 gituuu masa nk beli.... "eh, mende kecik2 ni kang Aliya masuk mulut, telan nanti, bahaya tu. Cari mainan lain la".


To: Daddy
Jangan kecik hati tau, kami bergurau sahaja. Kami sebenarnya seronok lagi kalau Daddy ade sekali, boleh tambah lagi senarai shopping kami tu. ehehehe


Thanks for dropping in!;-)



Thursday, October 20, 2011

Semua Aliya Punya

Aliya memang, hak orang sume hak dia, hak dia tetap hak dia sorang. Dah nampak sangat ciri2 macam tu yang mungkin mewarisi sikap sepupunya, anak kakak aku yang kedua, Syazwina. Hak sorang ni meeemaaaaaaagggggggggggggggggggggggggg kemut(baca kedekut) barang2 dia. Cuba la rampas, dia punya aura tarzan tu mmg boleh pecah gegendang hidung korang, try la klu x percaya. 
Setakat ni Aliya masih boleh konsider lagi la, klu kena pada caranya, Aliya lak dengan sukarela nk bagi kat kita sambil ucap "cih" (terimakasih). Orang trg kata 'kena pandai main angin'. Ke org key-el kata gitu gok? ekekeke

Kakak aku yang sulung dah balik kampung aka bandar cyber Q.Ber. Rezeki dia dapat tukar ke Terengganu. Alhamdulillah.... maka 2 orang anak abah aku dh balik kg. Adik aku Syahida nampaknya mmg bermastautin di KL lah, rumah pun dah beli kat sana, bagus la jugak, kang kami nk ke KL bolehlah menumpang kat umah dia. Adik aku lagi sorang masih belajar kat shah alam, hak tu x tahu lagi keje negeri mana. 

So, bila kakak aku balik sini, maka anak2 pun diangkut balik sama ke sini kecuali laki dia yang masih kat KL, mungkin bulan 11 ni akan balik sini. Sementara ni kakak aku duk umah aku, maka Aliya ade kawan baik dan kawan gaduh kat umah ni. Ngan kak yong adalah kawan baik, ngan wina adalah kawan gaduh. 
3 biji basikal turut di bawak pulang oleh kakak aku. Satu basikal besar dan 2 basikal kecik.

Sekarang ni aku akan balik Taman Permint lewat  lepas balik keje, kdang2 lepas solat maghrib kat umah tok abah. Sbb melayan aktviti riadah Aliya dan sepupunya di petang hari. Kata kak yong "che ngah, dah pukul 5 belum? Kak yong tengok dah x de panas kat langit, boleh kuar main tak?" Kesian sungguh diaorang, x sabar2 nak main. Maka kunci 'penjara' dibuka. ekekeke... bebas lah diaorang.


Basikal kak yong dah macam milik Aliya sekarang ni. Sian kak yong, "ish, ish, berat la Aliya niiii...sakit belakang kak yong Aliya menyandar macam ni".
Aliya kemain peluk kak yong, pastu kepala lentok abis atas belakang kak yong.

Semek ni mmg SUKAAAAAAAA sangat naik basikal kak yong, sepanjang kak yong gohek basikal tu, menyengih je. Aku lak duk mengekor kat belakang, bukan ape takut jatuh. 

Tengok tu, dah gaya macam bonceng motor ngan pakwe. Gaya aku tengok dia peluk kak yong tu mmg kemas giler. Sian pulok kak yong asyik mengadu penat, kang aku angkat semek tu turun mmg meraung2 la.
Bekas air siap ade dalam raga basikal, kot2 dahaga membonceng. ekekekeke

Eeee....mmg x lepas peluang kalau kak yong biarkan basikal tu 'sorang2'. Aliya mmg akan naik. Dan jangan terkejut kalau aku ckap Aliya panjat sendiri. Tapi berjaya naik yang para belakang tu je la, tu pun dia dh puas hati, bila aku angkat duk depan, amboiiiii kemain lagi.......

Tengok ar, melentok2 kepala time aku nk amik gambar. Suka ngat. Kalau Daddy dia ada ni mmg konfem Daddy dia bising x bagi aku letak Aliya kat situ. "Owoh, jatuh kang!!". Negative thinking. Hehehehehe.....
Cool Daddy...........;-) (6 hari lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :-p)


So, pesanan penaja :
"Balik nanti boleh x Daddy belikan Aliya basikal macam kak yong satu???"



