Sunday, November 14, 2010

her hepi faces ;-)

nah amik, 2 entry sekali post dalam sehari. sangat jarang aku serajin dan segigih ini. nampak sangat sungguh eksaited dengan kehadiran mr stimix. ekekeke

baru jap tadi aku intai aliya kat dalam bilik. skali dah berada kat bucu katil, kaki terjuntai ke bawah. kalau aku lambat sket je lagi, konfem aliya dah ke bawah. tp aliya leh sengih2. *budak sekecik itu, mana la diaorang tahu ape*. tp anak aku ni mmg berahi sengih, sejuk hati aku tgok dia senyum. Aliya jadi budak baik tau!

last week aku angkut aliya pg KL, sbb aku kena attend seminar. aku angkut sekali ngan tokmi. hehehe.... 1st time aliya jalan jauh. alhamdulillah, aliya x meragam sepanjang perjalanan ke sana. asyik tido je.

jalan2 kat mall, belikan baju aliya 2-3 pasang, lama x shopping baju aliya. lagipun banyak baju aliya yang dh x muat, tp aku tgok anak aku xde la melebar sangat, memanjang kot. suar dah banyak yang menyenteng. :p

suka tgok reaksi aliya bila dia nampak banyak barang2 bergantung, sume dia nak capai, yang pasti ke mulutnya. sampaikan aku sendiri x pasan bila aku rasa langkah aku cam stuck. rupanya aliya duk tarik baju kat hanger dan berjaya masuk mulut dia, nasib la baju tu ade ayaq liur aliya. ekekeke

aliya dah juara mengesot, nampak seperti nk merangkak, asyik angkat bontot je. selebar2 comforter tu, aku sendiri x terkejar semek tu. pantas! letih aku nk melayan. yang paling penat, nak alih sume mende yang bakal masuk mulut dia.

suka jelir2 kan lidah, orang kata nk tumbuh gigi. aiyya! mummy risau. aliya xde gigi pun mummy dah cukup sengsara bila aliya cuba menggigit dengan 'kejam' ketika sudah kenyang meminum susu ibu. klu dah ade gigi nanti, abis la mummy, perang mulut la ngan aliya nanti. cuak lak tetiba!

part paling haru ialah time pakaikan pampers. klu x berpeluh x sah. kenapa la aliya ni aktif sesangat. letak je atas tilam, x sampai stgah saat, konfem berguling dan sedar2 dh sampai hujung dunia. aku dh x pakai pampers zipzap tu, aku dah pakaikan pampers jenis pants kat aliya. klu pakai yang zipzap tu konfem sampai malam la baru siap pakai, itupun kalu aliya tido. :p

smalam aliya genap 5 bulan. kena inject. tang jeritan tu no komen, sila tanya doktor. ekekeke...
tp kejap je pun, time nak masukkan ubat. lepas tu dh siap senyum 'kemewet'. hehehehe
aku ingatkan 2 jarum, sbb setahu aku masuk 5 bulan kena inject 2 jarum. tp doktor ckp, "tu zaman dulu 2 jarum, skang ni satu jarum je". doktor lebih tahu, itu kerja dia!
alhamdulillah, aliya x demam. Bagus anak mummy!

Jom layan muka2 hepi sikecil itu. ;-)


bangun awal, sbb nak ikut mummy pegi KL. yeay!!

aliya blur kah? *abaikan tilam x bercadar, sbb nk tinggal pg KL, so kena la basuh dulu. tu pun nk cakap ke? LOL.

syazwina yang bangun seawal jam 4.30 pagi dan ajak pegi jalan2. ZZZZzzzz.....

Semek ni, bangun2, terus merajuk. pe kes? mimpi break ngan boifren kot.

dari merajuk baik layan mimpi, kan wina kan?

angkut budak ni balik ke pangkal jalan. ;-)

cik as! baju yang cik as bagi. cantik x aliya pakai?

cik ya enterprem lebey2, sampai senget muka aliya.

yeay! nak g sogo! :p

mucat nyee muka maku...ngeeee

amik angin petang bersama cik ya.

semek ni mmg seronot kalu bawak kuar umah, abis la daddy klu aliya kaki jalan. :p

suka 'mewet'...
aliya dah nak sama tinggi ngan cik ya. :p

bila sudah penat, kita perlu rehat. style ni kira okay lagi. x lama karang, konfem muka ke bawah, montot ke atas. haisshhh.... dalam buai pun nk guling2.

moral : jangan tinggalkan anak anda tido sorang2 kat atas katil. bahaya!

