Wednesday, December 29, 2010

Kerja Luar lagi?


Jap lagi aku akan keluar dari ofis ni.
Bukan benti keje yee...
Di arahkan ke Kelantan, hadir Taklimat e-JKT.

Kali ni pegi dengan en suami. Hehe...so boleh angkut Aliya sekali. :p
Aku request nak drive sendiri *nanti leh claim :p*

Stakat ni, aku x pernah lagi berenggang ngan Aliya kalau di arahkan berkursus atau attend meeting jauh2. Masih boleh angkut Aliya sekali.
Jom kita pergi bertaklimat bersama2 ye. hehehe
Sibaik kejap je pun taklimatnya esok, dalam 3 jam kot.
So, esok Daddy jadi baby sitter.
Harap2, ilmu yang aku dah turunkan padanya akan digunakan sebaik2nya.

Tokmi xleh ikut kali ni, sbb mereka sekeluarga pegi hantar adik aku balik Shah Alam. Cuti sem dah abis.
So, kami ber3 sahaja berpoya2 di Kelantan. huhuhu

Ok la, sudah mahu gerak. Barang x packing pun lagi.
Nak elak dari drive malam2, skang pun hujan manjang.
So, kena pandu penuh hati2, 40km/jam.
Sopan kan?

So, kita ketemuan lagi minggu depan ya sayang2 ku sekalian. Muah!!

Salam...........

Aliya dan TV


Bila kuar je lagu ni kat tv3, aliya tgah duk mamai2 nak tido pun leh terjaga. 
Kalau aku ulit dia nk dekat2 abis berita tv3 ke, atau dah abis citer kat tv3 ke, lepas tu lupa nk slow volume atau mute terus, sbb lagu promo tv3 ni mesti kuar time2 tu, bila aliya dengar je 
"nananana..nananana..nananan tv3"
konfem terbelalak balik mata dia, siap bangun cari mana dtg lagu yang dituju khas untuk dia tu.
Lepas tu payah laaaa aku nk mengulit suh dia tido balik.
Last2, aku masuk dalam walker je.
Abis citer.
Melalak la Cik Nabiha Aliya sorang2 ye. Sape suh x nak tido. Pegi kacau Daddy lak, mummy buzy okay.
Nak update blog.

Lagi satu, lagu citer Alisa kat tv3, kul 2 petang.
Tu citer bibik-bibik. eh citer bibik lak, citer indon.
Very the HAUNTED.
Tok mi, klu x terpacak depan tv kul 2, tok abah sanggup tepon tanya ade kat mana, suh balik sbb nk suh tgok citer tu. LOL
Citer tu aku layan gak masa aku tgah pantang aritu. 
Yang pasti citer tu sebelum aliya lahir lagi, masa duk dlam perut aku,*mestila perut aku, xkan perut Daddy dia lak* sampai aliya kuar, dh jangkau umur 6 bulan, citer tu tak THE END lagi jugak.
Dah kalau sejak dari dalam perut sampai ke umur 6 bulan, asyik tgok Alisa x pernah miss,
sah-sah la Aliya pun peminat tegar Alisa.

Smalam Aliya dah tido kul 1.50, masa tu aku duk solat zohor, siap2 nak masuk keje lak kul 2.
Lepas tu dh abis berita 1.30, lagu promo tv3 tu kuar, mata aliya dah celik-pejam-celik-pejam, mamai campur ngantuk sangat la tuh.
Lepas tu abis lagu promo tu, sharp 2.00 pm...lagu tema bermula...



".....mencoba 'tuk fahami..."
Kami semua gelak, sbb aliya dalam buai time tu, mata terbelalak terus, meniarap itu WAJIB , x kira di mana sahaja, dalam buai pun boleh merangkak okay, intai dari celah2 lubang buai tu, lepas tu cakap2 bahasa Turki,*tokmi sorang je faham bahasa tu, sbb tokmi cikgu tuisyen Aliya* konon Aliya bgtahu, "tu fav song Aliya, TOLONG JANGAN TUKAR CHANNEL!"
'Baik lah', tok mi akur. :p

Hahahaha......hampa tokmi, terpaksa ulit balik budak kecik tu sampai tertido.
Masa tu aku dh kat ofis sambung balik keje 'betulkan silap manusia tersebut'. :p

Aliya...oh Aliya....

