Tuesday, December 21, 2010

Back on trACk 3

15 Dec 2010


Pagi2 lagi abah aku dah call, samada aku dh baik demam ke x. Klu aku masih x sehat, abah aku suh kansel je nk ke Penang tu.


Nasib la badan ni menyebelahi mood meroyan aku nk ke Penang tu. Hehehe..... Lepas subuh baru nk packing barang. Owh! lupa nak bgtahu, kali ni aku ke Penang aku angkut skali mereka2 yang ada. Cuma adik aku yang baru kawen tu je yang x nak ikut. Inginkan privacy katanya. Konon! :p


Perasan x, aku g kursus mana2 pun, aku tetap x berenggang ngan aliya. kan? kan? Alhamdulillah....semua dipermudahkan-Nya.


Kami gerak dalam kul 9.30 am lebey kurang. Sampai dalam kul 5.30 pm lebey kurang jugak. tu pun campur makan buah langsat 18 kilo. sibaik ade gps cap ayam aku ni, membantu la jugak. billion thanks to mr Garmin.


16 Dec 2010.


Aku skali lagi hadir untuk terima anugerah portal terbaik. Ofis aku tempat yang ke 27 dalam mesia. Proud to be staff of mdht? No komen. :p
Harini seminar habis awal, dalam kul 4.30. Masa aku duk berseminar, mereka sekeluarga pergi berpoya-poya beramai2. Sonok aliya boleh jalan2. Sibaik la Aliya ni boleh aje ngan sape2 pun, klu asyik nk bertempet  ngan aku je 24jam, parah. Time aku tepon diaorang tu, senang hati aku dengar aliya gelak2. Aku jugak la kesian duk menadah telinga dengar macam2 mende boring yang x lama lepas tu kuar kut telinga belah kiri lak. :p


Penang ni aku duk perasan ramai sungguh rakyat cina kan. Sebelah hotel aku duk ni pun, satu kedai melayu pun susah nak jumpe. end-up kami duk makan KFC je untuk 2 malam berturut.


Aku jalan2 kat area hotel aku ni, ade la cam kompleks beli belah kecil kecilan, most of the kedai yang aku masuk, owner adalah cina. Aku ade singgah kedai jual stokin budak2 kecik,comelllll, sume nak! Amoi kedai tu asyik pandang aliya je. Dari aku masuk kedai sampai la aku nk keluar. Amoi tu siap tahan aku, dia senyum tgok Aliya, aku pun senyum la on behalf, sbb aliya ni, klu orang yang dia x kenal, dia akan pandang je, sambil mulut terlopong. Amoi tu sempat cakap "macam olang cina saja". Oooo...patut la ko duk tenung anak aku dari tadi. *ayat itu hanya dlam hati ini*


Pusing2 dalam tu kejap je dh sampai pintu keluar. Kecik je pun, banyak kedai x bukak. So, hari pertama kat situ hanya berkeliaran di kawasan itu sahaja. ;-)


to be continue....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...