Sunday, April 08, 2012

Waktu berpantang

Salam...

Lama menghilang tetiba bgtahu "Waktu Berpantang". Rasa nk lempang x? Hehe...

Kita lupakan kisah lama, skang kita buka lembaran baru. "ayat cover line". Huhu..

Berita penting.
Saya telah selamat melahirkan puteri kedua dalam keluarga kecil kami pada 7 April 2012 jam 2.46 pagi di Pusat Perubatan Intan, Kuala Trg.
Bayi seberat 3.2kg berukuran 50cm panjang dikatakan seiras dengan kakak sulungnya. Lihat gambar di bawah.




Mungkin la kot, aku dh godek pic kakak dia masa lahir dalam ipad ni, tp xde. Aku tengok pun ade la jugak, tang mata tu, segaris jeee..huhu.

So, sekarang aku dalam tempoh berpantang. Akan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada penjawat awam, di mana tempoh berpantang/bercuti yang diberikan adalah sebanyak 90 hari.

Baru 2 hari berpantang, termasuk hari ni, aku rasa mcm anak raja. Dilayan dengan penuh kasih sayang oleh semua orang.

Dh nama pun berpantang, banyak la "tak boleh" dari yang "boleh". Tapi tak yah la nk stress, bukannya lama pun, 40 hari je. Tp ade part yang aku up kan sket jadi 150 hari. Eh, kena nk kena up lagi?? Kui3.

Makan pun xde la semewah org lain. Smalam sup ayam, pagi td nasi goreng lada hitam. Tok mi yang masak. Tp sedap je aku makan, kemain selera.

Suami masakkan aku ikan selar panggang garam kunyit utk lunch td. Mencebik jugak la aku, sbb aku suh dia rebus ikan tu pastu goreng. Tp katanya x elok makan goreng2 banyak ngat.
Bukan dia x sayang aku, tp dia nak aku berpantang secara sehat, x lama 40 hari je hadap lauk2 mcm tu.
Abis aku makan wpun lauk tu semata, sbb di masak dengan penuh kasih sayang.




Nampak tak kasih sayang yg bertaburan atas ikan tu? Kan kan kan?

Kasih suami sampai ke syurga. Sokmo pesan suh aku pakai barut/bengkung bila nampak aku lenggang je makan tp perut tak "bertutup". Aku cakap "susah ar". Terus mengofferkan diri nk tolong pakaikan. Di ikat sampai tak leh bernafas. "x sayang sha ke?".
Bukan dia x sayang aku, tp dia nak pastikan aku akan dapat bentuk tubuh asal aku *konon dulu body shape ala2 duta lotion mustajab nora danish*. Konon la. So, nanti aku hepi dan suami pun tambah sayang, kan bahagia mcm tu.



Bukti aku kena belit sampai se-eh *read ketat giler*.

Aktiviti aku selama 2 hari ni x dpt dikenal pasti lagi. Sbb mmg aku banyak giler waktu free since tokmi yang buat semua keje. Even mandi kan baby, basuh kareb baby, basuh baju baby, semua tokmi yang buat. Aku duk baring je, makan dan tido.

Arini baru start mengurut dan mandi daun 'serum'. Giler best mengurut wpun sakit sket, lega abis seluruh badan. Bersalin kali ni mmg SANGAT LAIN. Kalau aku rajin, aku citer pengalaman bersalin aku nanti. Sangat PENGALAMAN. Uuuwwwwwaaaaa!!!!

Kakak Aliya sepertinya tak dapat nk adapt ngan situasi baru ni. Semua mende yang aku buat seperti tak kena pada mata dia. Asyik nk ngan aku jeee. Aku pegang adik dia x boleh, baring sebelah adik dia x boleh, tokwan urut badan aku x boleh, semua x boleh. Nak aku dukung dia, main2 ngan dia, belai dia jeee. End-up dia demam. Sian sungguh dia.
Maaf kan mommy sayang, xde niat nak abaikan Aliya. InsyaAllah, nanti lama2 Aliya akan biasa ngan situasi ni dan jadi kakak contoh untuk adik. Amin...

Ok lah, nanti kita story2 lagi yeee. Mommy akan ade banyak masa nanti, jika di izinkan-Nya. Hehehe.... Skang tengah mood nak hangatkan aktiviti berblog balik, hihi.. Tp takut jugak klu hangat2 taik ayam jeee. Kui3.

Sampai ketemu lagi ye jelitawan sekalian. Muah! Muah!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kuala Berang,Malaysia

11 comments:

  1. tahniah sha.. dan selamat berpantang!! ;)

    ReplyDelete
  2. dapat bygkan situasi aliya..sian nyer cayang busyuk tu....terkezut sbb mommy xlayan die je...

    ReplyDelete
  3. Mommy x daya lg buat masa ni, lepas abis pantang mommy ajak aliya gi melancong. Gituuuueewww. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Thanks lora! Lepas ni sha wish kat lora pulak. Hihi

    ReplyDelete
  5. tahniah sha..
    mmg ada 'meh' kakak aliya la baby nadhira..
    kebetulan plok lan ada sini yer..
    hahah, best dh ada chef dumah tu..

    neway, selamat berpantang yer..
    up lg 200hari jeng kleng la weeehhh.. hahahah

    ReplyDelete
  6. Congrats.pdnlah lama sunyi sepi blog nih

    ReplyDelete
  7. tahniah sya.. alhamdulillah selamat sumenye.. patut lama menyepi.. pasni turn saya plak! huhuhu...

    ReplyDelete
  8. wah...tahniah k.sha...nama apa nih???

    ReplyDelete
  9. Kak lily : 200 hari bukan lama pun. Kui3

    Kak lynn : sokmo je baca blog kak lynn. Hihi

    Yati : good luck lah yee.

    Yati Sa'adah : mekasih. Namanya Nadhira Aqeela.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...