Bulan lepas, asben buat penambahbaikan utk garaj rumah kami. External garage. Bajet nk letak 8 bijik kete ar nih. Verangannnnnn...
Pemilihan tukang adalah hasil daripada perbincangan kami dan di sokong oleh faktor kos serta kepakaran.
Tukang atau nama sebenar 'Pok Mat' telah berpengalaman dalam pembinaan rumah sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun banyak jugak lak cons yang kami dengar berbanding pros pasal pok mat ni, tp kami tak berlandaskan kata-2 orang ni utk menilai tukang-buat-rumah. So, kami ke tapak di mana pok mat sedang gigih menyiapkan sebuah rumah banglo di pinggir kota cyber ini bersama konco-konconya. Anak dia yang umur 6 tahun pun ade skali. Pendedahan awal kepada anaknya yang mungkin bakal seorang arkitek kelak.
Melihat kepada komitmen pok mat pada rumah yang sedang dibangunkan itu, kami memberi option kepada pok mat samada nk terima atau tidak tawaran kami, sbb kami takmo la garaj kami ni terbengkalai lama, dan takmo jugak pok mat kena marah kalau umah tu lambat siap sbb duk buat garaj kami ni.
Maka berbincang la kami dan akhirnya sepakat membawa berkat untuk bagi projek ni kepada pok mat dengan syarat tempoh projek adalah tidak melebihi 4 minggu dengan kos yang tersebut. Macam baca akad nikah la pulak. :p
Maka berlaku la kejadian seperti di bawah.
Masa ni, asben aku tak de kat darat, so aku diberi kuasa memantau kerja2 pok mat. Ade yang tak puas hati, KOMPLEN TERUS!!!
Sebenarnya payah kalau Pengurus Projek takde kat darat. Bila dia takde je, mesti ade je yang tak kena, tiang senget la, beam tinggi rendah la, macam 2 hal. Aku ni kalau sangat KEJAM,
"Pok mat, you are fired!!!!"
Itu KALAU laaa..... aku ni mulut je lebih juih cakap, tapi tak berani pun nk marah.
Masa ni cuaca tak menentu. Ade skali tu, hujan lebat sampai 4 hari tak benti. Maka tergendala la sekejap. Ye la, xkan nk suh datang jugak kan, pada-pada la sha oi!
Tukang bina sampai jadi garaj adalah Pok Mat. Lepas tu kerja-kerja memasang tiles dan mengecat di serahkan kepada 'Bruslee Sdn Bhd' aka kawan asben aku, tetapi di sub-con kan pulak kepada geng-geng bas sekolahnya.
Smalam hari terakhir diaorang siapkan sume kerja. Aku balik umah dalam kul 6 petang, diaorang masih duk ada, gigih bersihkan sume sampaikan beranda umah kami pun diaorang bersihkan. Kerja2 tambahan nk amik hati tuan rumah dengan harapan :-
"kalau ade sedara mara nk suh pasang tiles bgtahu la eh, nanti kitaorang tolong bersihkan skali beranda umah diaorang lak".
Ape2 je la labu.
So, hari ni garaj itu telah dirasmikan oleh abah aku ngan abang ipar aku.
.
.
.
.
pssst: partner bruslee duk promote asben aku buat lanskap lak tu. Gaya asben aku citer macam dia hampir terjebak je ke dalam kancah tersebut.
Pokok bunga nan sepohon itupun aku tak terjaga.
lawa umah sha...bile la nk ade umah sendiri...sob sob sob
ReplyDeleteuntungnya ada tanah sendiri, leh letak mcm2 kat laman kan sya :-) untung juga kalau ada duit terlebih.. hehe
ReplyDeletefaiez : thanks. insyaAllah, ade la rezeki faiez nanti.
ReplyDeletesue : sue, xde la sampai macam2 boleh letak, bukan la besar giler tanah ni pun. Duit terlebih? kalau terlebih tu sbb buat OT, kalau melebih-lebih tu baru syiok! ;-)