Moral :
Tokmi dh tak panggil citer tu ALISA, tp tok mi kata "Eh, citer ALIYA dah start". :p

Salam......

Tuesday, December 28, 2010

huh!

Hampir 5 jam aku duk mengadap sql navigator ni.
Kenapa???
Sbb HUMAN ERROR yang dah 800 kali bgtahu, setiap kali buat keje, sila semak dulu. Jangan duk menonong, buta2 buat keje, sambil mulut duk pot-pet-pot-pet citer pasal emas belian bagai.
Lepas dah "eh, ala...silap, x ingat nk klik.cane ni.... call sha je la".

Perbualan bermula.
"Helo sha, tadi masa key-in bla bla bla....klik sini bla bla bla... lepas tu bla bla bla... x ingat tadi..."
aku diam je, sbb aku nk tunggu ayat last.
.
.
.
.
"Sha, nk buat gane ni?"
Haaaa....tu diaaa!!!
Soklan tu sebenarnya bila di translate ikut bahasa ibunda nenek moyang ko bermaksud
"Sha, sha tolong buat eh. Lepas sha dh betulkan, sha bgtahu eh"
Eeeeeeeeeeee............................................

Naik menyampah aku duk betulkan keje manusia yang langsung x rasa bersalah untuk ulang lagi salah yang sama.
Naik juling mata aku duk tgok pangkalan data ni.
Kalau sket xpe la, ni beratus2 'table'. Haissshhhh.........

Aku ni satu hal. Nak marah x berani, nanti katanya x hormat.
Kalau tegur kang, dia kata aku memandai lak.
Macam2 mana pun, aku gak yang tetap kena setel.

Nasib baik siap. Huh!


Moral :
Sila jadi seorang yang 'bekeng' baru la orang takut nk ulang silap yang sama.
Ye ke takut???


Salam..........

and finally...


Akhirnya, jalan bertar nak ke kediaman kami siap.
Aku x mahu amik tahu kenapa tetiba sahaja, dan hanya dalam masa satu hari kerja2 menurap jalan ni siap. Dan juga beberapa jalan lain berhampiran taman aku tinggal tu pun siap serentak.
Jalan2 rosak dan berlubang akibat hujan juga di baiki.
Pilihan raya sudah dekat kah?hehehehe....

Lepas ni xde dah datang ofis, tayar kete berlumpur. 
Pompuan kalau bawak kete comot, rasa cam segannnn je kan.
Tp kalau dah malas nk basuh, layankan aje.
Harap mereka2 sume memahami keadaan musim tengkujuh sekarang.
Tp kenapa kete mereka2 bersih saje walaupun musim tengkujuh. 

Wutever.
Aku suka jalan warna hitam itu. :p

Moral : Kalau malas basuh kete, sila jalan kaki ke tempat keje. Atau tumpang jiran walaupun x sehala, mintak jiran antor kita dulu ke ofis, tu pun kalau muka x malu! 

Salam........

Monday, December 27, 2010

Bila mood malas masak


Smalam kan sebelah pagi kami duk guling2.
Hanya makan kek keju dan beri biru itu sahaja.
Bila en suami mengadu, "Lapar la..."
Si isteri cuba mengelak untuk tidak memotong bawang pada hari itu dengan mengeluarkan cadangan yang tidak perlu dibayar dan sangat bernas. "Jom kuar cari makan"....
"Jom!" En suami juga teruja rupanya.
*ke mmg nak mengelak dari makan ape yang aku masak? x sedap eh?*
TOLONG JANGAN BURUK SANGKA DENGAN SUAMI SENDIRI. :p
Lepas tu en suami berkata2 lagi "Tapi balik awal sket, mesia lawan indon malam ni".
Aku bangun x pandang pun muka asben, lepas tu beredar dari situ.
Itu tandanya bersetuju tapi PROTES. hahahaha
Sila jangan tiru aksi di atas.

