Monday, April 16, 2012

Pengalaman Bersalin Yang SANGAT PENGALAMAN!!!

Baiklah, dalam entry lepas ade ayat penyata yang menyatakan aku nk buat entri pengalaman bersalin aku kali ke 2 ni kan. So, mai-mai baca sama2. Tp aku tulis point2 penting je lah ye. Nak citer detail mmg x dapek ler, ngeriii wooooo!!

Pengalaman lahirkan anak ke dua ni mmg betul2 pengalaman bersalin pada aku. Mmg real giler arh. Betullll ni. Kali ni baru aku rasa aku betul2 melalui proses bersalin. Hahaha, ayat keling. Konon masa lahirkan aliya bersalin olok2 koooottt?? Hihi

Idok ler olok2, tp perbezaannya sangat ketara.

2-2 kelahiran mmg overdue. Tp masa lahirkan Aliya aku kena induce, aku pilih tarikh dan serah diri. Masuk ubat sampai 3 biji pun x jalan, bila kena drip meraung melolong aku. Bila ingatkan balik kata doktor "awak kena induce ni, sbb overdue." aku tanya, "sakit x induce ni doktor". Doktor kata "sakit sket je dr bersalin biasa".
PENIPU!!!! SAKIT BANYAK LAAAAAAA!!!!

Laki kata "takpe, sakit tu penghapus dosa". Redha.

Maka, kali ni aku seboleh2nya nk avoid dr kena induce. Dh hampir tarikh edd, siang malam aku doa agar aku dpt bersalin secara natural, xmo dh paksa2 ni. Sampai lah ke hari edd, 31-03-2012 same date aku kena jumpe doktor. Masih tak rasa sakit. Siap gagah berani berlari2, turun naik tangga ofis. Doktor bgtahu, klu dlm masa seminggu ni x bersalin jgak, diputuskan agar aku masuk ward pada 06-04-2012.

Tp aku terus mintak dengan Dia agar diperkenankan permintaan aku. Di samping pelbagai usaha yang aku buat agar kelahiran kali ni berlaku secara semulajadi. Sehinggalah ke tarikh 05-04-2012. Aku bangun pagi tu nk pegi keje, tp Aliya mcm demam, so aku EL. Dan aku seperti biasa masih sihat sejahtera. Sampai la petang lepas asar. Aku rasa mcm ade kontraksi. Tp cam main2 je. Sampai la ke malam dan membawa ke pagi esoknya. Bangun subuh aku tengok dah ade show. Hati berbunga riang. Potensi utk tidak di induce pada hari tu ade peluang.

Lepas subuh, baca surah yasin dan masih berdoa yang sama, agar aku bersalin normal. Lepas tu siap2kan barang aku dan barang Aliya. Nak kena "check-in" dah arini. Aliya kena export ke umah tokmi.

Kontraksi makin kuat, tp gap masa agak panjang. So, boleh di anggap main2. Otw ke klinik, tokmi call suh benti makan telur masak separuh, klu makan mentah lg bagus. Petua di hari nk bersalin. Tapi aku benti makan roti canai. Ekekeke... Telur masak separuh 2 biji. Lambat ngat mkn pakai sudu, aku bantai hirup dalam mangkuk terus. Senyum laki aku tengok aku mkn mcm tu. Ekeke

Sampai klinik, daftar kat kaunter, terus dia suh masuk ward. Salin baju klinik dan di panggil masuk labor room utk cek jalan. Masa tu pukul 10.30 pagi. Doktor kata dh bukak 3cm. Dh boleh rasa kepala. Kena tunggu lg 4 jam.

Dlm masa tu aku ke hulu ke hilir berjalan nk suh bukak jalan. Klu tak bukak konfem kena drip. Hak tu lah aku xmo okay! Mak mertua aku la yg teman aku masa asben kuar pegi solat jumaat. Family aku sampai petang, sbb tunggu abah balik keje.

Lepas aku smyang zohor, aku tunggu nurse panggil. 4 jam dh berlalu, tp nurse x dtg pun. Aku langsung x baring atas bed, aku duk jalan jeee, klu stop pun time kontraksi, sampai laki aku terus tutup tv sbb pening kot aku duk ulang alik depan dia. Kul 3.30 nurse dtg bgtahu suh masuk labor room.

Doktor cek jalan dh bukak 6cm. Alhamdulillah... Doktor pecahkan ketuban. Doktor usik aku nk drip suh lg cepat jln bukak. Terus aku jawab "x moh". Gelak doktor ngan misi2 sekalian. Aku masuk bilik balik, tunggu lg 4 jam.

Lepas maghrib aku masuk LR, cek jalan lagi. Tp takde beza, masih 6cm. Tp kontraksi makin kuat, gap masa makin pendek, selang 15min. Doktor suh masuk lg after 4 hours.

Aku masuk bilik, terus berjalan dan berjalan. Lepas isyak sambung jalan lg. Kul 11.45 mlm doktor panggil masuk LR. Doktor cek jalan dh bukak 8cm. Siap stress lg tau nak suh cepat, senak you! Tp aku redha. Doktor suh baring je atas bed dlm LR tu, xyah masuk bilik dh. Dan kebetulan ade patient nk bersalin dh kat sebelah tirai aku.

