Monday, April 12, 2010

Blurr....

Hari ini hari blurr...

1. aku bangun sangat awal, *bagi aku awal la* sbb jadual bangun aku selalunya after 6. tapi hari ni, kul 4 dh jaga, tp tido balik, kul 5 lebih jaga lagi, tido balik, tp si kecil cam suh aku terus bangun je, kang asyik repeat chorus takut terlajak terus. kul 5.30 aku bangun, minum air masak sebanyak mungkin, cuaca skang menyebabkan rembesan peluh membasahi baju 'kelawar' aka kaftan aku. selimut pun sekadar perhiasan di atas katil agar tidak nampak terlalu kosong @ dull. *wpun selimut corak petak2 tu xde la menarik sangat pun*.
Yang pasti, klu aku x selimut, sure aku akan mengalami satu penyakit yang turut di alami oleh kaum perempuan seangkatan aku *preggy woman*, iaitu KEKEJANGAN atau legs cramps during pregnancy. ABSOLUTELY horrible. I had it so bad starting from 5th month of pregnancy until now.
Ok, back to our topic.

2. Abis sebotol mineral water aku telan. Pegi bilik air, bla..bla..bla... *malas nk mandi lagi*..ngeee... macam awal la plak klu aku terus mandi. takut karang berpeluh balik. *acceptable reason* :-)

3. Subuh pun belum masuk. Tp aku dah siap pakai telekung. Duduk atas sejadah jap, merenung diri sendiri.*tetiba sayuuuu...*
Azan berkumandang. hehehe... x sempat nk menyayukan hati lama sket. ekekeke
Lepas solat + belek Al-quran 2-3 helai + doa untuk aku, suami, keluarga, si kecil ini.
banyak mende dah buat, tp masih lagi awal, hampir kul 6.30. Selalunya time ni aku baru pas mandi. hehehe

4. bukak tv. tiada cerita menarik, MHI pun start kul 6.30. Mandi je la.

5. Make-up *comor2 mana2 yang patut*..ekeke... + iron baju + panas enjin.

6. Gerak gi ofis + singgah kedai beli kueh. tart telur, so yummy. Hari2 mesti beli. *if ade la*.

7. sampai ofis + park kete + termenung. Awal lagi ekpun. Cam pelik je aku sampai awal, selalu parking dh penuh time aku sampai, tp hari ni aku siap leh buat pilihan terbaik lagi tuuu... ngeee...

8. thumb print + masuk bilik + on pc + termenung. aiyoooo!!!

9. en suami call + sembang3 + mengadu itu ini + rinduuu... heeee.

10. Termenung lagi...... + bukak blog + typing until now.

Apa yang terjadi kepada aku seterusnya?

Klu aku rajin aku update okay! ;-)

Salam.....

Monday, April 05, 2010

its a long story....

but i can make it short, the shortest!

Lama nye aku x update blog. kan kan kan?

Sekian.

but not too short rite? nvm...

Salam....

Saturday, March 06, 2010

jalan-jalan lagi...

hehe...lama kan aku x berblog. siyesly aku x ingat since when, tp yang pasti kekangan masa adalah faktor utama kenapa aku melupakan blog aku seketika. i miss u damn much, tp wut to do, priority comes 1st, and its all about my job, my workplace.
semalam pun aku terpksa datang ofis, try to finish all the pendingS.
ok, stop, no need to talk about it. Stressss.....and its not good for me!

so, since aku ade sikit masa terluang arini, leh la aku beramah mesra ngan kalian sume. but sori to say, citer ni pun dah basi. but its ok rite, better than nothing.

Last month, (jap tgah ingat tarikh....) oh ya, on 19th -23rd feb, aku ikut sang suami ke KL. He's attended SEMP course at Nikko Hotel. So, aku yang x de kaitan langsung, dengan gewdik santai mengofferkan diri nak ikut. as usual, he never say no!. *wink*.
cuma ibu mertua aku agak keberatan sket la, it just dat she worried about me. al-maklumla, im carrying her 1st grandchild. tp itu sket pun tidak mematahkan hasrat aku utk menggedik santai jugak ikut sang suami ke KL. ekekeke....

Kami gerak pagi, dalam kul 10 kot, on 19th tu. adik aku, Nadia ikut sekali. at 1st she refused, sbb dia dah janji ngan kawan dia nk balik shah alam sama2. tp sbb dia nk bawak printer pegi hostel, dengan paksa rela, dia terpksa la ikut kami.

