Jalan2 cuti hujung minggu kali ini tidak dirancang. Aku yang memegang prinsip 'rezeki jangan di tolak' mmg konfem la x tolak, bergolek2 depan mata di kala aku mmg tension dengan tugas tak berapa hakiki kat pejabat tu. Maka cadangan oleh pihak en laki nak 'mengukur jalan' di negeri jiran serta merta mendapat persetujuan aku.
Tepat jam 3.39 petang, aku dh clock-out, lewat 9 minit. Lewat tuuuu... Kui3.
Perjalanan kami bermula sebaik sahaja aku menutup pintu kereta. Poyo!
Al-maklumlah ye sekalian pembaca, bila musim hujan ni, permukaan bumi x berapa nk rata, jalan tar pun tar-ak (read tidak) bagus, sangat berseni 'lukisannya', ade lubang yang bentuk bulat, ade yang bentuk bujur
Namun, nasib x selalunya baik, hidup ibarat roda, x selalu berada di atas. Gituueewww....
Tengah aku duk ralit melayan twitter di seat belakang, sambil kaki dah cramp sbb hampir satu jam meriba aliya yang berat
X ingat dh bunyi cane, tp siyes aku terkejut. Aliya sah2 x terkejut selagi tak simbah air ke muka. Asben perlahankan kete ke tepi kiri jalan. Cermin depan retak seribu. Serpihan kaca jatuh berderai atas dashboard. Aku terlebih panik seketika.
Well, asben paling cool dalam dunia adalah asben aku la. Dia capai tepon call kawan dia, agent insurans.
Gedebak gedebuk bincang, rupanya tahun ni asben x amik insurans cermin utk si hitam, tahun lepas ade amik, tahun ni x amik pulak nk di jadikan ceritanya. Kesian si hitam di anak tiri kan. Nasib lah kau hitam.
Perjalanan tetap diteruskan, tp tekanan pada pedal minyak dikurangkan sedikit agar kelajuan seiring dengan kelajuan heart-beat aku ni, risauuuuuuu aku tengok cermin tu. Nak2 klu mengekor lori, haishhhh.....
Sampai lah jua kami ke negeri pahang darul makmur, menyegerakan urusan daftar masuk bilik kerana ingin bergegas menunaikan solat fardu asar yang hampir luput waktunya.
Kali ni tajaan tempat penginapan oleh penaja adalah The Zenith Hotel. Xyah amik gambar lah ye, entry ni dh tunjuk dulu.
Kemudian menenangkan diri barang seketika sambil menonton cerita TentangDhia yang menjadi kegilaan aku tika ini. Berjurai2 air mata ni keluar bila tgok nasib si azmi lakonan ako mustafa yang kena aniaya tp tetap redha ngan nasib diri, oh sungguh tabah, tp asben aku kat sebelah buat derk je time aku lap hingus akibat menangis over giler. Sibaik aku x kena lempang jee sebb emo x pasal2. Ekekeke
Sambil2 tu, asben duk menelefon kawannya di kuantan utk tanya stock cermin si hitam. Bernasib baik kerana ade, dan pagi esok check in 'ward' la si hitam ni. Aku ngan Aliya bertapa di bilik lah kesudahannya esok pagi. Oh! Vacation ku.
UjianNya x pernah henti, kadangkala pahit dan tak kurang juga manisnya.;-)
Selamat berhujung minggu rakan2 jelitaku sekalian!
Thanks for dropping in! ;-)
- Posted using BlogPress from my iPad
hehe.. sungguh emosi menonton tentang dhia kan.. hahaha.. well, rezeki bulan ni mmg utk kereta agaknya sya.. tak pela, asal slmt semuanya sudah .. :-P
ReplyDeleteMmg emosi klu melibatkan adi putra. Ekekeke
ReplyDeleteItu lah, rezeki kereta bulan ni, mujurlah kami xde ape2. Mujur sokmo.. Ehehehe
sempat ambik pic kan??blogger oh blogger....np xanik si putih...ciannnnnn die.....
ReplyDeleteSempat itu mestiiii... Siputih duk diam2 dalam garaj musim hujan ni. Ekeke
ReplyDeleteK.lynn, tahun lepas amik x kena lak, tahun ni x amik nk terkena pulak. Dh mmg 'rezeki' si hitam nk pakai cermin baru gamaknya. Klu lah malang berbau... ;-p
ReplyDeleteaduhaiiii..
ReplyDeleteigtkn TBD yg kena..
sabo aje la sya, kak lely dop sapa 3 bln beli cikCT dh lekat 2 spot kt cermin dpn..
pun x amek windscreen psl x expect secepat itu cikCT ditimpa musibah..
Lan x bawak 'gale' tbd dia musim2 hujan ni. Hehehe
ReplyDeleteHak tbd amik la insurans, biasa ar k. Leily, bila dh ade hak baru, hak la di anak tiri kan. ;-p