Salam....

yeay! online tanpa sempadan


hehehe..... title aku sound sooooo hepi kann....

sebab...............
umah aku dah masuk streamyx arini. *laa...ingat kan ape...- dalam hati korang.*
ngeh ngeh ngeh.....

proses nak masuk tepon dah amik masa sebulan, nak masuk streamyx kena tunggu seminggu, so penantian sebulan lebey ni berakhir. akhirnya rumah kami dah boleh jadi cyber cafe. :p

aku amik pakej gomen, satu malaysia. sepatutnya dapat laptop 1 malaysia, tp x dapat lagi hari ni. laptop tu aku kasi kat en abang utk bawak ke tengah laut, aku sungguh bermurah hati, kan? :p

ok la, nak masak lak jap lagi, aku kelaparan. aliya kuat menyusu. 5oz boleh dihabiskan sekelip mata. 2 jam selepas mintak lagi. mengecil la mummy lepas ni.

jom masak kalian.
tp kat dapur masing2 okay!

moral : kalau ade tenet pun, jangan lupa bersosial dengan ahli keluarga.

Salam....

Monday, November 08, 2010

Aliya Lagi

Mentang2 ade anak,sokmo la nk update pasal anak. Hehehe.... dah mcam blog “ Ini blog Aliya”. :-p.

Kang aku citer pasal laki aku kang, korang konfem muntah darah, so salah satu cara untuk mengelakkan korang muntah merata2, better aku KIV dulu post pasal laki aku. Bila aku rasa aku x kisah korang nk muntah merata2 pun, time tu aku akan buat post khas daddy-kasi buat en suami. Okay?

Kembali ke niat asal, iaitu pasal Aliya.

Smalam, aku cuti. Kenape? Sbb aku ade urusan di pejabat kerajaan yang menyebabkan aku sebagai kakitangan kerajaan terpaksa mengambil cuti bagi menyelesaikan urusan di pejabat kerajaan tersebut. Klu aku keje sah2 la aku x leh nak settle kan urusan tu, klu leh settle time aku keje pun, itu bukanlah satu perkara yang wow! Sbb ianya dipanggil sesi pengULARan. Tp aku adalah penjawat awam yang penuh dedikasi dan berintegriti. So,....-sila sambung sendiri-...... :p

Sekali lagi terpesong. Fokus pada niat asal, iaitu Aliya. Fokus! Fokus!

Selepas selesai urusan di pejabat kerajaan tersebut. *nanti aku citer kisah yang berlaku dipej kerajaan itu* Aku ajak en abang singgah Giant. Hati ini berkehendak membelikan sesuatu buat aliya. Sesuatu yang Aliya leh main2 time mummy dah x larat nk dukung aliya lagi. Aliya semakin memberat + sangat aktif, mummy akan cepat berasa x larat selepas beberapa ketika mendukung aliya. So, bila aliya guling2 atas comforter sambil main2 ngan mainan yang mummy beli, leh la mummy rehat2 jap sambil layan Chinta. :-p

Masa aku ngan en suami duk pilih mainan yang ingin di beli, kami jadi rambang mata, rasa sume nak amik. Geram! Tp dalam kepala kami berdua time tu turut sama terpk “Aliya main ke nanti klu kami beli?”. Hmmm..... “main kot nanti...” sedapkan hati sendiri. Sepanjang pemerhatian aku, Aliya ni klu main ngan satu2 mende tu, dia x akan amik masa panjang untuk xplore keseluruhan mende tu. So, klu dia sentuh2 je mainan yang aku belikan ni, lepas tu blah je seolah2 “aliya x suhb eli pun mainan ni”, aku x heran. ;-). Satu lagi, klu dia xleh nk telan sampai ke perut mainan2 sekalian itu, konfem dia akan MARAH!!! Aliya garang kah? Ketika ini lah en abang akan berkata2 “Orang lahir tgahari ni mmg garang kot”. Seraya itu aku terus menjawap, “Sha x lahir tgahari pun!”... Motif? Fikir2 kan lah. :p

Sbb tu sampai skang kami x bercadang nk beli baby car seater tu, sbb kami yakin dan pasti bahawa aliya paling lama nk duk dalam mende alah tu hanyalah dalam 2 minit sahaja. So, daripada membazir, baik mummy dan daddy beli pizza, leh makan, kenyang perut mummy ngan daddy, aliya minum susu mummy, sama la makan pizza gak. Boleh? Kira boleh laa....

Jom layan pic aliya dan mainan baru nya. Main sampai bosannnnn.... sbb xleh gigit masuk mulut.


Letak atas tilam dia, x sampai 2 saat sentuh mainan tu, terus meniarap.

Sume mende nak telan, klu x leh uwwaaa..... tu bukan makanan la sayang.... nanti mummy belikan Double Cheeseburger untuk Aliya k. Kita share! ;-)

Aliya lebih berminat kat DSLR la mummy...

