Wednesday, September 22, 2010

Sekitar Majlis


½ bulan x update blog. Haishh!!....

Citer manyak, macam2, tp sbb umah aku lum ade tenet, so kemalasan nk mengupdate. Nk ke umah abah cam bersungguh2 lak semata2 nk update blog. Skang dah start keje, lagi laa.. xkan nk update kat ofis kooot.... senarai tugas dalam fail meja aku x tersenarai keje mengupdate blog, and since aku ni saya yang patuh dan menurut perintah, akur dengan senarai2 itu, walaupun kadang2 aku sengaja menambah senarai kerja2 aku sendiri. Eg: membuat lawatan ke meja kerja orang lain, bergossip, makan 5-6 kali dalam sejam, dll.

Moral : klu dah mmg malas tu, mcam2 alasan. Kannn?? ;-)

Prev post aku ade jemput korang datang umah kan, majlis akikah anak aku + house warming + open house + kesyukuran. Cam aku bgtahu, 1 majlis macam2 agenda. Kan satu malaysia. ;-)

Asal korang x datang? *kepada yang x datang la*

Mekasih sebb datang meriahkan majlis. *kepada yang datang la*

Yang x datang tu aku paham. Time tu dah la time raya, konfem banyak kenduri kendara. Time cuti2 macam ni orang berduyung2 nk buat kenduri. Sedara mara ramai yang balik. Sama macam aku, sbb sume adik bradik aku balik, so aku decide la buat masa hari raya ke-3.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sampaikan en suami x sempat nak sarung baju melayu sbb sibuk duk melayan tetamu dari pagi lagi. Mummy ngan aliya je melaram bukan main. Tp sayang x sempat nak bergambar pun.

Aku tempah katering je. Mana la aku reti masak utk beratus2 orang tu. *masak utk 2 orang reti ke??* :p

Menu hari tu gulai kambing, gulai daging lembu, ikan patin masak asam, sayur keladi, ayam goreng, ikan goreng, daging goreng, sayur goreng, ikan singgang,sate ayam, sate daging, ulaman, budu, sambal belacan, tempoyak, air oren, air sirap, air masak, tart telur, biskut raya, kuih lipat, kerepek, tapai. Rasanya tu je kot.

Tetamu datang seawal jam 9 pagi, walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis start kul 11 pagi.

Tetamu terakhir blah jam 10.30 malam walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis sampai kul 4 ptg je.

Tapi kami x kesah, sampai pagi esok pun kami layannnzzzzz.....:p

Aliya lak x meragam langsung hari tu. Mungkin sbb acara cukur jambul kansel, so aliya suka hati sbb rambut dia yang mmg x berapa nk ade tu x jadi potong. :-p. Aku pun rileks je hari tu, x yah terkejar2 cam hari2 biasa bila dengar aliya nangis, sbb aliya x sempat nk nangis pun aritu dh ade orang tolong tgokkan. Aliya nk tido pun xleh, asyik kena dukung je. And the best part is Aliya dapat sangat banyak duit raya. Believe it or not 4 angka. Fuhh!!! Penat kira duit aliya. Mummy pun x penah dapat banyak macam tu seawal umur 3 bulan. Makin besar lagi la makin kurang. Alhamdulillah....rezeki aliya.

Walaupun katering, dapur aku tetap bersepah. Pinggan mangkuk penuh, siap terkeluar dari sink lagi. Aku tengok ngan mata separuh je, dh x larat nk kemas malam tu. Sbb dah sangat mengantukkkzzzz....

Sila layan beberapa pic yang aku amik dari facebook sedara mara, sekitar majlis.


Ape sahaja yang menyentuh bibirnya akan menjadi santapan aliya pada hari itu. ish! rosak tudung mummy tuu...

Me, Nyang Aliya, Mak teh Aliya. Puas paksa nyang Aliya suh datang, sibaik dia nk datang, siap bermalam 2 malam kat umah kami.

Mak teh sonot bergambar ngan Aliya. Aliya dah macam selebriti hari tu. Lip lap lip lap flash kamera duk amik gambar aliya.

Mereka sekeluarga, keluarga mertua aku. en suami je yang xde dalam pic family ini. tolong amikkan gambar agaknya.


Kawan2 en suami yang datang. tp xleh la tempek sume kat sini, penuh la blog aku. *dengki sbb pic kawan2 aku xde* :p

Moral : selalu la buat majlis makan2 klu nk jumpe kawan2 lama. ;-)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...