Kami sampai KL dalam kul 3 ptg. awai giler, rasanya masa drive tu main2 je, x la laju pun, time aku sedar la, time aku menidurkan diri ini, x tahu la kan. hehehehe

aku pegi amik kakak aku kat ofis dia. dia pun gedik balik awal, padahal ofis hour abis kul 5. hahaha, gomennnnnnnn......no komen okay!

Ptg tu kami ke pasar malam bandar baru sentul. aku teringin nak makan char kue teaw yang aku selalu beli dulu2. siyes sangat sedap!!! dulu laa.... dan nasib baik, rasa dia masih sedap macam dulu. terjumpa lak kawan aku time sama2 belajar dulu. tp yang aku heran tu, dia lebih cam suami aku berbanding aku. agak lain benor ke aku skang?!! siap cakp "aku pandang suami hang dari jauh, eh tu suami sha".... padahal ini lah 1st time dia jumpe laki aku. ish! musykil....musykil....hahaha.... abaikan!

Ok la, kita layan je la gambar di bawah yeee....
Sila jangan terkejut jika anda terlihat objek2 yang bersize FREE size atau size XXX-ray dan tolong jangan komen tentang size objek itu kerana nanti dia kecik hati.


Anak2 sedara aku yang comelllllssssss....... kak yong sangat matured. Dia ade kawan nama Adli tp tu bukan bf dia, cuma teman tapi mesra. Wina makin lama makin cute, sbb bulu mata sangat la panjang dan lentikkk!!! geram tgok!! cuma rambut ala2 whitney houstan gituuuu....ekekekeke


Kak yong makin mesra ngan ayah ngah skang and wina as well. Kak yong sengih manjang bila ckp nk gi jalan. Mmg kaki jalan betul minah tu.
Kami sedang bersiap2 nk ke IKEA. Saje nk survey barang kat sana, kot2 la ade yang menarik perhatian dan menarik duit sang suami keluar.kikikiki

Aku suka mende tuu. Lupa dah nama dia. Yang pasti mmg aku beli sbb murassssssssssssss...

Minah ni mmg x leh duk diam. Sume mende dia nk duduk, nak baring, nak sentuh.

Cantik meja tu + aksesori tersebut.;-). Tp meja to too small utk aku. Aku kan kuat makan, so nanti x muat nk letak lauk aku yang 18 jenis tu. kahkahkah....

Meh tgok harga jap! ops! kansel. Pakai lilin pun leh makan dengan kenyanggggggg.....hehehehe

Siyes aku suka ngan cermin ajaib tu. Harga dia pun bole tahan la... sangat menarik!

Kami berehat sebentar. Aku x tahu lak IKEA itu sangat besar. Jakun jap.
Aku tahu la ukur lilit objek paling hujung tu cam melampau, tp korang x yah la pandang lama2! Next!

Meja ni cam kreatif. Sang suami pun bersetuju. Tp pada aku la, klu nk beli barang2 kayu, i dun prefer IKEA la, better cari kat kedai perabot yang mmg jual perabot2 diperbuat dari kayu yang mmg kita tahu kekukuhannya dan keasliannya. kan kan kan?
my personal P.O.V, IKEA ni klu nk cari barang2 yang unik, pelik2 tp menarik ok la kot, mmg sangat unik dan menarik. tp klu bab tahan lama dan berkualiti tu, im not so sure. Sila tanya tokei kedai. :-)

Tgok! Sket pun dia x penat. Asyik main jee... lari sana sini. Sibaik ade Cik Ya tolong jaga tau!

Ni lepas balik dari IKEA. Ade la beberapa barang yang aku beli, utk baby, hahaha... Guna atau tak kita tgok je la nanti. Sbb comelllll ekpun!!
SOGO adalah tempat menarik dalam kategori WAJIB di lawati. Actually, aku mmg plan nk ke tingkat 4. at least kena la beli sket2, kata orang preparation kot2 terberanak awal time 7 bulan. Teruja tgok barang2 budak kecik itu. rasa macam sume nak amikkkk..... Dan aku sendiri tak sangka aku berada disitu sedang memilih barang utk aku, i mean 'si kecil' ini.
Gambar ni cam aku ibu beranak 2. Tambah lagi sorang kat dalam. ekekekeke

Wina comelll!!!!........

