Monday, November 07, 2011

Aktiviti hari raya korban

From my pov, raya haji atau raya korban di Terengganu ni xmeriah sangat pun. Dengar2 cite kalau kat Kelantan, sambutan mmg besar2an la. Sepatutnya macam tu la, raya korban la patut di rai penuh kemeriahan berbanding dengan raya aidilfitri. Menghayati kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah, subhannallah, besar sungguh pengorbanan tu, menjadikannya teladan untuk memperbaiki diri.

Kita ni, kadang2 bos suh masuk ofis awal, cuti raya dibekukan, dah tarik muka, tak sanggup nk masuk ofis time2 org duk seronok beraya, jeles la kan, x aci, hehehehe...aku lah tu.

Hari ni pun melepak saje di rumah belah pagi, sbb jap2 lagi nk kuar menghadiri banyak jemputan makan2 harini. Maka, tangki perut untuk pagi ni kami isi ngan sebungkus nasi lemak shaja, tu pun share ngan Aliya, daddy je yang makan banyak.

Lepas tu bagai ular kekenyangan depan tv dua beranak.

Selamat hari raya korang!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...