Selalunya aku akan pergi klinik untuk check-up pada sebelah pagi, lepas dh punch card terus ke klinik amik no giliran. Tapi harini aku lupaaaa okay! Lupa aku kena gi klinik arini, dah tahu pelupa, tp reminder tak buat. Pulak tu arini ade meeting untuk demo sistem. Makanya appointment di tunda ke sebelah petang.
Dah la lupa date check-up, ubat pun lupa nk telan pagi tadi. Ish! belum masuk 3 siri ni. Hahaha, macam la orang 3 siri pelupa. ekekeke.... Sori yee rakan2 jelita ku yang 3 siri dan asben ku 31/2 siri. No offended. Soriii naik lori. :-p
Makanya, aku decide sebelum ke klinik aku nk telan dulu ubat especially iron tablet tu. Ubat tu mmg membantu utk meningkatkan kadar Hb aka haemoglobin dengan harapan xde la 'tulisan merah' harini. Nak ngadap YDP pun xdela aku cuak sampai macam ni skali. Adoiii la...
So, seperti biasa harus membeli jus buah dahulu untuk di telan bersama ubat itu. Kenapa? Aku mmg xleh makan ubat ngan air mati/masak/kosong. Konfem muntah kaler hijau. Memandangkan nk makan ubat mengandung ni dia ade 2 pilihan samada jus buah atau air mati/masak/kosong, harussss lah aku pilih yang berperisa kaaaannn. Laju la aku telan, suh telan 18 biji pun aku tak heran. Siot je sembang kan. Hahaha
Bila aku sampai, aku orang yang kedua untuk di'periksa'. Bagus jugak datang belah petang ni, xde la aku melangut tunggu lama2 kat situ klu datang belah pagi. Memang menempah kebosanan la kalau datang belah pagi, berjela2 menunggu untuk nama di panggil.
BP aku okay, 100/60, berat badan pun okay, naik 1.5 kg sahaja. Pregnancy kali ni sangat jauh berbeza masa peknen kan Aliya dulu. Kalau dulu, 5 bulan peknen aku naik 4 kilo dalam masa 2 minggu, padahal aku xde masalah nk makan, selera makan aku mencanak2 naik, tp berat naik ciput jee.. Misi xde la komplen pun, just nice la katanya untuk tempoh kandungan aku tu. Tapi aku lak yang naik risau. eh, sape misi sebenarnya ni? :-p
Urine aku pun xde masalah. So next is Hb. Ish! risau betul la ngan result Hb ni. Misi ketip jari aku ngan alat nama ape ntah sampai berdarah, bila darah kuar, dia lap dulu, katanya darah hak mula2 ni xleh amik, cair. Dia picit lagi, baru dia masukkan dalam bekas itam, pastu masuk dalam 'mesin' Hb tu. Lama jugak aku ngan misi tenung mesin tu, menunggu result keluar, macam tunggu penalti mesia lawan indon malam tadi. Over la Syahada. Tittt.. result kuar. 10.5.
Meraung2 aku kat situ gak, guling2 kat kaki misi, abis terselak kain sume sampai atas, aku pegang kaki misi, merayu2 supaya roba (read padam) balik tulisan merah dalam buku aku tu. Cut!!!
Over the acting.
Misi kata Hb aku turun, aku diam je, senyum tidak, marah pun tidak. Pasrah. Sambil aku duk tekan2 jari aku hak berdarah tu ngan kapas putih. Misi macam kesian kot tengok muka aku hak macam xde perasaan tu. Dia pun laju2 cakap "meh kita buat skali lagi, cuba picit lagi jari awak, ade darah x?"
Aku pun laju la tekan jari aku suh darah keluar. Sibaik la ade lagi darah hak kluar, misi pun amik lagi sekali darah aku tu untuk ujian Hb kali kedua. Tunggu punya tunggu sambil dah bersedia untuk pasrah kali ke-2. Tiiit... haaaa tu dia. Result dah kluar. Yeay!!! Senyum terus aku tengok result 11.2 (haruslah tulisan warna turquoise dan diboldkan :-p) terpapar kat mesin tu. Nak aje aku cium2 misi chubby depan aku ni. Lantas pen hitam di ambil dan 'markah' 11.2 di tindih di atas tulisan merah tadi.
Terus amik buku ke bilik konsultasi pulak. Mula2 cek perut dan dengar heartbeat baby. Normal, 147. ;-)
Alhamdulillah.... semua tulisan dalam buku ni masih tidak tercemar dengan pen merah. Sticker pun masih suci murni. Gituuewww.... Harap2 kekal la sampai aku selamat bersalin nanti. InsyaAllah....
Setakat ni arahan suh minum air gula masih belum di keluarkan, misi pun cakap maybe tak perlu sbb pertambahan berat tidak memudaratkan lagi. ;-)
Hehehe... Alhamdulillah....
So, harap2 entry ni bagi tips kepada rakan2 jelita ku yang sedang hamil especially bab Hb tu. Kalau rasa x puas hati ngan Hb, mintak la suh misi buat lagi sekali, xpe la hilang 2-3 titik darah tu daripada kena bleber berbakul2 sbb tak makan kerang. hahaha....
Part telan ubat sebelum check-up tu aku x pasti keberkesanannya. ehehehe
Tak ngelat kan kan kan?
ihsan : google image |
Berdebar2 jugak nk tahu jantina orang kat dalam ni. Masa Aliya dulu, 5 bulan pegi scan, doktor konfem 90% mengatakan aku peknen anak pompuan.
Tak kisah la lelaki atau perempuan asalkan sihat sempurna semuanya. InsyaAllah.....;-)
Salam....
Thanks for dropping in!;-)
auto-published. Tuan tanah sedang berkursus.
waaa...rindu saat2 itu...saya pn sama k.sha..bab HB memang suspen...tapi bab minum air gula adalah mimpi ngeri...nape la xletak apa2 perisa dlm tu...
ReplyDeletebagus la sya sume ok :-) awal2 mmg ok sume.. hahaha.. ayat dengki :-p
ReplyDeleteooo boleh mintak missy tu amek HB lg skali ye? tak sangka plak bacaan boleh berbeza. biasanya jarang derang nk picit 2x before amek utk test. patutla ada skali tu hb ku rendah. heheheh (kunun) ;P
ReplyDeletepatut napok sya u-turn dpn spital maren, mase ujan lebat tu..
ReplyDeleteotw ke koberang, masuk hasil jabatan.. heheheh
Yati: kat klinik sini dia letak teh atau sirap, tp tetap tidak berselera nk telan. Harap2 x yah telan la air tak sedap tu kali ni.
ReplyDeleteSue: hahaha..dengki. Masa aliya dulu, awal2 pun result x bes dah, 3 bulan dh tlisan merah, tukar sticker hijau. Sampai 5 bulan asyik merah jeee, terus lari checkup kat swasta. Hihi. Hak ni mmg mngelat. ;-p
Yati: boleh je klu missi tu kawan kita sebenarnya, ekekeke
K.leily: ye dok? Bakpe x hon ke sha, boleh paw k.leily minum kedai lu sbb banyok ngat bawok hasil jabatan tu. Ekekeke