Friday, July 15, 2011

Berkelah jom!

Perkelahan di Belukar Bukit (org kampung aku panggil tempat ni Lubuk Gala) pada tarikh yang aku tak ingat dah. Yang pasti time cuti sekolah. Nampak ngat entri ni basi, kan? kan? 
Tapi... inikan belog aku, korang lupa? :p

Lately jari jemari ku yang runcing ini seperti bermalas-malasan untuk menekan butang2 keyboard ini lama2. Kepala hotak ni pun macam susah giler nk bagi kerjasama menurunkan idea2 yang bes untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Kesudahannya, aku godek gambar2 tak-berapa-lama untuk dijadikan entri baru untuk tatapan pembaca setia aku. Tak pe lah aku syiok sendiri pun, yang penting ini belog aku, ulang chorus, ini belog aku. :p

Demi menjimatkan masa, biarkan sahaja gambar berkata2. ;-)


Perkelahan pertama budak kecik itu. 

Since dah selalu ngat train bermain2 dalam bath-tub di rumah, maka tidak susah untuk membiasakan Aliya memasuki ke dalam sungai-cetek-tapi-batu-tajam2-belaka itu. sebab tu aku pakai sliper dalam air.

Kalau sape2 takut tengok makhluk-bermata-merah seperti di atas, sila proceed ke gambar seterusnya. :p
*abang shayang jangan marah yeeee*
Aliya seronok dalam kesejukan air itu.

Berendam 5 minit, lepas tu naik cari makan, rendam 2 minit, lepas tu cari makan lagi. Asyik makannnnn jee....

Bersama cikgu tarian K-pop Aliya. Harini kelas off sbb cikgu cari idea nk buat choreographer dalam air lak lepas ni.

Batu itu disangka nye cekodok pisang. nyum nyum nyum...

Gitueeewww....... ;p

Cikgu matematik ajar cara tiup belon pakai sabun mandi.
Formula : sabun + air = belon. ;-)

Sebab tiup belon guna sabun tak jadi, so kena denda la!

grand-abah with her grand-daughter ;-)

They setting up the khemah-untuk-girls-tukar-baju-lepas-mandi. ;-)

Part of our bekalan. Budu, belacan tak yah tunjuk la eh, macam melampau ajee... berkelah pun bawak sekali makanan-kesayangan. 


Ecececes...kesepian ke bang? Jangan tenung lama ngat anak bini orang tuuu....

Mommy Aliya bila kadang2 datang la sakit-jiwa-kacau beliau, cenggini lah jadinya :p


 Aku lupa seketika title mommy ketika berada di dalam sungai cetek itu. Rasa seperti berada di darjah 5 Mutiara. ngeh ngeh ngeh

Dari kiri dugong and duyung. ngeh ngeh ngeh

Tak ingat kenapa kejadian di atas. Yang pasti Aliya baru bangun tido. Tak sempat salin baju pun, tido ngan baju basah atas riba tokmi, dah la x pakai pampers. Lepas bangun sambung berendam lagi. ;-)

Sesi perkelahan berakhir jam 6 petang. Kami pakat solat asar atas batu2 tajam berlapikkan tikar. Giler tak stabil time angkat takbir, goyang inul gitu. Moga ibadat kami di terima. InsyaAllah.....

Sekian sahaja cerita-ceritut dari ustazah Syahada pada hari ini. Selamat beramal... ;-)


Salam......

1 comment:

  1. seksinyer aliya.....hikhik..lame nyer dah xg kelah ke khemah ker......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...