Wednesday, November 09, 2011

Jom sarap! ;-)


 Bekalan aku adalah nasi goreng merah dan telur mata. Ohhhh!!!! Mabeles... ;-)

Korang dh sarap?? :-p


Salam....

Thanks for dropping in!;-)


Gambar sekitar Aidiladha 1432H

Tarikh: 06/11/2011 (Ahad) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432H
Masa : Sekitar 10 pagi -12 tengahari
Lokasi : Tepi umah Moyang Aliya, Kampung Tebauk.
Peserta : Ahli keluarga belah mertua aku.

Dah tengah malam ni, malas nk karang panjang2, so kita hadap gambar je lah ye.



Ceria sungguh semek ini sehingga separuh hari tu sebelum selamat tido time orang duk lapah daging lembu korban. Tak berenggang ngan mak teh dia, satu2nya adik ipar perempuan aku.


Lembu yang bakal dikorban kan, sangat garang sampaikan sempat sondol pakcik tukang sembelih tu, hak pakai baju putih tu. Gerun aku time tu, sibaik xde ape2. Besar bagak lembu ni, satu bahagian boleh dapat 19kg++.


Time ni Aliya duk acah2 lembu tu, konon2 dia lagi garang dari lembu la. ekekeke

Masa ni la time lembu tu mengganas menyerang pakcik tukang sembelih tu, sbb tu reaksi aku macam tu. Aliya?? Pantang orang panggil suh tengok kamera, pantas aje senyum nye. Skrang pun ade style berposing sendiri, mana lah belajar sume tu sayang?


Hak ni pun ala2 nk menunjuk style dia bergambar, tp sbb duk atas makteh, pergerakan agak terhad. Tapi kelihatan gedik jugak la bila orang nk tangkap gambar dia.


Hak pakai baju merah tu bukan Norshahrul Idlan Talaha yee.. 
Tengok la lokasi laki aku kat mana, macam tu la selalu, memantau dari jauh. Pesen ape la, nk kata takut ke lembu, x kan la eh, ke takut ke pakcik sembelih tu? ekekekeke

Ooooo.... rupanya nk tunggu lembu tu tumbang baru nk gi rapat. Pandai la yeee, Daddy sape la nii...  ;-)


She is the attraction of the day. Sume duk melayan dia jeee.... Nenek yang duk potong2 daging pun, 'belemuih' ngan darah, bila nampak Aliya je mesti excited nak panggil2 suh datang kat nenek. Semek ni seronok la ramai duk melayan karenah dia tuh. Mommy ape lagi, amik kesempatan on 'cinta hati' laaa. Lalalalalala.... :-p


Haaa.... ini lah gaya Nabiha Aliya bila aku panggil nk amik gambar dia. Mana la dia dapat sume ni eh? Agaknya dari anak kakak aku kot, tp xde lak aku perasan anak kakak aku bergambar macam ni. Aliya...Aliya....


Tok teh melayan semek tu yang beria2 nk gi kat lembu nk kena sembelih tu. Tak takut langsung.



Dapat jugak Aliya pujuk tok teh bawak pegi tengok lembu lebih dekat. Badan dia di tolak2 kedepan nk turun, nak pegang lembu tu gamaknya. Haiiiih laaa....


Haaa...amik! Sampai nak terduduk dah bila nampak aku nk amik gambar dia. Kemain excited. Aku pun excited sama tengok Aliya hepi jeeee hari tu. ;-)


Nanti mommy ajar gaya baru la eh, ala2 retisss gituuu.... ekekeke


Sekian dahulu laporan sekitar hari berkenaan. Moga terhibur.*bajet glamerrrr* ekekekeke


Salam.....

Thanks for dropping in!;-)


auto-published.

Tuesday, November 08, 2011

Soffiya


 Pic adalah sumber dari google.

Oh tidak ku sangka begitu rupanya ending drama cinta yang aku duk hadap hari2. A bit disappointed me la sbb seboleh2 aku nk Ilyas ngan Soffi.
Kira pengarah ni tricky jugak la,sbb issue anak Fiona yang dikatakan bukan benih dari Ilyas akhirnya membuktikan bahawa Fiona ni sebenarnya xde la kejam giler kat Ilyas, tp bab dia duakan Ilyas tu tetap satu kesalahan besar.

Citer ni mmg hepi ending, tp tak terkesan sangat di hati ni sbb tak mengikut jalan citer hak aku nak. Ekekekekeke

Esok dah start drama air mata terbaru lak, Tentang Dhia. Of course la kena follow kaaan, adiputra ngan nora danish, aku minat korang okay!

