Monday, May 16, 2011

Aku Masuk Penjara

Amboi!!!!.... Kemain laju korang klik bila tgok tajuk HOT macam ni ehhh... siap buat ala2 muka terkejut lagi. 

"Hah??? Sha masuk penjara?? Kenapa? Kenapa?" Klik laju2 sbb tak sabar nk baca. 

Kan? Kan?Kan?

Abaikan intro syiok sendiri seperti di atas. ;-) *inikan belog aku*

Ini cerita last week. Tak sempat nk update last week, beri-the-buziest. Kena korek emel lama2 sbb nk buat report. Sibaik dah siap. ;-)

Last week aku ade friendly-match game netball ngan staf Penjara Terbuka Marang.
Masa mula2 diberitahu kena lawan diaorang, aku cam BIAR BETIK. Kang tetiba tengah nk sumbat gol, kena tembak ke, kena tumbuk ke, x ke haru-biru-merah jambu-dll jadinya nanti.

Very-the-narrow-minded.  Abaikan sahaja. 
Tp siyes cuak, by the time kami melewati pagar masuk nk ke padang diaorang, ngeri siottt . Masuk dalam sket, ade satu pintu besi yang besar giler, ala2 dalam drama tu, bila banduan dh released, diaorang akan kuar ikut pintu tu. Lepas tu sebelah pintu besi tu, ada deretan cam umah warden kot, atas atap umah warden tu penuh ngan dawai2 yang bergulung2 sampai la ke hujung deretan rumah tu. Mengikut cerita yang aku dengar, kalau ade banduan/banduanita nk try melarikan diri, sentuh je dawai kokot tu, konfem SELAMAT. ;-). So, klu nk kuar dengan LEBIH-SELAMAT, sila lah duk diam-diam kat dalam tu, sampai masa korang keluar la nanti ikut pintu yang betul. Siap ade orang tolong bukak kan lagi.

OK, jom layan game netball.



Sesi menunggu game bermula. So, kita lepak2 dulu kat tepi longkang. BERSIH giler longkang diaorang. Katanya dibersihkan oleh banduan dan banduanita sekalian. Sebutir sampah pun xde okay. Lepak lama2 pun takpe.

Sebelum main, coach nasihatkan makan pisang dulu. Aku pun amik la 2-3 biji, lepas dh abis ngap, coach tanya,  "mana pisang? tinggal kulit je ni?"


Eh eh, tadi suh makan, lepas tu buat2 tanya lak.


"Saya suh makan separuh je, separuh lagi makan lepas main"


Pulak dahhh.... aku tak dengar pun arahan tu. Rupanya petua nk bg tenaga, kena makan separuh dari sebiji tu. 


Tp elok je aku bantai 3 biji. ;-)

Sambil2 tu gossip sekali. Mamat baju biru ni selamba-badak pakai kain pelikat. Btw, hari tu ade 3 game, netball, football ngan badminton.

Belum pun main, kami dipelawa makan2. Terpaksa abaikan petua coach tadi. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.


Bergambar kenangan sebelum main. Katanya amik gambar sebelum main nampak fresh sket. 

Sila pastikan pakai BIB masing2. 

Dan juga posisi masing2. Jangan sesuka hati nk tukar posisi.

Tukar player. Akibat tak warm-up, semputttttt.

Imported pom-pom woman. Mak buyung pun ade. ;-)

Main 2 minit pun muka dah terbakooooo...... Konon2 letih sangat la tuh.

Pssst! pssst! strategi.....


Aku kena main balik untuk game ke-3. Tukar posisi jadi CENTER. Tertonggek lah pulakkk...
 
Zoning! Zoning! *term netball* ;-). Dah la partner aku tinggi melangut.

Waaa.... sempat potograper amik pic aku tengah lompat bintang. ngeh ngeh ngeh

Hantaran luar oleh C, walaupun sepatutnya GK yang kena amik, tp sbb aku lebih pantas lari sbb nk kejar masa, so aku offer untuk buat hantaran. Gituuuuu..... :p

Aku tak pasti ape yang berlaku ketika ini, sbb aku tak nampak pun mana bola. ekekeke

Berkejaran merebut bola nan-sebijik itu. 

Percubaan menyumbat gol oleh GA team aku. Player luar kawasan D pakat duk jerit.... Rebound! Rebound! ;)

Yeay!!! Gol terakhir yang membawa kemenangan kepada team kami. Syukron! 
Penat!!!!!!!!!! tapi berbaloiiiii.... senyum sampai ke dahi okay! ;)



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Fav pic pada hari kejadian. Hahahahahaha.....
Cubaan melompat untuk menangkap bola sebelum di-pass kepada GA untuk menyumbat gol kemenangan kami! Yeay!!!! ;-)


Pssstt: Lepas main, peluh berbaldi-baldi. Yekk!! Masyam. Tapi rasa ringan je, ke dh turun 2kg. :p



Salam.............

4 comments:

  1. haha.. su tak pandai main netball.. cepat penat :-p

    ReplyDelete
  2. ala sue, sha pun bukan pro pun, saje nk melengkapkan pasukan ofis yang sedia tak cukup ni boleh la...ekekeke

    ReplyDelete
  3. sape la jd tukang ambik pic..rajen...hikhik

    ReplyDelete
  4. bahagian korporat ofis kitaorang, klu ade event ke, games ke, they're invited, as tukang amik gambar kenangan. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...