Ni kat Tanjung Harapan, Klang. BIL banje kami makan seafood. Giler banyak dia pilih seafood, macam nk buat kenduri, endup x abis. Tp aku kan kuat makan, dengan gigih aku habis kan sume, sang suami pun awal2 lagi dah surrender. Budak kecik yang berbaju merah dan bertudung tu majuk sebenarnya. sbb tu x pandang kamera, klu x dia la manusia yang paling berahi tgok kamera. Letih aku pujuk tau, sket x jalan...
Janji kenyang.............burrrppp...ops! sori. ;-)

Sang suami nak bergambar kenangan berlatar belakang kan kapal...kapal layar kot. Tp x nampak, sbb gelap. Sibaik leh nampak sang suami. ekekekeke

"Mili, katne? Aku kat seksyen 7 ni, meh ar bwak aku g makan". Aku mmg x-student shah alam, tp itu adalah 6 tahun yang lalu. itupun sibaik aku ingat lagi seksyen 7 a.k.a pintu belakang uitm. adik aku baru 2 sem kat sana, klu kaki jalan mungkin membantu kot. nasib la ade tour guide yang bermastautin di sana utk bawak kami makan tgahari sebelum hantar adik aku masuk hostel.

Wajah gembira ibu mengundang sbb leh gi jalan2 dan lupakan seketika meja kerja nun jauh di sana. ;-)

We stayed at PNB Darby Park Hotel.
Korang kata aku g.e.m.u.k eh??
Ni pic aku paling latest pada 2nd march 2010. Sang suami amik sebelum hantar aku pegi ofis.
Xde la gemuk sangat kan, kan kan?

Ni, konon nak edit la guna cs3, tp hampeh, sekerat jalan. so inilah hasil sekerat jalan itu. Klu sang suami ade, sure dia tolong aku edit pic ni sampai siap. :-(
Ops! tetiba rinduuuuu.....

Sekian dahulu nukilan kali ini. Sehingga ketemuan lagi di nukilan seterusnya. Bila?
Saya akan maklumkan kemudian. :-)

Salam...........

Tuesday, February 02, 2010

welcome chef on weken ;-)

Walaupun citer ni dah basi, aku tetap nk post jugak. So, aku harap korang dapat bazirkan sikit masa korang untuk 'hadap' mende alah ni hingga ke noktah terakhir okay!!

Alkisahnya.... aku telah menyuarakan hasrat hati aku kepada en suami yang aku nk makan k.e.t.a.m. X susah pun sebenarnya, pegi je kedai, order nk makan ketam masak ape. Tp the prob is, aku x nak yang masak kat kedai, aku nk yang masak kat umah aku. tp bukan aku aku yang masak, tp en suami yang masak. hahahaha....weng!
Tu boleh dikategorikan mengidam ke? hmm.....anda pk la sendiri..muhehehe

Sbb aku rasa macam tak mengidam sangat ialah kerana, aku mmg la nk makan ketam, tp tahap beria-ia tu masih terkawal. kira macam klu ade mmg rezeki la, tp klu xde, nk buat cane kan.

Tp kesungguhan en suami buat aku sob sob sob...terharu beb!

Pagi sabtu tu, kami gerak ke pasar mencari ketam mengajar anaknya berjalan betul. heee...
Tp, hampa sbb xde sorang pun penjual ikan yang jual ketam. :p
Tp aku x kisah, macam aku cakap la, klu xde nk buat cane kan.
Tp en suami sangat tidak sanggup menghampakan aku. On the dot, dia decide "jom kita g pasar cabang 3". wow! beliau sungguh pandai melawak di pagi hari.
Aku ingatkan dia gurau, rupanya dia siyes bila dia x masuk simpang ke rumah kami, tp pegi terus menuju ke kuala terengganu. Biar betik dia ni!
Aku yang mengidam atau beliau?? *sila jawab poll ini di ruangan komen* :p

all the way from KB to KT, aku keep asking, betul ke ni? kang sampai sana xde ketam tak ke sia2. tak pun klu ade yang kecik2, tak pun klu ade yang lama, tak pun klu ade aku lak taknak...hahahahaha

Haaa...mmg betul tekaan aku! Xde sorang pun penjual kueh "woh put sambal" yang jual ketam, dan xde sorang pun penjual ayam yang jual ikan, dan xde sorang pun penjual yang x jual ape2. Abaikan!
Aku sedih sbb harapan aku hancur, dah la lapaaaaaaaaaa.... en suami belikan sata dan aku beli kueh x tahu nama ape, janji leh telan.
Aku ingat nk g makan je terus, tp en suami nak g cari ketam kat pasar Batu 6 lak. O-em-ji!
Aku dah cakp, xde kot orang jual ketam, sbb skang bukan musim dia lagi. Aku dah surrender, xpe la klu x dapat makan skarang pun.
Tp en suami tetap berkeras hati nk pegi cari. Konfem beliau mengidam!!