Lepas zohor kami bersiap2, penampilan adalah biasa2 sahaja, bukan nak gi giant pun.
*Nampak sangat klu gi giant melaram kemain.*

Kami bergerak menuju ke kuala terengganu. Macam dh xde kedai makan kat bandar cyber ni agaknya.
Sampai KT, asben cadang makan kat Paradise Deluxe, tp aku xmo sbb situ dah la x berapa sedap, mahal lak tu. Nyampah!
Restoran Penyu lak dah tutup skang, klu x, konfem kami menuju ke situ.
FYI, Paradise Deluxe & Penyu ni restoran masakan cina. 
Aku paling suka makan kat Penyu. Ketam telur masin kat situ sangatttttttttt mabelesssss.
Juga Udang menteganya. Soooooo yum-yum!
Tp skang dh tutup, x tahu la kenapa. 

Kami nak try makan kat Payang Serai. Review dr orang, kat situ pun masakan cina gak, dan boleh tahan sedapnya. So, nk try makan kat situ. Parking je depan kedai, tgok2 ade sign "CLOSED". Bukan rezeki kami kot.
Lepas tu dh blur, x tahu lagi nak kemana.
Tetiba en suami pandang aku dan berkata "KFC, McD, PIZZA. No-no-no"
Hahahahahaha, sibaik x guling2 je dalam kete. Aliya pandang je aku masa aku gelak.
Mmg ahli nujum asben aku ni. Time tu dalam kepala aku nak makan pizza, skali dia boleh cantas macam tu je. hahahaha...
En suami sangat ANTI Level-888-Degree bab-bab fast-food ni.*tp klu dh kebulur makan je.*
Kalau bagi ikan singgang, ikan panggang.... aliya nangis pun dia boleh buat2 pekak.
Sampaikan aku pun turut ketagih gak kadang2 tu. heeeee

Pusing punya pusing, end-up kami decide nak makan kat Resepi Rahsia je.
Asben nak makan tomyam kung. Aku nak makan beef lasagna.
Tp not yesterday, but maybe next time. Huwaaa.....
Tetiba asben suka-suki-hati-dia jeeee tukar lokasi lagi.
Nak makan kat chicken rice shop la pulakkkkk.
Mood aku lak A++ semalam, semuanya aku OK sahaja.
Dan Aliya juga, mummy hargai kerjasama kamu. Muah!

Perut kami di isi dengan nasi ayam jua akhirnya.
Kami suka makan roasted chicken, sbb tu amik ala carte walaupun MAHALLLLL nyeee sedikit berbanding jika di ambil set. Pai Tee kami x makan, togeh dia kemain banyak, mmg x abis.
So, konon nak jimatttttttt la kan, padahal......jimatt la sangattt! :p

Kerabu mangganya kami sangat suka.
dan juga Towfoo with Oyster Sauce. Yummy! Aliya pun suka itu. ;p

Lepas kenyang kami pusing2 jap di sekitar kawasan itu, dan diri ini menyempat kan diri grab sehelai tudung.
Dengan bantuan..."abang, purse sha dalam kete la" *saje je tinggal sebenarnya*:p

Lepas tu kami gerak pulang, asben ade date ngan norshahrul idhan talaha dan shafik rahim malam ni. :p



Aliya sabar menunggu towfoo nya. :p


pic masa x sengaja beli belah  kat mydin mall. ;-)


Moral : makan nasi ayam utk 2 orang rege rm47++. Kalau aku masak agak2 cecah banyak tu x?
tp belum tentu aku masak sesedap CRS. hehehehe
Aku kan low profile. ngeeee


Salam.........


Sunday, December 26, 2010

Fun time with Daddy

Hari ini adalah hari kelepasan am bagi negeri Terengganu sbb Krismas jatuh pada hari sabtu iaitu semalam.
So, sebelah paginya kami bergulingan di rumah sahaja sambil menghabiskan besday kek - kek keju dan beri biru.

