Sunday, July 17, 2011

Waktu Senggang Ku - Pencinta Flora ;-)

Kami dah hampir setahun menghuni rumah di Taman Permint Permata itu, tp belum kelihatan pasu-pasu bunga yang menghiasi keliling rumah. Kosong - bosan - tidak menarik. 
Aku mmg takde hal klu takde pokok bagai, sbb aku tahu kemampuan aku untuk menjaga kehidupan hijau itu mmg tidak-boleh-diharap. ekekeke

Tanaman hiasan nan-sebatang yang di hadiahkan oleh umi kepada kami pun aku boleh buat2 tak nampak. Asben aku lah beria membelai dengan cinta sepenuh hati. Bila dia xde 2 minggu, akan kedengaran lah pesanan "Jangan lupa siram pokok bunga abang tu nanti" di hujung setiap perbualan kami di telefon. Dah tepon nye tengah2 malam, mmg konfem la aku tak ingat, xde harapan la nk tgok aku pegi siram time2 tu jugak. Elok ke siram pokok tengah2 malam? errr seram! Bila tak ingat mmg tak siram la kan. Walaupaun tiap2 hari aku lalu sebelah pasu bunga tu masa nk panaskan enjin kereta. Kadang2 dalam masa 2 minggu di tinggalkan tuannya, sekali je aku siram, tu pun beberapa jam sebelum asben sampai umah di hari kepulangannya. ekekeke... Nasib la...

Tp sekarang aku telah insaf, tidak lagi bersikap kejam terhadap tanaman hiasan itu. Hehehe...
Kunjungan kami di sebuah nursery yang menjual pelbagai tanaman hiasan telah membuka mata hati ini, betapa cantik nya tanaman2 hiasan tersebut, di samping rawatan mata melihat kehijauan tumbuhan yang hidup segar itu. Gitueewww... ;-)

Aku yang mmg zero knowledge bab-bab bungaan dan pokokan ni, agak terkejut mendengar harga2 tanaman hiasan itu. Aku ingatkan singgit dua je. Rupanya boleh cecah ribuan ringgit Malaysia. Dan aku ingatkan pokok tu amik kat Malaysia je, rupanya imported from all over the world. Hmmm.....bisnes bisnes... ;-)

Hampir 2 jam kami di situ, tambahan pulak hari hujan, berteduh kat bawah rumah penjaga nursery tu pun dah hampir setengah jam. Banyak yang aku kenan, tp tetapkan iman dalam hati, jangan jadi boros, kesian kat en asben, cash flow dah macam air terjun bulan ni, bukan air paip dah.;-)
So, kami ambil beberapa tanaman sahaja, cukup lah untuk menghiasi ruang yang kosong di halaman rumah kami itu.



Masa sampai cuaca masih elok. Tp dah ade symptom nk hujan. 

Macam-macam pokok ade. Yang cantik, tinggi melangit, bunga juntai2, even yang tak cantik pun ade. hehehe.. pada pandangan mata aku la. Lain orang lain citarasanya. kan kan kan?

Aneka pokok orkid. Orkid kecik2 dalam pasu tu sesuai untuk gantung, murah2 je. Siap dah keluar bunga lagi. Hajat di hati nk amik jugak, tp sbb xde tempat nk gantung2 ni, asben dh reject awal2. tsk tsk tsk.. 

Yang ni orkid boleh letak bawah. Tapi aku lebih kenan yang gantung. 

Masa di duk bawah garaj penjaga nursery tu sebab hujan. Dah la pakai heels, sbb balik keje terus datang sini. Dislike!

Aliya pun hadir sama memberi sokongan kepada hobi baru mommy dan daddy nye. ;-p
Hobi lama ade keeee??? erk!

Bonsai and this is one of them. First time tengok dah kenan. Masa tu dah terbayang2 pokok tu ade kat tiang garaj kete. Asben pun suka. Yeay! 
Bila tanya bab harga, mak aih!!! Terkejut omak. Seriously aku tak expect harga tu, too expensive. Kan aku dah bgtahu, zero knowledge bab2 ni sume. Kata penjaga tu bonsai tu imported from Myanmar. Harga bonsai seperti di atas rm950. Terkejut tak??? Aku harap korang terkejut macam aku, klu tak mmg korang sangat luas pengetahuan dalam bidang seperti yang aku nyatakan sebelum ini. Atau korang memang pandai buat2 tak terkejut. ekekeke....

Disebabkan keterujaan aku dan asben juga sangat beria, maka kejadian membeli belah bonsai tersebut berlaku. Selepas duk tawar menawar, dapat lah kami bonsai tersebut dengan harga 650 tanpa pasu, klu nk pasu harga lain yeee... Esok harinya, bonsai comel itu dan beberapa tanaman lain selamat sampai kerumah kami, sekali ngan pakej tolong tanam lagi tau. 

Bila dh settle, penjual mengeluarkan invois dan tertera harga bonsai hanyalah RM650 termasuk pasu.
Hehehe....baik hati sungguh penjual bonsai itu. Bila tanya charge hantar + servis tanam pokok2 tu, dengan rendah diri bgtahu "xpe lah". ;-)

Nak tengok mana asben aku letak bonsai tu???? Jom2 scroll ke bawah... :p


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Macam aku bagitahu la, kat tiang garaj kete. hehehe

Haaa...yang ni pilihan hati aku. Mula2 nak amik 6 jenis yang lain2, tp macam tak cantik bila nk susun nanti, kan kan? Sbb tu amik 3 set, boleh susun2 macam ni kan. :-p. Tapi aku tak tahu nama ape pokok2 tu. Tak kisah la kan, asalkan cantik di mata aku.ehehehe, kat mata korang cantik tak? ngeh ngeh ngeh 

Pasu2 kat atas tu sume rembat yang umi, cuma pasu bonsai je baru. Lepas ni kena beli pelapik pasu lak.
Dan misi mencari pokok2 bunga yang cantik-menarik-tertarik lagi lepas ni!!! 

Salam.....


2 comments:

  1. pokok itu SANGAT mahal......hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. kaaaaaaannn!! kalau shopping barang pompuan lagi besssss!!

    tp sebab dah mahal,kena jaga baik2 la, smalam balik keje terus belek2 pokok bunga, Aliya dah jadi anak tiri lak. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...