Tuesday, July 19, 2011

Afternoon Tea ;-)

Suka hati, main belasah je aku nak taruk title ape pun kan? Harap2 berkenaan lah dengan entri kali ni.

Tetiba blank, x tahu nk start dari mana. ekekeke...
Dalam kepala ni duk memikirkan citer Juvana episod terakhir ekpun jap lagi.
Botak jadi baik ke? Ke Daim jadi jahat, pembunuh ke? 
Maaf, tuan tanah kuat berangan. Penyokong kuat citer melayu kot? ekekeke
Tp yang duk rekod dalam PVR sume rancangan mat salleh. Masterchef Australia 2 tu masih lum khatam lagi.
CSI NY ngan CSY Miami pun berlambak episod aku lum tengok. Takpe, biar dia rekod banyak2, nanti aku free time weekend, asben xde, leh layan sume citer tu. Kalau asben ade, asyik nk berjalan je kejenya. :p

Bila aku lari tajuk, ini lah kejadiannya.
Fokus!!

Cerita sebenarnya, 16 Julai 2011 lepas bersamaan dengan 14 Syabaan, jatuh pada hari Sabtu adalah hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29. Umur hanya sekadar angka, usah malu nk reveal umur sebenar anda merata2. ekekekeke

Mula2 aku sendiri tak ingat bufday aku, bukan maksud tak ingat tarikh lahir, tp macam x perasan yang makin hampir ngan hari ulangtahun kelahiran. Sbb mungkin dah bergelar ibu ni, semua tu dh jadi no 2, time bercinta, klu x ingat kul bape aku lahir yg tulis kat surat beranak tu, mmg kesian la laki aku, selagi tak cukup 8 hari merajuk, x yah la ade hati nk pujuk2. Bo-layan. Contoh je tu. Taktik nk manja2, amik perhatian. Kononnnnnnn.......

So, en asben yang sangat menyayangi isterinya yang sopan-santun ni, bercadang nk buat sedikit jamuan ringan. Ajak kawan2 terdekat dan ahli keluarga sahaja. Majlis kecik2 sahaja.
Tapi aku cam malu nk ngaku tu majlis aku. Sebab??
Bufday Aliya aritu tak sambut pun, tetiba mak budak lak yang lebey2.
So, bila diaorang tanya, aku bgtahu la saje nk buat minum petang. Jumpe kawan2, ahli keluarga. ;-)
Terkilan jugak ade kawan aku yg tak dapat datang, tp aku faham komitmen keje diaorang, sampaikan weekend pun kena pergi kursus. Maybe jodoh kita di lain majlis, ekekeke....

So, sesuai la kan ngan tajuk entri aku "Afternoon Tea" kan? Walaupun aku tak hidang TEA semata2. Oren ada, sirap laici pun ade. hehehe

Tak yah la citer panjang2 eh. Botak ngan Daim dah suh standby tu. So, layan gambar yang x seberapa tu je la eh. Tuan tanah segan nak amik gambar, so layan la eh mana yang ada ye....



Aliya adalah KING of the house. Budak laki tu dah pangkat abang ngan Aliya, tp sket pun tak hormat. Sukati dia je main rampas belon si Arif tu. Aku dah siap bg sorang satu, tp yang Arif jugak dia nak. Bila Arif amik yang dia, yang tu pulak di rampasnye. 
Daddy yang baik hati tolong leraikan. Lepas tu, Aliya nampak line clear, operasi rampas balik belon berlaku. 

Sebelum tu, ngan anak kawan asben aku, Cikgu Amirol. Tak sempat nk amik gambar, kan aku cakap, segan nak amik. *kata sopan santun kannn* :p
Aliya siap tampor2 lagi anak kawan asben tu, sebab rebutkan botol lotion aku. 
Kelakar lak tengok, tp kesian sungguh kat Daniel.
Aliya paling muda antara kanak2 yang datang hari tu, tp paling GANGSTER. Ayoyoyo! Tepuk dahi.

Masa ni tengok Irdiena, sepupu Aliya datang. Semek ni memang suka klu ade budak2, tak tido pun xpe, asyik nk main je.

Jangan salah faham. Asben bukan tolong cedokkan untuk tetamu, tapi untuk diri sendiri kali yang ke-18 kali.
;-)

Sape lagi sopan????

