Monday, July 07, 2014

7 years and still counting

Assalamualaikum.....

Jelitawan sihat semuanya? ;-)

Kalau sehat zahir dan batin meh baca, tapi kalau ade batin yang tak bape sihat, busuk hati dan sebagainya, jangan dekat, bimbang nanti batal puasa hangpa, sbb muntah hijau. ekeke

Ceritanya....

Selepas berbuka semalam, turn aku basuh2 pinggan, lap meja segalanya, sbb semalam-semalam turn mr suami. Kalau suami balik, bab tu mmg kami gilir2, tp bab mandikan anak2 memang 100% dia handle. Alaaa, balik weekend je pun, 2 hari, xkan nk berkira kot. hehe

Masa aku tgah cuci pinggan, suami mandikan anak-anak.
Ralit jugak la mencuci nya, padahal dah nk pkul 8. Maghrib pun belum lagi. 

Tiba-tiba, suami jerit panggil nama aku. 
Nada jeritan tu tak macam biasa, cemas. Dalam kepala aku time tu, anak aku tergelincir dalam bilik air. Kalau mandi bath-tub air sampai melimpah2, pastu lompat2, acaner tuh? Memang mendatangkan ke-singa-an lah.

Cepat2 aku cuci tangan, lap2 kat baju. hehe.

Keluar je dapur, tengok seorang lelaki tengah duk sengih2 sambil pegang sejambak ros merah.
Hahahaha. Suami aku lettueww.



Macam biasa la reaksi aku. MENJERIT. Aku ni, kalau boleh jual la jeritan aku ni, aku rasa aku orang paling kaya kot. Aku tak tahu la menurun sape, tp aku jenis yang mudaaaaaahhh sangat terkejut dan di ikut dengan jeritan. hahahaha. So, kalau sape2 nak buat surprise kat aku, dont worry, surprise korang memang di jamin menjadi.

Berbalik kepada cerita romantik tadi.

Berlari2 kecil la aku mendapatkan lelaki yang tengah duk pegang rose tu, walaupun jarak kami berdiri ade lah satu depa je, aku tetap jgak nk berlari. Setiap yang berlaku tu ada maknanya, of course la time tu aku nak tunjukkan keterujaan aku ni. ;-)

Kat situ ade drama omputih kejap. PAUSE. ;-)

Lepas tu, aku siap2 mandi dan solat. Suami siap2 nak gerak balik ke Johor dah. 
'Abang nak surprise sha kat ofis esok, macam tahun lepas, tp sebab sha pegi Perak awal pagi, takut x sempat surprise'. Ololololoolo.... sweet tak? sweet tak?

Untuk en suami, terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih, dan seterusnya terima kasih, non-stop. 

Alhamdulillah, di kurniakan suami yang terbaik dan dedi-cool. :-)
Semoga sentiasa dirahmati Allah. In shaa Allah.


*buat2 selamba je update blog. eh, blog ai kan hehe

Thanks for dropping in!;-)

Thursday, April 03, 2014

Tazkirah Khamis



Sumber: Mr gugel.

Thanks for dropping in!;-)



Friday, February 28, 2014

Salam Jumaat



Thanks for dropping in!;-)



Wednesday, February 26, 2014

Wordless Wednesday



Aliya (4) - Maisarah (5) - Irdiena (6) - Syazwina (5).

Satu sekolah. Satu kelas. Sepupu-sepapat. Tak sebaya. hehe



Thanks for dropping in!;-)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...