Otw nk ke pasar batu 6, kitaorang lalu jalan shortcut. Dan tetiba en suami terlihat suasana yang seakan2 pasar. Ya, benar sekali, itu adalah Pasar Tani. and he stopped the car, i mean dia cari parking la, x kan la begitu teruja sampai benti kete tengah2 jalan kot. Kami pusing dan pusing sampai pengsan. hehehe..lolok je. Sampai nk pengsan, tp belum sempat pengsan.
Rezeki masih tidak menyebelahi kami. So, our next pasar is Batu 6. Masa nk gerak pegi kat kete, ade orang cuit bahu aku, eh ke bahu en suami eh. aku lupa la.. hahaha, abaikan.
Tp insan itu adalah my MIL. wut a surpriseee!! hahahaha, hjah laili ngan hj w.manan suka dating pagi2. Tp kami x sembang lama sbb destinasi kami masih jauh dan harapan kami masih kabur.

Sampai kat pasar batu 6, aktiviti kami sama seperti yang kami lakukan di pasar2 sebelum ini, meninjau2 target yang boleh membantu kami mencapat matlamat kami. Yezzaa!! itu dia...!!!
mission failed!! Kaki aku tetiba rasa cam dh xde kepala lutut. Dan akhirnya aku rebah tersungkur ke lantai basah itu.
Ekekeke...tipu jeee :p

Aku siyes kali ini, im giving up! tp en suami protes. Aku tarik muka. sbb aku penat okay!
So, en suami surrender. *cara ugutan ku berkesan kahkahkah*. jahat!
Tp dalam masa sama en suami sempat suggest kat aku, "nak balik ni kita lalu ikut pasir panjang, otw tu ade 2 pasar, boleh singgah tgok kot2 ade ketam".
Soooo sweeetttt.... nak jugak belikan ketam untuk aku.
Tp aku awal2 dah surrender, "4 pasar dh kita g, sume xde, so kali ni konfem xde jgak...tp xpe la klu nk try lalu pun". Ayat konon2 separuh koma. :p

Kami sampai kat pasar Bukit Besar and i refused to follow him, dah x larat lagi nk jalan wpun mula2 insist sangat nk turun sbb nk cari kueh. hampir 15 min, en suami x jugak dtg2. agaknya dia beli mende lain kot. x lama lepas tu, aku nampak he's holding a plastic bag, dalam hati aku "banyak nye beli kueh" sbb size plastic itu agak besar. en suami tersengih2 cam kena sepit ketam. geli hati gak tgok.

And it is because of........ KETAM! hahahahaha
and finally, berkat kesabaran en suami dapat jugak rezeki kami makan ketam dat day. 4 ekor en suami beli. ketam sepit biru tuuuu...sangat besar okay!
mwah! mwah! mwah! ops! overacting..hahaha

kami sangat xcited! x sabar nak balik nk masak. eh sori, x sabar en suami nak masak. heeee....
kami singgah kedai beli bahan2 utk masak. almaklumlah lah,masak 8 tahun sekali, so bahan2 nk masak hanya akan beli time nk masak sahaja. harap maklum.

Sampai rumah kami menyegerakan menukar 'uniform'. ops! terdedah di sini. sila pejam mata anda okay!
.
.
.
.

Boleh bukak mata skrang. ngeee....
Tukar uniform duk kat dapur la...ish korang ni!!

Taraaaa....ini lah ketam yang dimaksudkan itu. Ketam ni dah kena resize sbb tu nampak kecik. ekekekeke....


en suami sungguh rakus mengerjakan ketam-ketam itu. Beliau xpert dari aku bersihkan ketam. so aku serahkan tugas itu kepadanya.
Dan hasilnya.....



en suami sangat beria menyediakan bahan2 utk masak lemak ketam. Beliau xpert dari aku masak lemak ketam. so aku serahkan tugas itu kepadanya...heeee....
Ini lah kejadian nya pada hari itu...


en suami teruja setelah menyedok gulai lemak itu ke dalam mangkuk besar untuk di hidangkan. Aku lagi xpert dari beliau MAKAN gulai lemak ketam. so beliau serahkan tugas itu kepada aku...hahahahahaha.....


Moral : Ini lah ciri2 suami mithali dan isteri KING control. kah kah kah...

p/s to mr husband :
terima kasih yang tidak terhingga untuk masakan di atas. Alhamdulillah anda di kurniakan kepakaran memasak yang jauh lebih baik dari saya. *bole la masak selalu heee*

Anda selalu tidak menghampakan saya, itu yang saya sangat tahu kerana itu lah anda. :-)

Sayang kamu en Shahrul. *blushing* :p

Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...