Wednesday, September 22, 2010

She is 3 months old

Aliya dah berusia 3 bulan lebih. Abaikan title tu sbb malas nk tulis panjang2. MALAS aje aku ni kann??

So, jom baca ape yang aliya dah boleh buat sehingga usia ini.

1. Masa dalam pantang, Aliya sangat behave, menangis is normal. Budak kecik tu je yang dia tahu. Malam2 sokmo berjaga. Sbb tu mata mummy aliya lebam, tp mummy x kesah. J

2. Mummy perasan, klu hari ni aliya x meragam time tgah malam, malam esok konfem aliya meragam. Tokmi ngan tok abah la yang duk bergilir2 dukung, ulit aliya sampai tido. Tido 5 min sambung nangis lak. Sian tokabah ngan tokmi.. daddy lak sonot di buai mimpi. :p

3. Aliya suka poo-poo banyak kali. Dalam sehari paling banyak 8 kali kot. Paling bes bila en abang mintak ajarkan cara nak tukar pampers. Sangat bagus! Ajar 2 kali je dah boleh buat, tp mummy tetap kena observe. ;-)

4. Lepas abis pantang je, aliya dh x meragam malam2. Tido lena sampai pagi. Keje mummy jadi senang. ;-). Paling lambat tido pun kul 8.30mlm. Malam2, klu terjaga pun sbb aliya lapar.

5. Seawal umur 1 bulan aliya dah bole bezakan bottle teat ngan mine. Even breastmilk dalam botol pun xmo, maknanya avent nye teat agak tidak best. Tp kejadian ini xleh di biarkan, aku kena take action, kang dah masuk keje x pasal2 tiap2 2 jam nk kena balik BF.

6. Masa aliya kena cucuk utk umur sebulan, aliya nye high tone sangat memberangsangkan. Siap selok sekejap. Doktor senyum je. Berat aliya naik x sampai pun sekilo. Tp alhamdulillah aliya x demam.

7. Nak masuk 2 bulan Aliya dah pandai senyum, acah2 pun senyum, x acah pun senyum. Orang tua kata ‘dia acah tembuni’ . Suka tegok aliya senyum, sampai sepet bijik mata. Aliya suka main air. Klu mandi kan dia mesti dia x duk diam, bila tutup je air konfem nangis. Budak kecik xleh mandi lama2 la sayang....

Aliya suka dengar bunyi yang kuat2. Mummy dah ade idea time nk pakaikan pampers Aliya. Bunyikan mainan je terus diam, dan reaksi dia mendengar tu sangat cute!

Klu aliya menangis cam x nak benti, satu je cara yang boleh tenangkan situasi tu. Bukak suar atau skirt aliya, time tu jugak aliya akan diam dan tunjuk muka hepi. Lagi hepi klu mandikan dia sekali. ;-)

8. Time kena inject 2 bulan aliya masih sama mengekalkan cara dia menarik suara masa not tinggi. Berat naik 1.1kg menjadikan 5.5kg dengan kepanjangan +-60cm. Alhamdulillah, kali ni pun aliya x demam lepas kena inject.

9. Nak masuk 3 bulan, aliya dah pandai tgok orang. Muka yang paling dia suka tgok of course la my face. Lagi satu muka maksu dia. Maksu x yah nak ba-ba-cak nk suh aliya senyum,aliya tengok muka maksu je terus senyum, klu maksu acah2 lagi la aliya senyum, sampaikan kadang2 terdengar dia giggling. Orang tua kata xleh bg dia ketawa selalu, nanti mengigau.

10. Aliya mmg selalu mengigau. Klu dia tido, tetiba je dia nangis. Dah la kuat, lama pulak tu, mata lak pejam x celik2. Daddy dia kata sbb mummy dia sokmo mimpi time ngandung dulu. Motif?

11. Kena inject masa umur 3 bulan sangat wow! Aliya x menangis langsung. Kagum!

12. Aliya umur 3 bulan 6 hari. She can roll over. Best nye dpt tgok! Moment paling bermakna sbb leh tgok perkembangan aliya. Good girl!

Budak kecik mata sepet. sume orang 1st time tgok Aliya akan tanya "nak tido ke tu?". Doktor pun ade yang tanya macam tu. hehehe....
Dah mata ala2 kuyu, celik pun macam nk terpejam je. :-p



Suka la tuh! step pertama utk bergerak bebas selepas ini. mummy kena get ready. ;-)

Moral : klu nk tgok anak membesar depan mata, kena la selalu bersama dengannya. in other words, jangan selalu pegi kursus, balik keje lambat, meeting jauh2. hahahaha.... ;-)

Salam...