Selamat menonton lah yeee bakal2 peminat citer melayu sekalian.;-)


Salam.....


Thanks for dropping in ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

Bukan Dapur Aku - at Steven's Coffee House

Aku ni jenis yang suka mengekor asben kalau dia pergi berkursus. Menyebok je kan. Eh! laki aku, suka hati aku la. ;-)

Kursus tu last month, bertempat di TSTC, Kemaman kalau tak silap. Menginap ni Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort untuk 2 malam, free babe, sape tak mahu kaaaannn??
Harus la menyambar peluang yang ada. Tapi cuaca sangat tidak mengizinkan, hujan di siang hari, so x leh nk bawak si sepet itu bermain2 di kolam renang. Maka berehat2, makan2, gaduh2, nangis2, nonton2 sahaja di dalam bilik semasa daddy Aliya masuk kelas.
Tapi sibaik la kelas Daddy x lama, kul 3 dah abis, maka masa untuk menghiburkan hati kami yang dah kebosanan ni berkurung lama.

Aku menyuarakan hasrat hati nk makan Stuffed Crab. Selalu ngat duk tengok orang upload pic makanan enak tu di facebook. Asben dh spot satu kedai ni kat Kemaman, *ong *uan. Tapi aku ni cam ala2 "hmmm...boleh ke eh makan situ?". Nampak? Aku dah rasa was2 kan, so better not to go la kan, tp sbb insist nk makan, tapi x tahu nk makan katne, aku suh asben tanya kawan dia yang duk kemaman. Asben call orang pertama Kak Teq (nama panggilan yang cute), awal2 dh bgtahu not recommended walaupun ramai je bangsa melayu makan kat situ, "tepuk dada tanya iman", since aku pun dh awal2 was2 kan, maka kak teq cadangkan Steven Coffee House, dengan yakin mengesahkan kedai tu HALAL. Maka kami pun menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka (ayat xleh blah).

Berangkat lah kami ke sana. ;-)



Steven's Coffee House Chinese and Western Cuisine.

Kami adalah pelanggan pertama yang tiba, dalam kul 6.00 petang lebih kurang, sesuai sangat untuk dinner la kan. hehehehe... Lupa nk amik pic kedai tu, sbb Aliya tengah duk lena tido atas riba aku. Aku nak bergerak pun takut2 tau sbb takut Aliya tetiba terbangun. Sebolehnya aku nk je dia tido sampai kami siap makan walaupun aku tahu aku akan mengalami kekejangan pada lengan belah kiri aku ni. Kejam sungguh ibu, xmo ajak anak makan.

Niat 'jahat' aku tu bagaikan dibisik2 ke telinga Aliya. Pelan2 dia duk menggeliat, kemain aku pok-pok bontot dia suh tido lagi, tp jahat tetap di balas jahat. Hahahahaha...
Semek tu bangun serentak ngan hidangan kami sampai. Hahahahahadoiiii......

Kami order menu tomyam seafood, kailan ikan masin, stuffed crab, nasi goreng kampung (asben punya), nasi dan daging goreng halia (aku punya) dan steamed lobster. 2 mangga jus yang sangatttttt mabeles, original sungguh rasanya, macam makan buah pelam tp x cicah colek je. Ok, over.

Tapi aku x amik pun gambar2 menu hak lain, sbb rupanya korang dah kenal sangat kan. So, aku jamu mata korang ngan 2 hidangan yang aku mmg recommended sangat2 untuk di order jika korang menghadirkan diri di Steven ye.


Stuffed crab. Seketul RM8. Campuran isi ketam dan sayuran yang di cincang. Sedap lah. Memang sedap. Sangat sedap. Pasti sedap. Sila lah cuba yeee....



Pertama kali dalam hidup aku makan lobster. Waiter cadang suh amik steam instead of grilled. Yeah! sangat tidak mengecewakan. Sos super sedap!!! Dap ngat!
Asben bgtahu, kalau kat laut, lobster ni chef buat goreng kunyit je bila dh xde idea nk masak.
Giler membazir kannnnn????
Kalau 8 inggit sekilo xpe la. Harga lobster di atas adalah RM120. *juling*
Memandangkan aku cam jakun je di mata asben, maka hampir 3/4 daripada lobster tu asben pindahkan ke pinggan aku. Sedang elok sangat, mmg tangki perut membenarkan banyak portion of food masuk hari tu.
Buurrppp!!! Ah, lazat sungguh!


Alhamdulillah........


Abang, bila boleh datang lagi?? ngeh ngeh ngeh

Thanks for dropping in!;-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...