Wednesday, April 27, 2011

Musang pun kami makan

Kami makan musang??
Ekekeke.... 
Aku rasa ramai dah boleh agak entry aku kali ni bila baca title tu. ;-)
Korang memang terer!

Alkisahnya, asben mengidam nk makan durian. Tp satu je yang asben aku sensitip bab durian ni, dia
TIDAK-AKAN-SEKALI2-BAWAK-DURIAN-DALAM-BOOT-KERETANYA.
Itulah pantang larangnya.
Korang tahu la kan kalau raja buah ni 'kentut', mmg harum semerbak la!

Kami pusing2 pasar kedai payang mencari durian yang tidak akan meninggalkan kesan buruk kepada kereta asben ku. Durian yang telah dikopek keluarkan isinya, dan dijual di dalam bekas kedap udara.
Banyak gak diaorang jual yang macam tu, al-maklumlah rege durian skrang melambung tinggi, permintaan pulak tinggi, makin meninggi diri la diaorang up kan harga.
Satu bekas tu RM5.
Aku cadang nk suh asben aku beli sebiji je, pastu lepak ar mana2, makan terus, x yah bawak balik umah.
Tp memandangkan waktu dah tgah malam, kami pasrah.
Asben beli 2 bekas je, katanya nk rasa, sbb teringin nk makan.
Di bungkusnya bekas tu kemas2, masuk pulak dalam bekas tertutup lain. Betapa nk elakknya daripada kereta berbau.
Tapi ayat dia
"xpe, dalam bekas gini, kurang bau, klu beli durian sebijik tu memang konfem ar bau"

Separuh perjalanan kami, hidung aku dah terhidu bau yang menusuk kalbu. 
Aku jeling asben sebelah, ekekeke
Dia hanya mampu tersenyum. :p
PASRAH.

Sampai je umah, kami rakus mengerjakan 2 bekas durian tadi. Dalam satu bekas tu, adala dalam 5-6 ulas.
Ok la kot klu setakat nk merasa.
TAPI sungguh tak puas.

Makanya, esok hari misi mencari durian lagi.
Di tempat dan waktu yang sama. Tgah malam jugak.
Kali ni asben kata
"langgar pantang ar sekali, alang2 dah bau smalam"
ngeh ngeh ngeh. 
Takpe ke langgar pantang ni bang! ;-)

Kami beli 2 biji. Jenis PAMANIS. RM15/kg.
2 biji tu dalam 2kg++ = RM40.00
Giler mahal kan???
Seingat aku dulu,masa musim durian, kat kg aku ni, selonggok tu baru RM10.
Dunia..dunia....

Kul 11.30 malam kami habiskan 2 biji durian tu. Isi dia mmg tidak menghampakan. SANGAT LAZAT!
Kesan nya sangat mengkhayalkan. :p

Esok harinya, aku saje test asben aku. 
"Kalau lah boleh makan musang king"
respon asben "Jom malam ni!"
Yeay!!
Hahahaha...

Bertempat di lokasi yang sama lagi, Pasar Kedai Payang. Jam menunjukkan pukul 10.30 by the time sampai kat sana.
Mulanya kami tak nampak pun durian jenis Musang King ni. Yang bertanda kebanyakkannya Pamanis, Kancing Baju, D24 dan lain-lain.
So, asben beli je Pamanis. Kali ni 3 biji lak. ekekeke
RM65.
Lepas tu, aku jalan2 lagi kat depan.
Saje ringan mulut nk tanya "Musang king ade?"
"Depan tu ade jual musang king"
Laju je aku jalan sambil dukung Aliya.
YES!!
Terus lambai2 kat asben suh datang kat aku.
Masa tu ade 2 biji je yang tinggal. Aku tgok buah dia macam dh lama. Orang kata nk kenal buah tu baru ke tak, tgok tangkainya. 
Tapi asben insist nk try. Bila tanya rege dia,
RM25/kg.
Terlompat mak kat situ!
Mak aih!!!
Asben nk jugak amik sebijik, timbang je dah 2kg = RM50.
Mengucap panjang aku kat situ. Dunia...dunia....
Asben on je, dan nasib baik la penjual durian tu baik hati. Dia kata
"saya belah dulu ar durian ni, tgok isi dia,durian mahal, kang balik karang isi x molek, sian lok"
Bila dia belah je, nampak je isi sket, aku terus angguk tanda setuju, tetiba aku terlebih xcited.
Kalau korang tgok pun korang nak jugak! 

Sampai umah dah pukul 12.00 tgah malam.
Walaupun mata ni dh separuh tertutup, tp nk jugak makan musang malam tu.
Lagipun, durian dh kena bukak, kang tunggu esok rosak lak.
Plus, takut kang ade lak yang bangun tgah malam buat2 mengigau.
Esok bangun tgok tinggal kulit je.
Memang ade yang meraung ar. :p


Cakap banyak tak guna, meh layan gambar.

Hasil tangkapan malam ketiga bersendawakan bau durian. :p
Dalam plastik biru durian Pamanis. Dalam plastik pink (tp bukan tali putih ye :p), durian Musang King.
Altogether RM115 untuk 4 biji durian.
Juling!

Musang King in the house!!

Gojes bukan???

Close up lagi. ;-). eh eh eh, lap air liur tuuu!!
Keji kah aku? ekekeke

Yang ni Pamanis. Tak leh nk continue abiskan malam tu. Lembik dah makan Musang sebijik. :p

Musang King. Berbaloi la harga RM50 pun. Ulas dia memang banyak. Tu pun asben dh buang biji dalam tong sampah. Isi dia memang tebal sbb biji dia kecik. Memang puas hati.
Double thumbs-up!!

Oh! Musang King.
Tetiba mengidam lagi. ;-)

Moral :
Makan durian tengah malam mmg azab la, bukak ekon pun tak rasa apa. Siap on kipas lagi.
Panas! panas! panas!

3 comments:

  1. ni hantu durian ke ape???ish2x..sha, kalu kt KL..sebungkus tu RM10....

    ReplyDelete
  2. alahai...leleh airliur tengok...huhu kegemaran ku jua ni..

    ReplyDelete
  3. faiez : ekekeke, pontianak durian. :p. kat KL kalau faiez bgthu rm20 sebungkus pun sha percaya lagi. ;-)

    kak irma : kami memang hantu durian. siap rebut2 lagi kalau ada seulas besar kat satu pangsa tu. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...