Sangat seronok sebab leh habiskan masa ngan Aliya sama-sama.

Jom layan pic mereka berseronok.


Aliya kekenyangan. Cereal + susu 6oz.


Daddy pun rupa mcam kekenyangan jugak. 


Aliya, pandang sini! 


I love them both. Muah!!!


Moral : Kalau rasa nak spend time kat umah je, make sure stock makanan full house okay! :p



Salam.........

Cheese Cake with Beri Biru.


Sape nak sila angkat kening! 
Sume x pat buat, sibaik Ziana Zain x baca blog aku, klu x konfem aku kena pos spesel untuk dia. :p

En suami beria nak buat cheese cake smalam.
Barang2 sume dah ade dalam peti, baki aku buat bluebery cheese tart tempoh bulan.
Aku tolong sediakan barang untuk mr chef, selebihnya di selesaikan oleh nya.
Siap masak dalam kul 11 kot. Xleh makan terus, makan panas2 mana bes. Ni bukan char kue teaw.
So sejukkan kat suhu bilik dulu, lepas tu masuk peti.

Pagi ni, potong 1 slice, letak dalam piring, put the beri biru on top.
Bawak kat ruang tamu sambil nyanyi lagu belated besday untuk en suami.
Kek harijadi tp kena buat sendiri. ngeh ngeh ngeh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Soooooooooooooooooo  yummylicious!



Moral : Klu nk jimat, sila buat sendiri kek harijadi anda. ;-)

Salam....

Santapan kami

Aku seronok baca blog yang banyak tempek pic makanan.
Tambah2 yang masak sendiri, lepas tu nampak sangat sedap, walaupun......... hehehehe



Kami sarap ni. En suami kata, "xpe, abang faham, sha kan cita2 nak duk obesi, sbb tu prektis makan ni hari2"
Aku no komen!

Milo panas tu sangat mabeles. Jarang sangat nak jadi sesedap itu, sbb aku x bape pandai nak bajet susu. :p




Lunch meal kami. Aku x pernah pun hias masakan aku macam tu, sbb nak tempek dalam blog, harus la cantik sedikit. hehehe
Pic blur kat belakang tu ikan kerisi panggang. LAUK WAJIB en suami. Ikan siakap tu klu xde pun xpe. Ikan panggang tu boleh buat 3 kali en suami menyedok nasi dari periuk. ish ish ish...

Moral :
Amalkan makan ikan panggang supaya lemak tidak berkeliaran. ngeh ngeh ngeh.... 

Salam...............

Aliya jumpe doktor

Semalam Aliya ade appointment ngan dokter. Sbb aliya nak suh dokter inject Aliya. ;p


Sepatutnya Aliya kena inject last week, 13/12, tp time tu Aliya demam, so doktor tak bagi inject. Takut demam makin larat. So, doktor suh datang next week, iaitu this week la. :p
Kami gerak dari umah dalam kul 9.00am. Lepas tutup gate umah, aku dapat call dari abah, "meh bekfes umah abah, umi buat mee rebus." En suami sangat seronok sebab dapat makan free, ngeee..... 
Maaf ye tokei nasi-kerabu-yang-mabeles sbb tiada rezeki anda kali ini. :p





Pic segar di pagi hari


Tp aliya bateri weak di pagi hari sbb bangun awal, so masa untuk tido kembali ;p


Lepas sarap, kami terus gerak ke klinik INTAN. Kami sampai dalam pukul 11 pagi kot. Waiting list sangat panjang, tp sibaik doktor bertugas ade 2 orang. So, xde la kami tunggu lama ngat. Tapi sempat gak la Aliya 'testing suara' nyaring dia kat situ. So, daddy yang sudah lama berkursus menjadi baby sitter amik pluang untuk test skill. :p



Gelap la pulak akuarium tu. Melopong mulut aliya tgok ikan2 dalam tu.


