Tajuk entri tak leh blah. ;-)
Tetiba pandangan ku kabur, terasa dunia ini berpusing-pusing, aku 'teraba-raba' di dalam cerah, mencari sesuatu untuk berpaut, aku semakin lemah untuk melangkah dan akhirnya...... aku rebah mencium jalan tar yang tidak rata itu. Fainted!
Ok, intro over-acting!
Sila jimat penggunaan perkataan disamping menjimatkan elektrik kerana tarif elektrik naik lagi, walaupun kerajaan dah bagi free elektrik untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sila sokong kerajaan malaysia yang sangat JARANG membebankan rakyat jelata. 1 Malaysia!
Sekali lagi, perenggan 2 yang terlebey sudaa.
Make it short. Kaca mata aku (walaupun plastik sebenarnya) patah lagi untuk kali yang ke-800. Kejadian berlaku ketika aku sedang agresif merebut bola dalam perlawanan bola jaring menentang pasukan Puteri Umno. (puteri2 pun ganas okay!)
Actually spek tu pernah dipatahkan oleh Aliya bulan lepas. Tapi masih boleh diselamatkan. Sbb aku memang suka ngan spek tu.
Kali ni memang patah yang memang tak boleh diselamatkan lagi dah.
Dan aku terpaksa mengucapkan takziah kepada diri sendiri sbb spek tu akan jadi kenangan buat selamanya.
Oh! Selamat tinggal sayang. *gedikS*
Rangka yang masih ade. Separuh nyawa nya hilang. ececes... Aku tak jumpe mana pegi bahagian lain.
Yang ni spek sebelum2 ni, aku masih simpan. Bingkai dia dah senget2, tapi untuk sementara waktu boleh la diguna pakai. Jasa mu ku kenang sayang!
Akhirnya aku didesak oleh perasaan sendiri untuk mencuba lensa-kontek (contact lens). Aku memang penah pakai, tapi tak BIASA pakai. Kali terakhir aku pakai lens pada tarikh 07.07.07 iaitu di hari persandingan ku. :p |
2 hari lepas kejadian spek patah, aku pegi buat spek baru. Lepas dah pilih bingkai yang berkenan, aku bgtahu asben nk beli lens. Tahu asben cakap ape?
"the choice is yours". waaa.... speakang (read speaking) omputih gituuu....
Maka TERbeli lah lens seperti dalam gambar di atas. Lens kaler lagi tau! :p
Kaler ape? ngeh ngeh ngeh
My 'new born'. ;-) Aku memang suka yang berbingkai penuh macam ni. Supaya nampak lagi muda. Giteeewwwwwww....:p
Pandangan dari belakang. Bercorak bagai lagi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mana lagi nampak muda? Berkaca mata atau berlensa kontek?
Untuk mengundi, taip KACAMATA atau LENS dan hantar ke pejabat pos berhampiran.
pssst: pic kat atas ni macam kakak ngan adik je kan? *ini kan belog aku....*
Salam................
sha...u sesuai pakai spek..ikhlas...
ReplyDeletehehe..dua2 pun cantik :-)alya sengeh tgk mommy dia tu..
ReplyDeletefaiez : hehehe, mekashih tolong undi. :p Tp sayang lak lens tu dah beli untuk setahun. actually mmg selesa pakai spek dr lens utk ai yang tak biasa ni. ;-)
ReplyDeleteSue : 2-2 cantik eh? tq2. :p Aliya sengeh sbb sha pakai spek kot, bila pakai lens buat2 muka terkejut lak. hehehehe
KACAMATA
ReplyDeleteibudaniel : Vote received. ngeh ngeh ngeh :p
ReplyDeleteteringin nak pakai spek....tapi, mata i terang benderang...btw, u look gojes kalu pakai spek la dear...kikiki
ReplyDeleteteringin pakai spek? i bet u'll menyesal if you try.
ReplyDeletetapi kak sha pasrah. ;-)
btw, thanks for dropping nice comment about my look wearing 'plastik mata'. :p