Sentuh boleh, tp xleh nk hold, marah la dia sbb xleh masuk mulut. Haishh....

Penat la, baik tgok Mari Menari. :p

Moral : klu dah tahu anak cepat bosan ngan satu2 barang, x yah la beli yang mahal2. Jimatttt!!

Salam...


Tuesday, November 02, 2010

aliya selsema

1/11/2010 aku attend taklimat sistem di Majlis Daerah Besut. Pemergian aku dengan membawa hati yang tidak tenang. Aliya kurang sehat. L Tp aku kan seorang yang sangat tenang. Plus aku mmg nak tgok sistem diaorang, dalam erti kata yang lain “kan bes kalau aku ble copy source sistem tu”. Ekekeke

Overall, sangat berbaloi aku ke sana. Time kat sana, sangat berkobar2 dan x sabar nak balik ofis nk buat perubahan kat sistem kitaorang. Hari ni masuk ofis, bukak sistem, buka report ni, bukak form tu...tetiba arrggghhhh!!!!!!!!! Mana nk capai dulu niiiiii.....banyak giler nak kena tgok. Langsung aku pengsan di kerusi biru yang ala2 cam kerusi malas, sbb dia berpusing2 cam kerusi bos dan klu menyandar cam bes jeee.... lagi bes kalau pejam mata sekali. J

Kerana situasi seperti di atas la wujudnya peribahasa seperti Hangit-hangit ta*k ayam buna.

Smalam, bertolak balik dari MDB dh almost 5pm. Sampai bandar satelit aka Qber dah jam 6.30. Aku dah jamak siap2 time solat zohor kat Besut. Sampai je umah tgok Aliya cam layu je. Sayu hati aku. FYI,sepanjang aku duk bertaklimat kat besut dari pagi sampai petang, en abang duk smses pasal Aliya. Aliya selsema. Dia duk merengek je selalu. Tak selesa kot, sbb susah nk bernafas. En abang mms pic aliya, sume muka layu jeee...siannn...mmg x leh di biarkan. Takut makin melarat. Haishh.... so, aku decide, x kisah la aku sampai kul bape pun, aliya kena bawak pegi klinik jugak.

So, sampai je aku di rumah pada jam 6.30 ptg, perkara pertama ialah letak handbag dulu...hehehe... baru dukung aliya. :p... Selalu klu dia nampak aku, senyum sampai x nampak mata. Tp smalam cam “eh, sape lak dtg ni?” kata Aliya di dalam hatinya. :p... muka kosong je pandang aku.

En abang xde, pegi amik adik aku kat sekolah. So sempat la aku layan Chinta jap. Hee.... en abang sampai, elok2 je azan maghrib. FYI, aku balik umah parents aku, sbb umi yang tolong jagakan aliya time aku keje walaupun en suami sedang tidak bekerja. Sbb en suami x reti basuh kan poo-poo aliya dalam sinki.

Aku terus solat maghrib dan sebelum drama Chinta abis kami dah gerak ke klinik. Kami gerak awal sbb takut karang ramai orang. Aliya lak yang tidak aktif itu sudah pasti tidak selesa. Kat bandar satelit kami tu mmg ade klinik, tp since aku dah deliver kat INTAN, checkup Aliya dari umur 7 hari pun kat INTAN, so aku prefer INTAN untuk treatment.

Kami sampai lebey kurang kul 8. No 5 adalah no giliran kami. By the time sampai INTAN, aliya masih tido, so aku x bercadang untuk kejutkan Aliya sehingga la Aliya terjaga sendiri.

Doktor Raja Himah yang periksa Aliya mlam td. Suhu badan normal, tidak demam. Aliya cuma selsema dan belum tahap kritikal sbb kahak sikit je. Sblum ke klinik, ade la dalam 3,4 kali hingus aliya kena sedut menggunakan alat penyedut yang sangat berkesan, tp masa nak sedut tu, aku dan en abang sengit berperang dengan Aliya apabila Aliya cuba membuktikan yang dia sangat gagah perkasa dengan menerajang perut aku beberapa kali sampai senakkkkk....sakit okay!

Doktor bagi ubat titis dalam hidung, lupa dh nama ubat tu. Doktor kata baby x leh makan ubat lagi, sbb sukatan sebenar utk baby is unknown. Masa doktor bg ubat titis tu, dalam kepala aku time tu, konfem aku kena terajang lagi lepas ni. Nasib laaaa.....asalkan aliya sehat. J

Moral : jangan bagi anak anda menangis lama2 sampai ‘selok’ aka ......ntah la, x tahu nk translate cane. Buat2 paham je la labu.... :p.

Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...