Daddy nak jugak interprem. ;-p


Kiranya skill daddy berhasil, sbb end result - Aliya sungguh keriangan. Syabas! :p


Sampai turn Aliya masuk bilik doktor. Aliya kena timbang. Gelak doktor tgok Aliya meniarap atas penimbang tu. Aku letak je, terus dia meniarap, sibaik x merangkak, mahu guling2 doktor agaknya. :p
Berat Aliya 7.9 kg. Naik 900gm. Ok la tu kan daripada xde langsung. :p
Lepas tu doktor mintak maaf kat Aliya sbb nk inject Aliya, doktor kata Hep B ni sakit sket, masa nak masukkan ubat tu. Betul, doktor x tipu, aliya meraung sampai xde suara. Nasib baik sekejap sahaja, Aliya kan good girl. 

Dah tamat sesi kat klinik, kami beredar ke Taman Sri Putra, kediaman ibu mertua ku. Sesi lawatan sekali sebulan ini adalah aktiviti wajib dalam kalendar tahunan. Kami lepak sampai maghrib kat situ.
Lepas solat kami gerak balik.

En suami mencadangkan untuk singgah mydin mall, tiada dalam agenda sebenarnya. Aku ok je.


Aku lenggang bawak henbeg. :p

Terkejut gak aku bila tgok bil, 360++. Tu unplanned, saje2 nak singgah. Biasanya amaun tu kalau aku bawak list dan betul2 nak shopping barang dapur. Uish, kalau mode saje2 singgah pun boleh cecah amaun tu, esok singgah lagi banyak tu jugak bil nya, kaya la mydin, kayap la kami. hehehe


Muka riang semek ni, dah lupa pasal kejadian di klinik tadi. hehe
Sangat jelas 4 batang gigi aliya dalam pic ni. Gigi tu la yang buat aku sengsaraaaa!!! Kijam kijam kijam!!


Good achievement. Merangkak super pantas. Mummy makin letihhhhhhhhhhhh.


Sume barang mummy adalah mainan Aliya. Sume barang Aliya adalah sekadar perhiasan sahaja. :p


Kami sampai rumah dalam lewat malam. Aliya dh lama jumpe adiputra. Jeles!

Moral : Kalau balik jalan2 dah lewat malam, sebelum tido jangan lupa cuci muka dulu. Kalau tak, nanti keluar gunung berapi aktif macam kat muka aku ni, Sakitttttttt!!!


Salam..........

Thursday, December 23, 2010

Nak, tapi cane?



Boleh tak aku jadikan pic di atas sebagai azam aku untuk tahun 2011. Azam?
Sungguh tidak sesuai.

Cita-cita would be nice, kan?
Ok la, itu adalah cita-cita aku.

Aku dah JATUH CINTA ngan dia.
Melampau ke cita2 aku ni? Sebelum ni aku terJATUH cinta kat Mini Cooper S.
Volkswagen Polo pun okay gak.
Tapi yang tu lagi melampau kan. 
Downgrade kepada swift dah boleh di anggap telah muhasabah diri sendiri, kan kan?

Owh! swift sangat cute! Aku dah boleh bayang aku bawak Aliya kat sebelah, teman aku jalan2 kat Mesra Mall, plan nk gi tgok wayang, lepas tu window shopping.
Daddy?
Basuh baju, lipat kain, mop lantai kat umah.
Aku tidak kejam tinggalkan Daddy kesepian di rumah.
Kami akan ajak Daddy sekali sebagai orang yang akan membuat amal jariah menjelaskan segala macam bil kami pada hari itu.
Thanks daddy.

Eeehhhhh......Chop! Aku berangan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Shuh! Shuh! Buat keje la weiiii..............


Moral :
 Sila ukur baju dibadan suami. Ikut saiz suami baru bole pakai longgar sket, xde la muat2 je. :p

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

NAK KETE SWIFT KALER PUTIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
TAPI CANE NAK BUAT?????????????

Wednesday, December 22, 2010

Semuanya tiada beda, sama sahaja

Aku baru abis meeting perlaksanaan amalan persekitaran 88-S. :p

Agenda :
Pemilihan Ketua Zon.