Sekitar Majlis


½ bulan x update blog. Haishh!!....

Citer manyak, macam2, tp sbb umah aku lum ade tenet, so kemalasan nk mengupdate. Nk ke umah abah cam bersungguh2 lak semata2 nk update blog. Skang dah start keje, lagi laa.. xkan nk update kat ofis kooot.... senarai tugas dalam fail meja aku x tersenarai keje mengupdate blog, and since aku ni saya yang patuh dan menurut perintah, akur dengan senarai2 itu, walaupun kadang2 aku sengaja menambah senarai kerja2 aku sendiri. Eg: membuat lawatan ke meja kerja orang lain, bergossip, makan 5-6 kali dalam sejam, dll.

Moral : klu dah mmg malas tu, mcam2 alasan. Kannn?? ;-)

Prev post aku ade jemput korang datang umah kan, majlis akikah anak aku + house warming + open house + kesyukuran. Cam aku bgtahu, 1 majlis macam2 agenda. Kan satu malaysia. ;-)

Asal korang x datang? *kepada yang x datang la*

Mekasih sebb datang meriahkan majlis. *kepada yang datang la*

Yang x datang tu aku paham. Time tu dah la time raya, konfem banyak kenduri kendara. Time cuti2 macam ni orang berduyung2 nk buat kenduri. Sedara mara ramai yang balik. Sama macam aku, sbb sume adik bradik aku balik, so aku decide la buat masa hari raya ke-3.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sampaikan en suami x sempat nak sarung baju melayu sbb sibuk duk melayan tetamu dari pagi lagi. Mummy ngan aliya je melaram bukan main. Tp sayang x sempat nak bergambar pun.

Aku tempah katering je. Mana la aku reti masak utk beratus2 orang tu. *masak utk 2 orang reti ke??* :p

Menu hari tu gulai kambing, gulai daging lembu, ikan patin masak asam, sayur keladi, ayam goreng, ikan goreng, daging goreng, sayur goreng, ikan singgang,sate ayam, sate daging, ulaman, budu, sambal belacan, tempoyak, air oren, air sirap, air masak, tart telur, biskut raya, kuih lipat, kerepek, tapai. Rasanya tu je kot.

Tetamu datang seawal jam 9 pagi, walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis start kul 11 pagi.

Tetamu terakhir blah jam 10.30 malam walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis sampai kul 4 ptg je.

Tapi kami x kesah, sampai pagi esok pun kami layannnzzzzz.....:p

Aliya lak x meragam langsung hari tu. Mungkin sbb acara cukur jambul kansel, so aliya suka hati sbb rambut dia yang mmg x berapa nk ade tu x jadi potong. :-p. Aku pun rileks je hari tu, x yah terkejar2 cam hari2 biasa bila dengar aliya nangis, sbb aliya x sempat nk nangis pun aritu dh ade orang tolong tgokkan. Aliya nk tido pun xleh, asyik kena dukung je. And the best part is Aliya dapat sangat banyak duit raya. Believe it or not 4 angka. Fuhh!!! Penat kira duit aliya. Mummy pun x penah dapat banyak macam tu seawal umur 3 bulan. Makin besar lagi la makin kurang. Alhamdulillah....rezeki aliya.

Walaupun katering, dapur aku tetap bersepah. Pinggan mangkuk penuh, siap terkeluar dari sink lagi. Aku tengok ngan mata separuh je, dh x larat nk kemas malam tu. Sbb dah sangat mengantukkkzzzz....

Sila layan beberapa pic yang aku amik dari facebook sedara mara, sekitar majlis.


Ape sahaja yang menyentuh bibirnya akan menjadi santapan aliya pada hari itu. ish! rosak tudung mummy tuu...

Me, Nyang Aliya, Mak teh Aliya. Puas paksa nyang Aliya suh datang, sibaik dia nk datang, siap bermalam 2 malam kat umah kami.

Mak teh sonot bergambar ngan Aliya. Aliya dah macam selebriti hari tu. Lip lap lip lap flash kamera duk amik gambar aliya.

Mereka sekeluarga, keluarga mertua aku. en suami je yang xde dalam pic family ini. tolong amikkan gambar agaknya.


Kawan2 en suami yang datang. tp xleh la tempek sume kat sini, penuh la blog aku. *dengki sbb pic kawan2 aku xde* :p

Moral : selalu la buat majlis makan2 klu nk jumpe kawan2 lama. ;-)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...