Assalamualaikum… dan salam sejahtera. (dah gaya macam nak tulis emel rasmi ler pulak.)
Merujuk kepada tajuk entri di atas. (gitueww)
Saje je buat tajuk saspen macam tu, boleh la attract 1-2
readers yang memang dah bo-layan nk baca tulisan aku ni. Celap-celup-tenggelam-timbul.
Saje nak mainkan perasaan orang. Hehe.
Terpanggil nak menulis sedikit, sebelum berakhirnya
Februari. Hehehe. Tu je nawaitu sebenarnya. Januari 2013 ade jugak aku buat
entri. So, to be fair dalam Februari pun kena ada entri jgak la kan. Tak cantik
la pulak kalau main skip je. Walaupun hakikatnya takde sape2 kesah pun
sebenarnya. :p
Nak cakap ape ni? Haha. Tak tahu nak citer ape. Bole?
Meh bercerita pasal puteri-puteri saya. Hehe
Nabiha Aliya.
Tahun 2013 Aliya akan masuk 3 tahun menjelang 13 Jun nanti,
in shaa Allah. Sekejap sungguh rasa. Aku suka pandang muka anak2, tak
kira lah tengah tido ke atau diaorang tengah main. Time tu, flash-back kisah
sebelum kejadian mereka. Selepas 3 tahun kahwin, baru keluar si Aliya. Masa 3
tahun menunggu tu, terasa lamaaaa yang amat. Bila Aliya dah nak masuk 3 tahun,
sekejapnye masa berlalu, jelas lagi, teringat kisah-kisah pahit-manis bertarung
nak lahirkan beliau. ;-). Indah. hehe
Kakak Aliya dah pandai berkata-kata. Erti kata lain, boleh
la nk bersembang dalam mode kanak2 dengan dia. Kadang2, aku boleh jadi adik,
kakak, cikgu, pelakon (selalunya watak upin ipin la, x yah berangan nak jadi El
dalam setia hujung nyawa tu, dia takde nk layan), mami dan dedi also kepada
dia. Pendek kata, serba-serbi boleh lah. Hehe. Bila aku tengah duk sembang
dengan dedi dia, suka dia sampuk sama. Pastu bila kami tak layan, dia akan
tinggikan suara dan ulang ayat sama. Bila kami dah layan dia, kami lak tetiba
lost, tak ingat topik ape yang duk sembang tadi. Bila dah lost, so masing2
kembali kepada gadjet masing2. haha
Tantrum. Sangat sinonim dengan Aliya. Kembar yang berpisah
kejap2, paling lama 8 saat. (mami over taww). Sesungguhnya menguji iman ibu
bapanya. Bila dia berdua je dengan dedi, rasa macam nak calon kan dia Kanak-kanak
Paling Sopan dalam Dunia (kalau ade la). Kalau buat perangai sket2, boleh maaf
la. Tapi nampak je sebelah mata aku ni, belum tunjuk satu badan ni, bagai ade
switch kat badan dia tu, ‘Mode Tantrum di Aktifkan’, lampu Merah menyala. Ne-nong-ne-nong-ne-nong.!! Haaa, macam tu la ibaratnya. Ade saje la akalnya. Orang kata,
anak2 ni mmg saje suka nk tarik perhatian mak dia, nak manja. Eeehhh, sudah2 la
tariknya Aliya, mami ni tak payah nk tarik2, berat berganda2, tak daya nye
tenaga kamu tu. Antara ramai insan mami lah yang selalu berjaya ‘masuk line’
time Aliya duk bergelut sorang diri tu, ntah ape yang dia nak pun kekadang tak
tersampai ke akal kami ni. Bercakap time mengamuk, konfem la bahasa melayu jadi
bahasa uganda. (ade ke?belasah la). Tetapi selalunya, Aliya ni solution dia
adalah SUSU dan TIDUR. ;-). Selamat.
Tahun ni, mungkin dekat2 hujung tahun la, mami nak
potty-train Aliya. Kadang dia mintak jgak tak nak pakai pampers, tapi
memandangkan mami dia ni tak berapa rajin nak jirus-lap-jirus-lap-jirus-lap 18
kali sehari, maka KIV dulu niat tu buat masa ni. Hehe
Aliya seberat 15kg adalah kanak-kanak yang ade berpuluh
pasang selipar/kasut tetapi tak suka berjalan. Ape pesen pun tak tahu lah. Sangat
MALAS berjalan. Tambah2 kalau kat tempat ramai orang, konfem nk berdukung. Kalau
setakat 5kg tu tahan la lagi. Kami cuba bawak stroller, tapi anak2 kami kurang
berminat. Stroller yang satu sangat jarang diguna, tapi kami rajin je bawak ke
hulu hilir mengusung angin. Hehe.
Hobi Aliya adalah mengadap iPad sampai pengsan (tido). Hak
tu paling obvious la. Celik mata je ‘mami, ane ipad yaa?’. Kadang2, di selangi
dengan soalan ‘mami, mane tifon (telefon) yaa?’. Haa… acaner tu, barang orang
mengaku sendiri punya? Dalam ipad tu kami dah download banyak citer upin ipin,
boboiboy, pada zaman dahulu, barbie. Dia akan layan citer2 tu atau bukak
you-tube beratus juta kali. Yang menengok tak jemu2, tapi hak sekeliling
tumpang dengar tu rasa macam nak terbelah 18 gegendang telinga ni. Tapi Aliya
tak kisah pun. :-(
Eh panjang nye citer Aliya. Dan terpanjang pulak entri aku,
daripada takde cerita langsung dah jadi satu novel. Haha.
Boleh tak kalau aku update pasal si adik dalam next entri. Dah
panjang sangat ni, kesian korang dari tadi cari noktah tak jumpe.
Kalau dalam minggu ni takde jugak entri baru, maknanya kita
jumpe Mac lah ye, in shaa Allah. ;-) Hehe.
Salam.
Thanks for dropping in!;-)
welkem back :-) oklatu ada gak cerita alya. eh ke mami berisi no 3 yg senyap je nih hehe
ReplyDeleteowh...mcm2 ragam kan....sama la ngan wawa..kene lyn dia nk ambik order mkn...wat2 tipu mkn..tipu2 pedas, sbb nk suh dia bg air....blum lg bab jd ckgu...nama awak sape????kdg2 cm xterlayan...tp kesian....tp kakak aliya dh tinggi....tomey...
ReplyDelete