Situasi :
Everyone keep pointing to each other. And the sasaran will immediately membangkang sekeras-kerasnya. "Kenapa saya? Dia lah"
And they almost got into a fight, perang mulut je pun. Everyone refused.
The pengerusi can't handle the 'show'.
Pencatat minit seems "owh, what to write?".

Poor everyone.

The end.

Moral: ????



Siapa puncanya??


Bangun pukul 5.45 aku dah rasa awal dah. 
Tp kenapa paling awal aku thumb-print lagi 2-3 min sebelum pukul 8.
Itupun setelah pemanduan kurang berhemah 140km/jam.
Kalau bawak kete lenggang kangkung, MERAH sentiasa la jawabnya attendance aku hari2.

Adakah semua ni berpunca dari Aliya?
Umi selalu membela Aliya pabila setiap kali aku cakap "Aliya la ni, bangun awal, ngah x leh buat mende2 ar klu Aliya dh bangun".
Sebab kalau Aliya dah bangun, konfem dia poo-poo. 'Perfume' free tu akan berkeliaran merata2 hingga menyebabkan hidung pernghuni rumah itu tersumbat.
Penyelesaiannya aku kena tukar pamper Aliya dengan segera.
Basuh *ontot Aliya dah 5min, itupun kalau ade kerjasama baek-punya dari Aliya. Kalau dia start 'meronta-ronta', mahu amik masa 10 min. Fuh! Letih.
Pakaikan pampers aliya, harap maklum la. Kalau xde sesi 'kejar mengejar' mmg x sah. Tak duk diam langsung. Tambah2 dah boleh merangkak ni. Haipp!!
Lepas tu Aliya mesti sangat LAPAR, sbb dh poo tadi. Nak kenyangkan usus kecil dia tu pun dah amik masa 15min. Campur lagi gaduh2 ngan Aliya sbb dia slalu gigitttttttttttttttttttttttt. Menci Aliya!!!

Nak settle kan Aliya aku dah amik masa 30min++.
Kemas2 kan barang dia lagi, nak bawak ke umah Tokmi.
Lepas tu masuk dia dalam walker, baru lah aku boleh bertenang.
Time tu la aku nak iron baju la, tp sebelum tu termenung dulu cari tudung nk match kan ngan baju. Tp kalau ade 2/3 pilihan tudung yang boleh match ngan baju akan jadi haru sket.
Aku akan susah nk buat pilihan.Hahaha...saje cari pasal.
Tp klu tinggal 15min lagi nak masuk ofis, xdenya aku pk2 dah, baju hijau tudung pink pun aku bantai.
Hehehehe....tipu je. :p

Lepas tu kejutkan adik aku solat subuh dan mintak tolong tengokkan Aliya, sbb aku nak mandi.
Lepas mandi amik masa 'tenung' cermin sampai pecah. Tenyeh macam2 kat muka ni, lawanya idak pun. :p
Tgok2 jam dh pukul 7.15 am.
Oh..awal lagi....
Bukak TV jap, layan MHI.
Eh....dah 7.40.
Haaa....baru la kelam kabut.
Nak panaskan enjin lagi, nak ikat sampah lagi, nak masukkan barang2 dalam kete lagi, kena bukak gate dulu, lepas tu karang nak kena tutup gate lak.*kan bes ade gate yang pakai remote tu, kan abang?*
7.50 am baru boleh gerak ke ofis.

Sampai ofis dah 7.55. Kena beratur lak nak thumbprint. Campur tolak ngan yang ade masalah jari xleh thumbprint, tinggal 120 saat je lagi sebelum bertukar warna MERAH.
Fuhh!! selamat, 7.59 am. ;-)

Sekadar hiasan.


Moral :
Sebenarnya lumrah aku sendiri, klu aku rasa masih awal, makin aku lambat2 kan keje aku. Satu lagi, nak iron baju ke, nak kemas barang anak ke, sume tu dah boleh buat awal2 lagi malam tadi, tp mim alif lam sin. Sendiri mau ingat la ye. :p

auto-published post. ;-) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...