Tuesday, December 21, 2010

Back on trACk 4

17 Dec 2010.


Hari kedua aku berseminar di Berjaya Hotel, Pulau Pinang. Boring? No komen. ;-)


Seminar habis agak awal hari tu, so yahuuu!!!. Plan hari tu macam2 mana pun kena jugak singgah Queensbay Mall sebelum balik ganu. Ye la, alang2 dah sampai sini, harus la amik kesempatan yang ada. Sibaik ade gps cap ayam aku ni, banyak sungguh jasa ko sepanjang 2 hari tu.


Tp rugi betul sbb x bawak kamera. Ade snap ngan kamera henpon, tp x cantik, mlas nak upload. Aku banyak shopping barang Aliya je.Meroyan jap tgok sale sana sini. Botol susu avent size 9oz , RM65++ after sales, sape x meroyan tgok kan, harus la grab. Nak je aku angkut stroller mcLaren utk aliya, sbb sales jugakkkk, tp yang tu kena paw en suami lah ye. Harap maklum.
Barang untuk aku? Xde beli ape pun, nak tunggu en suami balik, paw dengan kejam gitu.:p


Kami x terus balik ganu hari tu. Abah ngan umi cadang nak gi umah sepupu aku kat Alor Star. Yang ni kami x makan buah langsat sbb abah sangat pro jalan nak ke sana. ;-)
Diaorang mmg sangat meraikan kami, habis sume mende yang ade kat dapur tu di jamu kat kitaorang ni. Burrpp! Kenyang.


Lepas tu bawak kami jenjalan. Part yang Aliya paling suka, tp aku dah macam x larat sangat. Aku ikut pegi Pekan Rabu sbb aku nk beli Rojak Mak Bee. Ala, rojak petis yang orang slalu makan ngan buah pelam ke, jambu ke. Aku suka yang Mak Bee, sedap!!! *ye ke eja mak bee macam tu, ye kot* :p


Malam tu sepupu aku kuar jalan2 lagi, tp aku ngan aliya x ikut, kami dah selamat jumpe adiputra. ZZZzzz......


18 Dec 2010.


Seawal pagi kami dah bersiap2 nak balik. Sekali lagi jugak kami di jamu dengan macam2 menu untuk sarapan. Rosak la mesin timbang aku kali ini, bukan ape, takut nanti x leh nak baca kiraan berat sebenar. Asyik makan je kejenya. Haishh..!!


Dalam kete otw balik pun makan jugak, umi singgah beli jajan,kot2 kami bosan dalam kete nanti. Lepas tu benti makan tgahari lak. Nak sampai ke rumah tu 88 jenis makanan dh masuk dalam perut ni. Sian perut aku, dh x tapis2 dah, sume bantai.


Akhirnya sampai jugak kami kat bandar cyber ni, ganu tanahairku. sampai kul 10 malam, sempat la kami tgok siapa juara Mari Menari walaupun x sempat tgok diaorang menari2. Ralat! :p


Masa untuk berkemas2 tido. Esok kerja2 menggunung menanti. Sila tabahkan hati.


moral : buat sekali arung je la utk 4 post eh. 
Kalau rasa x sihat badan, cepat2 makan ubat, x kisah la cara mana pun asalkan makan ubat, kalau x nanti, sure plan bes2 yang korang buat akan jadi x bes. ngeee...


Salam.....


nota kaki: aku masuk ofis hari ni, dapat tahu aku kena pegi Kelantan next week sbb ade seminar lagi. Gulp!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...