Salam....



Thanks for dropping in!;-)


autopublished.

Monday, October 17, 2011

wordLESS mOnday boleh? My little helper ;-)

Semek sepet ni mmg minat dengan barang2 yang aku klasifikasikan sebagai 'No-No-No'. Tapi skang ni dah pandai, dh ade taktik supaya dalam masa lapan-belas-saat aku boleh tetiba macam kena rasuk untuk tukar jadi barang2 tu dalam kategori 'Ok-Ok-Boleh'. Mak tewas!


Sedaya upaya mengheret debu2 ke kanan dan ke kiri tanpa tujuan, maka mulut mak pun turut sama x henti2 berbunyi2 dengan nada tinggi rendah sbb tahap sabar x tinggi bila semek tu macam xde niat nk nolong, niat nak sakitkan hati mak ni ade la. Dalam duk mulut bising pun, sempat agi amik gambar, sibaik phone ade dalam poket. 

Last but not the least, gambar kepenatan kami. Semek penat menyepahkan lantai, mak penat duk bleber. Semua rugi, x dpat ape2. Ekekeke....
Oh! Aliya, dagu kelihatan agar berlapis, sibaik nampak agak seksi. :p
Ibunda haruslah bergambar berukuran suku pasport sahaja. Bimbang jika mempamerkan keseluruhan susuk tubuh akan di kecam dengan soklan yang berintikan perkataan2 gemuk, montel, chubby, berisi, tembam bam-bam, dsb. Mak sedih!!!!!

Eh, kata wordless............ malas la nk ubah tajuk, biar je lah macam tu. Blog sape ni??? 



Pandai pun.............. ;-p



Salam........

Sunday, July 17, 2011

Waktu Senggang Ku - Pencinta Flora ;-)

Kami dah hampir setahun menghuni rumah di Taman Permint Permata itu, tp belum kelihatan pasu-pasu bunga yang menghiasi keliling rumah. Kosong - bosan - tidak menarik. 
Aku mmg takde hal klu takde pokok bagai, sbb aku tahu kemampuan aku untuk menjaga kehidupan hijau itu mmg tidak-boleh-diharap. ekekeke

Tanaman hiasan nan-sebatang yang di hadiahkan oleh umi kepada kami pun aku boleh buat2 tak nampak. Asben aku lah beria membelai dengan cinta sepenuh hati. Bila dia xde 2 minggu, akan kedengaran lah pesanan "Jangan lupa siram pokok bunga abang tu nanti" di hujung setiap perbualan kami di telefon. Dah tepon nye tengah2 malam, mmg konfem la aku tak ingat, xde harapan la nk tgok aku pegi siram time2 tu jugak. Elok ke siram pokok tengah2 malam? errr seram! Bila tak ingat mmg tak siram la kan. Walaupaun tiap2 hari aku lalu sebelah pasu bunga tu masa nk panaskan enjin kereta. Kadang2 dalam masa 2 minggu di tinggalkan tuannya, sekali je aku siram, tu pun beberapa jam sebelum asben sampai umah di hari kepulangannya. ekekeke... Nasib la...

Tp sekarang aku telah insaf, tidak lagi bersikap kejam terhadap tanaman hiasan itu. Hehehe...
Kunjungan kami di sebuah nursery yang menjual pelbagai tanaman hiasan telah membuka mata hati ini, betapa cantik nya tanaman2 hiasan tersebut, di samping rawatan mata melihat kehijauan tumbuhan yang hidup segar itu. Gitueewww... ;-)

Aku yang mmg zero knowledge bab-bab bungaan dan pokokan ni, agak terkejut mendengar harga2 tanaman hiasan itu. Aku ingatkan singgit dua je. Rupanya boleh cecah ribuan ringgit Malaysia. Dan aku ingatkan pokok tu amik kat Malaysia je, rupanya imported from all over the world. Hmmm.....bisnes bisnes... ;-)

Hampir 2 jam kami di situ, tambahan pulak hari hujan, berteduh kat bawah rumah penjaga nursery tu pun dah hampir setengah jam. Banyak yang aku kenan, tp tetapkan iman dalam hati, jangan jadi boros, kesian kat en asben, cash flow dah macam air terjun bulan ni, bukan air paip dah.;-)
So, kami ambil beberapa tanaman sahaja, cukup lah untuk menghiasi ruang yang kosong di halaman rumah kami itu.