Baby dia dh nk kuar, misi ngan nurse pakat duk bg semangat suh push. Aku kat tirai sebelah mcm mamai2, mengantuk sgat rasa, kepenatan kot duk jalan satu hari. Tp dlm mamai2 pun aku dengar banyak kali jgak la 'jiran sebelah' aku tu cuba push. Sempat la aku doa agar Allah permudahkan urusan jiran aku tu. Mengalir la jugak setitik 2 airmata aku time tu. Tak lama lepas tu, lebih kurang kul 12.15 pagi dengar sore baby nangis. Alhamdulillah....

Aku baring je, tetiba kontraksi xde. Heran sungguh. Aku rasa sempat kot aku terlelap kejap. Aku tngok jam dh kul 1 pagi. Doktor cek jalan. Masih 8cm.
Kontraksi kembali. Tp masih boleh bertahan.

Kul 1.45 pagi aku suh panggilkan asben. Masa tu kontraksi makin kuat dan kuat. Asben masuk duk sebelah aku. Tetiba aku nangis semahunya.

Kul 2.00 pagi air ketuban aku mencurah2 keluar. Sakit makin lama makin kuat. Di suruh baring mengiring nk suh jln lg cepat bukak. Sakit tak tergambar dengan perkataan. Bila kontraksi stop, aku tarik nafas lega, walaupun x lama, tp skurang2nya ade ruang utk rileks. Nurse kejap2 dtg gosok perut aku bila tengok aku cuba tahan sakit.

2.30 baru bukak 9cm. Aku sempat dengar perbualan nurse kat situ. Lebey kurang mcm nk suh drip sbb gaya aku nk bersalin mcm lambat lg je. Aku dh cuak. Mulut x benti baca doa Nabi Yunus. Nurse lg sorang geleng kepala, tanda x payah drip. Nasib baik. Hihi

Kul 2.40++ tetiba aku jerit, SAKIT!! "nak 'kareb' niiiii". Mmg rasa ade sesuatu nk keluar, mcm rasa nk kareb lah. Aku tetiba TERTERAN. Tp nurse suh aku pegang 2-2 belah kaki aku, jgan teran lg. Haih!! Boleh pulak mcm tu.
Aku pegang 2-2 belah kaki, angkat kepala, tengok perut sndiri, pastu doktor suh push. Kali pertama tak jadi. Kali ke 2 x jd. Kali ke 3 "zasssss" aku rasa sesuatu meluncur laju keluar.
Alhamdulillah berserta kucupan dari suami di dahi.

Aku hempas badan, terus pejam mata. LEGA.
Aku serahkan kepada doktor dan nurse utk agenda seterusnya. Yg aku ingat, kul 3.45 pagi aku di tolak masuk bilik. Suami tunggu kepulangan aku. Nampak je muka suami, aku nangis sepuas2 nya.

Alhamdulillah.... Semuanya berakhir dengan selamat.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. ;-)

Entri ni dh panjang sgt. Next entri aku bgtahu kenapa pengalaman bersalin kali ni aku rasa pengalaman bersalin yang sebenar.

Jumpe lagi ye si cantik jelita semua.

- Posted using BlogPress from my iPad

12 comments:

  1. syahdu..tertitis air mata..xsempat rasa semua nieh....

    ReplyDelete
  2. masih (mood jelita ) hehe.. sambung lagi k :-)

    ReplyDelete
  3. Faiez : mungkin kelahiran ke-2 nanti. ;-)

    Sue : beres!

    ReplyDelete
  4. Sambung lgk,pengalaman bersalin mmg seronok baca.akak,dua-dua induce.mmg x bernasib baik!!!!

    ReplyDelete
  5. Kak lynn : Seronok ke akak? Nak nangis rasa baca komen akak. Saya tak setabah akak. Uwwaa!!!

    ReplyDelete
  6. adess sha.. lemah semangat tau bc bersalin normal ni..
    huhuhu..
    kak lely tataw ape2 pngalaman bersalin normal sbb alya kuo ikut tingkap..
    tau azab lepas banak aje.. masa nk teran tatau!

    ok, sambung lagi yer!

    ReplyDelete
  7. syahdunya sya, sal bersalin x mau keluar air mata,sakit tetap sakit, husband plak x de kat sebelah, hosp gomen husband x leh masuk

    ReplyDelete
  8. beranak normal dengan kena induce tak sama ke? huhuhu...

    ReplyDelete
  9. same ah.. yg 1st induce.. yg 2nd normal.. sakit lagi yg induce... kan? kan? ape name baby? x bgtau pn.. ke lom daftar? slamat berpantang lah yer.. saye dh lps.. hehe

    ReplyDelete
  10. Sal : sal tabah, sha ratu air mata. Hehe... Ye ke gomen asben x leh masuk, sha rasa HSNZ boleh je.

    Lora : Tak sama! Jauh panggang dari api.

    Hai : Nadhira Aqeela nama di beri. Selamat bekerja lah ye. Hehe

    ReplyDelete
  11. anak 1st hospital kajang, hospital lama x leh masuk, anak 2nd sal bersalin kat kedah, husband masa tu kat putrajaya, x sempat balik, bersalin la depan mak mertua je. bile laki x tgk kite bersalin ni dia x rasa sgt pengorbanan n sakit kite masa bersalin.

    ReplyDelete
  12. Xpe sal, dia x tengok asalkan dia tahu pengorbanan kita.
    Shasha dh besar tu, boleh la menambah bilangan ahli keluarga lepas ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...