Makin rapat ngan mok teh (adik ipar aku). Asyik berdukung je ngan mokteh sampai "nk patah pinggang" kata mokteh. :p

Hahaha...Aliya ni ade penyakit takut tengok orang, especially lelaki. Lelaki terpilih je dia takut. Stakat ni aku jumpe baru 2 orang. Kalau tengok je muka orang tu, konfem "selok-kekeng" ar Aliya.
Macam2 pesen la semek ni.

Keberangkatan pulang keluarga mertua aku. Datang ngan mak sedara asben aku, ayah mertua xde, ke KL katanya. Lepas jugak rindu nenek kat Aliya. 
Itupun Aliya nk ikut nenek balik Gong Badak.
Pantang orang naik kereta, sibuk nk ikut.

Haaaa...yang ni juadah paling HOT hari tu. Mmg laku. Sangat LAKU. Aku pun dah berapa kali angkut. Memang tak puas.
Tapi bukan aku buat sendiri. ekekeke
Tempah ngan makcik kawan aku. Aku jatuh cinta ngan kueh "Lompat dan Tikam :p" ni masa aku makan kat jamuan kawen kawan aku tu. Sampai skarang masih terasa kesedapan nya.
Mmg lain dari lompat tikam yang pernah aku makan.
Aksesori untuk menu Soto dan Laksa Terengganu. Laksa by Umi and Soto by mommy Aliya. Hehehehe

Lagi aksesori tambahan. Tapi kicap lada is a MUST, giler pedas kicap lada aku. hahaha 

Blueberry cheese tart. Aku ngan adik aku bertungkus lumus siapkan si kiut ini malam sebelum tu. Almost 2 am baru kitaorang masuk tido. Dah macam bulan pose, buat biskut raya malam2.
Alhamdulillah, mendapat pujian untuk menu ini. hehehe
Senang je pun, cuma cerewet je bg aku nk buat tart ni.
Aku tak reti nk coret2 kat atas cheese tu. Sbb tu jadi SENI macam tu. ;-)

Laksa terengganu, MABELES. Puji omak sendiri. hehehehe

Yang ni faveret asben. Asben kan menantu kesayangan, klu balik cuti 2 minggu, gigihlah tokmi Aliya carikan segala macam daun nk buat kan bubur lambuk ke asben.
Menantu lain pun tersayang jugak, cuma jarang nampak, duk jauh kan...
Kan ade adik aku baca entri ni report kat abang2 ipar tersayangnya. :p

Kawan2 Aliya. Habis tercabut semua huruf tu, sabar je la.Bukan budak2 tu yang bukak, tp Aliya yang lebih2. Time xde orang ramai2 macam tu, sket pun dia tak heran mende tu kat tengah umah, lalu buat tak nampak je.

Kakak Irdina pinjam jap beskal dia, Aliya nampak je terus rampas balik. 

Bila 'orang minyak' sembang pasal minyak dan gas.

Anak salah sorang guest kami. Rumah riuh macamana pun, sket pun budak ni tak heran, mimpi jumpe Lisa Surihani lah tu. ;-)

Tetamu ke-2 terakhir, masa ni dh lewat petang. Diaorang dari kenduri kat Kuala Trg, sbb dah janji datang jugak. Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Anak sulungnya paling banyak makan. ;-)

Bonsai kesayangan (buat masa ni la) dan tuannya. 

Nampak tak aku yang 'kecik' tu. ngeh ngeh ngeh

Tokmi dah punch-card masuk keje balik, masa untuk mengemas. Asben yang baik hati amik alih duk kat sinki. Basuh segala macam periuk dan belanga. :p

Aku tolong habiskan lompat tikam. Sedap wooo...!!

Adakan majlis macam ni memang penat, tp seronok bila ramai datang.
Next majlis bila eh??? ;-)


Salam.............



~entry autopublish~

3 comments:

  1. wah bestnya... meriah gitu. pandai sya buat cheese tart tu eh.. nnti tepek la resepi, nak gak cuba... tapi takut tak jadi.. hhu

    ReplyDelete
  2. U xjemput I pun...nk jugaks!!!!

    ReplyDelete
  3. sue : alahai, segan sungguh kalau orang suh tepek2 resepi ni. mak bukan pandai pun *ayat konon merendah diri*.

    faiez: kalau u ade kat ganu konfem ai jemput, u ade jauh ekpun, klu ai jemput, konfem u tak dpt datang, kan kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...