Masa sampai cuaca masih elok. Tp dah ade symptom nk hujan. 

Macam-macam pokok ade. Yang cantik, tinggi melangit, bunga juntai2, even yang tak cantik pun ade. hehehe.. pada pandangan mata aku la. Lain orang lain citarasanya. kan kan kan?

Aneka pokok orkid. Orkid kecik2 dalam pasu tu sesuai untuk gantung, murah2 je. Siap dah keluar bunga lagi. Hajat di hati nk amik jugak, tp sbb xde tempat nk gantung2 ni, asben dh reject awal2. tsk tsk tsk.. 

Yang ni orkid boleh letak bawah. Tapi aku lebih kenan yang gantung. 

Masa di duk bawah garaj penjaga nursery tu sebab hujan. Dah la pakai heels, sbb balik keje terus datang sini. Dislike!

Aliya pun hadir sama memberi sokongan kepada hobi baru mommy dan daddy nye. ;-p
Hobi lama ade keeee??? erk!

Bonsai and this is one of them. First time tengok dah kenan. Masa tu dah terbayang2 pokok tu ade kat tiang garaj kete. Asben pun suka. Yeay! 
Bila tanya bab harga, mak aih!!! Terkejut omak. Seriously aku tak expect harga tu, too expensive. Kan aku dah bgtahu, zero knowledge bab2 ni sume. Kata penjaga tu bonsai tu imported from Myanmar. Harga bonsai seperti di atas rm950. Terkejut tak??? Aku harap korang terkejut macam aku, klu tak mmg korang sangat luas pengetahuan dalam bidang seperti yang aku nyatakan sebelum ini. Atau korang memang pandai buat2 tak terkejut. ekekeke....

Disebabkan keterujaan aku dan asben juga sangat beria, maka kejadian membeli belah bonsai tersebut berlaku. Selepas duk tawar menawar, dapat lah kami bonsai tersebut dengan harga 650 tanpa pasu, klu nk pasu harga lain yeee... Esok harinya, bonsai comel itu dan beberapa tanaman lain selamat sampai kerumah kami, sekali ngan pakej tolong tanam lagi tau. 

Bila dh settle, penjual mengeluarkan invois dan tertera harga bonsai hanyalah RM650 termasuk pasu.
Hehehe....baik hati sungguh penjual bonsai itu. Bila tanya charge hantar + servis tanam pokok2 tu, dengan rendah diri bgtahu "xpe lah". ;-)

Nak tengok mana asben aku letak bonsai tu???? Jom2 scroll ke bawah... :p


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Macam aku bagitahu la, kat tiang garaj kete. hehehe

Haaa...yang ni pilihan hati aku. Mula2 nak amik 6 jenis yang lain2, tp macam tak cantik bila nk susun nanti, kan kan? Sbb tu amik 3 set, boleh susun2 macam ni kan. :-p. Tapi aku tak tahu nama ape pokok2 tu. Tak kisah la kan, asalkan cantik di mata aku.ehehehe, kat mata korang cantik tak? ngeh ngeh ngeh 

Pasu2 kat atas tu sume rembat yang umi, cuma pasu bonsai je baru. Lepas ni kena beli pelapik pasu lak.
Dan misi mencari pokok2 bunga yang cantik-menarik-tertarik lagi lepas ni!!! 

Salam.....


Friday, July 15, 2011

Berkelah jom!

Perkelahan di Belukar Bukit (org kampung aku panggil tempat ni Lubuk Gala) pada tarikh yang aku tak ingat dah. Yang pasti time cuti sekolah. Nampak ngat entri ni basi, kan? kan? 
Tapi... inikan belog aku, korang lupa? :p

Lately jari jemari ku yang runcing ini seperti bermalas-malasan untuk menekan butang2 keyboard ini lama2. Kepala hotak ni pun macam susah giler nk bagi kerjasama menurunkan idea2 yang bes untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Kesudahannya, aku godek gambar2 tak-berapa-lama untuk dijadikan entri baru untuk tatapan pembaca setia aku. Tak pe lah aku syiok sendiri pun, yang penting ini belog aku, ulang chorus, ini belog aku. :p

Demi menjimatkan masa, biarkan sahaja gambar berkata2. ;-)


Perkelahan pertama budak kecik itu. 

