Monday, April 18, 2011

Aku masih di sini

Che wahh!! Tajuk tak menahan youu... :p

Biasa la, aku kan macam chips-more, "now u see, now u dont".
So, 'aku masih disini' tu, dalam pengertian sebenar yang mudah dimengertikan ialah, 
"aku nk update la ni wehhh" ;-)

cer update, cer update. :p

Al-kisahnya, entry kali ni dirundum kesedihan. :((

08 April 2011, dapat call dari tgah laut, mengkhabarkan perkabaran yang kurang enak, kerana asben ku kurang enak badan. Demam katanya.
Esoknya berita tidak enak itu berlanjutan lagi, malah tambah gering apabila ade kesan ketimbulan bintik2 merah dimuka asben ku.
Sehingga petang, tiada berita yang enak2 aku terima melainkan yang tidak enak belaka, bintik2 merah merebak hingga ke segenap pelusuk perut, dada dan bahagian belakang.

Apakah??!!
Masa tu aku x runsing ngat kondisi asben, tp yang aku duk runsing, "konfem ke kami nk ke KL Rabu ni"
Haisshhh...macam tergendala jeee...

Tp, kusedapkan hati sendiri, mengandaikan asben ku hanya demam biasa2 sahaja, dan bintik2 merah itu adalah kesan daripada peluh2 yang keluar ketika sedang bekerja keras.
"sempat kot demam dia baik sebelum rabu ni, sempat la pegi KL" kataku di dalam hati.

Malam menjengah, namun masih tidak kedengaran berita yang sedap2 walaupun ratusan miligram paracetamol di telannya sepanjang hari itu.
Dan bintik2 merah makin bertambah bilangannya, malah makin membesar dan terdapat air didalamnya.
Aku cuba meneka, "chicken-pox kah?"
Tetapi telah dinafikan oleh asben sekeras-kerasnya. Menurutnya, pernah terkena penyakit itu ketika usia mudanya, belasan tahun jika tidak silap.
Jadi, apa ya?

Esok harinya, asben ku telah disahkan oleh medic@pembantu perubatan bahawa asben ku menghidap penyakit chicken-pox. Rupanya betul telahan aku beberapa hari ini.
Tp, kenapa asben ku berkata dia pernah terkena penyakit ini? Menurut apa yang aku baca, penyakit ini hanya akan menyerang 'mangsanya' sekali sahaja seumur hidup.
Hmm..mungkin asben kupernah terkena penyakit itu dalam mimpinya sahaja.
Kesian asben ku, sering ditipu oleh mimpi2nya.

Melihat kondisi suami yang makin worse, medic membuat keputusan untuk menghantar asben ku ke daratan bagi mendapat rawatan yang lebih sempurna.
11 April 2011, pemeriksaan doktor mengesahkan kesahihan telahan aku tentang penyakit asben ku itu, chicken-pox. 
Lebih tragis, asbenku terpaksa di tahan di wad kerana mengalami peningkatan suhu badan yang agak tinggi.
Mendengar berita sedih itu, sekaligus memadam terus semangat aku bercuti2 di KL.
Hancur luluh. Kuciwa! Kuciwa!
Di kejauhan sudut hati ini, sangat simpati dengan keadaan asben. Hati ini, beria2 benar ingin melihat, melawat keadaan asben ku di kejauhan sana. Pakar Perdana Kota Bharu.
Tp, apakan daya ku, keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian selain mengiringinya dengan doa agar dia cepat sembuh.

Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan beberapa keping gambar kenangan untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

 Gambar yang di kirim pada hari pertama berada di sana. Wad Azalea, bilik 512.

 Ketibaan kami pada hari ke-5 asben berada di wad. Kesian sungguh asben, komunikasi jarak jauh dengan aliya.

 Nampak tak keceriaan terpancar di wajah asben, selepas dibenarkan pulang oleh para doktor sekalian.

 Walaupun daddy nya tak sehat, Aliya tetap dengan dunianya, gembira walau di mana sahaja berada, walau di wad sekalipun.

 Gigih asben berkemas sbb takut kami tinggal ekekeke

 Masuk sebab nk terkucil, tp terpegun tgok toilet cam toilet hotel lantas henpon dikeluarkan dan inilah hasil tangkapan hari itu. Lumayan bukan. ;-)
Walau wad macam bilik hotel 5 stars sekalipun, pesakit tetap namanya pesakit, ia tidak akan bertukar secara tiba2 menjadi seperti seorang pelancong. :p

 Siap ade tempat letak bontot duduk tuuu.... mesra pengguna, untuk orang kurang upaya berdiri, boleh la duduk.

 Bergilir2 baby-sit Aliya.Mereka la, aku tukang tgok je. :p

 Bergambar kenangan sebelum di usir. ekekeke

 Aliya yang tidak betah berada lama-lama di situ sambil menjerit KB Mall! KB Mall!

 Sila jangan takut, doktor sambilan sahaja. :p

 Doktor yang mesra alam.

 "Sila ke sebelah kanan, suami anda sedang menunggu"

 Kami di KB Mall, memandangkan urusan pengeluaran asben dari wad memakan masa yang agak panjang, kami mengambil peluang berpeleseran di sini seketika waktu. 
Eh! eh! tido la pulak, tadi beria sangat nk datang sini.

 Oh! Kita makin menghampiri ke hujung entry. :p
Gambar ini ketika berada di kedai satay Lanang, Jabi.
Singgah mengisi perut dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

 Licin! Tp satay Mastura lebih mengagumkan. :p

 Daif sungguh, minum dalam tudung botol je. Catu ke ape ni? :p

Muka gembira sebab Daddy dah balik. Tapi kamu tetap kena kuarantin ye sayang.


Tiada wajah SEMASA en asben untuk tatapan umum kerana tiada pengesahan oleh nya.
Ala, macam yang korang pernah kena dulu2 la. 


Moral :
Jangan beli tiket flights tru online, sbb xleh open ticket. :((
Kita hanya mampu merancang, DIA yang berkuasa menentukannya.


 pssst: terkejut tengok bill rawatan asben aku, $$$$. Sibaik insurans cover.  Korang dah beli insurans belum???


Salam.........

6 comments:

  1. nasib ada insuran cover kan.. klu tak , jenuh.. kami sekeluarga dah ada, tapi yg ada medical kad, aqil sorang je.. hehe

    ReplyDelete
  2. itu lah sue, terbeliak sekejap tgok bil, detail lak tu. kalau kena bayar sendiri, mak aihh sayang nk keluar banyak tu.

    kalau ade insurans banyak2, lagi bes, boleh claim banyak. tp banyak la jugak membayarnya bulan2. :p

    ReplyDelete
  3. hai la sha....mencabar kan jaga hubby kt spital....cantek la bju aliya...

    ReplyDelete
  4. x sempat jaga pun kat spital faiez, pegi lawat terus bawak balik, jadi nurse kat umah.

    sempat lagi tu puji baju aliya, ekeke

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah lan baik dah...xper org keje offshore insurans tinggi...hehe ...tp chicken pox mmg boleh kena lebih dr sekali..penah tya doktor lah...itu yg skrg ada vaksin chicken pox

    ReplyDelete
  6. hehe, jasa baik company lan, klu dok berubat sahaja di kampung halaman, mandi air nyor, x pun air beras.ekeke

    kak irma, ade eh vaksin tu? boleh bagi ke budak kecik macam aliya? risau gok kalau aliya jangkit ni. hhmm...kena survey ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...