Since dah selalu ngat train bermain2 dalam bath-tub di rumah, maka tidak susah untuk membiasakan Aliya memasuki ke dalam sungai-cetek-tapi-batu-tajam2-belaka itu. sebab tu aku pakai sliper dalam air.

Kalau sape2 takut tengok makhluk-bermata-merah seperti di atas, sila proceed ke gambar seterusnya. :p
*abang shayang jangan marah yeeee*
Aliya seronok dalam kesejukan air itu.

Berendam 5 minit, lepas tu naik cari makan, rendam 2 minit, lepas tu cari makan lagi. Asyik makannnnn jee....

Bersama cikgu tarian K-pop Aliya. Harini kelas off sbb cikgu cari idea nk buat choreographer dalam air lak lepas ni.

Batu itu disangka nye cekodok pisang. nyum nyum nyum...

Gitueeewww....... ;p

Cikgu matematik ajar cara tiup belon pakai sabun mandi.
Formula : sabun + air = belon. ;-)

Sebab tiup belon guna sabun tak jadi, so kena denda la!

grand-abah with her grand-daughter ;-)

They setting up the khemah-untuk-girls-tukar-baju-lepas-mandi. ;-)

Part of our bekalan. Budu, belacan tak yah tunjuk la eh, macam melampau ajee... berkelah pun bawak sekali makanan-kesayangan. 


Ecececes...kesepian ke bang? Jangan tenung lama ngat anak bini orang tuuu....

Mommy Aliya bila kadang2 datang la sakit-jiwa-kacau beliau, cenggini lah jadinya :p


 Aku lupa seketika title mommy ketika berada di dalam sungai cetek itu. Rasa seperti berada di darjah 5 Mutiara. ngeh ngeh ngeh

Dari kiri dugong and duyung. ngeh ngeh ngeh

Tak ingat kenapa kejadian di atas. Yang pasti Aliya baru bangun tido. Tak sempat salin baju pun, tido ngan baju basah atas riba tokmi, dah la x pakai pampers. Lepas bangun sambung berendam lagi. ;-)

Sesi perkelahan berakhir jam 6 petang. Kami pakat solat asar atas batu2 tajam berlapikkan tikar. Giler tak stabil time angkat takbir, goyang inul gitu. Moga ibadat kami di terima. InsyaAllah.....

Sekian sahaja cerita-ceritut dari ustazah Syahada pada hari ini. Selamat beramal... ;-)


Salam......

Sunday, May 29, 2011

We having fun! ;-)

Lama tak update kan? So, sila la jamu mata dengan gambar terbaru ini.
Motif? Sukati ai la, inikan belog ai. Bole?? ;-)

Lunch kami di hari jumaat. Aku kan rajinzzzz masak. ;-)

Adik aku punya. Hanya aku, Aliya and my sis sahaja.

Budak yang sangat macam-macam skrang. Penatttttt!!!

Aku yang konon-konon inspired by Hana Tajima. :p

"Mommy! u look awesome!" ngeh ngeh ngeh. Nasib laaa...
My sis makan nasi ayam xde sup! Aku yang tukang tengok pun macam nk tercekik je makan xde kuah. Solution: satu suap nasi, satu teguk milo ais. ;-)

Zinger yang bes. hmm.....boleh laa... ;)

Close-up lagi zinger itu, bukan close up jerawat sekalian ye. Jerawat, tolong jangan perasan!

Mommy Aliya yang hoverrr....

Perut kenyang Aliya suka hati. whipped potato Aliya sorang sahaja yang bedal.

Kami berseronok-ronok!

Jom layan semek ni dancing! Cik ya tengah pasang lagu "Tepuk-tepuk terima kasih".
Semek ini sangat sensitif ngan bunyi lagu. Mommy tepuk dahi!





Eeeehhhh..... inul sudah datang! tu montot yang besar ke pampers yang penuh isi? ;p

Kalau dah joget memang tak pandang kiri kanan dah. Sape yang malu?????



Mommy sayang Aliya tau!!!!!!!!!!!!!!! Sayang mommy tak???



Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...